Categories
NASIONAL

Pembebasan Azhar bukti perhimpunan aman ikut perlembagaan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengucapkan tahniah kepada penyelaras bersama SAMM Selangor, Azhar Achil yang dibebaskan Mahkamah Sesyen Klang.

Penyelaras bersama SAMM Selangor,  Khairool Anyar Al-Megat, berkata mahkamah akhirnya mengisytiharkan beliau tidak bersalah lantas dibebaskan secara mutlak selepas hampir setahun dibicarakan.

azhar achil 1Katanya, keputusan itu wajar dijadikan ‘precedent case’ pada semua perbicaraan membabitkan Akta Perhimpunan Aman.

“Pembebasan Azhar adalah satu kejayaan untuk rakyat, membuktikan perhimpunan aman adalah dibenarkan mengikut perlembagaan.

“Rakyat wajar berhimpun secara aman di sebarang lokasi tanpa tertakluk dengan undang-undang pra-kemerdekaan,” katanya dalam kenyataan media.

Mengikut Akta Perhimpunan Aman, Azhar dituduh kononnya menganjurkan himpunan haram di Dataran Tonggak, Sungai Besar, pada Jun 2013.

SAMM Selangor turut mengajak seluruh rakyat Malaysia menolak akta yang tidak berpelembagaan itu.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pembebasan mutlak Azhar Achil – satu kemenangan rakyat

Oleh: Khairooll Anuar Al-Megat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengucapkan tahniah kepada saudara Azhar Achil, Penyelaras Bersama SAMM Selangor yang dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang.

AzharMenurut akta Perhimpunan Aman, Azhar telah dituduh kononnya menganjurkan himpunan haram pada Jun 2013 lalu di Dataran Tonggak, Sg Besar Selangor.

Setelah hampir setahun dibicarakan, mahkamah akhirnya isytihar beliau tidak bersalah lantas dibebaskan secara mutlak.

Pembebasan Azhar adalah satu kejayaan untuk rakyat, membuktikan perhimpunan aman adalah dibenarkan mengikut perlembagaan.

Keputusan ini juga wajar dijadikan ‘precedent case’ bagi semua perbicaraan yang melibatkan Akta Perhimpunan Aman.

SAMM Selangor mengajak rakyat seluruh negara menolak akta yang tidak berpelembagaan ini.

Rakyat wajar berhimpun secara aman di mana-mana lokasi tanpa tertakluk dengan undang-undang pra-kemerdekaan.

* Khairooll Anuar Al-Megat adalah Penyelaras Bersama SAMM Selangor

Categories
BERITA UTAMA

Minyak sawit mentah Malaysia untuk Palestin atau Israel?

Oleh: Edy Noor Reduan

Banyak pihak yang melenting apabila SAMM secara konsisten mendedahkan bahawa ekonomi Israel telah dibantu dan diperkasa oleh sebuah negara islam munafik bernama Malaysia. Namun sehingga hari ini belum ada dakwaan terhadap SAMM di atas pendedahan yang dibuat.

Jika SAMM membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan bukti, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan undang-undang demi membersihkan nama negara.

Paling menonjol di antara pelbagai pendedahan ialah berkaitan dengan penghantaran minyak sawit mentah ke Israel.

Buah-Sawit-SegarIni kerana kita adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, pengeluar nombor dua ialah Indonesia yang juga sebahagian besarnya dimonopoli oleh syarikat dari Malaysia. Apatah lagi bila memikirkan rangkaian Felda adalah pengeluar utama, konglomerat milik melayu.

Apakah ini bermaksud Felda secara langsung telah menjana ekonomi Israel dengan penghantaran minyak sawit mentah? Tidak! Felda hanya mengeluarkan sawit sahaja, manakala yang berurusniaga hingga ke Ashdod itu adalah syarikat lain namun ia dibenarkan berlaku tanpa sekatan.

Itulah sebabnya jika anda menuduh Felda menjual minyak sawit mentah ke Israel, pastinya anda akan disaman. Pokoknya, melayu keluar sawit, akhirnya sampai ke Israel. Tahniah!

Mereka cuba memberi alasan kononnya minyak sawit ini hanya ‘tumpang lalu’ di pelabuhan Ashdod sebelum dihantar ke Pelestine.

Ini diakui sendiri oleh Mukhriz ketika menjadi timbalan menteri MITI melalui akaun twitternya yang berbunyi “Benar kerana minyak sawit yg diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel.”

Pertama, apakah dunia nak kiamat apabila Israel begitu baik hati membenarkan pihak Palestine ‘share’ pelabuhan mereka? Kedua, apakah ada industri sawit besar di Pelestine apabila sawit mentah yang dihantar itu berjumlah satu kapal kontena (lebih 100tan metrik sekali penghantaran) ?

