Categories
AGENDA NASIONAL

PKPD: Kawat duri di KL, sekatan jalan di Selangor

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Barangkali penduduk di Lembah Klang hari ini membayangkan mereka akan ‘dikawal’ kawat berduri, sebaik kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari hingga 16 Julai, seperti berlaku di sesuatu kawasan sebelum ini.

Namun tinjauan Bernama mendapati, terdapat perbezaan tatacara operasi piawai (SOP) antara mukim yang dikenakan PKPD, di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika diminta mengulas perbezaan SOP antara dua negeri itu berkata, PKPD di Kuala Lumpur adalah bersandarkan kepada lokaliti berbanding mengikut mukim di Selangor.

“Di Selangor tiada pemasangan kawat besi, namun tumpuan diberikan dengan mempertingkatkan jumlah sekatan jalan raya (SJR), manakala di Kuala Lumpur jumlah SJR dikekalkan, tetapi lokaliti terbabit dipasang kawat berduri.

“Setakat ini, kita ada 17 sekatan jalan raya, tetapi kita ada elemen-elemen lain yang akan terus beroperasi seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di PKPD Taman Bukit Angkasa di sini hari ini.

Azmi berkata, sehingga kini terdapat 19 kawasan yang dikenakan PKPD di Kuala Lumpur melibatkan lima lokaliti di Lembah Pantai, lapan lokaliti di Wangsa Maju, Cheras (dua), Sentul (empat), dengan kira-kira 800 anggota polis ditugaskan secara bergilir-gilir, mengawal kawasan-kawasan itu.

Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota hari ini mendapati, terdapat beberapa lokaliti yang dikenakan PKPD tidak dipasang kawat duri seperti prosedur sebelum ini, antaranya empat blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, namun blok itu dikawal rapi dan diletakkan pita garisan polis.

Wakil rumah rumah yang dibenarkan keluar bermula 10 pagi hingga 2 petang juga, perlu melaporkan diri di pondok polis sementara di setiap blok, berhampiran pintu keluar bangunan.

Sementara itu antara kawasan PKPD yang dipasang kawat duri adalah Taman Koperasi Polis (Fasa 1&2) dan PPR Kampung Baru Air Panas.

Minggu lalu Majlis Keselamatan Negara memutuskan, melaksanakan PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim di lapan daerah iaitu daerah Petaling; Hulu Langat; Sepang; Gombak; Kuala Langat; Klang; Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Di Kuala Lumpur pula beberapa dikenakan PKPD antaranya PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 1 dan 2 Wangsa Maju, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2) dan Flat Sri Sabah, selama 14 hari bermula hari ini Julai sehingga 16 Julai.

Semalam media melaporkan penguatkuasaan di kawasan PKPD sekitar Kuala Lumpur akan menggunakan pemasangan kawat duri dan penghadang jalan, berbeza dengan penugasan kawalan PKPD di Selangor, yang akan menumpukan penugasan SJR.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan menggunakan 80 peratus kekuatan daripada hampir 14,000 anggota dan pengawainya, bagi operasi pematuhan SOP di kawasan mukim PKPD untuk memastikan tiada individu yang merentas kawasan.

Katanya, 120 hingga 140 sekatan jalan raya yang dijalankan, polis akan memperbanyakkan sekatan jalan raya secara bergerak atau ‘snap check’.

Sementara itu, ada antara penduduk melahirkan kekeliruan berkenaan SOP pelaksanaan PKPD tersebut antaranya pekerja penghantar makanan Mohd Zabidi Mohd Zaid, 32, yang keliru tentang kebenaran untuk keluar bekerja.

“Saya masih samar-samar berkenaan apa yang boleh dan apa yang tidak dibenarkan, misalnya hari ini saya diberitahu tidak dibenarkan bekerja, dan hanya dibenarkan keluar untuk hal kecemasan melibatkan kesihatan,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

PKP: 13 sekatan jalan di Kuala Lumpur, Putrajaya esok

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Sebanyak 13 sekatan jalan raya akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Aidilfitri esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta larangan rentas daerah dan negeri.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata antaranya ialah di Jalan Persekutuan, Lebuhraya Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Jalan Ampang berdekatan Bangunan RISDA.

