Categories
AGENDA GLOBAL

Masyarakat dunia digesa tekan Israel henti keganasan di Baitulmaqdis

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohan terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Tegasnya, serangan ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa dan mengusir rakyat Palestin dari kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis Timur, jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Setiap hari, apa yang berlaku di Baitulmaqdis adalah Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi rakyat Palestin.

“Kami menuntut masyarakat antarabangsa serius tangani perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Walid juga menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab menggunakan kuasa yang ada untuk menghentikan kekejaman Israel.

“Mereka mesti meminta masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan menggunakan hubungan dua hala mereka dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk memberi tekanan kepada Israel.

“Hanya AS dan EU yang dapat menekan Israel untuk menghentikan serangan,” katanya.

Menurut laporan media, sejak beberapa hari lalu rakyat Palestin di Baitulmaqdis bersama penduduk di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah mengadakan tunjuk perasaan di tengah-tengah serangan polis Israel.

Krisis itu berpunca daripada keputusan Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqdis Timur, yang membenarkan pengusiran tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan kejiranan itu dan menyokong penempatan oleh pendatang Israel sejak awal tahun ini.

Pada Jumaat malam polis Israel bertindak mengusir jemaah di perkarangan Masjid Al-Aqsa menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata. Ratusan Palestin cedera dalam serangan itu dan tindakan zionis itu dikecam masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Presiden AS: Letupan di Beirut umpama ‘serangan bom’

WASHINGTON, 5 OGOS: Presiden Donald Trump berkata beliau dimaklumkan oleh jeneral tentera Amerika Syarikat (AS) letupan kuat yang menggegarkan Beirut seolah-olah sebuah letupan bom.

“Ia seperti satu serangan yang mengerikan,”Trump memberitahu wartawan di Rumah Putih.

“Ia kelihatan seperti itu, berdasarkan letupan tersebut. Saya bertemu dengan beberapa jeneral kita yang hebat dan mereka juga berpendapat sama, ” katanya.

“Ini bukan sejenis kejadian letupan akibat aktiviti pembuatan. Ia kelihatan seperti , menurut mereka – mereka lebih tahu daripada saya – tetapi mereka seolah-olah menganggapnya sebagai satu serangan.

“Seperti serangan bom, ya.”

Pegawai Lubnan tidak menggambarkan letupan yang menggegarkan ibu negara itu sebagai serangan.

Perdana Menteri Hassan Diab berkata 2,750 tan baja amonium nitrat yang disimpan selama bertahun-tahun dalam gudang di tepi pelabuhan Beirut telah meletup, mengakibatkan “bencana yang dahsyat.”

“Apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku tanpa penanggungjawab,” kata Diab.

“Mereka yang bertanggungjawab terhadap bencana ini akan membayar harganya.”

Ketua Pengarah Keselamatan Abbas Ibrahim berkata “bahan yang sangat mudah meletup” yang telah dirampas bertahun-tahun sebelumnya telah disimpan di gudang.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan 3,700 cedera di seluruh bahagian bandar terbesar di negara itu.

Ditanya mengenai kenyataan Trump, jurucakap Pentagon berkata “kami tidak mempunyai maklumat untuk anda” dan “anda harus menghubungi Rumah Putih untuk mendapatkan penjelasan.”

Trump menawarkan bantuan AS kepada Lubnan.

Kami berdoa untuk semua mangsa dan keluarga mereka,” katanya. “Amerika Syarikat bersedia untuk membantu Lubnan.”

“Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakyat Lubnan dan kami akan berada di sana untuk membantu.”

Calon presiden demokratik Joe Biden, yang telah menerima taklimat perisikan sejak bulan lalu, juga bertindak balas terhadap letupan Beirut tetapi tidak menggambarkannya sebagai satu serangan.

” Doa kami bersama-sama dengan rakyat Lubnan, dan korban letupan ngeri di Beirut,” kata Biden dalam tweet.