Malah yang terbaru sekali ketika Israel mengebom Gaza, penghantaran minyak sawit mentah dari pelabuhan Tanjung Pelepas pada 3 Julai lalu telah sampai ke Pelabuhan Ashdod tepat pada hari ini (21 Julai) mengikut jadual. Tanpa rasa sensitif urusan dagang diteruskan walaupun Gaza dibedil, ini meniaga cara Malaysia.

​Minyak sawit mentah dengan jumlah yang besar ini sebenarnya diperlukan oleh industri Israel. Tidak banyak negara yang berdagang dengan Israel maka mereka perlukan bahan mentah seperti minyak sawit untuk produk keperluan seperti minyak masak, bahan makanan (aditif) pembuatan, bahan kosmetik, ubatan dan vitamin, krimer dan banyak lagi.

Jumlah penghantaran yang kerap ini juga bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit yang telah ditransformasi kepada pelbagai bahan keperluan ke negara serantau seperti mana pengedaran kurma buatan Israel. Ia sekaligus menjana ekonomi Israel untuk membeli peluru yang membelah dada anak Palestine.

Hakikatnya, Israel akan jauh lebih lemah tanpa minyak sawit mentah yang dihantar oleh Malaysia. Sedar atau tidak, kita sudah menghantar nyawa kepada zionis Israel, maka mengapa perlu pergi jauh untuk berjihad?

* Edy Noor Reduan adalah Aktivis Blogger dan Pengarah Propaganda SAMM

Categories
KENYATAAN MEDIA

SAMM: Bukan ahli kami ugut bunuh PM, Facebook palsu diguna

Oleh: EDY NOOR REDUAN

Ekoran beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Afzanizam Hashim penggerak SAMM P.Pinang, kononnya telah membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia melalui sebuah akaun facebook bernama Ahli Fikir, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat penjelasan;

SAMM menegaskan bahawa ugutan terhadap Najib Razak adalah satu fitnah dari status sebuah akaun facebook palsu yang telah diterbit menyerupai akaun sebenar mangsa. Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM.

sammSetelah menyedari kewujudan akaun facebook palsu tersebut, mangsa fitnah telah segera membuat laporan polis pada tarikh 17 Julai 2014 jam 2 petang di Balai Polis Perda (kemudian dipanjangkan ke Balai Bukit Mertajam), Pulau Pinang. Laporan polis ini dibuat lebih awal sebelum laporan-laporan polis terhadap mangsa.

Afzanizam juga dipanggil memberi keterangan di IPD Kepala Batas sehari kemudiannya dan beliau telah hadir memberi kerjasama.

Penerbitan akaun palsu kini telah menjadi trend dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini bukan kali pertama komrad SAMM menjadi mangsa.

Pengasas SAMM, che’GuBard sendiri menjadi mangsa apabila satu akaun ‘fan-page’ telah sengaja membuat status menghina institusi beraja, dan Young Syefura / Rara SAMM juga menjadi mangsa ketika baru menyertai DAP yang menjadi perhatian media.

SAMM bersedia dan mengalu-alukan pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menuntut dengan serius agar semua kes ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat supaya diselesaikan dengan telus.

SAMM turut mempersoalkan di manakah hasil siasatan kes ugutan bunuh dari kalangan pro-kerajaan itu? Apakah ia juga berakhir di Lautan Hindi?

SAMM kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadap gerakan SAMM ketika negara sedang berduka dengan tragedi MH17, ia seolah mengambil kesempatan dari peristiwa yang berlaku.

Benar SAMM adalah gerakan anak muda yang progressif, juga agresif, malah SAMM lahir dari perlawanan jalan raya namun masih ada kewarasan dalam setiap titip kenyataan yang dikeluarkan dari setiap komrad terlatih.

Tidak dapat disembunyikan, ramai anak muda yang sangsi dan gusar dengan rentak pemerintah negara dalam mengendalikan isu dunia, merujuk kepada terlalu banyak kelemahan ketika mengendali isu MH370.

* EDY NOOR REDUAN adalah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
KENYATAAN MEDIA

Isu gadis stereng lock, mudahnya maklumat diceroboh

 Oleh: HAJI OSAMA

Isu Kiki gadis stereng lock menggemparkan Malaysia. Walau isu itu asalnya berbau sedikit perkauman, mujurnya ia tidak merebak kepada perkauman. Ia dilebihkan kepada nilai dan budi pekerti yang bermasalah.

Plotnya mudah, perempuan berang dan pakcik budiman. Bak kata pepatah, hanya air yang mampu menyejuk dan memadam api.

Seringkali saya tersenyum sendirian bila mengingatkan tentang negara ini. Najib ditroll isu kangkung, bini Mat Yoe isu parking dan beratus lagi kes yang pelbagai.

