Saifuddin Nasution – Ucapan aluan Kongres Nasional PKR ke 10

http://tv.selangorku.com

Saifuddin: PKR sedia terima lebih ramai penyertaan kaum Cina dalam parti

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Halang pemimpin PKR masuk Sarawak, BN gentar rakyat berpaling tadah

SHAH ALAM, 28 MAC: Tindakan kerajaan Sarawak menghalang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memasuki negeri itu adalah bermotif politik dan berniat jahat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, PKR dibenarkan bergerak bebas ke seluruh negara termasuk di Sarawak kerana mereka adalah parti politik yang berdaftar.

“Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa larangan masuk itu dengan alasan akan menimbulkan huru-hara atau kacau ganggu dan memberi kesan buruk kepada hubungan kaum memang jelas bermotif politik serta berniat jahat kerana tidak pernah dibuktikan,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Saifuddin Nasution Ismail putih 01Pada 25 Mac lalu, Saifuddin disekat memasuki Sarawak ketika tiba di Sibu pada jam 11 pagi dan dimaklumkan bahawa satu arahan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk menyekat beliau daripada memasuki negeri itu.

Turut menerima nasib sama adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Saifuddin berkata, itu adalah kali pertama beliau dilarang memasuki negeri berkenaan dan tidak pernah berlaku tindakan menghalang pemimpin pembangkang daripada semenanjung untuk menyertai sebarang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di bumi kenyalang.

“Tidak pernah ada masalah selama ini untuk masuk ke Sarawak sejak PKR ditubuhkan, pada tahun 1999. Saya percaya, ia sekadar mengesahkan Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin gentar terhadap pengaruh PKR dan kesedaran rakyat negeri itu yang menerima baik parti ini,” katanya.

Adenan-SatemKatanya, larangan itu juga menunjukkan Adenan bimbang dengan kemaraan PKR menjelang Pilihan Raya Sarawak yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

“Satu cara digunakan Adenan untuk menyekat kemaraan PKR adalah dengan cara mengenakan sekatan masuk terhadap pemimpin kita ke Sarawak. Adenan terlepas peluang untuk keluar daripada kepompong Taib Mahmud dan hanya menjadi penerus kepada pengaruh dan polisinya tetapi anehnya kita tidak pernah hadapi masalah sebelum ini,” katanya.

Categories
NASIONAL

PKR kecam tindakan halang Saifuddin masuk Sarawak

SHAH ALAM, 25 MAC: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution dilaporkan dihalang daripada memasuki Sarawak, hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata Saifuddin tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.

“Sebaik tiba di Sibu pagi ini, Saifuddin dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas bahawa satu arahan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak, pada 22 Mac ini.

fahmi-fadzil“Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik berkenaan yang cukup jelas menggambarkan pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti.

“Pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak,” katanya.

-NFN-

Saifuddin : Apakah Zaid ‘proksi’ Umno

http://tv.selangorku.com

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik ketuai jentera PRK Kajang

Oleh : Datuk Saifuddin Nasution 

Demi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi, KEADILAN telah membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihanraya.
Maka dengan itu saya mengesahkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya, YB Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya, dan Tn Hj Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri dilantik sebagai Pengarah Operasi Pilihanraya.
InshaAllah dengan ini jentera pilihanraya KEADILAN akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, Pakatan Rakyat, dan rakyat Malaysia.
# Datuk Saifuddin Nasuton adalah Setiausaha Agung PKR
Categories
NASIONAL SELANGOR

Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 05062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

2. Penduduk Bukit Botak yang berhasrat untuk menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh agen perumahan.

3. Badan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mematuhi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengugurkan pendakwaan jenayah terhadap penganjur himpunan aman membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

4. Kerajaan Negeri mahu perlombongan batu kuartza di Permatang Kuartza, Gombak dihentikan serta-merta berikutan lesen perlombongan di kawasan itu tidak pernah dikeluarkan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Saifuddin : Penangguhan Pemilihan Akan Dibincangkan – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 22052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Parti Keadilan Rakyat berkemungkinan menangguhkan pemilihan parti, bagi membolehkan akar umbi dan jentera pulih dari pertarungan PRU13.

2. Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan semua wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri supaya mengisytihar aset bagi setiap tiga tahun, lapor portal Malaysiakini.

3. Parti Rakyat Malaysia bersama NGO Angkatan Pembebasan akan melancarkan kempen flashmob menuntut pembebasan Adam Adli dan menarik balik semua tuduhan terhadap aktivis mahasiswa itu.