“Saya mendesak Pentadbiran Trump dan masyarakat antarabangsa untuk segera menggerakkan bantuan kepada ribuan yang cedera dalam letupan itu,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Amukan gajah liar di Kota Tinggi, peniaga rugi RM1,000

JOHOR BAHRU, 1 OGOS: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian kira-kira RM1,000 selepas kedai buah-buahannya diserang dua ekor gajah liar di Batu Mawai, Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam ketika mangsa berusia 52 tahun itu sedang berniaga buah-buahan sebelum dua ekor gajah liar secara tiba-tiba meluru ke arah kedainya.

“Kejadian amukan oleh seekor gajah betina dan anaknya itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan, kawasan tersebut merupakan laluan gajah liar dan sebelum ini pernah dilaporkan kejadian seorang maut akibat diserang mamalia itu.

Semalam, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan seekor gajah berkeliaran di jalan raya di Kota Tinggi, pada waktu puncak.

Kejadian tersebut menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan demi keselamatan.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

80 terkorban dalam serangan trak di Perancis

PERANCIS, 15 JULAI: Sekurang-kurangnya 80 terbunuh dalam serangan trak di French Riviera, Perancis sempena Hari Bastille di Nice, pada Khamis.

Menurut Reuters, penyerang merempuh laju orang ramai yang sedang menyaksikan bunga api dalam sebuah festival di situ, berdasarlan pelbagai sumber tempatan.

PARISKes itu kini disiasat penyiasat antikeganasan negara terbabit, malah senjata dan bom tangan dilaporkan turut ditemui dalam trak itu.

Polis berjaya menembak mati pemandu trak 25 tan yang memandu kira-kira 100 meter sebelum menghentam orang ramai, menurut pegawai kerajaan di kawasan itu Sebastien Humbert kepada radio France Info.

Ketua kerajaan tempatan Christian Estrosi memberitahu media tempatan, pemandu itu melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai.

Tragedi itu mengingatkan kepada serangan IS lapan bulan lalu yang mengorbankan 130 orang di Perancis – insiden paling tragis di Perancis dan Belgium dalam tempoh dua tahun.

-AA-

Serangan Jakarta : ISIS akui terlibat


Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mengakui terlibat dalam insiden letupan bom di Jakarta

Categories
NASIONAL

100 terbunuh dalam serangan pengganas di Paris

SHAH ALAM, 14 NOV: Paris terjejas ekoran kejadian tembakan dan serangan pengganas hingga menyebabkan kira-kira 100 terkorban dalam tragedi yang berlaku di luar stadium sukan utama kota itu, malam tadi.

Presiden Perancis, François Hollande, berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan supaya pintu sempadan ditutup dan tentera digerakkan ekoran keadaan kecemasan yang melanda kota terkenal dunia itu.

Medics stand by victims in a Paris restaurant, Friday, Nov. 13, 2015. Police officials in France on Friday reported a shootout in a Paris restaurant and an explosion in a bar near a Paris stadium. It was unclear if the events were linked. (AP Photo/Thibault Camus)

Lapoan berita televisyen Perancis melaporkan terdapat individu yang menjadi tebusan dan serangan dilihat disasarkan di luar stadium ekoran terdapat konsert di dalamnya serta dijangka sasaran turut membabitkan lima lokasi lain di bandar berkenaan.

Memetik The New York Times, saksi berkata, ambulan dilihat berulang-alik ke lokasi pembunuhan beramai-ramai itu dan ada yang mendakwa ia berkaitan dengan kejadian Charlie Hebdo iaitu serangan membabitkan pelampau militan Islam di negara itu, kurang setahun lalu.

Terdahulu, Hollande berkata, kejadian letupan itu dilakukan pengebom berani mati dan disebabkan serangan dilakukan secara pantas, maka beliau mengadakan mesyuarat kabinet khas sebelum mengumumkan sempadan ditutup.

“Serangan pengganas seperti ini belum pernah berlaku di kawasan Paris hingga menyebabkan ramai terkorban dan cedera. Ia adalah kejadian yang amat mengerikan.