Seolah rakyat Malaysia hidup dengan Troll. Ia menjadi lumrah baru rakyat Malaysia. Mungkin ia sebagai hiburan meredakan kesusahan akibat peningkatan harga barang.

Tinggalkan sekejap tentang isu-isu di atas. Saya ingin menarik perhatian anda kepada satu perkara yang berlaku di Malaysia sekarang, PENCEROBOHAN MAKLUMAT PERIBADI.

Bila video Kiki di mainkan di internet dan menjadi viral, saya memerhatikan tidak sampai 2 jam, semua maklumat tentang perempuan itu terpapar di internet. Nama perempuan itu, no ic, alamat, malah segala benda tentang perempuan itu di ketahui umum.

Paling perit ialah gambar kereta perempuan itu diambil di hadapan rumahnya di mana kereta nya terletak di belakang ampaian kain.

Apakah makna semua ini? Adakah ini bermakna rakyat negara kita sangat pandai menyiasat? Kita paling update? Atau kamu jangan buat jahat, kami mampu menjejaki kamu?

Saya melihat perkara ini sebagai satu pencerobohan maklumat. Sedikit kebaikannya namun berjuta ketidakbaikannya.

Bayangkan betapa mudahnya maklumat kita dicerobohi sedemikian. Kenapa ini terjadi. Siapa yang menjadi dalang dalam hal ini.

Pernahkah anda dihubungi oleh syarikat yang ingin menjual kepada anda pelbagai barangan, kad kredit dan insurans melalui telefon.

Saya rasa semua orang pernah kena begini.

Terfikirkah kita di mana mereka mendapat no telefon kita berserta dengan ic serta kad kredit jenis apa yang kita ada?

Seringkali saya memikirkan adakah mereka juga tahu saiz seluar saya dan seluar dalam saya berwarna apa.

Kita sudah tidak selamat. Dikatakan maklumat Kiki diperolehi hanya melalui carian di JPJ. Apakah menjadi dasar JPJ membiarkan sesiapa sahaja mencari maklumat semudah itu?

Untuk panggilan telefon, saya dikhabarkan nombor telefon kita diketahui melalui bank yang menjual maklumat peribadi kepada syarikat terbabit. Ada juga katanya dijual oleh syarikat telekomunikasi.

Jika ini satu kebenaran, ia adalah sangat merbahaya. Ia benar benar menjadikan kita berada dalam keadaan yang sangat tidak selamat.

Saya merayu kepada kerajaan supaya memerhatikan perkara ini lantas menghentikannya.

Saya yakin, jika ia dibiarkan kejadian yang lebih buruk bakal melanda rakyat Malaysia.

Cukup-cukuplah menjadikan rakyat penanggung kesengsaraan yang ada di Malaysia ini.

Sekian.

# Hj Osama adalah Penyelaras SAMM Kelantan

Categories
KENYATAAN MEDIA

Malaysia terus perkukuh ekonomi Israel, kerajaan perlu terus terang

Oleh: CHE’GU BARD

 Pada Februari 2012 lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah mendedahkan hubungan kerjasama Malaysia-Israel khususnya dalam soal perdagangan minyak sawit. Beberapa dokumen bukti telah didedahkan kepada umum melalui pelbagai media.

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat, malah SAMM juga sebelum itu mendedahkan bagaimana komponen buatan Israel telah dihantar ke negara ini untuk dipasang menjadi barangan ‘Made in Malaysia’, kerana pasaran untuk barangan ‘made in Israel’ adalah sangat terhad.

 SAMM juga telah memunculkan jadual kapal perdagangan di antara pelabuhan terkemuka tanahair dan juga pelabuhan di Israel, selain itu didedahkan juga bagaimana sebuah syarikat berkaitan zionis diberi peranan dalam kerajaan termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga di dalam sebuah syarikat kewangan di bawah adik Najib Razak. Semua ini didedahkan oleh SAMM sejak sekian lama dengan fakta dan bukti.
Kemuncaknya adalah isu minyak sawit yang dihantar ke Israel untuk perkukuh ekonomi di sana. Perkara ini membawa kepada pengakuan menteri bertanggungjawab Mukhriz Mahathir yang menulis di laman twitternya berbunyi;

“@MukhrizMahathir: Benar kerana minyak sawit yg diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel.