Campur Tangan Najib Sekat Perkembangan Petronas

KUALA LUMPUR, 24 OKT : Campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam keputusan yang melibatkan Petronas dilihat memberi kesan buruk kepada syarikat gergasi minyak dan gas negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata campurtangan ini dilihat di dalam kegagalan Petronas mengambil alih syarikat gas Progress Energy Resources di Kanada.

Menurut Rafizi, kegagalan Petronas mengambil alih Progress Energy Resources merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.

“Dalam bulan September 2012, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengumumkan bahawa ia merendahkan penilaian prospek Petronas menjadi ‘negatif’.

“Ini kali pertama dalam sejarah Petronas yang panjang apabila syarikat penarafan antarabangsa melahirkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasi di mata pelabur,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen yang turut dihadiri oleh MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Di laporkan sebelum ini bahawa Progress Energy Resources mempunyai rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan memiliki rizab tanah seluas 1.25 juta ekar di seluruh Kanada.

Tegasnya, Petronas pasti mempunyai alasan kukuh untuk mengambil alih syarikat berkenaan yang akan menjadi sebahagian daripada aset strategiknya.

Ujar beliau lagi, Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya kedudukan kewangan Petronas dituruntarafkan selepas ini, kesan campur tangan pentadbiran beliau.

Categories
NASIONAL

Isu Video MP PKR: Umno-BN Cuba Beri Persepsi Buruk Pada PR

SHAH ALAM, 15 JUN: Umno-BN mensasarkan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat dengan tawaran lumayan merupakan satu usaha untuk membentuk perspektif negatif rakyat kepada parti berkenaan.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, strategi kotor yang dimainkan oleh Umno-BN ini merupakan rentetan kepada amalan budaya rasuah, ugutan dan sogokan yang selama ini menjadi budaya kepada parti tersebut untuk disuburkan dalam masyarakat.

Katanya, perkara ini merupakan satu permainan politik supaya rakyat akan terdidik dengan persepsi bahawa pimpinan PKR sebenarnya bermasalah.

“PAS dikatakan ekstrimis dan kumpulan pelampau kepada orang bukan Melayu dan dikatakan tidak berprinsip kepada orang Melayu selain tunduk kepada DAP.

“DAP pula dikatakan sebagai pelampau Cina kepada orang Melayu. Di kalangan masyarakat bukan Melayu pula dikatakan tunduk kepada PAS.

“PKR pula sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian yang kukuh dan ahli parlimennya mudah lompat. Mungkin ini diantara sebab mengapa PKR dijadikan sasaran utama,” katanya .

Beliau yang ketika ditemuramah dalam program bual bicara Terus Terang terbitan TV Selangor tidak menafikan Ahli Parlimen PAS dan DAP juga turut dipelawa meninggalkan PR tetapi sasaran utama mereka merupakan Ahli Parlimen PKR.

Khalid Samad bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam mendedahkan satu klip video perbincangan cubaan membeli MP Pakatan Rakyat dengan menamakan Ketua Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim sebagai antara individu yang terlibat dalam perbincangan berkenaan.

Tayangan selama 3 minit 41 saat memaparkan lima individu yang sedang berbincang berhubung tawaran habuan sekiranya meninggalkan Pakatan dengan nilai minima RM2 juta selain bonus dalam bentuk kontrak kerajaan.

Dua daripada individu berkenaan merupakan wakil Pakatan sementara yang lain merupakan wakil agen Umno-BN.

Video asal selama tiga jam ini dirakamkan di sebuah restoran di Lembah Klang sekitar setahun yang lalu selepas beberapa pemimpin Pakatan mengisytiharkan lompat parti dan akan didedahkan secara berperingkat.

Categories
NASIONAL

PKR : Tubuh Tribunal Siasat Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Persekutuan

SHAH ALAM, 10 MEI: PKR hari ini menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat perlanggaran Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang akhbarnya petang ini, perlanggaran perlembagaan tersebut berlaku apabila didapati Aziz masih lagi menganggotai parti Umno.

“Ini adalah susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasa dan Rafizi(Ramli) dua hari lepas yang memberikan perincian perlanggaran Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan jelas tidak boleh seseorang yang menganggotai SPR untuk turut menjadi anggota kepada mana-mana pertubuhan,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam juga mengukuhkan lagi keyakinan mereka bahawa pengerusi SPR itu masih lagi seorang ahli Umno yang sah.

“Cuma alasan Nazri, Aziz bukan lagi menjadi ahli sebab dia sudah lama tidak membayar yuran.

