Categories
SELANGOR

Exco: Kelewatan bayaran TUNAS diteliti

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri akan meneliti isu kelewatan pembayaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) seperti dibangkitkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia termasuk mengambil kira sekiranya peruntukan itu boleh disalurkan terus kepada Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) untuk tujuan pembayaran.

Katanya, model pembayaran secara terus itu dilihat banyak membantu proses pembayaran Skim Kesihatan Wanita dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR).

NIK NAZMI (1)“Kelewatan antara lain berpunca daripada senarai permohonan yang terpaksa dibuka semula kerana tidak lengkap.

“Permohonan juga semakin meningkat selain peruntukan yang bertambah berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata proses pembayaran Skim TUNAS kepada pengusaha tadika melalui karenah birokrasi.

Nik Nazmi berkata, proses pembayaran buat masa ini dikendalikan sepenuhnya RMSB dengan kerjasama Unit Pendidikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

“Proses ini juga perlu melalui beberapa peringkat kelulusan termasuk daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS),” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

TUNAS dan TAWAS buat ibu tenang

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 14 NOV: Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dilihat sebagai antara penyelamat kos sara hidup semakin menekan hari ini.

Bergelar guru, Noor Shaliza Muhammad Shawal, 33, berkata dengan bantuan RM50 sebulan diterima anaknya itu, beliau dan keluarga dapat berjimat.

20151114_092633“Jadi kalau setahun, jumlah itu banyak juga dan boleh dimanfaatkan ke tempat lain seperti persiapan anak masuk sekolah kebangsaan.

“RM50 sebulan amat bermakna dan besar nilainya, lebih-lebih lagi untuk orang seperti kami yang berpendapatan sederhana,” kata ibu anak lima kepada Selangor Kini.

Shaliza dari Kanchong Darat ditemui selepas pendaftaran Skim TUNAS untuk anaknya yang akan memasuki pra sekolah pada tahun hadapan.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, lebih 1,000 ibu bapa hadir bagi mendengar taklimat dan melakukan pendaftaran TUNAS.

Sementara itu, Norjiani Rahmat, 35, berharap promosi TUNAS dapat diperluas untuk manfaat lebih ramai rakyat.

20151114_093007“Saya dapat tahu pun daripada tadika, jika tidak saya pun mungkin terlepas bantuan bermakna seperti ini.

“Jadi, mungkin Kerajaan Negeri perlu menggunakan media dengan lebih meluas untuk tujuan promosi,” kata penjawat awam beranak empat itu.

Selain mendaftar bantuan TUNAS, anaknya yang bongsu turut mendapat manfaat Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Skim TUNAS memperuntukkan RM50 setiap bulan dalam bentuk yuran kepada anak yang layak serta belajar di tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

TAWAS pula adalah hadiah tabung simpanan berjumlah RM100 kepada anak Selangor yang baru lahir dan pada usia 18 tahun, mereka akan menerima RM1,500 hasil pelaburan.

-nR-

Categories
SELANGOR

TUNAS : Lebih 1,000 ibu bapa hadir daftar anak

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 14 NOV: Lebih 1,000 warga Kuala Langat membanjiri Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang sempena Hari Terbuka Skim Tunas Selangor di sini, hari ini.

Bermula jam 8 pagi, ibu bapa dilihat berpusu-pusu mendaftar Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi anak berumur 5 dan 6 tahun untuk sesi 2016.

Selain pendafataran, ibu bapa turut diberikan taklimat berkenaan program yang memberi bantuan RM50 sebulan kepada mereka yang layak itu.

tunas sg pelek halimah 02Turut diadakan adalah pameran dan pendaftaran tadika dan pra sekolah serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Pada masa sama, kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan mewarna selain motivasi keibubapaan (‘parenting talk’) khusus kepada ibu bapa.

Bantuan TUNAS tidak disalurkan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran yang dimasukkan terus kepada tadika berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Antara syarat kelayakan TUNAS adalah warganegara Malaysia sama ada ibu atau bapa mahupun anak yang lahir dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.

Status permastautinan disahkan Ketua Kampung, Penghulu, Pengerusi Taman Perumahan, Senator, Adun atau Ahli Majlis.

Pendapatan isi rumah juga tidak boleh melebihi RM2,500 dan hanya untuk anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.

Pendaftaran juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web e-tunas.org atau boleh juga hubungi 03-5510 3468.

-nR-

MB : Selangor iktiraf usaha semarak pelancongan negeri

Sinopsis

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Selangor iktiraf usaha semarak pelancongan negeri

2. Selangor tubuh Skuad Pantas kendali kes kecemasan, bencana

3. Kesesakan bandar Klang, MB minta ahli majlis turun padang

4. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah lantik Ahli Dewan DiRaja Selangor

5. Graduan perubatan menganggur, Kerajaan Pusat perlu bertindak

6. Skim Tunas diterus dengan peruntukan RM3 juta

7. SJK Tamil Selangor capai keputusan terbaik UPSR 2013

8. MPSJ serbu 6 pusat siber judi

9. Tikus ‘sebesar’ kucing ditangkap dalam Ops Tikus

10. Denggi : 16,383 kes di Selangor, semua perlu bertindak

11. Salah pilih kerajaan pusat antara punca kadar jenayah naik

12. Selangor hasrat tubuh Akademi Bola Sepak

13. PR selar tindakan Bung Mokhtar hina rakyat

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Penyusunan air selesai Disember -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 12092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Penyusunan semula industri air di Selangor akan diselesaikan sebelum 31 Disember tahun ini setelah Kerajaan Negeri mendapat pengesahan daripada Kerajaan Pusat kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

