Categories
KENYATAAN MEDIA

Mindef patut beri penjelasan hantar tentera ke Yaman

Oleh: Asrul Nizam Abd Jalil

Susulan keputusan Malaysia menghantar sejumlah tentera ke Yaman. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu tweet beliau menyatakan operasi kali ini adalah untuk operasi kemanusiaan dan evakuasi.

Namun begitu, menurut Agensi Berita Saudi menyatakan Malaysia adalah negara ke-12 yang menghantar tentera untuk menyertai operasi ketenteraan mereka selepas Senegal.

Malah, agensi tersebut juga menyatakan Pusat Operasi Gabungan ini akan menugaskan tentera Malaysia bersama-sama tentera Senegal.

Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) tidak sepatutnya menyertai operasi ketenteraan ini.

Seperti kebiasaan, Malaysia hanya ikut serta sebagai tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sahaja. Langkah untuk menyertai pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi ini adalah lebih mirip kepada operasi ketenteraan bukan kemanusiaan.

Mindef perlu menyatakan jumlah bilangan tentera yang terlibat, aset-aset tentera yang turut dihantar ke sana dan juga perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan ini. Ini adalah amat penting bagi rakyat untuk menilai tujuan sebenar tentera kita dihantar ke sana.

Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) juga mendesak Hishammuddin mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan penglibatan Malaysia sebagai pasukan ke-12 selepas Senegal dalam pakatan Arab Saudi.

Samm juga berpandangan, sekalipun kerajaan persekutuan berhadapan pelbagai tekanan kewangan dan kerugian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi untuk turut serta menumpahkan darah rakyat Yaman bukanlah caranya untuk mendapatkan dana dari Arab Saudi. Mindef perlu memberikan penjelasan yang tuntas dalam perkara ini.

Dunia Timur Tengah memerlukan agenda keamanan bukan satu lagi operasi ketenteraan yang meragut ribuan nyawa kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang awam lain yang tidak berdosa.

* Asrul Nizam Abd. Jalil adalah Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
KENYATAAN MEDIA

Warga Indonesia punya KP Malaysia, Putrajaya perlu beri penjelasan

Solidariti Anak Muda Malaysia menuntut Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan penjelasan penuh berhubung warga Desa Labang, Indonesia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia untuk memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini melalui Keningau, Sabah.

Tuduhan ini bukanlah satu tuduhan yang boleh dipandang enteng memandangkan ianya telah menjadi tajuk berita akhbar negara berkenaan (rujuk gambar akhbar tersebut)

10371414_879064565446685_8511478423872352687_nApakah polisi kewarganegaraan dan pemilikan Kad Pengenalan Malaysia telah berubah? Adakah rakyat Indonesia diberikan pengecualian khas untuk turut mendapatkan kad pengenalan Malaysia?

Menurut laporan akhbar tersebut, terdapat ejen pembuat IC yang mengenakan bayaran sebanyak RM 500 dan pemohon hanya perlu memberikan sekeping gambar sahaja untuk membuat kad pengenalan.

Prosesnya kelihatan sungguh mudah berbanding proses memohon kewarganegaraan yang lebih rumit sama ada dari segi dokumentasi atau pun kelulusan.

Maka, timbul persoalan apakah ini merupakan sindiket atau satu lagi projek haram yang dihalalkan oleh pihak berkuasa atas sebab kepentingan politik?

Rakyat Sabah nampaknya sekali lagi sedang dijadikan mangsa dengan kali ini kebanjiran warga Indonesia yang memiliki kad pengenalan Malaysia. Lebih membimbangkan jika warga-warga Indonesia ini diberikan taraf bumiputera.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia mendesak Putrajaya memperjelaskan perkara ini.

Kegiatan memberikan kad pengenalan berlandaskan alasan memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini adalah sangat tidak beretika dan menggadai keselamatan negara.

Tanpa proses saringan dan siasatan latar belakang pemohon yang ketat, Putrajaya sedang membuka laluan untuk mengulangi semula kebanjiran warga Sulu dan Filipina yang akhirnya telah mendatangkan ancaman kepada negara kita.

Tindakan ini boleh dikategorikan sebagai satu tindakan bebal yang tidak mempelajari daripada insiden serangan pengganas Sulu dan juga situasi terjejasnya keselamatan perairan Sabah sehingga kini.

Rejim Najib Razak tidak harus terus menggadaikan keselamatan negara dan juga nyawa petugas-petugas keselamatan Malaysia lagi.

* Mohd Faizal Ab. Rahman adalah Penyelaras Segmentasi Antarabangsa Solidariti Anak Muda Malaysia

Categories
KENYATAAN MEDIA

SAMM: Kerajaan BN biarkan rakyat tempatan terus merempat

Selepas Kampung Chubadak, penduduk Kampung Pauh Seberang dan Kampung Banggul Donas di Terengganu dan Kampung Sungai Jerneh di Alor Gajah, Melaka sedang menanti tanah-tanah dan rumah-rumah mereka yang akan dirampas.