Persoalan lanjutan yang tidak pernah dijawab ialah, sedangkan kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan pun pernah diserang oleh regim zionis – bagaimana zionis ini boleh membenarkan pelabuhan mereka digunakan bagi pihak Pelestine untuk minyak kelapa sawit?
Faktanya, pada bulan Mei 2010 menyaksikan tentera marin Israel telah menyerang kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmala yang mengorbankan 15 sukarelawan. Pada Mei 2011, kapal bantuan kemanusiaan MV Spirit of Rachel Corrie ditembak sebaik sahaja memasuki zon keselamatan Palestin.
Dengan fakta di atas, adalah amat meragukan jika Israel begitu baik hati membenarkan pelabuhan Ashdod dan Haifa diguna sebagai transit minyak sawit ke Pelestin. Melainkan ini satu pembohongan besar Umno terhadap rakyat Malaysia, betapa sebenarnya minyak sawit tersebut adalah untuk kegunaan negara Israel.
Malah hari ini, ketika Gaza dihujani letupan bom dan rakyat Pelestin terbunuh setiap hari sepanjang Ramadhan, Malaysia telah meneruskan perdagangan dengan Israel, khususnya membekalkan keperluan asas seperti minyak masak kelapa sawit.
Disertakan juga kepilan sebuah keratan dari dokumen yang menunjukkan negara ini menjadikan ekonomi Israel terus berkembang pesat, di saat anak Pelestin mati bergelimpangan.
Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan, SAMM hanya menuntut supaya kerajaan berterus terang kepada rakyat bahawa negara ini sebenarnya pro-Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah. Masalah palestin tidak akan selesai selagi kerajaan Islam munafik terus wujud seperti Malaysia.
SAMM seluruh negara juga dengan ini sebulat suara mengutuk perbuatan hipokrasi kerajaan Umno Barisan Nasional, zionis glokal.
Sekian
 
# Che’GuBard adalah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Categories
NASIONAL

SAMM bantu miskin kota, edar makanan & 2 trak pakaian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meneruskan usaha mendekati golongan miskin kota tidak berumah dalam program Singgah Sahur Bersama Gelendangan Kota awal pagi tadi.

Program memasuki tahun ke lima itu melibatkan pengedaran 700 pek mengandungi nasi berlauk, roti krim, kurma, air kotak, air mineral, selipar, selimut, sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi serta sejumlah dua trak pacuan empat roda pakaian sumbangan orang ramai.

gelandanganPenyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, program ini diadakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap golongan tercicir dan tertindas dalam kemajuan ekonomi negara.

“Pada tahun pertama tidak sampai 10 orang dengan sumbangan yang sangat terhad.

“Ketika itu matlamat kami ingin menyedarkan dengan menarik perhatian masyarakat khususnya anak muda betapa dalam kerakusan ekonomi kapitalisme ada kelompok yang tercicir dan tertindas.

“Kami juga ingin mendesak agar penguasa memberikan perhatian khusus terhadap isu ini dengan memberi mesej mengenai hak semua untuk akses kepada makanan,” kata beliau kepada Selangor Kini sebaik selesai program dijalankan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur malam tadi.

badrul sharinKata Badrul Hisham lagi, terdapat peningkatan kesedaran masyarakat yang ketara tahun ini apabila kumpulan beliau tersempak dengan pelbagai kumpulan lain yang menjalankan aktiviti sama.

“Pada tahun ke lima ini menjadi realiti apabila kami bertembung dengan banyak kumpulan melakukan perkara sama termasuk kumpulan Umno yang sebelum ini tidak mempedulikan isu ini,” kata beliau lagi.

Badrul Hisham menggesa agar program seumpama ini dapat diteruskan dan tidak hanya bermusim.

Program yang bermula jam 12.00 tengah malam dan berakhir pada jam 2.30 pagi itu berjaya menarik kira-kira 100 penyertaan aktivis SAMM dan sukarelawan yang terdiri daripada rakan-rakan laman sosial facebook SAMM.

Kumpulan itu dipecahkan kepada lapan kumpulan dan berjalan kaki di selurh

Sukarelawan terlibat juga sempat bersama-sama bersahur dengan nasi lemak bungkus dan minuman air mineral di Dataran Merdeka selepas selesai program.

Sepanjang Ramadhan kali ini SAMM menjalankan lebih 60 program bantuan dalam pelbagai bentuk seperti bergotong royong membersihkan rumah warga emas miskin.

SAMM juga menguruskan lebih RM10,000 wang zakat dan sumbangan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan yang tercicir dari senarai penerima bantuan kebajikan.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rusuhan DUN P.Pinang: Ketua Polis Pulau Pinang patut ambil tindakan, atau letak jawatan

Solidariti Anak Muda Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mencipta kekacauan dan merusuh di dalam Dewan Legislatif ketika Dewan sedang bersidang seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Insiden tersebut telah mencatat satu episod gelap dalam sejarah politik tanahair selain berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap amalan Demokrasi Berperlembagaan.

Kecoh dun PPUMNO telah menunjukkan bahawa sememangnya mereka tidak pernah menghormati institusi Dewan Undangan Negeri dengan perlakuan biadap merusuh di dalam dewan legislatif negara. Adakah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka adalah golongan yang mengatasi segala bentuk undang-undang?

Timbul persoalan mengapa Polis DiRaja Malaysia tidak mengambil tindakan tegas menghalang berlakunya perilaku rusuhan yang mengugat institusi demokrasi berperlembagaan negara.

