KUALA LUMPUR, 24 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut polis menahan ahli Pemuda MIC yang terlibat dalam serangan di ke atas ahli PKR semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, awal bulan ini.
Dalam kejadian pada 2 Mei lalu, tiga orang ahli PKR iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan.
S. Murali yang juga Ketua Cabang Puchong, terpaksa menjalani pembedahan kecil akibat cedera di bahagian mata manakala dua yang lain mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Berita lanjut menyusul