Bukan soal ada atau tidak geran tetapi Kanun Tanah Negara memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat walaupun ada geran dan tanpa persetujuan tuan tanah.Kerana itulah tindakan merampas tanah ini adalah zalim.

Interview penduduk Kg. Chubadak (11)Jika setinggan sekalipun, mereka adalah peneroka bandar yang telah mendiami bandar ini lebih daripada 40 tahun. Malahan, ada yang menjangkau usia 100 tahun.

Di mana sifat kemanusiaan kamu wahai Pemerintah? Menghalau penduduk kampung dengan pampasan sekadar RM7,500 sahaja. Rumah apa boleh dibeli dengan jumlah sebanyak itu.
Flat Kampung Kerinchi juga diambil dengan paksa.

Manakala pampasan yang diberikan sangat rendah, sekitar RM150,000 sahaja. Jauh rendah daripada harga pasaran. Kawasan perumahan ini terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan, mempunyai jaringan jajaran LRT dan berdekatan Universiti Malaya. Mana mungkin harga pasaran sebanyak itu sahaja.

Kemudian, kamu serahkan tanah-tanah itu kepada pemaju yang mentransformasikan tanah-tanah itu dengan kondominium mewah dengan nilai paling murah adalah RM 600,000 sehinggalah yang paling mahal berharga lebih RM 1 juta.

Penduduk asal mana yang mampu membeli rumah seperti itu? Dengan pampasan RM150,000 itu, rumah apa yang boleh dibeli di Kuala Lumpur ini?

Penduduk yang bersetuju dengan pampasan kerana pada pandangan mereka pada tahun 70-an dahulu mereka membeli rumah tersebut pada harga RM38,000 sahaja. Ditawarkan RM150 ribu sekarang sudah terlampau besar jumlahnya. MasyaAllah.

Pemerintah yang bertanggungjawab seharusnya membuat penilaian mengikut pasaran semasa. Bukan menggunakan perbandingan begitu. Alangkah malangnya nasib rakyat di tipu hidup-hidup oleh pemerintah sendiri.

Greater Kuala Lumpur sedang berubah perlahan-lahan menjadi Hawaii dan Hong Kong. Di sebalik kemajuan yang sangat “Greater” itu, warga-warga asal yang mendiami puluhan tahun sedang dibunuh perlahan-perlahan. Dipindah keluar secara halus, langsung menjadikan mereka sebagai penonton dari kejauhan.

Yang memunggah manfaat Greater Kuala Lumpur adalah mereka-mereka yang berhidung mancung daripada Negara Arab, yang berambut blonde dari Amerika Syarikat dan Kanada, rakyat Singapura dan lain-lain. Ini bukan satu rekayasa penyedap cerita.

Pergilah ke tapak Kampung Kerinchi sekarang ini. Satu masa dahulu ianya didiami 2,000 keluarga yang berkulit sawo matang. Sekarang menjadi Bangsar South yang didiami oleh warga-warga asing. Lengkap dengan deretan bar untuk meraikan penuhnya warga asing. Hidup pemerintah!!!

Sungai Jerneh dan Felcra Ramuan Cina di Masjid Tanah, Melaka pula akan diambil untuk tujuan pembinaan empangan. Habis pupus kampung-kampung tradisi. Sungai Jerneh adalah perkampungan tradisi yang dipenuhi kisah sejarah menjadi pusat penentangan Dol Said, penghulu Naning. Sejarahnya cukup besar.

Ketika kempen pilihanraya umum, calon parlimen Masjid Tanah membangkitkan isu ini. Kerajaan segera mengumumkan penangguhan. Kerana itu, pengundi memberikan undian kepada anda sehingga diangkat sebagai Ahli Parlimen kawasan Masjid Tanah. Tetapi apa yang kamu buat menjelang tahun kedua pasca Pilihanraya Umum Ke-13. Kamu lupa derita rakyat.

Hari ini diberitakan awal November ini, satu taklimat pengambilan tanah akan dibuat di Pejabat Daerah Alor Gajah. Kamu ingin sambung projek merembat tanah rakyat. Kamu khianat kepercayaan rakyat yang memilih kamu.

Ingatkan tanah perkampungan di bandar dan pinggir bandar sahaja yang akan dilahap. Rupanya, di kawasan luar bandar juga anda melahap ganas. Seolah-olah bumi ini sudah tandus dengan tanah-tanah.

Tahniah Barisan Nasional. Seluruh Sentul telah kamu sedekahkan kepada YTL. Seluruh Lembah Pantai dan Bangsar disedekahkan kepada UEM dan lain-lain. Tahun demi tahun sejumlah kelompok diisytihar sebagai kelompok mahakaya Malaysia.

Sungguh kaya kerana tauke-tauke ini telah disedekahkan tanah rakyat oleh Pemerintah Malaysia.