SAMM berasa amat kecewa dengan tindakan lemah pihak PDRM dalam berhadapan dengan konfrontasi daripada mereka-mereka yang punya hubungan dengan rejim UMNO/BN walaupun mereka itu sedang memijak kedaulatan negeri dan negara amnya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Polis DiRaja Malaysia segera menangkap semua pihak yang telah menceroboh dan mencetuskan rusuhan tersebut.

Jika tiada tangkapan dalam tempoh 24 jam, maka Ketua Polis Negeri Pulau Pinang wajar melepaskan jawatan atas tidak kompeten dan hanya membiarkan mereka-mereka yang anti-demokrasi berperlembagaan dan ingin mencetuskan suasana huru hara dalam negara.

Insiden ini merupakan satu tindakan biadap yang tidak menghormati Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan juga satu cubaan memerangi kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan juga Yang Dipertuan Agong.

SAMM melihat kelemahan pihak PDRM dalam mempertahankan keselamatan Dewan Negeri Pulau Pinang ini seolah-olah sedang mempersendakan maruah TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Dewan Negeri merupakan dewan legislatif yang dipayungi oleh Sultan, Raja atau TYT Yang Dipertua Negeri. Mengapa tindakan tidak bertamadun ini sengaja dibiarkan?

Mencipta kekacauan merusuh dalam dewan yang tertinggi dalam negeri yang menggubal undang-undang di peringkat negeri dan yang membawa rang undang-undang Parlimen untuk diimplementasikan di peringkat negeri adalah satu bentuk usaha memperlekeh ruang demokrasi dan kedaulatan negeri itu sendiri.

Sekali lagi, SAMM mendesak PDRM segera mengambil tindakan terhadap perusuh berdasarkan kepada aspirasi No One Is Above The Law dan juga demi menjaga prinsip Rukun Negara ketiga, Keluhuran Perlembagaan daripada terus dipermainkan oleh pihak-pihak yang sekadar ingin melakonkan drama politik semata-mata.

Sekali lagi SAMM ingatkan, kegagalan mengambil tindakan akan menyebabkan institusi legislatif ini berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap prinsip amalan Demokrasi Berperlembagaan.

Che’Gubard
Pengasas SAMM

Zulkifli Haji Ibrahim
Penyelaras SAMM Kebangsaan
(Bekas Pegawai Khas YDP Dewan Undangan Negeri P.Pinang)

Categories
KENYATAAN MEDIA

Mat Said memang nelang

Oleh: OSAMA
Sebulan yang lalu, sewaktu di Parlimen saya didatangi oleh seseorang yang menceritakan tentang kerajaan Terengganu bakal bergolak.


Sumber yang menceritakan itu meramalkan kerajaan Mat Said akan dilucutkan oleh Najib.

Politik Terengganu kalau kita lihat asasnya ia sebenarnya goyah. Ia bermula bila Idris Jusoh tidak diterima sebagai MB Terengganu di zaman Pak Lah.

Pengikut pengikut Idris Jusoh memberontak namun Idris Jusoh bukan sifatnya seperti Mat Said. Malah Idris Jusoh sendiri telah beralih arah ke Parlimen dan akhirnya ia dilantik sebagai Menteri Pendidikan kedua.

Adakah Idris Jusoh berhenti di situ?  Ini politik. Kita harus membaca politik dari sudut yang lain. Politik ialah kemenangan untuk mendapatkan kuasa. Seandainya saya tidak dapat kuasa, kamu juga harus tidak mendapatkannya.

Kerajaan di bawah Mat Said menghadapi pelbagai masalah. Namun Nelangnya Mat Said tidak boleh dilanggar begitu sahaja.

Sehari  sebelum Parlimen dibubarkan, saya berada di Mekah. Menariknya, saya ke Mekah kali ini dengan beberapa orang kuat Umno Terengganu. Mereka ke sana selain untuk umrah, mereka juga pergi untuk membida projek pembekalan makanan kepada jemaah haji tahun lepas.

Saya dikenali sebagai orang Pas, namun tidak menjadikan masalah kepada mereka. Malah saya turut membantu mereka dengan beberapa kontak saya di Mekah.

Melalui mereka, saya mendapat beberapa gambaran tentang bakal calon umno di Terengganu.

Pulang daripada Mekah, selepas pengumuman calon calon di Terengganu, kawan saya menelefon saya dan berkata “Haji, kalau pas tak menang lagi sekali ni di Terengganu, maka suruh orang Pas berenti main politik.”

Kata kata ini menunjukkan betapa teruknya pemilihan calon pada kali ini. Saya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Dan ternyata Umno menang lagi dengan simple majoriti.

