Categories
AGENDA NASIONAL

Menteri berpuas hati tahap penyediaan kertas kerja Program Subsidi Petrol

GEORGE TOWN, 12 OGOS: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sangat berpuas hati dengan tahap penyediaan kertas kerja Program Subsidi Petrol bersasar yang dijanjikan kepada golongan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah.

Saifuddin berkata, beliau sangat berpuas hati dengan kerja-kerja awal ini sebelum pembentangan kertas kepada jemaah menteri.

“Walaupun dari segi garis masa itu lari sedikit di mana ia sepatutnya diumumkan pada suku pertama tahun ini…tetapi kini ia dalam fasa akhir iaitu sedang dalam proses “fine-tuning” sebelum dibentangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadir Majlis Qurban Perdana DUN Pantai Jerejak di Surau Bandar Bayan Baru sini hari ini.

Beliau menerangkan bahawa dalam fasa akhir ini, data-data kumpluan sasar yang dikenal pasti sedang di silang semak untuk memastikan mereka yang benar-benar layak akan dapat untuk menerima subsidi petrol.

“Kita ada pelbagai data dari bantuan sara hidup, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan rujukan akaun kepada Bank Negara Malaysia dimana kita sedang silang semak semua data ini,” katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Jerejak berkata, selepas siapnya semua proses, kertas kerja ini akan dibentang kepada jemaah menteri untuk mendapatkan kelulusan.

“Jika jemaah menteri berpuas hati, tiada pindaan, arahan terbaru atau keputusan terbaru daripada jemaah menteri, kerajaan akan mengumumkan secara rasmi pelaksanaannya merangkumi seluruh negara,” katanya.

Mengenai jangka masa pembentangan kertas kerja ini beliau menjangkakan ia dibentang dalam masa terdekat.

Dalam Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November tahun lepas telah menyatakan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

KPDNHEP: Bekalan makanan utama musim perayaan cukup

 

KOTA BHARU, 19 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan makanan utama termasuk ayam, telur dan kelapa adalah mencukupi bagi memenuhi keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bekerjasama erat dalam memastikan perkara itu.

“Kita telah senaraikan sejumlah besar barangan yang disediakan untuk keperluan musim perayaan termasuk 800 juta telur ayam dan 27 juta biji kelapa. Kita beri jaminan bekalan makanan utama adalah mencukupi sepanjang musim perayaan dengan harga yang terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Ihya Ramadan Menteri KPDNHEP Datuk Saifuddin Nasution dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama warga Komuniti Pengguna Jajahan Tumpat di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi KADA Datuk Husam Musa dan Pengarah KPDNHEP Kelantan Adnan Abdul Rahman.

Pada program itu seramai 500 orang miskin dan kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa barangan makanan asas termasuk tepung, beras, susu dan gula di program tersebut yang disumbangkan oleh pasaraya Econsave dan Speedmart.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban golongan memerlukan ,” katanya sambil menambah jajahan Tumpat dipilih kerana ia antara daerah paling ramai kelompok miskin tegar di negara ini.

Mengenai kenaikan harga secara mendadak sepanjang bulan Ramadan, Saifuddin berkata KPDNHEP belum menerima sebarang aduan. Langkah penguatkuasaan akan terus diperkasakan bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan dikenakan ke atas pengguna.

“Setakat ini sebahagian aduan membabitkan kenaikan harga makanan di restoran atau kedai makan, diikuti penipuan perniagaan atas talian dan iklan yang mengelirukan.

“Kita dapati penipuan atas talian menunjukkan trend menaik oleh itu kita nasihatkan pengguna lebih berhati-hati dengan menyemak paparan iklan terlebih bagi mengelak daripada tertipu. Pengguna boleh memanfaatkan tribunal tuntutan pengguna sebagai platform untuk membuat tuntuan gantirugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, katanya KPDNHEP telah mengeluarkan sejumlah 447 notis kepada 38,000 premis jualan di bazar Ramadan dalam tempoh 10 hari puasa melalui penguakuasaan yang dilakukan oleh 2,300 pegawai kementerian itu di seluruh negara membabitkan kesalahan gagal meletakkan tanda harga.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Indeks kos sara hidup baharu jamin kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin indeks mengukur kos sara hidup dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat terutama dalam konteks harga barang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kadar Indeks Harga Pengguna (IHP) yang diguna pakai sekarang dilihat tidak menggambarkan kedudukan sebenar kos sara hidup terutama bagi harga barang.

