Categories
ADN SELANGOR

Sukarelawan Sungai Kandis edar 1,000 pek sarapan buat remaja divaksin

KLANG, 30 SEPT: Sebanyak 1,000 pek sarapan diedar Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) kepada remaja yang menerima vaksin di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di sini, pagi tadi.

Inisiatif Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bagi memastikan golongan itu termasuk ibu bapa mengalas perut sementara menunggu giliran suntikan, kata wakil rakyatnya.

“Hari ini seramai 10 sukarelawan terlibat mengedar 1,000 sarapan pagi yang mengandungi air serta roti kepada pelajar dan ibu bapa,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika ditemui.

Beliau berkata pihaknya juga menyediakan talian khas bagi memudahkan penduduk berhubung dengan Suka untuk mendapatkan bantuan kesihatan khususnya berkaitan Covid-19.

“Khas bagi penduduk Sungai Kandis boleh hubungi 013-2349349 untuk mendapatkan bantuan sama ada memperoleh kit ujian kendiri dan penghantaran ke pusat kuarantin,” katanya.

Pada 5 Ogos, Kerajaan Negeri menubuhkan Suka untuk menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutama berkaitan pandemik Covid-19.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata penyertaan terbuka kepada warganegara yang menetap di Selangor, berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

Sukarelawan terpilih akan dilatih modul bertemakan Covid-19 sebelum digerakkan ke seluruh 56 DUN.

 

Categories
SELANGOR

MB luang masa sarapan dengan penduduk

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 1 JAN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkesempatan menjamu sarapan pagi bersama penduduk di Medan Selera Pasar Selayang Baru sempena Program Turun Padang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua tiba pada jam 10.30 pagi sempat beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi pasar pagi, di lokasi sama.

Pada masa sama, anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyerahkan sumbangan kalendar tahun baru kepada pengunjung sebagai cenderahati.

Ketua Kampung Sungai Kertas, Jamil Azaman Razak berkata, program terbabit diadakan saban tahun bersama Amirudin sebelum beliau bergelar Dato’ Menteri Besar lagi.

Katanya, ia sebagai objektif Amirudin menyantuni masyarakat setempat selain beramah mesra bagi mengetahui permasalahan setempat bersama barisan kepimpinan kawasan DUN Sungai Tua.

“Sememangnya medan selera pasar ini menjadi tumpuan Amirudin kerana ia turut dikunjungi masyarakat daripada pelbagai kaum dari seluruh Selangor.

“Selama wujud hampir 40 tahun di sini, peniaga masih mengekalkan kualiti makanannya sehingga ia menjadi tumpuan setiap minggu,” katanya.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB singgah sarapan di Auntie Kopitiam sebelum program tanam pokok

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA SELANGOR, 25 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan program Tanam Pokok Negeri Selangor 2017 dengan bersarapan pagi, di Auntie Kopitiam, di sini, pagi ini.

IMG_0786Mohamed Azmin tiba di sini jam 7.45 pagi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie merangkap Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar.

Mohamed Azmin berkayuh basikal sejauh satu kilometer di sini menuju ke Taman Alam Kuala Selangor sebagai pengisian program.

Ia bukan pertama kali Mohamed Azmin turun padang ke kawasan Kuala Selangor dalam usaha mendekati masyarakat luar bandar seluruh negeri.

Sementara itu, Program Tanam Pokok Negeri Selangor diwujudkan sebagai inisiatif menggalakan pertumbuhan hijau di Selangor.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka akan mencemar duli hadir ke majlis perasmian program.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB mulakan sesi lawatan bersarapan dengan rakyat Kuala Langat

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 3 FEB: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan program turun padang di Kuala Langat pagi ini dengan bersarapan bersama rakyat, di sini.

azmin-parlimenBertempat di Warisan Pak Musa Nasi Lemak Sotong, Arked Makan Seri Pekan, Dato’ Menteri Besar mengambil peluang menjamu selera dan mendampingi warga tempatan di daerah itu.

Antara program dalam lawatan kerja beliau ialah majlis pelancaran bas Smart Selangor, penyampaian Inisiatif Peduli Rakyat, penyampaian Notis 5A, program baik pulih masjid dan sekolah rendah agama bagi daerah Kuala Langat.

Dato’ Menteri Besar disertai Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Kim; Dato’ Ahmad Yunus Hairi, Dato’ Iskandar Abd Samad, Dr Daroyah Alwi dan kenamaan lain termasuk Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohd Zain Abdul Halim.

-NFN-