Bila mendengar berita semasa di Parlimen hari tu, saya menghubungi kembali rakan saya itu. Dia mengesahkan tentang satu surat yang ditanda tangani oleh Mat Said untuk berhenti selepas setahun. Pengesahan itu diberikan bukti awal kepada saya. TAHUN INI TIADA SAMBUTAN KEPUTERAAN SULTAN TERENGGANU.

Ternyata perkara itu berlaku. Saya masih tidak faham kenapa sambutan keputeraan itu tiada. Adakah ia berkaitan dengan Sultan tidak menyukai Mat Said. Mengikut kawan saya itu, ia tiada kaitan.

Semenjak dari signal itu betul, saya memulakan solidariti kepada Mad Said di wall saya. Ramai yang tertanya tanya dan ramai juga yang hanya senyum sinis.

Saya rasa ianya begini. Kerajaan Terengganu di bawah Mad Said dianggap tidak mampu bertahan untuk pilihanraya akan datang.

Geng geng Idris Jusoh mengadukan hal ini kepada Najib. Untuk menyelesaikan masalah ini, Najib memberi kata dua kepada Mad Said. Mat Said menandatangani surat perletakan jawatan setahun kepada Najib.

Bila sampai setahun, Mat Said merasakan dia dikhianati. Surat yang ditandatangani dulu, bukanlah tujuan utama untuk membaiki parti tapi lebih kepada mengnyahkannya dari tampuk kuasa.

Bila Mat Said meminta tempoh, untuk menyelesaikan perkahwinan anaknya yang sememangnya secara sengaja dibuat melebihi daripada tarikh asal yang dipersetujui asalnya. Lalu Mad Said menjadikan itu alasannya untuk keluar parti.

Semua ini berlaku kerana sifat Abe Mad yang Nelang dan lemahnya Najib.

Najib menganggap perjanjian asalnya dengan Mat Said akan dipatuhi oleh Mat Said. Dalam masa yang sama, Mat Said sendiri melihat pentadbiran Najib sendiri sangat lemah.

Apa yang bakal terjadi?

Mat Said tidak akan menyokong Pas untuk memerintah kecuali Pas memberi kerusi MB kepadanya. Hanya kerusi MB yang akan dipersetujui oleh Mat Said. Saya rasa itu tidak mungkin akan terjadi.

Apakah Umno akan memberi kembali kepada kerusi MB kepada Mat Said? Ini pun sesuatu yang sukar.

Adakah dun akan dibubarkan dan pilihanraya semula akan di adakan?

Ini merupakan jalan yang paling Mat Said tidak mahu berlaku. Jika ini berlaku, Mat Said akan kehilangan kesemuanya sekali termasuk wakil rakyat.

Kesimpulannya, kalau Pas pandai memujuk Mat Said, dan bersedia memberi kerusi MB kepada Mat Said, Pas akan memerintah Terengganu namun MB nya ialah Mat Said.

Kalau Umno memberi semula kerusi MB kepada Mat Said, geng geng Idris Jusoh akan meletak jawatan beramai ramai. Ini menjadikan Umno Terengganu lumpuh kembali.

Di sini Umno dan Pas perlu bersatu bergabung untuk membubarkan dun.

Kalau dun dibubarkan, Mat Said akan hilang Nelangnya dan Umno serta Pas akan terpaksa berjuang kembali. Rakyat akan menentukannya. Saya rasa ini pilihan terbaik yang ada setakat ini.

Akhirnya sama samalah kita nantikan episod seterusnya. Bila saya menulis tentang Nelangnya Mad Said anda susah untuk percaya. Oleh itu PERCAYALAH. MAT SAID MEMANG NELANG!!

# Osama adalah Penyelaras SAMM Kelantan

 
Categories
KENYATAAN MEDIA

Kembalikan hak memilih kepada rakyat Terengganu

Oleh :  ROSLEE MD SHARIFF

Melihat kepada situasi politik terkini di Terengganu di mana pesta keluar parti begitu rancak setelah Datuk Seri Ahmad Said digulingkan dari jawatan Menteri Besar yang disandangnya, maka tersebarnya pelbagai khabar mengenai peluang Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri tersebut melalui jalan belakang.

Suasana politik negara tidak harus disemarakkan dengan pelbagai tindakan dan keputusan yang tidak berlandaskan jalan demokratik. Pemilihan sebuah kerajaan itu haruslah dilakukan oleh rakyat sendiri melalui pilihanraya dan bukanlah melalui rundingan atau percaturan pemimpin politik.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Datuk Seri Ahmad Said dan rakan-rakan beliau yang lain untuk turut meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi DUN masing-masing, bukannya menggunakan kesempatan ini sebagai “bargaining power” untuk memusatkan dendam amarah mereka apabila digulingkan.