* Mohd Afiq Ayob adalah Jurucakap SAMM dalam isu Chubadak

Categories
NASIONAL

SAMM: KPJ patut taja perubatan Aqil Rida bukan artis

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 OKT: Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) patut utamakan perubatan Mohd Aqil Rida Mohd Akmar, 7, yang sakit jantung bukannya memberikan tajaan kepada Rozita Che Wan.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Hadzril Rizal berkata Hospital Ampang Puteri patut memberikan perhatian kepada Mohd Aqil yang terpaksa bergelut mencari kewangan membiayai kos rawatan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) .

logo SAMM3“Apakah asas KPJ membenarkan pengurusan Ampang Puteri memberikan tajaan ini sedangkan ramai lagi rakyat Johor tidak menikmati keistimewaan.

“Ramai rakyat berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malahan senarai menunggu rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga panjang,” kata Hadzril dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jelas beliau, KPJ sepatutnya menghulurkan bantuan rawatan percuma kepada anak kelahiran Johor seperti kes Mohd Aqil atau sekurang-kurangnya memberikan diskaun dan insentif lain kepada golongan berpendapatan rendah.

“KPJ jangan terlalu mengejar populariti sebaliknya ingat tanggungjawab sosial,” kata beliau lagi.

Pada 10 Oktober lalu, SAMM Zon Parit Sulong, Johor bersama-sama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kluang, Encik Mohd Jamal Nasir menyampaikan cek bantuan zakat berjumlah RM32,000 kepada Mohd Aqil Rida di kediaman keluarganya di Parit Sulong.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Antara Ahli Parlimen ikan perut dan rakyat lehernya terjerut

OIeh: CHE’GU BARD

TANGGAL 13 Oktober 2014, perbicaraan kes aksi BlackOut 505 depan Parlimen Malaysia berlangsung di Mahkamah Jalan Duta dengan tujuh orang saksi pendakwa ditampilkan. Perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat akhirnya ditangguhkan ke bulan November.

33 orang aktivis menghadapi pertuduhan tanpa wajah pemimpin politik mengimbau rasa solidariti rakyat yang mengimpikan demokrasi luhur terpancar di bumi Malaysia. Mereka datangnya dari dekat dan jauh, ada yang dari Johor, Pahang, Kedah dan dari seluruh pelusuk negara.

Mereka yang dari jauh menumpang di rumah teman-teman yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, ketika rehat tengahari ada yang berkongsi sepinggan nasi tetapi masih terus tertawa dan bercerita persoalan melawan rejim yang menindas rakyat. Tiada sekelumit rasa kegusaran dan kepayahan yang terpancar dari wajah mereka.

Ketika yang sama juga, di Parlimen sedang berlangsung perbahasan Bajet 2015. Kerusi-kerusi kosong ketika Ketua Pembangkang membahaskan bajet bukan hanya berlaku di sebelah Barisan Nasional tetapi juga beberapa gambar menunjukkan di sebelah Pakatan Rakyat juga banyak yang kosong.

Dalam bajet ini banyak lagi kelompongan dan ketidakpastian dalam aspek kebajikan buat rakyat tetapi apa yang pasti ialah kenaikan gred gaji Ahli-Ahli Parlimen.

Saya menolak kenaikan gaji Ahli Parlimen ketika rakyat sedang bergelut dengan bencana kenaikan harga bahan bakar yang akan menyeret sama kenaikan kos sara hidup. Apa hujahnya untuk menghalalkan kenaikan gaji Ahli Parlimen?

Kononnya Ahli Parlimen ini terpaksa mengikat perut. Ahli Parlimen juga perlu ingat akan hujah Perdana Menteri yang mendesak rakyat untuk mengubah cara hidup ketika kenaikan harga bahan api satu ketika dahulu.

Kenapa wujud double standard? Rakyat dipinta mengikat perut tetapi Ahli Parlimen pula akan menikmati kenaikan gaji? Mengapa tidak dinasihatkan sahaja Ahli Parlimen ini untuk mengubah cara hidup dahulu.

Mengapa tidak, ahli parlimen memulakan kempen kesederhanaan. Dari yang berkereta mewah tukar kepada kereta yang sederhana. Daripada yang sering berkunjung ke Coffee House hotel, ubah saja kepada warung-warung atau foodcourt. Namun sering kali dilihat apa yang berlaku adalah sebaliknya, sebelum jadi ahli parlimen berkenderaan biasa-biasa tetapi sesudah menjadi ahli parlimen, vellfire menjelma, dan pelbagai lagi.
Adakah Ahli Parlimen ini mempunyai kasta yang berbeda dari rakyat kebanyakan? Jika rasa sulit menjadi Ahli Parlimen dan terbeban, mengapa sibuk menawarkan diri mahu menjadi Ahli Parlimen hinggakan sanggup menipu pilihanraya dan mencantas sesama kawan?

