Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Saringan Covid-19 percuma di Ampang, Bangi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Penduduk Tasik Tambahan, Ampang dan Bandar Baru Bangi disaran menyertai saringan Covid-19 percuma hujung minggu ini bagi mencegah penularan wabak.

Ujian percuma menyasar 1,000 peserta berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tasik Tambahan, Ampang dan Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada Ahad ini.

“Orang ramai disaran memanfaatkan saringan percuma untuk mengekang perebakan Covid-19,” kata Pengurus Klinik Selcare Mohamad Noor Md Nasir ketika dihubungi.

Beliau berkata pemilihan lokasi berdasarkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengenal pasti dan meramal sebaran wabak.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk sebanyak RM6 juta bagi meneruskan saringan percuma di kawasan berkepadatan tinggi dan menyasar golongan berpendapatan rendah.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Saringan percuma Covid-19 di Kuala Langat hari ini

KUALA LANGAT, 20 MAC: Program saringan bersasar secara percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi hari ini di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang, di sini.

Penduduk sekitar digalakkan hadir untuk mengesan jangkitan tersebut bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pendaftaran boleh dimuat turun melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Selain di Kuala Langat, saringan serupa diadakan di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor esok pada waktu yang sama.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.