Rakyat di kawasan tersebut telah membuat keputusan untuk memilih mereka melalui parti yang mereka dokong dan tindakan untuk keluar parti dan menjadi bebas adalah satu lagi siri pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

Jika sebelum PRU 13 yang lepas, apabila beberapa politisi oposisi memilih untuk keluar parti, maka kedengaranlah suara-suara dari blok Pakatan Rakyat mendesak mereka-mereka ini melepaskan kerusi masing-masing, maka prinsip ini jugalah yang harus ditegaskan dalam krisis politik Terengganu ini. Masih segar di ingatan, bagaimana PR melaungkan slogan Kerajaan Haram sewaktu krisis di Perak dulu, apakah kini PR akan menggunakan cara yang sama untuk memegang kuasa?

SAMM menegaskan bahawa jalan demokratik harus diambil dan pembubaran DUN Terengganu atau gerombolan Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan bagi membuka jalan PRK diadakan adalah pilihan terbaik. Kembalikan hak rakyat Terengganu untuk memilih wakil rakyat dan Kerajaan mereka.

Sebarang percaturan politik mengikut “precedent” krisis Perak wajar ditolak oleh  semua parti politik. Jalan belakang yang tidak berlandaskan demokrasi adalah penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga amalan demokrasi berperlembagaan yang dijunjung negara ini.

Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh BN mahupun PR. Jika benar kamu punyai asas sokongan yang kukuh, kejayaan pasti milik kamu. Cukuplah mencabuli prinsip dan amalan demokrasi. Janganlah diulangi dan dijadikan satu amalan biasa.

Tak kira siapa yang menjadi pilihan Istana Terengganu menjadi Menteri Besar ketika ini, perkara pertama yang perlu dilaksanakan adalah adakan Pilihanraya Negeri Terengganu diadakan. Hormati kematangan rakyat Terengganu dalam membuat pilihan mereka. Binalah sebuah kerajaaan yang berlegitimasi bukannya separuh masak.

# Roslee Md Shariff adalah Penyelaras SAMM Kebangsaan

JURNAL BERITA – MB : Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

1. MB maklumkan kepada DYMM Sultan jadi MB untuk 2 penggal

2. MB: “Bukan masanya laksana GST, pendapatan rakyat harus dipertingkat”

3. MB: Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

4. MB: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid

5. MB 2 penggal, prestasi pengganti perlu lebih baik

6. Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat tak akan pecah

7. Keterlaluan anggap penjawat awam sertai bantah GST pengkhianat

8. Jais perkasakan pendidikan perkukuh institusi kekeluargaan

9. Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

10.Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

11.Pemantauan berkala sumber air, pastikan cukup musim kering

12.Pergiat usaha benteras dadah di kalangan belia

13.Keputusan Pemilihan PKR Batang Sadong batal, sah wujud unsur penipuan

14.SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

15.SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei

Categories
KENYATAAN MEDIA

Setahun sudah ditipu dalam PRU-13, masih lagi berkompromi dengan BN

Oleh: EDY NOOR REDUAN

Hari ini, genaplah setahun kita ditipu dalam pilihanraya umum ke-13. Seperti yang ditegaskan sejak setahun yang lalu, kita tidak  wajar mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional walau dengan apa pun hujahnya. Dakwat tidak kekal memberi ruang manipulasi kepada 300 ribu pengundi awal – ini jangan sesekali dilupa.

Membiarkan BN terus memerintah negara ini walaupun dalam hati tidak bersetuju dan tidak redho, adalah bersubahat dengan penipuan yang dilakukan. Mengekalkan beberapa negeri tidak harus jadi alasan untuk bertahan, kerana rakyat terus sengsara dengan dasar dan polisi sebuah kerajaan yang menang secara menipu.

Natijahnya cukup besar apabila kita membiarkan aparat ini terus berkuasa. Kenaikkan harga gula, harga petrol dan tarif elektrik yang seterusnya menjadi anjakkan kenaikan kepada hampir semua sektor perbelanjaan rakyat Malaysia. Malah pemberian BR1M yang dijanjikan sebanyak RM1200 dalam manifesto BN sebagai umpan hanya dapat separuh sahaja, kini timbul pula ura-ura BR1M bakal dimansuhkan kononnya kerana ia bebankan kerajaan dan gagal hapus kemiskinan. Ini disebut sendiri oleh Tun Mahathir dan Ahmad Maslan selaku menteri berkaitan. Apalah nasib, penyokong BN pun kena tipu hidup-hidup.

Rakyat Malaysia terus dirundum malang apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan. GST telah diluluskan di dewan rakyat dengan sokongan 119 ahli parlimen BN. Bagi mengolah persetujuan ramai, ratusan juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk
propaganda betapa indahnya rupa GST. Semua kebaikkan GST yang diamalkan oleh negara maju dijaja dengan fakta yang penuh tersembunyi.