Ahli Parlimen BN senang kerana mereka bukan sahaja menerima gaji Ahli Parlimen tetapi juga secara peribadinya ramai antara mereka yang dilantik ke pelbagai jawatan dalam Kerajaan selain Menteri Kabinet hingga menjadi pengarah itu dan ini yang membawa imbuhan hingga belasan dan puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Contohnya Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, adakah dia tergolong dalam kelompok mengikat perut? Berapa jumlah rumah dan kereta mewah yang mampu beliau beli hasil daripada menduduki kerusi empuk di Tabung Haji, begitu juga dengan Ahli Parlimen BN yang lain.

Ahli Parlimen BN biasa pun tidak perlu bersusah payah kerana mempunyai peruntukan pembangunan kawasan Parlimen masing-masing. Perbelanjaan pejabat khidmat Ahli Parlimen dan kakitangan tambahan juga mempunyai saluran bantuannya dari Kerajaan.

Kepada Ahli Parlimen PR, saya mengakui benar anda susah dan kesempitan tetapi amat mengecewakan apabila anda menerima kenaikan tangga gaji ini. Sepatutnya peruntukan-peruntukan seperti yang disebut di atas lah yang perlu diperjuangkan oleh Ahli Parlimen PR. Mereka menang dengan undi rakyat maka hak peruntukan kawasan juga harus diuruskan oleh Ahli Parlimen sendiri.

Semalam Ketua Pembangkang sebelum mengakhiri ucapan perbahasan beliau mengakui sokongan terhadap kenaikan gaji tersebut yang dikatakan munasabah itu. Seharusnya Ketua Pembangkang menolak kenaikan gaji tersebut dan memberikan cadangan agar pegawai-pegawai khas Ahli-Ahli Parlimen ini di bawa masuk ke dalam satu skim gaji yang dibayar oleh Kerajaan seperti juga kaedah pembayaran gaji Ahli Parlimen.

Tanpa pasukan penyelidik dan pegawai khas, apakah Ahli Parlimen mampu meningkatkan mutu dan prestasi perbahasan di Dewan Rakyat. Mampukah Ahli Parlimen secara keseorangan menguruskan hal-hal rakyat saban hari di kawasan mereka? Mengapa tidak disuarakan hal-hal yang menjaga kebajikan pegawai mereka sendiri.

Cadangan ini juga mesti hanya melantik pegawai khas dan penyelidik yang berkaliber bukan hanya membawa rakan atau penyokong sebagai peneman yang tidak memberi nilai tambah kepada prestasi di Parlimen dan di kawasan.

Tetapi nampaknya Ahli Parlimen PR kelihatan lemah terkulai setakat ini. Hanya menerima kenaikan ini walhal inilah kesempatan terbaik yang ada untuk memperjuangkan hak demokrasi. Malah seharusnya mengembalikan hak dana pembangunan kepada Ahli Parlimen tanpa mengira anutan politik kepartian dan juga memperjuangkan pegawai sokongan mereka yang bekerja keras siang dan malam membantu berkhidmat untuk rakyat.

Dalam hal sama, Kerajaan-kerajaan negeri PR juga sepatutnya mengumumkan jika BN bertindak adil mengembalikan dana pembangunan dan lain-lain hak wakil-wakil rakyat PR mengikut lunas demokrasi, maka di peringkat negeri juga ADUN BN akan menerima layanan yang sama. Malah tidak salah jika dimulakan dahulu agar menjadi contoh lebih baik.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin merakamkan kekecewaan kepada Ahli Parlimen BN dan lebih lagi kepada Ahli Parlimen PR jika hanya menerima kenaikan gaji ketika rakyat sedang bergelut mencari sesuap nasi sehari-hari. Malah dari segi pencapaian atau persembahan wakil rakyat di Dewan Legislatif itu juga harus diselia dengan KPI atau sistem penilaian lain.

Rakyat tidak mahu wakil rakyat yang bisu dan makan gaji buta sahaja atau wakil rakyat yang masuk ke Dewan sebentar, tekan butang komputer tanda sudah log in, kemudian keluar ke kafetaria berbual seketika dan selepas itu terus menghilangkan diri. Atau juga wakil rakyat yang hanya masuk untuk bercakap kosong dan membuat bising menjadikan Dewan Tertinggi Legislatif itu seperti pentas hiburan sarkas sahaja.

Saya masih ingat lagi bagaimana Ahli Parlimen Teluk Kemang melintasi kelompok demonstran yang hadir ke Parlimen untuk menghantar memorandum menolak kenaikan harga minyak dan GST baru-baru ini. Bukan sahaja angkuh tidak turur bertegur sapa malah sewaktu kenderaannya menghampiri tempat demonstran berkumpul, beliau secara sengaja mengambil akhbar dan membaca tanpa memandang langsung ke arah rakyat yang sedang menunjuk rasa.

Inikah citra wakil rakyat penuh keangkuhan yang diperlukan oleh negara ini?

