Categories
SUKANKINI

SCL2017: Shah Alam Condoh layak ke suku akhir

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 NOV: Shah Alam Condoh FC menewaskan Ingress Penchala FC 4-1, semalam untuk menempah tiket ke suku akhir Selangor Champions League (SCL) 2017.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Kompleks Sukan Panasonic, di sini, Shah Alam Condoh FC bertindak cemerlang meraih tiga mata untuk menduduki tangga ketiga dengan 13 mata.

Kemenangan itu menyingkirkan Puchong Fuerza FC (12 mata) ke tangga kelima kumpulan dan terlepas slot ke suku akhir walaupun menewaskan Ampang ATY Serayan FC 5-0 dalam perlawanan Selasa lalu.

Mengisi slot terakhir, PJ Level Up FC yang mengatasi Naga FC 2-1, Rabu lalu untuk berada di tempat keempat (13 mata) bagi mengiringi Kajang Ultimate FC (21 mata), Klang Southern FC (13 mata) dan Shah Alam Condoh FC dari Kumpulan A.

Sementara itu, Hartamas Rebel FC, PIB FC, Axis-02 FC dan Empayar Bangi FC dari Kumpulan B layak ke suku akhir apabila menguasai kedudukan pertama hingga keempat.

Hartamas Rebel FC terus mengekalkan kedudukan di tangga teratas (21 mata) dengan mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir kumpulan mengatasi Axis-02 PJ FC 6 – 1, semalam.

Empayar Bangi FC merebut tiket terakhir kumpulan apabila meraih tangga keempat dengan mengumpul 12 mata hasil catatan seri 2-2 ketika bertemu Shah Alam United FC, Rabu lalu.

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Sokong pasukan Selangor Champions League anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEPT: Orang ramai dijemput hadir menyokong pasukan pilihan masing-masing di kejohanan Selangor Champions League 2017 (SCL2017) yang bakal membuka tirai, pada 18 September ini bagi merebut hadiah utama RM30,000.

Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Panasonic Kompleks Sukan Negara, Shah Alam pada setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 8 hingga 11 malam.

Pada 9 September lalu, sesi undian kumpulan dan taklimat teknikal SCL2017 diadakan di Wisma Guocoland, Damansara.

Kumpulan A disaingi AZS FC, Level Up, Condoh FC, Southern FC, Naga FC, Ingress Tigers, ATZ Serayan, Puchong Fuerza dan Ultimate FC.

Kumpulan B pula menyaksikan persaingan antara Shah Alam Antlers, SA United, Axis-O2, Protap FC, Empayar, Rebel FC, PIB FC, Terrapins FC dan Klasiko FC.

Turut diumumkan barisan penaja SCL2017 antaranya Smart Selangor selaku penaja platinum, Majlis Sukan Negeri Selangor selaku penaja emas serta Media Selangor sebagai penyiar rasmi.

SCL diasaskan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi menaikkan standard bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak di peringkat komuniti.

SCL 2016 menyaksikan penyertaan 16 pasukan yang terdiri daripada juara dan naib juara dari lapan liga amatur di Selangor.

21761670_2007571256128876_7788289885080738337_n