2. Pengguna Lembah Klang yang terjejas akibat gangguan bekalan air digalak memfailkan tuntutan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Tribunal Tuntutan Pengguna kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

3. Kemelut pelajar universiti tidak akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ekoran badan itu gagal mengutip semula hutang perlu ditangani dengan segera, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali

4. Kerajaan Negeri memaklumkan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Kerajaan Pusat berhubung pembinaan rumah teres seperti yang dijanjikan kepada 400 penghuni sementara di Pangsapuri Kos Rendah Taman Permata, Dengkil, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

5. Adun Taman Medan Haniza Talha kecewa dengan birokrasi pihak atasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) yang masih belum membuat keputusan berhubung penyertaan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) Kemas dalam Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

6. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi keterangan yang mereka sifatkan bohong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Pendatang Asing Sabah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

DUN Taman Medan Ambil Inisiatif Turun Padang Perkenal Skim Tunas

Taman Medan 02

PETALING JAYA SELATAN, 6 FEB : DUN Taman Medan mengambil inisiatif turun padang ke Tadika dan Pra Sekolah  dalam memberikan penerangan dan borang Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Adun Taman Medan,Haniza Talha berkata, penjelasan itu bagi memastikan maklumat berkenaan skim itu diketahui oleh peringkat akar umbi dan bantuan itu dapat dinikmati oleh golongan sasaran.

Ujarnya lagi, pihak Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diseru untuk menerima baik usaha yang bawa Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM3 juta untuk Skim Tunas itu.

“Kita mengambil inisiatif sendiri turun ke tadika-tadika tersebut dan mendapatkan kata persetujuan mereka untuk didaftarkan,” kata Haniza.

Ujar beliau, Skim Tunas turut membantu kepada warga ibu tunggal yang mempunyai anak yang belajar di Tadika.

Sebelum itu, Haniza turun padang ke Pejabat Kemajuan Kemas di sini untuk memberikan penjelasan berkenaan skim itu di mana Kemas mempunyai 24 buah Tadika di sekitar Petaling Jaya Selatan.

Taman Medan 01

Beliau juga turut menyerahkan 125 Borang Skim Tunas kepada Sekolah Kebangsaan Taman Medan dan dan 25 borang Skim Tunas kepada Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya 1 di sini.

“Saya nampak respon sangat positif daripada pihak Kemas dan pihak Pra-Sekolah,” katanya.

Ujarnya usaha akan terus digiatkan untuk memastikan keseluruhan Tadika di DUN Taman Medan dapat didaftarkan.

Skim Tunas adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Pada peringkat awal, kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Peringkat berikutnya, kelayakan untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan dipertimbangkan.

Skim Tunas itu diperkenalkan Kerajaan Selangor sejak Julai 2012 lepas.

Skim ini ditadbir oleh:

RANTAIAN MESRA SDN. BHD.
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel: 03-55103468 / 03-55103472
Faks: 03-5510 3455

Laman web untuk Skim TUNAS: http://www.e-tunas.org

Categories
SELANGOR

Selangor Sasar 2,500 Keluarga Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan

PETALING JAYA 2 DIS : Kerajaan Negeri mensasarkan penyertaan 2,500 keluarga dalam Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) pada tahun depan di seluruh negeri dengan peruntukan dana RM 3 juta.

Setakat ini, skim tersebut mendapat sambutan yang menggalakan dengan penyertaan 1,500 keluarga dalam lima bulan sejak ia dilancarkan Julai lalu kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Tunas adalah langkah bagi membantu ibu bapa (berpendapatan rendah) dengan setiap keluarga mendapat bantuan RM 50 sebulan menerusi pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor,” Dr Halimah berkata.

Skim tersebut telah membantu ibubapa seperti Rashidi Hashim, 34, seorang operator pengeluaran dari Taman Medan.

Dengan bantuann itu beliau sekarang mampu menghantar anaknya Muhammad Izwan Muiz, enam tahun ke Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) AlRaudhah di Taman Datuk Haron di sini.

“Saya gembira dengan langkah ini yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dan rakyat mendapat kebaikan dari program dijalankan serta pembelaan dari segi kewangan,” katanya.

Beliau ditemui di Mini Karnival Jelajah Jejak Tunas Selangor 2012/2013 di Dataran Anak Muda PJS1/25, Taman Medan di sini hari ini yang dirasmikan Dr Halimah.

Skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ini terbuka kepada setiap keluarga yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan.

“Dalam keadaan sekarang memang diakui Kementerian Pelajaran bahawa ramai kalangan ibu bapa di negara ini yang tidak menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak,? Dr Halimah berkata.

?Kajian dari seluruh dunia mendapati pendidikan bagi anak-anak di bawah enam tahun adalah kritikal,? Dr Halimah di dalam ucapannya.

Turut hadir, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim dan Timbalan Speaker  Dewan Negeri Selangor (DNS) merangkap Adun Taman Medan, Haniza Talha.