# Che’GuBard adalah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
KENYATAAN MEDIA

PTPTN: Dalil, tindakan sama terhadap hutang kroni berkepentingan

Oleh: ASRUL NIZAM

Perdana Menteri dalam ucapan pembentangan Bajet2015 telah menuturkan bahawa roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun diampuni, melainkan hutangnya. Ia dipetik daripada hadith riwayat Muslim dalam mengingatkan peminjam-peminjam PTPTN untuk mengambil iktibar dan membuat pembayaran balik.

Pemikir Kaum Muda SAMM (PKM SAMM) suka memperingatkan Perdana Menteri agar turut mengambil iktibar daripada hadith tersebut dalam mengurus-tadbir negara ini. Perdana Menteri tidak boleh sengaja melupakan bagaimana pentadbirannya telah melupuskan hutang berjumlah RM589 juta oleh Tan Sri Tajuddin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Ini adalah satu contoh paling klasik bagaimana pihak Kerajaan Persekutuan memberikan layanan sungguh istimewa kepada kaum kapitalis kroni terpilih.

PKM SAMM ingin bertanya kepada Perdana Menteri, adakah hanya roh peminjam PTPTN sahaja yang akan tergantung-gantung tetapi kelompok kapitalis kroni terpilih ini tidak termasuk dalam golongan seperti diriwayatkan oleh Hadith tersebut?

Perdana Menteri dan kerajaan tidak patut mensasarkan kepada kelompok-kelompok rakyat biasa yang masih lagi bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dengan mempergunakan dalil-dalil dan hadith-hadith bagi tujuan mengutip hutang. Malahan, kelompok kapitalis kroni ini terus sahaja dibiarkan bebas berkeliaran walaupun mempunyai bebanan hutang ratusan juta ringgit.

Sangat menyakitkan hati rakyat, Kerajaan Persekutuan juga dengan sewenangnya menawarkan pelan pelupusan hutang atau pelan penstrukturan hutang termasuklah tawaran penstrukturan hutang kepada saudagar permaidani, Deepak Jaikishan. Ini satu lagi contoh layanan istimewa terhadap hutang kelompok kroni terpilih ini.
Kepada rakyat pula, kerajaan bertindak kejam apabila menawarkan ugutan CCRIS dan halangan imigrasi kepada peminjam PTPTN. Puluhan ribu lepasan universiti berdepan muflis apabila disenaraikan dalam sistem CCRIS.Tambah pedih luka di hati rakyat, apabila kerap kali Kerajaan Persekutuan atas nama menjaga keberdayaan ekonomi, sering menggunakan pelan tindakan bail-out bagi menyelamatkan syarikat yang mempunyai kepentingan kroni dengan melupuskan berbilion ringgit. Tetapi dalam amsa sama, memilih untuk mempergunakan hadith untuk rakyat.
Mengapa tidak kerajaan mengemukakan penstrukturan semula buat semua peminjam PTPTN yang mempunyai masalah pembayaran? PKM SAMM mencadangkan penstrukturan semula pembayaran serendah RM50 sebulan dengan syarat tertentu contohnya tanggungan yang besar.
Dengan cara ini, setengah juta peminjam PTPTN mampu memulangkan jumlah yang besar setiap bulan, walaupun tempoh pembayaran menjangkau 30 tahun, biarlah asalkan pembayaran dibuat. PKM SAMM mengingatkan semula, pinjaman pendidikan tidak harus dijadikan sumber keuntungan mana-mana agensi, malah ia sepatutnya berbentuk biasiswa.
# Asrul Nizam adalah  Penyelidik Segmen Pemikir Kaum Muda SAMM
Categories
BERITA UTAMA

Bersyukur atau protes: SAMM jawab kenyataan Menteri

Oleh: Ahmad Anwar Asyraf

Kenyataan Menteri KPDNKK, YB Datuk Hassan Malek yang meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga bahan bakar dilihat begitu menghiris perasaan rakyat. Sama ada Menteri ini tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu atau sememangnya tidak mempunyai tahap pemikiran seorang pemimpin.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pihak kerajaan tidak mempunyai alasan yang releven untuk kenaikan harga bahan bakar yang menjadi kunci kenaikan kos sara hidup. Ketika ini harga minyak pasaran dunia merundum ke aras paling rendah dalam tempoh 3 tahun.

hasan malekMengapa kerajaan tergamak menaikkan harga minyak domestik?

Kata-kata untuk menjimatkan perbelanjaan negara, pembangunan luar bandar, menaiktaraf sistem pengangkutan awam, menambah kadar BR1M dan sebagainya hanyalah satu penyedap halwa telinga sahaja.

Imbas kembali, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu kenaikan harga bahan bakar mencecah 78 sen seliter, yang ketika itu harga minyak global mencanak tinggi.