Beliau berkata, indeks baharu yang akan diperkenalkan itu dapat memberi jaminan dan mengenal pasti ukuran bacaan yang lebih tepat mengenai keadaan sebenar harga barang dan kos hidup.

“Selama ini, kita (kerajaan) bergantung kepada IHP atau indeks inflasi, contohnya IHP atau indeks inflasi itu memang rendah, tetapi di satu sisi (walaupun) rendahnya indeks itu, ia tidak dirasai dalam bentuk kehidupan sebenar rakyat di bawah.

“Maka, kami (kerajaan) merasakan indeks baharu ini adalah satu keperluan untuk dijadikan sebagai garis panduan yang dapat menggambarkan realiti sebenar yang berlaku,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 kementeriannya, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, antara agensi yang terlibat dalam melaksanakan indeks itu ialah Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mencadangkan satu indeks pengukur kos sara hidup bagi menentukan kenaikan gaji lebih munasabah.

Guan Eng dilapor berkata, kaedah pengukuran IHP yang diguna pakai pada masa ini tidak mencukupi untuk menentukan kenaikan gaji sebenar yang diperlukan rakyat.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tranformasi Najib gagal, rakyat kekal kepompong kemiskinan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OKT : Program Transformasi Ekonomi hasil cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilaksanakan pada 2010 tidak membuahkan hasil seperti yang diwar-warkan oleh Umno BN.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasuition berkata demikian merujul kehidupan sebenar rakyat pada masa kini yang menyaksikan lebih ramai isi rumah di Malaysia berada di dalam kepompong kemiskinan.

“Bank Negara di dalam data kepenggunaan isi rumah bagi tempoh 2000 – 2009 menyatakan, perbelanjaan makanan ialah 23 peratus daripada jumlah perbelanjaan isi rumah, perumahan sebanyak 18.9 peratus dan pengangkutan pula sebanyak 13.4 peratus.

“Berdasarkan peratusan ini, jika RM950 dijadikan rujukan, bererti untuk setiap item tersebut bernilai RM220 untuk makanan, RM180 untuk perumahan dan RM130 untuk pengangkutan.

“Jika diteliti secara kasar nilai-nilai ini bolehlah dianggap terpesong daripada realiti sebenar. Semua pihak perlu sedar bahawa takrifan kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan Umno BN adalah untuk menipu rakyat, terutama bagi keluarga miskin tegar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas laporan terkini Jabatan Perangkaan yang kononnya membuktikan pengurusan ekonomi yang dirancang oleh kerajaan Umno BN mencapai keputusan yang cemerlang.

Laporan itu juga menyatakan pendapatan isi rumah kumpulan sederhana meningkat kepada RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014 iaitu pertumbuhan pada kadar 6.6 peratus setahun dengan nilai nominal.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan pencapaian itu secara tidak langsung menafikan dakwaan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak memberangsangkan dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Bagaimanapun kata Saifuddin, perincian dinyatakan agensi berkenaan tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat.

Beliau indikator yang menentukan angka berkenaan ialah pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah memenuhi keperluan asas dalam masyarakat.

“Jika benar, apa yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan tersebut, saya mendesak kerajaan segera umumkan dasar dan perancangan untuk meningkatkan paras pendapatan rakyat supaya rakyat bebas daripada dibelenggu kemiskinan,” katanya.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Najib tak mampu buat transformasi hanya tahu ‘transfer money’

OLEH DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berikrar untuk memakmurkan negara sehingga dapat berada di kedudukan 20 negara termaju di dunia membuatkan saya tersenyum seketika.