“Apabila Nazri mengesahkan mengenai status Aziz pernah menjadi ahli cuma dah lama tak bayar yuran tahunan atau dibayar oleh orang lain ia tidak menafikan sama sekali status keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno.

“Kenyataan Nazri itu mengukuhkan dan menambah yakinkan kita lagi bahawa dakwaan asal kita iaitu Pengerusi SPR adalah seorang ahli Umno,” katanya lagi.

Saifuddin menjelaskan, keahlian seseorang dalam Umno tidak akan terbatal atau terlucut sekirannya seseorang itu tidak menjelaskan yuran tahunan parti itu, tetapi ia hanya menjadikan seseorang itu hilang kelayakan untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat agung samada di peringkat cawangan, bahagian atau perhimpunan agung.

Saifuddin juga memberitahu, dengan hanya membayar sekali sahaja yuran keahlian semasa mendaftar sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu kekal sebagai ahli Umno selagi beliau tidak dipecat keahliannya atau pun menulis surat mengisytihar keluar parti.

Selain itu, Pengerusi SPR itu sekali lagi didapati melanggar Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan apabila beliau gagal mengumumkan status keahliannya dalam mana-mana pertubuhan dalam jangkamasa tiga bulan pertama perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPR.

“Mengikut Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan menyebut ‘kepercayaan awam adalah tunggak utama’, di samping perincian bahawa dalam tempoh tiga bulan selepas perlantikan dibuat oleh Yang DiPertuan Agong, seorang anggota SPR itu mestilah tampil memaklumkan status dia, samada dia ada menganggotai mana-mana pertubuhan atau tidak.

“Dalam kes ini, Aziz tidak mengisytiharkan, tidak berbuat demikian, dengan ini memberi kita alasan yang cukup kuat untuk meminta sebuah tribunal menyiasat perlanggaran Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan oleh SPR segera dimulakan,” jelasnya.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Perlu Jelas Terma Penyelesaian Tuntutan Royalti Terengganu

SHAH ALAM, 24 APR: Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas perlu menjelaskan terma penyelesaian antara kerajaan negeri terbabit dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan apabila tindakan undang-undang berhubung tuntutan royalti minyak digugurkan pada 21 Mac baru-baru ini.

Tindakan Undang-undang yang dimulakan oleh Kerajaan Terengganu pada Mac 2001 itu telah berlarutan selama sebelas tahun ekoran keengganan Petronas dan kerajaan pusat meneruskan bayaran royalty apabila PAS berjaya merampas tampuk pemerintahan negeri itu dari Umno pada 1999.

Demikian menurut Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Saifuddin, ketiga-tiga pihak terbabit harus menjelaskan berapakan jumlah pembayaran yang diterima oleh Kerajaan Terengganu yang membolehkan satu penyelesaian luar mahkamah dicapai oleh ketiga-tiga pihak terbabit.

“Apakah terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Terengganu, Petronas dan Kerajaan Malaysia yang membawa kepada tindakan penyelesaian di luar mahkamah.

“Berapakan jumlah bayaran sebenar yang akan diperolehi Kerajaan Terengganu hasil penyelesaian cara ini?

“Berapakah terimaan sebenar wang ehsan dan wang royalti yang diterima Kerajaan Terengganu mulai 2001 sehingga 2011 memandangkan perbedaan harga minyak dunia di antara USD20 sehingga USD100 setong di sepanjang tempoh tersebut,” kata Saifuddin.

Saifuddin turut menuntut penjelasan ke akaun manakah wang tersebut disalurkan dan adakah ia digunakan untuk membiayai projek-projek tertentu di Terengganu.

“Ke dalam akaun mana wang ini dimasukan, samada kumpulan wang disatukan kerajaan negeri atau digunakan terus untuk membiyai projek-projek seperti Monsoon Cup, Masjid kristal dan lain-lain,” ujar Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin, sebelum ini kerajaan pusat telah menghentikan pembayaran royalty minyak kepada Terengganu disebabkan dendam politik Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila tewas di Terengganu pada pilihan raya tahun 1999.

“Rakyat seluruhnya sedia maklum dolak dalik kerajaan persekutuan terhadap isu wang ehsan dan royalti ini sebenarnya terbit daripada dendam politik Umno dan BN apabila tewas di Terengganu padu 1999 hingga 2004,” kata Saifuddin.

Saifuddin juga memberitahu rakyat Terengganu berhak mengetahui situasi sebenar isu ini memandangkan ianya melibatkan kepentingan rakyat negeri itu secara terus.