“Hampir 400 pegawai dan anggota akan dikerahkan untuk bertugas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sejak pelaksanaan PKP di Selangor Khamis lepas, sebanyak 1,472 kenderaan yang cuba keluar dan masuk ibu negara telah diarahkan berpatah balik, antara lain kerana tidak mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata sejak pelaksanaan PKP, sebanyak 313 kompaun telah dikeluarkan ke atas individu yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP) perintah tersebut termasuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Beliau berkata kesesakan akibat sekatan jalan raya tidak dapat dielakkan kerana pihaknya perlu memeriksa satu persatu kenderaan untuk mengelakkan mereka melanggar SOP PKP.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 1,300 kenderaan cuba rentas negeri diarah patah balik

KUANTAN, 11 MEI: Sejumlah 1,333 kenderaan yang cuba merentas negeri di seluruh negara telah diarahkan berpatah balik kelmarin, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.

Beliau berkata terdapat daripada mereka yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) dengan borang kebenaran yang tidak mempunyai tandatangan dan cap daripada pihak polis.

“Mereka ini ada yang mencuba nasib, mungkin mereka rasa ada anggota polis yang akan terlepas pandang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau SJR di Tanjung Lumpur di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali.

Beliau berkata sebanyak 361 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilaksanakan susulan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis bermula semalam membabitkan lebih 6,500 anggota pasukan itu di seluruh negara.

Katanya, menerusi SJR polis mengesan pelbagai taktik dan helah dilakukan oleh masyarakat antaranya menggunakan pas kerja untuk melepasi sekatan polis sedangkan mereka hendak pulang ke kampung untuk beraya selain tidak mempunyai surat kebenaran polis.

Ditanya mengenai tindakan individu yang membakar penghadang dan kawat duri yang didirikan oleh pihak polis berikutan berang laluan tikus itu ditutup, beliau berkata semua pihak harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Ada yang tidak puas hati dan ambil tindakan sendiri jadi saya seru kepada mereka sila patuhi undang-undang, langkah berkenaan diambil semata-mata untuk memutuskan rantaian Covid-19, penduduk diminta bersabar,” katanya.

Media semalam melaporkan akibat terlalu marah laluan tikus ditutup, segelintir penduduk di Besut, Terengganu bertindak liar dengan membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis pada Ahad.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Hantar baju, kuih raya antara alasan dikesan polis cuba rentas daerah, negeri

PETALING JAYA, 10 MEI: Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolekan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya tidak mengenakan kompaun sebaliknya mengarahkan individu terlibat untuk berpatah balik.

Beliau berkata bagi pemandu yang ingkar, tindakan kompaun akan dikenakan serta-merta tanpa kompromi.

“Kami sudah mulakan (sekatan jalan raya) daripada semalam (9 Mei) dan mendapati setakat ini masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan tidak sepatutnya dan mereka diarahkan untuk berpatah balik.

“Antara alasan mereka seperti hantar baju ke rumah kawan di Shah Alam, beli barang, bawa keluarga untuk beli-belah di kawasan Shah Alam,” katanya kepada Bernama selepas menjalankan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di KM34 Lebuhraya Persekutuan malam tadi.

Beliau berkata bagi melancarkan pergerakan lalu lintas waktu hari bekerja, pihaknya akan membuka laluan tambahan namun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti biasa.

Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, tinjauan Bernama di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi mendapati aliran trafik di beberapa laluan utama keluar masuk ibu negara terkawal walaupun berlaku sedikit kesesakan susulan pemeriksaan ketat dilakukan polis dalam SJR.

Pada Sabtu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua aktiviti rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 10 Mei hingga 6 Jun ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Polis Selangor perketat kawalan di sekatan jalan, bazar Ramadan

KLANG, 15 APRIL: Polis Selangor memperketat kawalan sekatan jalan raya (SJR) dan berkemungkinan menambah SJR mengikut keperluan bagi membantu usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

“Kita telah mengeluarkan arahan agar pemeriksaan yang lebih ketat dibuat terutama pada hujung minggu kerana berdasarkan pemerhatian dibuat banyak pergerakan berlaku pada hujung minggu,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini, Arjunaidi berkata sebahagian kompaun yang dikeluarkan sebelum ini juga adalah berkaitan kesalahan merentas negeri.

“Pihak Bukit Aman juga memberi arahan untuk kita membuat penelitian lebih kepada semua permohonan rentas negeri dan hanya memberikan kebenaran kepada perkara-perkara berkaitan pekerjaan, pendidikan dan hal-hal kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam tempoh dua hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa pihaknya mendapati banyak berlaku pelanggaran terhadap tatacara operasi piawai (SOP) di bazar-bazar terutama membabitkan SOP penjarakan fizikal.