Sedangkan Wawasan 2020 tidak tercapai, bagaimana negara boleh menjadi 20 negara termaju di dunia?

Adakah ini hanya sekadar ‘angan-angan Mat Jenin’ atau impian Najib yang tidak tercapai dek akal? Jika negara maju tetapi rakyatnya mundur, tiada gunanya.

Negara kita sememangnya mempunyai infrastruktur yang kian maju setanding dengan negara-negara maju yang lain namun mentaliti Menteri-Menteri Umno BN masih di tahap negara ketiga.

Sudah terlalu banyak ungkapan ‘manis’ ditaburkan untuk mengaburi rakyat dengan cara mengambil harta rakyat secara sedar. Yang menambahkan lagi terencatnya, skandal negara dalam pelbagai isu seperti 1MDB, Menteri dan pegawai rasuah jutaan dan bilion ringgit yang menelan duit rakyat.

Kerajaan Umno BN juga ada berikrar akan terus berjuang membela nasib orang Melayu dan Bumiputera sama ada bumiputera Islam atau bukan Islam. Adakah ikrar ini hanya untuk sedapkan hati rakyat sedangkan berbilion ringgit hilang entah ke mana. Malah ada bukti wang 1MDB di’transfer’ ke akaun individu secara berjemaah.

Rakyat hari ini semakin sengsara dan menderita dengan kerajaan kleptokrasi di bawah pimpinan Najib Razak. Adakah cukup dengan kemajuan yang dicanang tetapi kehidupan rakyat marhaen semakin terhimpit dengan harga barangan yang melambung tinggi dan bebanan GST?

Apakah definisi sebenar ‘negara moden’ jika Umno BN hanya merujuk kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebagai petunjuk, ianya adalah suatu masalah besar.

Sememangnya kemajuan dan keamana negara perlu dipelihara dan dibendung daripada awal jika ingin menuju negara maju. Negara maju bukan sekadar pembangunan ekonomi sahaja tetapi pemikiran juga perlu dipupuk bagi menyeimbangkan dengan gerakan kemajuan negara kita.

# Dato’ Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agung KEADILAN

Categories
KENYATAAN MEDIA

RM15 juta untuk forum dua hari?

OLEH DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SHAH ALAM, 24 MAC: Saya difahamkan penganjuran Forum Transformasi Global (GTF) 2017 menerima peruntukan khas RM15 juta daripada kerajaan seperti dimaklumkan sendiri oleh Najib Razak.

Tidakkah sejumlah RM15 juta bagi suatu forum yang berlangsung hanya selama dua hari (22-23 Mac 2017) itu merupakan suatu pembaziran?

Walaupun GTF dilihat sebagai platform pemimpin atau individu dunia yang secara tidak langsung melibatkan diri dan berkongsi pengalaman tetapi dapatkah Najib Razak memperolehi manfaat bagi memacu transformasi negara setanding dengan negara-negara maju yang lain?

Kewujudan acara ini seolah-olah kerajaan mahu mewujudkan platform untuk Najib Razak mempromosikan dirinya sendiri kepada rakyat, apatah lagi dengan desus-desas mengatakan hampir tibanya musim pilihanraya.

Jumlah RM15 juta ini jika dapat dijimatkan oleh kerajaan, pastinya akan dinikmati oleh rakyat dalam bentuk subsidi, apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

RM15 juta adalah satu jumlah kerugian yang besar sekiranya acara tersebut diadakan hanya untuk mendengar perbincangan. Penghapusan subsidi demi subsidi menunjukkan kekangan kewangan kerajaan dan ini bakal menyaksikan kenaikan harga.

Alangkah baiknya jika Malaysia mempunyai kerajaan yang bijak dalam mentadbir dan menguruskan perbelanjaan negara, bukannya menghabiskan RM15 juta untuk mendengar ceramah inspirasi yang boleh ditonton di media massa secara percuma.

Alangkah baiknya sekiranya kerajaan memastikan setiap sen yang dikutip daripada cukai dibelanjakan untuk manfaat rakyat.