Maka lebihan pendapatan dari kenaikan itu kononnya digunapakai untuk menaik-taraf pengangkutan awam. Apa hasilnya? Hanya lambakan bas-bas Rapid yang tersadai menjadi besi buruk kerana urustadbir yang penuh ketirisan.

September 2013, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Razak umum kenaikan harga bahan bakar RON95 dan Diesel untuk menjimatkan perbelanjaan negara. Sama juga alasannya ketika ini.

Namun, siapakah yang boros dan tidak amanah dalam mengurus perbelanjaan? Rakyat atau Kerajaan? Banyak kelompongan dalam pengurusan perbendaharaan negara yang tidak diatasi sehingga kini.

Alasan menteri kononnya kenaikan harga bahan bakar kali ini didorong oleh langkah untuk mencegah penyeludupan. SAMM melihat sepatutnya pihak kerajaan pertingkat operasi di pintu sempadan untuk mencegah penyeludupan. Bukan menghukum rakyat di atas kebocoran sempadan.

Semua lorong-lorong tikus laluan penyeludup perlu dipantau rapi yang melibatkan pelbagai agensi. Atau apakah agensi-agensi terbabit di pintu sempadan telah gagal sama sekali sehingga Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil langkah menaikkan harga bahan bakar?

Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan menggunakan hujah kononnya harga bahan bakar kita antara yang termurah. SAMM berpandangan tidak patut jika ingin dibandingkan dengan negara “net importer” lain kerana hakikatnya kita adalah negara “net exporter” petroleum.

Rakyat juga sering dimomokkan dengan ungkapan sumber minyak negara semakin habis sedangkan penemuan-penemuan telaga minyak baru sering sahaja dirahsiakan daripada pengetahuan khalayak umum.

Adalah tidak adil juga jika kita membandingkan harga bahan bakar di antara negara kita dan negara jiran dengan menggunakan matawang kita. Umum mengetahui bagaimana nilai matawang kita yang semakin rendah berbanding matawang negara jiran.

Tambahan lagi, kita juga harus melihat Pendapatan Per Kapita negara tersebut berbanding dengan kita. Dengan kuasa beli mereka yang besar walaupun harga minyak mereka tinggi, ia tidak akan mengganggu keadaan taraf hidup rakyat mereka.

Apa pun hujahnya, kenaikan harga bahan bakar ini menunjukkan kegagalan dahsyat Perdana Menteri dan Kabinetnya dalam menjaga amanah menguruskan perbendaharaan negara. Lantas, mengambil jalan mudah menaikkan harga bahan bakar bagi membendung defisit yang semakin membesar.

Untuk kesekian kalinya, rakyat Malaysia harus membayar harga yang mahal diatas siri kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri dan kabinetnya mengurustadbir negara. Maka rakyat harus protes, bukan bersyukur membabi-buta.

* Ahmad Anwar Asyraf adalah Pengarah Badan Penyelidik Solidariti Anak Muda Malaysia

Categories
KENYATAAN MEDIA

Adakah Malaysia bersetuju bersama kerangka Asia Pivot Amerika Syarikat?

Oleh: Ahmad Anwar Asyraf

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun mengeluarkan satu kenyataan mendesak penjelasan dan respons daripada Perdana Menteri susulan kenyataan US Chief of Navy Operation berhubung penempatan pesawat risikan P8-A Poseidon di Sabah pada 12 September 2014.

Menteri Pertahanan telah menafikan kenyataan tersebut dan juga menafikan Malaysia telah memberikan kebenaran kepada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Lanjutan daripada itu, SAMM telah melakukan sedikit kajian dan mendapati kemasukan Tentera Amerika Syarikat ke negara ini adalah lebih kerap selepas kunjungan Presiden Obama pada bulan April lepas.

F-22Bulan Jun 2014, satu eksais yang dinamakan Cope Taufan 2014 telah dilakukan di utara semenanjung di antara Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF). Eksais ini melibatkan pesawat tempur berteknologi tinggi milik USAF iaitu F-22 Raptor.

Eksais ini adalah merupakan kali pertama F-22 datang ke Asia Tenggara walaupun Amerika Syarikat mempunyai sekutu rapat di Singapura dan Filipina. Malah, Tentera Udara Singapura juga perlu membayar kos yang tinggi untuk menyertai latihan dengan F-22 dalam eksais Red Flag Alaska.

Jadi, mengapakah USAF memilih untuk menghantar F-22 Raptor dalam latihan ketenteraan bilateral bukannya multilateral dengan negara yang bukan sekutu Amerika Syarikat?

11th MEU participates in MALUS AMPHEXDari 25 Ogos sehingga 2 September 2014, satu lagi siri latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dilakukan di Kampung Tanduo, Sabah. Latihan yang dinamakan MALUS AMPHEX 2014 menggunakan aset US Marine Assault Amphibious AAV-P7 ini disertai oleh pasukan US Marines dan pasukan tentera kita.

