Dengkil dan Masjid Al-Qayyum – Salam Selangor

Episod 103

Sinopsis:

Segmen Kenali selangor edisi Dun Dengkil membawa anda menijau perkembangan selepas 5 tahun pemerintahan Pakatan rakyat di Selangor. Bertempat di Pejabat penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil yang terletak di Balai Penghulu Dengkil. Tuan Hj Borhan Bin Aman Shah yang diberi amanah sebagai Penyelaras DUN Dengkil sentiasa sibuk tugas dan jadual program kemasyarakatan bagi memastikan Visi Kerajaan Pakatan Rakyat dapat merealisasikan Selangor sebuah Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan serta Misi Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia dan Alam Sekitar dapat dijayakan.

Setelah 5 tahun memikul tanggungjawab sebagai penyelaras DUN Dengkil, nama Tuan Haji Borhan Aman Shah semakin popular dikalangan masyarakat berbilang kaum dkawasan DUN Dengkil atas komitmen yang di lakukan.

Ketokohan dan sifat semulajadi yang mudah mesra dan suka bergaul dengan semua peringkat golongan masyarakat, anak jati Selangor kelahiran Batu Laut, Tanjong Sepat Banting ini sempat berkongsi serba sedikit tentang sejarah hidupnya..

Masjid Al-Qayyum dibina menggunakan peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM 900 ribu yang terletak di Taman Armada Putra, Pulau Indah.

Tetamu:
1. Hj Borhan Aman Shah
2. Hajah Rahimah Misran
3. Kamal Hussin Naim
4. Fariza Hassan
5. Mohd Sapinar Osman
6. Hajarah Abdul Samad
7. Nor Azmi
8. Baharuddin Misran
9.Mr. Sumugam
10. Mohammed Hanipa Maidin
11. Hamidah Ali

dengkil

Sulaman Reben – Salam Selangor

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Sembang Buku kali ini menemuramah seorang Usahawan Sulaman Bunga Reben dan penulis buki variasi seni sulaman reben.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : Suzana Mustafa

reben

Categories
SELANGOR

Pusat Jahitan dan Dataran Anak Muda Kg Parit Serong – Salam Selangor

Episod 101

Sinopsis:

Kampung Parit Serong di kawasan DUN Permatang, Tanjung Karang. Kampung ini antara yang telah mendapat bantuan dari 264 projek pembangunan infrastuktur yang dibangunkan di bawah geran Selangorku.

Kejayaan hasil dari penubuhan pusat Wanita Berdaya atau PWB dapat melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing. Pusat jahitan kampung ini dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar dengan memperuntukkan 4 unit mesin jahit biasa dan satu unit mesin jaht tepi.

Dataran anak muda memuatkan gelanggang bola keranjang, futsal serta pentas yang dibina dengan kos sebanyak rm 160 ribu yang dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta geran Selangorku.

Tetamu:

1. Hj Yahya Sa’ari (Penyelaras DUN Permatang)
2. YB Dr Xavier Jayakumar (Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan
Prihatin)
3. Nur Salam Khalid (Stiausaha AMK)
4. Muhammad Sani Sahri (Pegawai Komunikasi Cabang Tg Karang)

jahit

Categories
SELANGOR

Usahawan Selangor – Salam Selangor

Episod 100

Sinopsis

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Salam Usahawan kali ini menemuramah pemimpin bagi mengetahui tentang program-program yang diadakan untuk usahawan di Selangor

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : YB Rodziah Ismail

PWB

Categories
SELANGOR

Wanita Penentu Perubahan – Salam Selangor

Episod 99

Sinopsis:

Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Kerajaan Negeri Selangor 2013 di sambut meriah di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam pada 9 Mac lalu juga bersempena sambutan 5 tahun pemerintahan kerajaan negeri Selangor.

Bertemakan “Wanita Penentu Perubahan Demi Keselamatan Dan Keamanan Insan”, ia dipilih sejajar dengan hasrat pimpinan pakatan rakyat terhadap wanita selangor khuusnya di mana asas kepada tercapainya keselamatan dan keamanan yang hakiki bermula dengan sebuah kerajaan yang mengkehendaki yang sama untuk semua rakyatnya.