“Saya arahkan semua ketua polis daerah dan petugas-petugas di bawah untuk mengambil tindakan tegas mulai sekarang kepada semua individu yang melanggar SOP. Kita mahu masyarakat mematuhi SOP kerana tidak mahu lagi muncul kluster-kluster baharu.

“Kita juga akan mengambil tindakan kepada penganjur dan mungkin kita akan menutup bazar-bazar yang berkenaan,” katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 517 kes, diikuti Sarawak 489 kes dan Kelantan sebanyak 226 kes daripada keseluruhan 1,889 kes yang dicatatkan di seluruh negeri di Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Polis siasat dakwaan wanita terima gangguan seks di sekatan jalan Putrajaya

PUTRAJAYA, 28 MAC: Kertas siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan seorang wanita berlaku gangguan seksual melalui perkataan tidak sopan oleh pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya semalam, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.

Beliau berkata pegawai polis itu telah membuat laporan polis berkenaan hantaran yang dimuat naik di Twitter oleh wanita terbabit semalam pada lebih kurang 1.35 tengah hari dan menyatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Mohd Fadzil berkata pada hari yang sama, 6 petang, pemilik akaun Twitter itu yang berumur 28 tahun tampil membuat laporan polis dan mendakwa pada 27 Mac (semalam) lebih kurang pada 9 pagi, seorang pegawai polis membuat gangguan seksual terhadapnya dengan menuturkan kata-kata yang tidak sopan semasa melalui SJR di Putrajaya.

“Menurut wanita tersebut, apabila beliau memaklumkan sedang dalam perjalanan untuk urusan perniagaan produk minuman susu, beliau telah disoal dengan ayat ‘You perah sendiri ke susu tu?’ yang menyebabkan rasa tidak selesa dan tidak puas hati sehingga beliau memuat naik hantaran di aplikasi Twitter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fadzil berkata siasatan awal dijalankan oleh pihak polis berhubung dakwaan pegawai polis yang menafikan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan semasa menyoal wanita tersebut yang mendapati pegawai tersebut sebaliknya bertanyakan berkenaan produk susu tersebut dengan ayat ‘You buat sendiri ke susu tu?’

“Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut,” katanya.

Justeru, Mohd Fadzil berkata pihak polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan setelah mendapat Perintah Penyiasat daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara sebagaimana peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah. Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus tanpa sebarang kompromi dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada Insp Muhamad Shamin Abul Qasim (Pegawai Penyiasat) di talian 03-8886 2068, Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Masyarakat sangat marah dengan adanya gangguan seksual bukan hanya di pihak polis, tetapi juga di bidang kegiatan masyarakat yang lain. Mungkin ini disebabkan oleh dasar pemerintah yang agak tidak betul dan perlindungan wanita yang tidak mencukupi. Pada pendapat kami, lebih baik lelaki ini mencari hiburan di tempat lain dan tidak memindahkannya ke kehidupan nyata. Contohnya, anda boleh bermain di kasino dalam talian. Pada masa ini, pelbagai mesin slot dalam talian telah dikembangkan. Termasuk untuk pencinta erotisme. Sebagai contoh, anda boleh memandu dalam Bahasa Inggeris “free nude slots to play” dan menikmati banyak mesin slot yang ditawarkan. Tidak perlu memindahkan keinginan anda kepada wanita sejati!
Categories
AGENDA NASIONAL

KPN: Polis perketat sekatan jalan antara negeri, kawal Covid-19

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat penguatkuasaan kawalan sekatan jalan raya di seluruh negara dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19, sekali gus memastikan tidak berlaku ‘kluster antara negeri’.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sebelum ini ada tanggapan dan dakwaan menyatakan anggota keselamatan itu bertindak sambil lewa dalam penugasan anggota serta pegawainya di sekatan jalan raya.

Beliau berkata sehubungan itu, semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri diarahkan untuk mengerah anggota dan pegawai mereka mengawal setiap sekatan jalan raya dengan lebih ketat.

“Saya tidak menolak kemungkinan berlaku pergerakan rakyat curi balik ke negeri di pantai timur, mungkin esok berlaku cubaan rentas ke Perak dan Pulau Pinang. Saya akan pastikan pegawai tinggi setiap negeri dan juga dari Bukit Aman turun pantau operasi.

“Saya tidak mahu PDRM dipersalahkan, dan tidak sanggup lihat sekali wujud ‘kluster interstate’ (antara negeri) seperti sebelum ini,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata ada juga aduan mengatakan terdapat anggota polis hanya duduk di dalam khemah dan melambai tangan tanpa memeriksa pemandu kenderaan yang melalui sekatan jalan dan tindakan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata penugasan sekatan jalan raya mengikut syif ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh anggota polis kerana ia adalah arahan yang jelas.

