Categories
NASIONAL

Tangguh hubungan dialog ASEAN-EU

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JAN: Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menyuarakan pendapat untuk menangguhkan peningkatan hubungan antara ASEAN dan Kesatuan Eropah kepada status ‘perkongsian strategik’.

Beliau berkata, ia harus ditangguhkan pada satu tarikh akan datang ekoran pertikaian perdagangan minyak sawit yang berterusan.

“Harapan Malaysia bahawa ASEAN dan EU terus berusaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua organisasi berasaskan kerjasama erat yang sedia ada seperti yang digariskan Pelan Tindakan ASEAN-EU (2018-2022).

“Semua menteri luar bersetuju untuk menaiktaraf hubungan itu, namun butiran dan masa akan ditentukan kelak ekoran isu yang dibangkitkan Indonesia dan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Saifuddin berkata, tindakan melabel minyak kelapa sawit sebagai suatu ancaman adalah ‘tidak adil’, memandangkan Malaysia mempunyai lebih daripada 60 undang-undang dan peraturan yang meliputi hidupan liar dan perlindungan alam sekitar sebagai tambahan kepada penekanan keselamatan serta kebajikan pekerja.

“Itu sebabnya tidak adil untuk menyebarkan minyak kelapa sawit Malaysia sebagai ancaman kepada alam sekitar dan bertentangan dengan (Tujuan Pembangunan Mampan PBB). Yang kami masukkan dalam manifesto (Pakatan Harapan), Rancangan Malaysia ke-11 dan Rangka Kerja Dasar Asing kita antara lain.

“Memandangkan kesan buruk terhadap keadaan ini terhadap Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit ASEAN lain. Malaysia dan Indonesia bersama-sama sokongan negara anggota ASEAN lain berpendapat bahawa peningkatan hubungan dialog ASEAN-EU ke arah perkongsian strategik seharusnya ditangguhkan ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sementara itu, dalam bidang anti-keganasan, Menteri Luar menggariskan peranan yang dimainkan oleh Malaysia melalui program pembinaan keupayaan di bawah Pusat Serantau Asia Tenggara bagi mencegah keganasan.

Pada Januari 2018, Parlimen Eropah meluluskan resolusi untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam pengeluaran biofuel di EU pada tahun 2020 dalam usaha untuk menghentikan penebangan hutan di Indonesia dan Malaysia iaitu dua pengeluar komoditi terbesar minyak sawit.

 

Categories
NASIONAL

PAKATAN bincang agihan kerusi hadapi PRU-14

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 1 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) kini dalam proses perbincangan memuktamadkan pengagihan kerusi antara semua parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

MB KONVENSYEN PKR WP (22)Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan diadakan berjalan lancar membabitkan semua parti, KEADILAN, DAP dan AMANAH termasuk BERSATU yang menyertai PAKATAN, baru-baru ini.

“Selepas BERSATU diterima, maka perbincangan sudah berjalan dan kita akan lihat bagaimana pembahagian ini diadakan kerana pasti terdapat kawasan yang bersih serta bertindih. Kita akan bincangkan perkara ini antara parti.

“Kita memang menyasarkan tiada pertindihan seperti 2013 yang memang tiada kawasan bertindih dan kita selesaikan semua, maka sedapat mungkin keputusan di peringkat pusat harus disepakati negeri supaya tidak timbul masalah,” katanya selepas Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses perbincangan itu berterusan dan memberi ruang secukupnya kepada semua parti bagi membuat keputusan dengan tiada tempoh masa ditetapkan supaya tidak ada tekanan dirasai semua pihak.

Katanya, bagi melancarkan perbincangan, PAKATAN turut menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi membincangkan perkara itu termasuk perkara lain seperti manifesto bersama, pendaftaran PAKATAN dan cadangan logo baru.

“Jawatankuasa ini seperti jawatankuasa manifesto bersama sudah bermesyuarat beberapa kali dan progresnya sangat baik.

“Berkenaan pendaftaran, PAKATAN dalam proses melengkapkan dokumentasi untuk permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan kita yakin akan kelulusannya,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Politik ibarat perang semua terlibat suka atau tidak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MAC: Semua pihak perlu prihatin perkembangan politik ekoran ia memberi kesan terhadap dasar pentadbiran dan corak kehidupan masyarakat.

Panelis forum Akademi Politik, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata arena politik diibaratkan seperti medan perang yang memberi kesan kepada semua lapisan rakyat termasuk pengamal perubatan.

Datuk Saifuddin a“Keputusan dibuat oleh orang politik juga memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.

“Suka atau tidak, kena ambil tahu pasal politik sebab walaupun kita tak suka peperangan tetapi bila perang semua orang terlibat, jadi kita kena sama-sama pastikan tidak terjadi peperangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Akademi Politik di Hotel Carlton di sini, semalam.

Katanya lagi, antara isu melibatkan pengamal perubahan adalah kerajaan memutuskan doktor tidak lagi dibenarkan memberi diskripsi ubat-ubatan kepada pesakit sebaliknya ditentukan ahli farmasi.

Katanya, keadaan ini menyebabkan pemilik klinik persendirian menanggung kos tambahan menggaji ahli farmasi bertauliah.