Paris-shooting“Saya sudah menggerakkan semua pihak untuk bertindak ke atas ancaman pengganas dan memastikan keselamatan di semua kawasan,” katanya,

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut menyatakan perpaduan dan menawarkan bantuan serta merakamkan ucapan takziah atas tragedi terbabit,

“Sekali lagi, kita melihat kejadian keganasan yang keterlaluan di kawasan orang awam yang tidak bersalah. Ini adalah satu serangan yang bukan sahaja di Paris tetapi ke atas semua masyarakat dunia kerana kita berkongsi nilai sejagat,” katanya,

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi banyak laporan di Twitter mendakwa kejadian itu berkaitan dengan kumpulan pelampau yang berpangkalan di Syria dan Iraq.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PAS Selangor kutuk serangan ke atas Dr Dzulkefly

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 MAC: PAS Selangor mengutuk kejadian serangan ke atas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang diserang individu tidak dikenali sewaktu pulang daripada solat subuh pagi tadi.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan ganas itu tidak seharusnya dibiarkan berlaku ke atas mana-mana pihak atau individu.

dr dzul green 01“Kami berharap pihak polis akan mempercepatkan siasatan supaya pihak yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti dan didakwa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Iskandar berkata, pihaknya juga akan mengarahkan supaya kawalan keselamatan ke atas pimpinan PAS Selangor dipertingkatkan serta-merta.

Katanya, ia bagi memastikan tindakan segelintir pihak yang cuba mencetuskan provokasi dapat dihalang.

iskandar“Dewan Pemuda PAS Selangor akan melaksanakan tugas itu,” katanya.

Dzulkefly dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam, awal pagi ini.

Kesan kejadian itu, beliau mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tempoh genjatan senjata tamat, Gaza kembali diserang

GAZA, 21 OGOS: Gaza kembali diserang tentera Zionis selepas tamat sahaja genjatan yang dilanjutkan lima hari yang berakhir, pada 19 Ogos lalu.

Pesawat tentera Zionis melancarkan hampir 100 serangan ke atas semenanjung Gaza.

Pemimpin tentera Hamas, Mohammed Deif, berkata Israel melancarkan serangan udara pertama yang turut membunuh isteri dan anak perempuannya sejurus genjatan senjata tamat.

gaza-photoBeliau berkata, walaupun Israel menafikan serangan itu bukan mensasarkan ke atas pemimpin utama Hamas terbabit, namun ia adalah satu cubaan untuk membunuh beliau.

“Hampir 23 orang terbunuh dalam serangan Israel termasuk isteri dan anak saya,” kata beliau dalam laman sesawang Reuters.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, 2,040 rakyat mereka yang kebanyakkannya orang awam terbunuh dan 10,224 lagi cedera.

Sementara itu, dalam cubaan Mesir menggesa Israel dan Palestin meneruskan rundingan dan mendesak menghormati genjatan senjata terdapat ribuan rakyat terus menjadi korban serangan itu.

Categories
NASIONAL

Angka korban kekejaman Israel 1,347 orang sejak 24 hari

GAZA, 1 OGOS: Jumlah kematian akibat kekejaman rejim zionis sejak 24 hari lalu, mencecah 1,347 orang, manakala kira-kira 7,700 lagi cedera sehingga jam 10 malam tadi waktu tempatan.

Press TV, Persatuan Palang Merah Palestin (PRCS) memberitahu, serangan berterusan Israel menyebabkan krisis kemanusian di Gaza semakin buruk.

“Jumlah mangsa bedilan semakin meningkat. Kami hadapi kesukaran kerana bekalan air dan elektrik terputus di kebanyakan hospital,” katanya.

gaza-photoSementara itu, Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Medhat Abbas mengutuk serangan itu kerana menyasarkan hospital, ambulans dan pusat penempatan sementara.

Dalam serangan terbaru, sekurang-kurangnya 20 maut dan 100 cedera dalam serangan paling dahsyat di Shejaiya, Timur Gaza, semalam.