“Jika di waktu puncak misalnya perlu ada seramai mungkin untuk menjaga sekatan jalan raya supaya keadaan trafik boleh menjadi lancar daripada kebiasaan. Jika tiba waktu solat sistem penggiliran diwujudkan bagi memberi ruang kepada mereka untuk beribadat,” katanya.

Abdul Hamid berkata beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri yang didapati mengambil mudah soal penugasan anggota mahupun pegawai di bawah kendalian mereka.

– BERNAMA

Categories
PENDAPAT RENCANA

Ketahui hak anda jika berlaku gangguan seksual

Oleh Jeiilnyly Masal

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan anda ketika sekatan jalan raya?

“Jika seseorang itu tiada lesen tetapi mempunyai kad pengenalan, saman boleh dikeluarkan tetapi bukan untuk ditahan kerana ia bukan kesalahan yang membolehkan kita ditangkap atau diminta nombor telefon peribadi,” jelas Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian yang sedang tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya di Jalan Duta pada 12 Februari.

Berdasarkan bebenang di akaun Twitter pengguna tersebut, beliau mendakwa polis bertugas menuduhnya tidak memakai pakaian dalam serta mengancam akan mengeluarkan saman kecuali jika beliau membuktikan sebaliknya.

“Selepas itu dia berkeras untuk bertukar nombor telefon dengan saya walaupun saya telah memberitahu yang saya tidak selesa,” jelas pengguna Twitter itu lagi.

Berhadapan Situasi Gangguan Seksual

Lebih daripada 300 sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara ketika pusingan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, namun ramai yang masih belum jelas mengenai hak mereka ketika berdepan situasi seperti ini.

Sekatan jalan raya dilakukan oleh anggota polis dan tentera di laluan keluar masuk Plaza Tol Bukit Jelutong, Shah Alam pada 16 Januari 2021, hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Ingat di mana ia berlaku, nama atau nombor di uniform dan segera buat laporan polis. Dalam apa juga keadaan kaum wanita mesti sentiasa berhati-hati dan beringat bahawa gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana tanpa mengira jawatan atau kerja,” kata Noor Aziah yang juga Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Jika polis mengugut untuk menangkap dan meminta “bayaran” dalam bentuk seksual (raba, sentuh, pandang), ia adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 509 atau Seksyen 354 dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Tampil Buat Laporan Polis

Noor Aziah juga menggesa mangsa tampil membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang salah laku termasuk yang melibatkan gangguan seksual oleh agensi penguatkuasaan ketika melaksanakan sekatan jalan raya semasa PKP.

Jelas beliau lagi, polis mempunyai tatacara operasi prosedur (SOP) apabila melakukan sekatan jalan raya ketika PKP.

“Polis diberi kuasa untuk menahan pemandu, mereka boleh bertanyakan destinasi (ketika tempoh PKP) dan sama ada merentas daerah atau negeri. Mereka juga dibenarkan untuk meminta lesen dan kad pengenalan untuk pemeriksaan.

Anggota polis dan tentera memeriksa penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di Jalan Kuching pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA

“Sekiranya merentas daerah, perlu ada surat kebenaran polis balai berdekatan rumah dan mereka boleh arahkan untuk berpatah-balik sekiranya kita tiada surat tersebut,” katanya.

Noor Aziah juga mengingatkan agar semua agar sentiasa cakna hak dan keselamatan diri.

“Sebagai manusia dan rakyat Malaysia, kita ada hak asasi untuk hidup selamat. Pihak berkuasa seperti polis perlu menghormati hak itu,” katanya.

Walaubagaimana pun, tindakan pengguna Twitter tersebut menularkan kejadian ini di media sosial kurang wajar serta tidak melalui saluran yang betul.

“Berdasarkan undang-undang, sesiapa yang membuat aduan perlu diberi peluang didengar bagi mempertahankan diri dan jika tidak benar mereka boleh didakwa kerana membuat berita palsu.

“Tiada suatu kuasa yang tanpa had. Semuanya jelas diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 5 – hak untuk hidup dan kebebasan diri ) dan dalam menjalankan tugas perlu berlandaskan undang-undang dan etika kerja serta SOP yang ada,” tambahnya lagi.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Polis tahan pemandu cuba rempuh sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Cubaan seorang pemandu di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Desa Jaya gagal selepas keretanya merempuh tembok penghadang jalan sebelum ditahan oleh anggota polis, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun itu diarah oleh anggota bertugas di SJR supaya menghentikan kenderaan di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek sebaliknya memecut kenderaannya sebelum anggota polis bertindak mengejarnya sehingga ke kawasan perumahan Perdana Puri iaitu jarak kira-kira 300 meter dari lokasi SJR.