Dan bermula 13 September hingga 26 September 2014, latihan ketenteraan Keris Strike Siri 18/2014 pula menyaksikan kehadiran tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC) di Pantai Timur Semenanjung.

Adalah sesuatu yang agak pelik kerana secara tiba-tiba Malaysia kelihatan seperti sangat mesra dengan ketenteraan Amerika Syarikat. Dalam tempoh kurang daripada 6 bulan, nampaknya Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan latihan ketenteraan dengan Malaysia yang meliputi pertahanan darat, laut dan udara.

Apakah mungkin jika tiada apa-apa kelebihan atau perjanjian, Amerika Syarikat akan menawarkan peluang kepada negara bukan sekutu mereka secara bilateral untuk berlatih dengan aset-aset ketenteraan dan taktikal mereka yang serba canggih itu?

najib-and-obama-in-2011Adakah Malaysia telah mengambil peluang kehadiran Presiden Obama tempohari untuk menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dalam kerangka Asia Pivot tajaan Presiden Obama? Salah satu pilar Asia Pivot adalah hubungan perdagangan dan ketenteraan. Dan Malaysia sedang dalam rundingan TPPA, apakah mungkin juga kita akan memulakan hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat?

Walaupun Menteri Pertahanan telah membuat penafian, namun seharusnya tindakan yang lebih tegas dan affirmatif perlu diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam isu kenyataan oleh US Chief Of Naval Operation, Jonathan W. Greenert tersebut.

Dengan siri latihan ketenteraan bersama Tentera Amerika Syarikat yang meliputi darat, laut dan udara serta kenyataan tawaran Malaysia kepada Tentera Amerika Syarikat itu dikeluarkan oleh seorang Pegawai Tinggi Tentera Laut Amerika Syarikat dan juga merupakan penasihat operasi ketenteraan maritim kepada Presiden Amerika Syarikat, sudah pastilah ia akan memberikan isyarat yang tidak betul kepada dunia. Maka, ia tidak harus dinafikan dengan satu kenyataan di media massa sahaja oleh Menteri Pertahanan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri untuk segera mendesak rakan sejawatan mereka dari Amerika Syarikat agar meminta maaf dan menarik semula kenyataan yang dikeluarkan oleh US CNO tersebut.

Kegagalan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan dalam memberi maklum balas akan memberikan isyarat yang salah kepada dunia dan berpotensi mendatangkan impak negatif bukan sahaja kepada aspek negara berkecuali malah dibimbangi akan melarat hingga aspek keselamatan negara dan hubungan perdagangan yang besar dengan negara-negara dunia yang lain.

Sempena dengan semangat ulangtahun Kemerdekaan negara, SAMM menyeru agar Kerajaan Pemerintah memastikan kedaulatan negata tidak digadai kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara NAM yang bebas tidak berpaksi kepada mana-mana kuasa besar.

* Ahmad Anwar Asyraf adalah Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

 

Categories
NASIONAL

SAMM: Najib guna Akta Hasutan mahu tunjuk ‘keras’ pada Tun M

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 SEPT: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras penangkapan serta pendakwaan berantai terhadap beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang, mahasiswa dan ahli akademik di bawah Akta Hasutan dan ia tindakan politik.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), berkata penggunaan akta zalim membuktikan ‘kekerasan’ Datuk Seri Najib Razak kepada Tun Mahathir Mohamad setelah dikritik mantan Perdana Menteri itu, baru-baru ini.

mansuh aktaBeliau berkata ia juga bagi menutup mulut serta menakutkan-nakutkan rakyat daripada terus mengkritik pentadbiran Najib yang terbukti lemah berbanding Perdana Menteri yang lain.

“Rejim kini dipimpin Najib kelihatan tertekan dengan label ‘lemah dan lembik’ diberikan Tun Mahathir, jadi membuktikan beliau ‘keras’ maka Akta Hasutan digunakan secara berantai.

“Tindakan ini juga tidak lebih daripada mendiamkan serta menakutkan rakyat semakin jelas mengkritik rejim pimpinan Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Chegubard berkata Najib juga gagal menunaikan janjinya pada 2012 memansuhkan Akta Hasutan, namun beranggapan ia bukan sesuatu pelik kerana Perdana Menteri itu seringkali mungkir janji.

ChegubardBeliau turut mengkritik penggunaan akta berkenaan yang terus menyekat kebebasan rakyat menyatakan pandangan meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan sejak 1957.

“Penggunaan Akta Hasutan ini adalah satu pembodohan malah mangsanya bukan sahaja ahli politik tetapi pelajar, ahli akedemik, pendakwah agama termasuk rakyat biasa.

“Lebih parah lagi ia hanya digunakan kepada individu yang melawan rejim penguasa sahaja, manakala Menteri dan penyokong rejim boleh berkata apa sahaja di khalayak tanpa dikenakan tindakan.

“Sekali lagi SAMM mengecam tindakan menggunakan akta lapuk dalam usaha berterusan memperbodohkan rakyat ini,” katanya lagi.