“Selepas saya berikan penerangan kepada mereka, semua mengubah fikiran untuk mengambil tahu isu politik bagi memastikan ahli politik dipilih mampu membentuk dasar tidak membebankan rakyat ,” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Muhyiddin cuma kekal dalam parti ‘nazak’ – Saifuddin

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 MAC : Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Umno tidak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata Umno adalah parti nazak dan kini semakin hilang majoriti besar sokongan rakyat.

najib muhyiddin putrajaya“Saya faham mengapa beliau masih dalam Umno. Mungkin dia berasa yang perubahan dari dalam masih boleh dilakukan.

“Tetapi, Umno hari ini begitu nazak. Saya tak pasti kalau perubahan dapat itu dilakukan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Bangunan SSAAS hari ini.

Muhyiddin dalam sidang medianya pagi ini mengumumkan untuk terus kekal dalam parti itu meskipun digantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Datuk-Saifuddin-AbdullahNamun kata Saifuddin juga itu, langkah diambil Muhyiddin itu cuma bagi tujuan kedudukan dan bersifat peribadi.

“Saya fikir dia masih kekal pun untuk tujuan siasatan pihak ROS kepada Umno yang menggantung keahliannya tanpa sebab.

“Atau mungkin dia kekal buat sementara ini untuk mencabar (pemilihan) Majlis Tertinggi Umno nanti,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Saifuddin konsisten dan berkata benar

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengalu-alukan kemasukan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai ahli baru dalam parti itu.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei, berkata Saifuddin adalah tokoh reformasi yang konsisten dalam Umno dan sentiasa berpegang kepada prinsip ‘berkata benar walaupun pahit’.

IMG-20151015-WA0003Beliau berkata, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga antara tokoh yang dihormati lawan dan kawan serta sentiasa bersederhana dalam pandangannya.

“Beliau sangat berprinsip dan perbezaan pendiriannya tidak digemari dalam kalangan pimpinan Umno, sekali gus memalapkan karier politiknya dalam parti itu.

“Justeru, PKR Selangor mengalu-alukan kemasukannya dan akan membantu menyemarak perjuangan parti seperti kami meraikan kemasukan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Kamaruddin Jaffar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda, berkata jaringan sokongan pelbagai pihak dalam dan luar negara yang dimiliki Saifuddin akan membantu parti memantapkan hubungan dalam kepimpinan.

Datuk Saifuddin aKatanya, Saifuddin juga berupaya menyatukan buah fikiran pelbagai pihak sebagai nilai tambah kepada kekuatan PKR.

“Saya percaya, selepas beliau berbincang dengan kepimpinan PKR pusat, parti boleh berkongsi hala tuju dengan memberi peluang kepadanya untuk menerajui gerakan yang besar dan bermakna.

“Beliau ada sejarah hebat dan berpengalaman menerajui gerakan kesederhanaan dan pasti ia boleh dimanafaatkan demi melihat Malaysia yang lebih baik,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar gembira Saifuddin sertai PKR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OKT: Penyertaan bekas anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Saifudiin Abdullah ke dalam PKR nyata membawa khabar gembira buat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik Malaysia Kini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi berita itu di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas Anwar memberi kenyataan berhubung permohonan dalam rayuan kes qazafnya.

anwar“Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui Datuk Saifuddin menyertai PKR, hari ini. Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR,” katanya.

Terdahulu, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu diumumkan menyertai PKR oleh Azizah dalam satu sidang media, sekali gus mengisytiharkan keluar Umno berkuatkuasa hari ini.

Saifuddin salah seorang pemimpin Umno yang dilihat lebih progresif berikutan sering mengutarakan pandangan bertentangan dengan dasar partinya.

Baru-baru ini, beliau diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menyertai dialog membabitkan parti pembangkang yang membawa kepada pembentukan Pakatan Harapan, pada 22 September lalu.

Penyertaan Saifuddin ke dalam PKR dilihat bakal memperkukuhkan lagi PKR selepas penyertaan bekas veteran Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, sekali gus memantapkan gabungan Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara dan DAP.

-NFN-

JURNAL BERITA : MB pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014

Sinopsis

1. Abdul Khalid pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014
2. MB: Tidak perlu bentang kertas putih isu air
3. MB: LLM diberi tempoh seminggu sedia kertas keja lebuh raya
4. Isu Hudud dibincang pada sidang DNS
5. Kroni Umno kaut untung bayaran sewa UiTM, rakyat tanggung rugi
6. Speaker Selangor terima usul pembangkang kaji hudud
7. Kes BSM: JAIS diarah dapat nasihat Exco & Penasihat Undang-Undang
8. Hannah Yeoh: “Saya perlu ‘neutral’ kendali DNS”
9. Skandal Bank Rakyat, Ahmad Maslan gagal bagi jawapan meyakinkan
10.Xavier ambil tindakan undang-undang terhadap Chegu Bard, Malaysia Kini
11.Umno usul hudud di Selangor, bila MCA ingin berdemo?
12.Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat
13.Saifuddin: Ahli PKR perlu tolak politik ugutan, wang
14.Pinda akta, LHDN bakal jadi 1MDB
15.397 pemilik kilang USJ 1 dapat hak milik tetap
16.Ugut Ketua Pengawas Pemilihan, 3 ahli PKR dipecat
17.Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya jadi medium perlindungan
18.Longkang terbiar Taman Sri Nanding tingkat masalah aedes