*Saifuddin Nasution adalah Setiausaha Agung KEADILAN

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Usaha patahkan semangat pimpinan KEADILAN takkan berjaya

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MAC: KEADILAN melahirkan rasa dukacita terhadap hukuman yang dikenakan terhadap Naib Presidennya, Tian Chua.

Setiausaha Agungnya, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun menegaskan usaha untuk mematahkan semangat pimpinan KEADILAN tidak akan berjaya.

Malah, katanya, KEADILAN akan terus istiqamah dalam perjuangan reformasi dan membawa perubahan demi Malaysia yang lebih baik.

“Semalam, Naib Presiden KEADILAN dihukum denda RM3,000 kerana mengeluarkan perkataan terhadap seorang anggota polis lelaki berpakaian biasa yang merampas telefonnya, pada 2013.

Saifuddin Nasution“KEADILAN amat berdukacita dengan hukuman ini kerana tuduhan itu kali pertamadi bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang biasanya diguna untuk mempertahan kehormatan seorang wanita daripada dicabuli secara seksual, namun diguna terhadap seorang Ahli Parlimen dengan cara begini,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata, walaupun hukuman itu tidak menjejaskan status Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu selagi proses rayuan belum selesai, namun ia mungkin menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

Pada masa sama, katanya, ketika ini, terdapat lebih 20 pimpinan KEADILAN dihadapkan ke mahkamah dan hampir semua dituduh di bawah Akta Hasutan atau Akta Perhimpunan Aman.

Katanya, 11 adalah Ahli Parlimen atau ADUN daripada jumlah besar itu.

“Ini bermakna, sama seperti Tian Chua, sekiranya mereka didapati bersalah dan dihukum denda lebih RM2,000 atau dipenjara lebih setahun, maka ada kemungkinan ramai pimpinan KEADILAN akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRU-14.

“Ini bukan perkembangan yang baik buat demokrasi di Malaysia terutama di kala negara dibelenggu pelbagai krisis kewangan, tatakelola, rasuah, politik dan kepimpinan,” katanya.

-NFN-

PKR-Khalid Ibrahim saling bermaafan

Saman mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah. Perkembangan ini berlaku selepas kedua pihak bersama peguam masing-masing dengan disaksikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju mengenepikan kes dan saling bermaafaan.

Categories
NASIONAL

Saifuddin: Anwar ada ‘skill’ lebih baik dari peguam

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OGOS: Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai pengantara atau ‘orang tengah’ berjaya mendamaikan kes saman Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap PKR.

Datuk Saifuddin Nasution sebagai defendan dalam kes itu, berkata Anwar pada mulanya diminta hadir sebagai saksi namun bertindak sebagai pendamai.

“Beliau (Anwar) sepatutnya menjadi saksi jika kes ini diteruskan kerana membabitkan keputusan parti menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar ketika itu dan Anwar terbabit dengan pertemuan empat mata dengan Khalid.

khalidsafuldin“Namun, akhirnya berakhir sebagai ‘mediator’. Anwar mempunyai ‘skill’ itu, bahkan lebih baik daripada peguam,” katanya kepada pemberita.

Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman, Lathefa Koya dan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Saifuddin berkata, penyelesaian itu didorong oleh nasihat Anwar yang ingin menyelamatkan negara yang kini berdepan dengan kemelut politik, ekonomi dan peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Anwar juga mengingatkan Khalid yang pernah menjadi sebahagian parti supaya menumpukan perkara lain dan proses akan berterusan lebih panjang jika tidak digugurkan.

anwar“Jadi, tiga asas itu dipersetujui dan kes saman ini digugurkan. Khalid berpesan kepada saya supaya bekerja kuat untuk mengukuhkan lagi kedudukan parti dan beliau boleh menumpukan kerjanya selepas ini.

“Saya bersyukur penyelesaian ini berlaku di penghujung Syawal,” katanya.

Anwar dibawa dari Penjara Sungai Buloh dan tiba di Mahkamah Tinggi, kira-kira jam 8.30 pagi.

