KUALA LUMPUR 14 JAN : Kawalan dan pemantauan keselamatan di seluruh negara dipertingkatkan ekoran serangan bom di Jakarta, Indonesia yang menyebabkan sekurang-kurang tujuh orang terbunuh.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghalang serangan seumpama itu berlaku di Malaysia.
“Tumpuan kawalan kita adalah lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti pusat beli-belah dan kawasan pelancongan.
“Malah, penguatkuasaan di kawasan pintu masuk dan keluar sempadan juga ditingkatkan sebagai satu usaha mengekang sebarang cubaan serangan dan jenayah lain,” katanya dalam kenyataan media.
Khalid berkata, polis menguatkan kesiapsiagaan serta meningkatkan kawalan kerana serangan itu berlaku begitu hampir dengan negara.
Beliau memberi jaminan bahawa pasukannya akan terus memantau perkembangan dan memastikan keselamatan rakyat sentiasa dilindungi.
EZY