Mantiknya, mereka boleh menipu dalam pilihanraya untuk mengekalkan kuasa, mereka juga boleh menipu dalam melaksanakan GST. Satu contoh mudah, mereka katakan tiada GST untuk pengguna lebuhraya bertol, tetapi pengguna tol akan dikenakan 6% GST setiap kali isian semula ‘touch n go’. Nampak? Anda tentu pernah dengar cadangan untuk semua pengguna lebuhraya diwajibkan guna ‘Touch n Go’ untuk elak kesesakkan di lebuhraya. Nampak?

Satu lagi contoh, mereka katakan pembelian rumah dikecualikan dari GST, namun segala ramuan untuk menyiapkan rumah dikenakan GST. Pemaju perumahan tidak terkecuali dikenakan GST untuk setiap batu bata, simen, besi, pasir dan sebagainya. Ya benar harga rumah tiada GST, tetapi harga jualan tetap akan melambung tinggi. Maksudnya, GST telah dikenakan sebelum rumah tersebut sedia untuk dijual.

Jika GST yang dilaksanakan di luar sana dikatakan baik untuk negara dan rakyatnya, perlaksanaan GST ‘versi Malaysia’ adalah tembolok untuk kerajaan Umno dan malapetaka buat rakyat Malaysia.

Justeru itu, sempena Hari Buruh pada tanggal 1 Mei 2014 menyaksikan lebih 50 ribu rakyat telah protes secara berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah perlaksanaan GST. Paling dramatik, satu perarakkan bersejarah ‘Hari Buruh’ telah berlangsung dari
KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang dan Pudu. Perarakkan tersebut disertai oleh ribuan anak muda dan kaum buruh dengan agenda membantah GST.

Selesai tunjuk perasaan, selesai ceramah, apakah hasilnya aksi kali ini? Dalam masa tidak sampai tempoh 24 jam, satu pengumuman telah dibuat oleh pihak kerajaan. Pengumuman oleh menteri yang berbunyi “Kerajaan akan tetap melaksanakan GST pada April 2015”.

Lihatlah betapa angkuhnya mereka, tidak langsung mempertimbangkan aspirasi rakyat yang tersepit. Jelas petualang ini tidak peduli. Mungkinkah kerana pilihanraya lambat lagi? Apakah kita perlu tunggu pilihanraya dan akhirnya ditipu lagi?

Dataran Merdeka mungkin sudah tidak mendatangkan gerun buat mereka. Mengimbau kembali, malam tahun baru 2014 menjadi saksi bagaimana anak muda berjaya masuk ke Dataran Merdeka dengan jumlah yang hampir sama dengan aksi 1 Mei. Ketika itu tiada kebenaran polis, tiada ceramah politik, malah tiada penganjur rasmi. Hanya yang ada ialah amaran keras dari anak muda. Aksi ini berhasil, selain daripada mendapat liputan berita dunia, hasrat kerajaan menaikkan harga tol sebagai menu hidangan kepada kroni juga terpaksa dibatalkan.

Maka dapatlah dirumuskan bahawa perhimpunan yang berkompromi dengan kerajaan tidak akan membuahkan hasil malah dihina pada hari berikutnya. Jumlah kehadiran 50 ribu bukanlah satu angka yang boleh dibangga kerana kita pernah gegarkan Kuala Lumpur dengan angka 250 ribu, suku juta dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Jangan sesekali kecewa dengan hasil perjuangan kali ini, jangan sesekali mengalah hanya kerana perhimpunan itu ‘ceramah’. Kita anak muda perlu berjiwa besar dan perlu terus menyusun gerakan ampuh untuk mengajar regim erti kuasa rakyat.

Barangkali jika perhimpunan aman itu berlangsung di Putrajaya seperti yang pernah dicadang, meninggalkan tiada ruang untuk pentas ceramah diatur, tiada ruang untuk berkompromi. Jangan jadikan logistik sebagai alasan. Ya benar, bukan senang untuk ratusan ribu muncul berhimpun di Putrajaya kerana faktor logistiknya. Tetapi harus juga diingat, bukan senang ratusan ribu mahu pulang selepas berjaya masuk ke Putrajaya.

Berbalik kepada jubli setahun penyelewengan demokrasi rakyat, renungkanlah kembali dalam masa setahun ini, apakah kita akan terus bersabar menjelang tahun-tahun yang mendatang? Apakah kita akan terus bersubahat?

Kita tidak harus berserah dan menunggu, kita akan terus ditipu dan mereka terus bermewah merompak khazanah negara. Ingatlah, janji tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri (bangkit dan lawan). Malah bala (GST) itu tidak mengenal siapa yang kamu sokong dalam pilihanraya 5 Mei yang lalu, sokong PR pun kena, sokong BN pun kena, semua tidak terkecuali.

# Edy Noor Reduan adalah aktivis blogger merangkap Pengarah Propaganda SAMM