Majlis dirasmikan oleh isteri kepada Dato Menteri Besar Selangor, Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut dan dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail,Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan isteri.

wanita

Categories
SELANGOR

Anak Laut dan Masjid Bukit Badong – Salam Selangor

Episod 98

Sinopsis:

1. Mengisahkan sebuah kehidupan seorang kelasi kapal yang berkeinginan untuk kembali menjadi nelayan..Beliau berusaha menyiapkan bot kayu bagi memenuhi impian tersebut.

2. Masjid Ar-Rahman di kampung Bukit Badong dipindahkan ke masjid baru. Ini adalah kerana keprihatinan kerajaan negeri Selangor dan pemimpinnya dalam membina masjid tersebut.

Tetamu:
1. Encik Abdul Wahab
2. Encik Mohd Fadilah Sarip
3. Hj Suraji Puniran
3. Hj Ansor Abdullah Kamari

Layari www.selangorkini.net untuk pelbagai paparan menarik

nelayan

Wanita Solehah Melahirkan Ummah Takwa – Salam Selangor

Episod 97

Sinopsis:

Seminar wanita solehah dapat membentuk ummah yang cemerlang dan berdaya saing. Wanita memainkan peranan penting dalam menyumbang idea dan tenaga dalam membangunkan negara.

Layari www.selangorkini.net untuk pelbagai program menarik

Tetamu:
1. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
2. Sahibul Saadah Dato’ Hj Marzuki Hussin (Pengarah JAIS)
3. Ustazah Zawiyah Hassan (Penceramah Bebas)

wanita

Categories
SELANGOR

RM8 juta bagi pembinaan SRA Balakong dan Selangor Selepas 4 Tahun – Salam Selangor

Episod 96

Sinopsis:

Serdang merupakan sebuah pekan di daerah Petaling Jaya dan terletak berdekatan dengan Balakong dan Seri Kembangan. Sekolah Rendah Agama Rakyat di Taman Tun Perak merupakan sekolah terbesar di Selangor yang telah beroperasi sejak 2012 . Kerajaan membelanjakan sekurang-kurang RM 8 juta untuk membina sekolah ini.

Tetamu :
1.Encik Alex Neo (Pegawai Khas DUN Balakong)
2. Hj Shamsuddin Sa’ari

sra

Categories
SELANGOR

TUNAS dan Si Kembar – Salam Selangor

Episod 95

Sinopsis:

Skim Tunas dilancarkan pada Julai tahun lalu merupakan satu bantuan untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan. pemberian sebanyak RM50 sebulan dibayar terus kepada sekolah tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Skim Si Kembar meberi peluang kepada ibu bapa berpendapatan rendah menghantar anak mereka ke TASKA malahan membuka peluang kepada surirumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan dengan membuka taska sendiri.

Tetamu:
YB Rodziah Ismail (Exco Kebajikan,Hal Ehwal Wanita Selangor)

tunas

Categories
SELANGOR

Tilawah Al-Quran – Salam Selangor

Episod 94

Sinopsis:

Dalam memartabatkan ajaran Al-Quran di Selangor, kerajaan negeri komited memperkasakan pendidikan Al-Quran dan Fardu Ain. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 6 juta untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat selain menaikkan elaun guru KAFA.

Tetamu:
1. YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
2. Dato’ Hj. Marzuki Hussin (Pengarah JAIS)

tilawah

Categories
SELANGOR

Tahun Baru Cina – Salam Selangor

Episod 93

Sinopsis:

Sambutan tahun baru Cina kali ini dapat dilihat pemimpin-pemimpin mengambil langkah mendekati rakyat dengan mengadakan program pemberian sumbangan buah limau sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang telah diberikan.

Tetamu:
1. YB Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)
2. YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (MB Selangor)

mb

Categories
SELANGOR

Program Pembangunan Usahawan Selangor – Salam Selangor

Episod 92

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Salam Usahawan kali ini menemuramah pemimpin bagi mengetahui tentang program-program yang diadakan untuk usahawan di Selangor

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : YB Yaakub Sapari ( Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan Selangor)

usahawan