Turut hadir empat anak perempuannya bersama menantu serta cucu.

Khalid diwakili Edmund Bon, manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos 2014 berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar jadi ‘orang tengah’, Khalid & Saifuddin selesai luar mahkamah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OGOS: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik saman terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Perbincangan luar mahkamah selama dua jam bermula 9 pagi itu menyaksikan permohonan maaf dari kedua-dua pihak.

Perbincangan tertutup antara Khalid dan Saifuddin itu juga dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘orang tengah’.

anwarKhalid diwakili Edmund Bon, manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos 2014 berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR menjatuhkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Pada 9 Januari lalu, Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR memfailkan permohonan bagi mendapatkan daripada Abdul Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah antara Abdul Khalid dan Bank Islam atas alasan dokumen itu penting untuk menyokong kes saman terhadap beliau.

Mahkamah pada 18 Februari lalu bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang difailkan Saifuddin tidak mempunyai merit.

Khalid diminta meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Isu boikot selesai, PR komited kekal kerusi Permatang Pauh

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: PKR menyambut baik kerjasama PAS Pulau Pinang yang menarik balik keputusan memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ekoran persetujuan kerjasama itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution menganggap isu terbabit selesai.

“Bagi PKR, kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS pusat dan negeri atas usaha berterusan membantu dalam isu ini,” katanya pada sidang media, di Yayasan Aman, di sini.

bendera 7Hadir sama Presiden PKR yang juga calon PR Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Sehubungan itu, Saifuddin mahu PR melipat gandakan usaha untuk menumpukan permasalahan rakyat.

“Ketika ini, kita tumpukan sepenuh perhatian pada isu Cukai Barang dan Perkhimatan (GST) yang menekan rakyat.

“Saya juga ingin mencabar Perdana Menteri turun ke Permatang Pauh terangkan kebaikan GST, jangan hantar Ahmad Maslan,” katanya.

bendera 3Sementara itu, Hatta berkata, jentera PAS kini bergerak 100 peratus untuk kempen kali ini.

“Kita ada jentera tempatan dan dari negeri lain. Segala permasalahan berbangkit selesai dan mereka akan mengisi ruang sedia ada,” katanya.

Beliau yakin jentera PAS akan memberikan bantuan sebaik mungkin kepada calon PR.

“Jadi, kita anggap episod ini tamat dan meneruskan gerak kerja seperti yang diamanahkan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kes Anwar: “SB berkampung dalam mahkamah, tapi tidur”

PUTRAJAYA 31 OKT: Pembahagian pas masuk yang diberikan sehingga membenarkan 15 anggota polis cawangan khas masuk ke dalam Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan adalah tidak tidak adil.

Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata ruang diberikan terhad iaitu 15 untuk media dan pemerhati antarabangsa, 10 untuk ahli parlimen manakala lebihannya diperuntukkan kepada cawangan khas.

saifuddin nasution 2“Mereka masuk dan ada sebahagiannya duduk di sebelah saya, tapi tidur.

“Isunya kenapa sampai 15 pas diberi kepada cawangan khas sedangkan wartawan 15 pas juga?” katanya kepada media di hadapan bilik bicara 1 Mahkamah Persekutuan.

Jelasnya, ruang diberi terhad dengan beberapa ahli keluarga terdekat Anwar, 15 pas untuk media, pemerhati antarabangsa dan diplomat, manakala lebihannya diperuntukkan terus seramai 15 orang untuk anggota polis cawangan khas.

“Jadi kita tinggal sehari lagi iaitu hari Isnin, kita minta beberapa slot cawangan khas itu dikeluarkan.

“Takkanlah sampai lingkungan 100 meter baru penyokong dapat berkumpul, dalam mahkamah punya tempat pun kamu ambil juga atas alasan kerana bertugas, dua atau tiga orang cukuplah.

“Tolong berikan ruang yang lebih adil kerana ini adalah kes berprofil tinggi, anggota polis cawangan khas tidak perlu begitu sekali,” katanya lagi.

EZY