Categories
NASIONAL

PAS Kedah: Umno berdepan sakaratul maut

SHAH ALAM, 17 DIS: Tindakan Umno yang cuba berbuat baik dengan PAS seakan meminta nyawa ketika parti yang sinonim dengan perjuangan kaum Melayu itu sedang menghadapi sakaratul maut.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, berkata masalah besar yang sedang melanda Umno terus terserlah dalam perhimpunan agung parti itu, baru-baru ini.

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi“Walapun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menggunakan pelbagai ‘sekatan’ dalam perhimpunan itu bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun ia tetap jelas kelihatan.

“Selain itu, terdapat pihak berkepentingan kelihatan menyokong Najib tetapi golongan lebih besar khususnya di akar umbi pula menyanggah presiden parti itu,” katanya yang dipetik Sinar Harian, di sini, hari ini.

Fakhruddinn berkata, Umno terus menjadi sasaran kemarahan rakyat terutama terpalit dengan pelbagai antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

“Isu itu secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan sangatnazak dan kelemasan,” katanya.

Terdahulu, Umno menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan PAS bagi memastikan pentadbiran akan datang tidak jatuh ke tangan pembangkang pro-DAP.