Penggunaan Akta Hasutan kian berleluasa apabila ia melibatkan beberapa pemimpin politik antaranya, Rafizi Ramli, Tian Chua, N Surendran termasuk aktivis mahasiswa, Safwan Anang.

Terbaru, seorang ahli agama dipaksa bermalam dalam tahanan dan didakwa hanya kerana tulisan status Facebooknya pada 2012.

EZY

Categories
NASIONAL

SAMM cadang Kerajaan Pusat pinda Levi, jana pendapatan RM300 juta setahun

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 SEPT: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencadangkan agar Kerajaan Pusat melaksanakan Pindaan Perintah Levi terakhir dipinda pada 1983 yang mampu meningkatkan pendapatan negara sehingga RM300 juta setahun.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berkata pindaan itu akan memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.

SAMMBadrul Hisham mengemukakan cadangan demikian ketika bertemu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bagi memberikan cadangan dalam Belanjawan 2015.

“SAMM selama ini dikenali dengan pelbagai konotasi negatif tetapi kami kelompok anak muda dalam SAMM juga menyusun anak muda dalam menyatakan pandangan radikal yang praktikal dalam pentadbiran negara.

“SAMM mengumpulkan pemikiran anak muda akar umbi membincangkan pandangan dan peranan anak muda berkaitan dasar fiskal negara, ekonomi dan urus tadbir kerajaan pasca Belanjawan 2015,” kata Badrul Hisham sejurus selesai mengadakan pertemuan terbabit.

Jelas Badrul Hisham, set cadangan ini adalah hasil Bengkel Pengurusan Ekonomi 2012 anjuran SAMM dan pernah diajukan kepada beberapa ahli parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat.

“Namun kemungkinan suara anak muda biasa seperti SAMM ini tidak dilihat penting, maka seolah-olah tidak diangkat.

“Apabila melihat ruang dimana kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengalukan pandangan dan pendapat semua pihak dalam menyediakan draf Belanjawan 2015, maka SAMM cuba mengajukan beberapa pandangan,” kata Badrul Hisham lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

SAMM: Kemelut politik Selangor tenggelamkan kempen bantah pelaksanaan GST

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 5 SEPT: Pemimpin Pakatan Rakyat perlu segera menyelesaikan kemelut politik di Selangor berikutan kempen bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terjejas.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kempen menolak GST ketika ini semakin tenggelam walaupun kira-kira enam bulan sahaja sebelum dilaksanakan.

“GST umpama mimpi ngeri kepada rakyat tetapi pada kaca mata orang ramai, pemimpin Pakatan yang diharap-harapkan sibuk bertempur sesama sendiri dalam isu Selangor,” katanya.

sammBadrul Hisham bimbang rakyat hilang kepercayaan terhadap Pakatan untuk membela nasib mereka berikutan kemelut itu sudah berlarutan sejak lebih tiga bulan lalu.

“Kemelut ini kena cepat selesaikan sebelum rakyat putus harap dan kecewa,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh isu sama, bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, tiada tanda kerajaan mula mengamalkan perbelanjaan berhemah bagi mengurangkan hutang negara.

“Jika berterusan, hutang negara akan membelon macam Sepanyol. Walaupun GST dilaksanakan kerana GST bukan penyelesaian sebaliknya pengurusan kewangan yang cekap saja boleh menyelamatkan negara,” katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL

Himpunan hentikan dagang Malaysia-Israel 29 Ogos di MITI

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengetuai penyerahan memorandum kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai desakan Malaysia perlu menghentikan semua hubungan perdagangan dengan Israel

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan berkata, SAMM secara konsisten membuat pelbagai pendedahan hubungan perdagangan Malaysia-Israel termasuh pendedahan komponen buatan Israel diimport masuk dan juga penggunaan perkhidmatan syarikat berpengkalan Israel (APCO dan EDS).

10612969_693988630688033_1575856522342930931_n“Menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dan negara haram Israel merupakan satu strategi yang mampu melumpuhkan kekuatan Israel khususnya apabila tiada lagi bahan sumber asli tanahair dihantar ke Israel.

“Penafian kemanusiaan buat rakyat Palestin ini juga merupakan isu yang merentasi batas kaum dan agama,” katanya menerusi satu kenyataan di laman blog chegubard.blogspot.com.

Penyerahan memorandum pejabat MITI Jalan Duta akan diadakan pada Jumaat ini, 29 Ogos 2014 dan dijangka bermula sekitar jam 2.30 petang di Masjid Wilayah Jalan Duta.

Turut dilancarkan adalah Hashtag #PagarMiTi298 bagi pengguna laman sosial.

“SAMM dan rakan sekutu juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan dari NGO yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

“Inilah aksi sebenar yang wajar disokong oleh semua pihak sebagai isyarat hubungan dagang antara Malaysia-Israel harus dihentikan segera,” kata beliau lagi.

EZY