“Suspek, bagaimanapun, berpatah balik dan memecut laju ke arah khemah SJR dan hampir merempuh seorang anggota polis yang bertugas di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian memberhentikan keretanya secara mengejut sebelum mengundur dalam keadaan laju sehingga melanggar batu pembahagi jalan berhampiran khemah SJR.

Arifai berkata akibat pelanggaran itu, kenderaan suspek tidak boleh bergerak dan dia ditahan polis manakala semakan mendapati dia mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan kes dadah dan satu rekod jenayah mencuri.

“Ujian saringan air kencing suspek juga didapati positif syabu dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

PKP: Lebih 100 kenderaan diarah patah balik dalam tempoh tiga jam

TAWAU, 16 JAN: Lebih 100 kenderaan diarahkan berpatah balik dalam tempoh tiga jam sehingga 11 pagi tadi selepas gagal memberi alasan munasabah ketika ditahan dalam beberapa sekatan jalan raya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata antara alasan yang diberikan kepada anggota bertugas di sekatan jalan raya termasuk mahu melawat kebun dan ladang tetapi gagal mengemukakan bukti.

“Dianggarkan 100 kenderaan diarah berpatah balik di sekatan jalan raya di Jalan Jambatan Putih manakala di Batu 2 1/2 Jalan Apas juga ada yang diarahkan berpatah balik,” katanya ketika dihubungi.

Polis Tawau melaksanakan sembilan sekatan jalan raya termasuk di Pusat Pemeriksaan Daratan atau Road Check Point (RCP) Kalabakan, dengan kekuatan anggota 163 orang dan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang ingkar arahan ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.

“Namun setakat pagi tadi pemandu yang diarahkan berpatah balik memberi kerjasama baik.

“Nombor pendaftaran kenderaan yang diarahkan patah balik turut direkodkan bagi tujuan pemantauan sekiranya melakukan kesalahan sama,” katanya lagi.

Peter dalam pada itu memohon kerjasama semua pihak supaya tidak keluar rumah tanpa tujuan penting dan alasan munasabah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Duduklah rumah, bantu petugas barisan hadapan memutuskan penularan Covid-19 dengan segera,” katanya.

Peter turut mengingatkan orang ramai tindakan kompaun akan dikenakan kepada pihak yang melanggar tatacara operasi piawai ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, 22 pasukan pemantau terdiri daripada anggota polis serta pasukan keselamatan lain, sentiasa bergerak bagi memastikan pematuhan SOP dilaksanakan penduduk sekitar.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Anggota polis cedera khemah sekatan jalan raya runtuh

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Seorang anggota polis trafik cedera selepas bumbung sebuah khemah di sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, runtuh akibat angin kencang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang berteduh di dalam khemah yang didirikan di laluan menghala masuk ke pusat bandar bagi kemudahan anggota keselamatan melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi itu.

Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan bahagian bumbung khemah itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap anggota polis itu mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi.

“Mangsa yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Bernama.

Zulkefly berkata sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta mula dilaksana sejak 14 Okt lalu apabila PKPB mula dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Individu ada surat majikan, pas pekerja perlu dilepaskan SJR – menteri

SHAH ALAM, 24 OKT: Individu yang mempunyai surat kebenaran majikan atau pas pekerja untuk ke tempat kerja perlu dilepaskan daripada Sekatan Jalan Raya (SJR), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Jelasnya, pekerja yang perlu berkhidmat di pejabat atau di rumah (work from home) hanya ditentukan oleh majikan sahaja, dan bukannya pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya.

“Bagi yang dibenarkan bekerja di pejabat, majikan akan mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah untuk bekerja atau mereka yang ada pas, jika tiada surat.

“Yang menentukan bukan anggota di sekatan jalan raya, maknanya tiada arahan yang boleh sekat mereka bekerja,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihak polis memerlukan pelepasan iaitu surat atau pas pekerja di sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan di beberapa buah negeri ketika ini.

“Saya harap perkara ini difahami dan tidak menimbulkan masalah,” katanya lagi.

Sebelum itu dilaporkan terdapat kekeliruan susulan ada individu diarahkan untuk berpatah balik ke rumah setelah melalui sekatan jalan raya untuk ke tempat kerja.