Categories
NASIONAL SELANGOR

Terus Sokong Kerajaan Negeri Agar Dasar Pro-Wanita Dipertingkatkan

jom shopping ibu tunggal mb 03

SHAH ALAM 8 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru 810,000 pengundi wanita di Selangor terus menyokong Pakatan Rakyat supaya program dan dasar yang banyak memberi faedah kepada wanita dapat dipertingkatkan.

Abdul Khalid berkata pentadbirannya akan terus memperkukuh program dan dasar terhadap wanita di Selangor yang meliputi program rumah mampu milik, pendidikan, bantuan ibu tunggal serta warga emas.

“Saya menyedari dengan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barang yang tidak seimbang dengan kenaikan gaji maka kerajaan negeri telah menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,300 dan memberi peluang membeli belah untuk warga emas serta ibu tunggal.

“Golongan wanita sentiasa dijadikan sasaran jenayah dan Kerajaan Negeri menyokong penuh program Wanita Menentang Jenayah (Mothers Against Crime),” katanya.

jom shopping ibu tunggal ijok 06Kerajaan Negeri juga memberi peluang kepada wanita untuk mendapat latihan melalui Program Memperkasakan Wanita di bawah Geran Selangorku dengan peruntukkan sebanyak RM30 juta.

?Seperti sedia maklum, di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kita menyediakan dua program khas untuk wanita iaitu Skim Kesihatan Wanita (Mammogram) dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA), ? Abdul Khalid berkata di dalam kenyataannya sempena sambutan Hari Wanita sedunia hari ini.

Ekoran peningkatan kos sara hidup, Kerajaan Negeri sejak lima tahun lalu memperkenalkan Program Jom Shopping kepada warga emas serta yang baru dilancarkan awal tahun ini, Program Jom Shopping khusus untuk golongan ibu tunggal.

Malah, tindakan Kerajaan Negeri melantik wanita sebagai Yang Dipertua Majlis dan Datuk Bandar wanita yang pertama di negara ini juga merupakan pengiktirafan yang tinggi khususnya buat penjawat awam wanita di Selangor.

Sehubungan itu, demi meneruskan kecemerlangan dan kelangsungan agenda memperkasa wanita, Adun Ijok itu menyeru 52 peratus pengundi wanita berdaftar untuk terus bersama Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

?Di peringkat nasional, kita seru wanita agar mengundilah demi perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,? pesan Abdul Khalid.

Categories
NASIONAL

Rodziah: 20 peratus Ibu Tunggal keluar Daripada Paras Kemiskinan

 

SHAH ALAM, 22 NOV : Sasaran 20 peratus ibu tunggal keluar daripada paras kemiskinan seperti yang disasarkan dua tahun lepas berjaya dilakukan di Selangor.

Angka ini menafikan bahawa Kerajaan Negeri meminggirkan golongan ibu tunggal seperti yang didakwa Umno-BN.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan secara menyeluruh dibuat dan setakat ini seramai 27,320 orang ibu tunggal didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, hampir 11 program yang mempunyai kaitan berhubung bantuan ekonomi ibu tunggal dilaksanakan termasuk penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Sebenarnya isu berkaitan menifesto ini telahpun kita tangani iaitu elaun kepada ibu tunggal tetapi elaun itu bukanlah khusus dalam bentuk bulanan secara terus kepada beliau tetapi dalam bentuk program bulanan khusus.

“Malah program yang kita buat jauh lebih besar dan banyak,” katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor.

Antara program untuk kepentingan ekonomi ibu tunggal yang dilaksanakan adalah Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMIBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Selain itu, program Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan Laman Dapur.

Berhubung satu demonstrasi daripada ibu tunggal Selangor yang bakal diadakan esok, Rodziah menyatakan kesudian untuk menerima memorandum berkenaan.

Ujar beliau lagi, sekiranya ada ibu tunggal yang terlepas mahupun belum berdaftar dengan Kerajan Negeri, mereka masih berpeluang untuk berbuat demikian.

“Saya mengalu-alukan dan akan menerima memorandum tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada ketelusan tolong sampaikan senarai mana-mana ibu tunggal yang belum menerima bantuan ini untuk saya tangani secara baik,” katanya.

Categories
SELANGOR

TAHUKAH ANDA : Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)


Sinopsis:
Kerajaan Selangor memperkenalkan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala) untuk membantu golongan ini menceburi perniagaan kecil yang sesuai dengan persekitaran komuniti dan memberi pulangan yang memuaskan.

Pegawai Operasi Wala, Nazreen Nizam berkata, Skim Wala akan bermula dengan 200 peserta akan diberi latihan sebelum dimasukkan ke dalam program yang sesuai. Wala diberikan peruntukkan RM5 juta di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan di bawah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail.