Categories
AGENSI SELANGOR

Program Jom Beli di Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall diteruskan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Program Jom Beli di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall diteruskan sehingga akhir tahun ini bagi merancakkan aktiviti perniagaan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) Fakru Radzi Ab Ghani berkata program diadakan setiap hujung bulan sehingga minggu pertama bulan berikutnya mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Program ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan hasil jualan peniaga malah kita tidak mengenakan sewa terhadap peniaga kecuali kos pemasangan prasarana sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah walaupun kebanyakan hasil jualan peniaga kurang memberangsangkan namun terdapat peningkatan dari semasa ke semasa sejak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula pada 6 Mei lalu.

“Hasil jualan bergantung pada jenis perniagaan, misalnya produk makanan dan servis menunjukkan kenaikan lebih tinggi berbanding (produk) pakaian,” katanya lagi.

SelangorKini sebelum ini melaporkan peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall dibenarkan mempromosi jualan di ruang legar pusat beli-belah itu membabitkan 66 tapak jualan.

 

Categories
SELANGOR

LZS Pergiat Promosi Kutip Zakat Saham

zakat saham 01

SHAH ALAM 20 JUN : Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mempergiatkan promosi zakat daham pada tahun ini bagi meningkatkan jumlah kutipan kumpulan zakat tersebut.

Dengan motto ‘Saham Dunia Saham Akhirat’, LZS mensasarkan usaha itu mampu mengubah kefahaman komuniti pelabur Muslim khususnya, agar menjadikan zakat saham sebagai satu tanggungjawab.

Ujar Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, kekayaan yang tercipta daripada permainan saham juga perlu dizakatkan demi kekuatan umat Islam secara keseluruhannya.

“Sebelum ini kebanyakan para pelabur Muslim kurang didedahkan dengan zakat saham secara terperinci, sedangkan sektor pelaburan pada masa ini ini lebih kompleks dengan pelbagai variasi.

zakat saham 02“Saham kini juga sudah menjadi salah satu aspek kekayaan baharu bagi umat Islam yang meliputi saham-saham syarikat, saham di akaun amanah, saham dalam bon yang dikeluarkan kerajaan dan banyak lagi,” katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Beliau berucap demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Zakat Saham yang diadakan di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof serta Pengurus Besar Kutipan LZS, Roszy Non.

Dengan promosi yang lebih giat pada tahun ini, LZS mensasarkan kutipan zakat saham akan meningkat sebanyak sepuluh peratus iaitu RM8.5 juta, berbanding kutipan pada tahun lepas, yang berjumlah RM 7.7 juta.

LZS merupakan institusi zakat pertama di Malaysia yang mengemas kini panduan kiraan zakat saham dan pelaburan dengan mewujudkan Warta Fatwa Zakat Pelaburan Saham pada 30 Mac 2011.

Nilai zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai pelaburan di hujung haul(genap satu tahun) sementara bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan zakat saham, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang LZS di www.e-zakat.com.my atau menghubungi terus wakil pegwai di pejabat LZS.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gandingan Speaker dan Timbalan Speaker, Bukti Selangor Komited Perkasa Anak Muda – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 13062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan gandingan muda, Hannah Yeoh – Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor yang baru merupakan bukti komitmen Pakatan Rakyat dalam memperkasakan sumbangan anak muda terhadap Negeri Selangor.

2. Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang dan Sarawak memfailkan petisyen mendakwa terdapat amalan rasuah yang berlaku di tiga kerusi sepanjang tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu.

3. Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS dengan kerjasama Badan Agama dan Kaunseling Anggota (BAKA) mengadakan Bengkel Khas Majikan kepada kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor pagi tadi di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Categories
SELANGOR

Selangor Catat Nilai Pelaburan RM6.9 Bilion Tertinggi Di Malaysia

SHAH ALAM, 10 NOV: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.

Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.

Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.

Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012’ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

“Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.

“Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi  berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain,” kata Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.

Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.

Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.

Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.