Serangan kereta kebal itu sengaja disasarkan di pasar itu ketika orang ramai sedang membeli keperluan harian.

Ketika serangan pertama dari sebuah kereta kebal, puluhan orang ramai melarikan diri dan mengheret mangsa cedera.

“Keadaan itu menyebabkan Zionis melancarkan serangan kedua tanpa menghiraukan mereka yang sedang menyelamatkan mangsa. Situasi getir itu sukar dibayangkan kerana ramai mangsa terbakar.

“Sejurus ambulans tiba, mangsa dihantar ke Hospital Al Shifa. Penduduk yang lain berusaha memadamkan kebakaran di sekitar pasar itu,” kata saksi, Abu Maysarah.

gaza1Katanya, ketika operasi memadam kebakaran, Israel sekali lagi membedil kawasan berkenaan.

Selain itu, dalam perkembangan terbaru, Amerika Syarikat (AS) membenarkan Israel menggunakan stok simpanan peluru milik mereka ketika serangan memuncak di Genting Gaza.

Kabinet Israel pula, mengerahkan 16,000 lagi askar simpanan menyertai Operasi Perlindungan Sempadan di kawasan terbabit.

Categories
NASIONAL

Ribuan rakyat sertai demonstrasi di New York bantah keganasan Israel

NEW YORK, 26 JULAI : Ribuan masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mengambil peluang mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah serangan Israel ke atas semenanjung Gaza yang mengorbankan hampir 850 rakyat Palestin, di bandar New York, petang semalam.

Berdasarkan laporan Reuters, polis terpaksa mengawal kira-kira 3000 peserta demonstrasi yang membanjiri jalan raya di sekitar Times Square dengan mengibar bendera Palestin sambil mengutuk serangan Israel.

gaza3Seorang rakyat warganegara Palestin-Amerika, Ramsey Jamal, 37, berkata mereka bukan sengaja mahu mencipta kontroversi, sebaliknya inginkan kesengsaraan rakyat Gaza ditamatkan dan hidup seperti manusia biasa.

“Kami cuba untuk memecahkan pengepungan dan mengakhiri pembunuhan di Palestin. Kami hanya mahu mereka hidup seperti manusia,” katanya yang berasal dari Montgomery, New York.

Di bandar New York, orang ramai berarak melalui jalan-jalan sibuk di sekitar Midtown Manhattan sambil melaungkan “Bebas, bebas Palestin!” dan “1,2,3,4, berhenti pembunuhan, berhenti perang!”

gaza-photoAngka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, pada 25 Julai lalu meningkat kepada 844 orang, kebanyakan terdiri daripada orang awam.

Manakala, 35 tentera Israel dan tiga orang awam turut maut dalam serangan berbalas itu.

Pada masa sama, kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bermula hari ini.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

Lebih 86 penduduk Gaza syahid, 500 cedera

SHAH ALAM, 11 JULAI: Angka korban penduduk Gaza, Palestin terus meningkat dan setakat ini 86 dikenal pasti gugur syahid, manakala 550 cedera ekoran serangan tentera Zionis Israel, yang bermula 8 Julai lalu.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak, bahkan angka sebenar didakwa jauh lebih besar berbanding yang dilaporkan.

gaza-photoDalam serangan udara pada 10 Julai lau, sembilan lagi rakyat Palestin syahid dan ratusan rumah kediaman dilaporkan musnah dan angka korban dijangka terus meningkat dengan Israel terus memperhebatkan serangan termasuk bersedia melancarkan serangan darat dengan kekuatan 40,000 anggota tentera yang bersiap sedia dengan jentera berat di sempadan Gaza.

Memetik Harakah Daily, sehingga kini, tiada tekanan oleh negara kuasa besar dunia atau negara Islam terhadap Israel supaya menghentikan operasi pembunuhan itu.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Palestin Mufeed al-Hassayna, berkata sehingga kini 190 buah rumah musnah keseluruhan, manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.