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – MB : Saya tak tandatangan surat gugur Azmin

Sinopsis:
1. SELCAT: MB tidak pernah tandatangan surat gugur Azmin

2. SELCAT: MB sedia dipanggil, bantu jelas sebarang isu

3. SELCAT: MB arah Azlan jaga kepentingan warga kerja PKNS

4. SELCAT: MMKN tidak sentuh kedudukan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS

5. Exco: Kerajaan Negeri akan kaji kapasiti tangki air pangsapuri

6. Exco: Kerajaan Negeri peruntuk RM26.8 juta untuk Skim Ceria

7. PKR kecam tindakan halang Saifuddin masuk Sarawak

8. Dua lagi pemimpin kanan PKR dilarang masuk Sarawak selepas Saifuddin

9. Tragedi MH370, pimpinan PR zahir ucapan takziah

10.Hadi: Isu MH370, Islam sabitkan kematian tidak diketahui sehingga 4 tahun

11. Mahfuz: Kerajaan perlu bersihkan nama Kapten Zaharie

12. Waris keluarga MH 370 di China adakan protes di kedutaan Malaysia

13. Bapa penumpang MH370 ambil tindakan mahkamah ke atas MAS, Boeing

14. DAP : Hukuman mati 529 penyokong Morsi kejam, mengarut

15. Tribunal Rakyat syor tubuh jawatankuasa bebas, tentukan persempadan semula

http://tv.selangorku.com

Saifuddin – “Asal Anwar je, kena mahkamah rayuan”

http://tv.selangorku.com

Saifuddin – Pemikiran TPM tahap budak sekolah

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Daim disindir ekoran kenyataan dakwa Anwar lemah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 26 FEB: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution hari ini melontarkan sindiran tajam kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin atas kenyataannya menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang lemah.

“Ya, saya setuju Datuk Seri Anwar memang ‘lemah’ kerana masa dia jadi Menteri Kewangan dia tidak mengangkat anak dia salah seorang dari 10 yang terkaya dan lemah sebab tidak kumpul kekayaan untuk diri sendiri seperti Tun Daim, masa jadi Menteri Kewangan.

Saifuddin-Nasution_small“Dia juga lemah kerana mengawal hutang negara dengan membayar hutang lebih awal dari jadual dan dia juga lemah sebab bentangkan belanjawan berimbang tidak seperti mana Perdana Menteri sekarang menyebabkan negara berhutang sehingga lebih RM600 bilion,” sindir Saifuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan Daim yang mendakwa Anwar merupakan ahli politik dan Menteri Kewangan yang lemah.

Kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Kewangan yang mampu membentangkan belanjawan berimbang berbanding era Daim sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak menjawat jawatan Menteri Kewangan.

EZY

Categories
SELANGOR

PKR: Umno ‘jilat ludah sendiri’ bila mula kempen di Kajang

Oleh : Lizawati Madfa

KAJANG 17 FEB : Lebih seminggu Umno menghentam PKR kononnya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang di luar waktu kempen, akhirnya Umno seperti menjilat ludah sendiri apabila melakukan perkara sama.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata kata-kata pemimpin Umno sebelum ini ternyata tidak relevan lagi ekoran tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin melakukan kempen dari rumah ke rumah semalam.

UMNO BN 55Katanya, tindakan Khairy itu membuktikan bahawa tiada salahnya untuk sesuatu parti politik memulakan kempen mendekati rakyat walaupun sebelum hari penamaan calon.

“Jadi tidak timbul isu kempen lagi kerana Khairy sendiri sudah turun padang menjalankan kempen untuk Umno dan saya mengalu-alukan itu.

“Walau apa pun PKR akan biarkan Umno dengan strateginya sementara kita akan tumpukan untuk menang seterusnya kukuhkan Selangor sebelum ke Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Hotel Oriental Crystal di sini, hari ini.

Pada masa sama, Saifuddin turut mempersoalkan tindakan Khairy yang bersungguh-sungguh menyatakan sokongan kepada bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang meluahkan hasrat untuk bertanding di PRK Kajang sebagai calon bebas.

PC PKR Kajang“Secara tiba-tiba Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang sering dimainkan Zaid, bekas Umno dan juga bekas PKR, yang misinya dalam PRK Kajang adalah untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

“Nampak pelik tak? Persoalannya, adakah Umno di belakang Zaid untuk bertanding di Kajang.

“Jika benar, saya cabar Umno letak sahaja calon sendiri daripada menghantar orang lain,” katanya lagi.

Menjawab soalan lain, Saifuddin menolak dakwaan sebuah akhbar bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar.

“Semuanya karut. Sumber yang boleh dipercayai hanyalah daripada pimpinan tertinggi PKR dan bukan dari sumber yang tidak bernama,” katanya.

EZY