Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Suee Lim Speaker DNS, Khairuddin Timbalan DNS

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dilantik secara rasmi menjadi Speaker serta Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pelantikan Speaker itu dicadang Dato’ Menteri Besar dan ADN Sungai Tua, Amirudin Shari serta disokong ADN Bandar Baru Klang yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Kim.

Chang Kim pula mencadangkan supaya Mohd Khairuddin dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan ia disokong ADN Kota Kemuning yang juga Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau.

Suee Lim dan Mohd Khairuddin mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sambil disaksikan Setiausaha Dewan Negeri Selagor.

Majlis Angkat Sumpah DNS yang melibatkan 56 ADN berlangsung pagi ini dan dimulakan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Categories
SELANGOR

Suee Lim cabar Jamal bertanding secara adil & telus

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SEKINCHAN, 25 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim mencabar Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu secara adil dan telus.

Suee Lim berkata, jika Jamal ingin bertanding di kawasan beliau, haruslah bertanding secara adil bukan dengan membawa ‘pengundi hantu’ untuk menang.

“Saya tiada masalah kalau Jamal mahu bertembung dengna Jamal pada pilihan raya akan datang. Kalau lawan secara anak jantan, saya tunggu pada bila-bila masa sahaja saya bersedia.

“Tetapi kalau beliau menggunakan cara yang kotor dan jijik dengan konspirasi terancang dengan memunggah pengundi hantu masuk ke sini, perkara ini sesuatu yang harus dikutuk dan tidak sewajar berlaku kerana bercanggah dengan prinsip demokrasi,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Suee Lim mendakwa 75 peratus pengundi baru dan pertukaran alamat dibawa Jamal bagi membawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dikawasan Sekinchan.

“Cara beliau memunggah pengundi ke sini telah menafikan hak rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka kerana jika ramai orang luar masuk keputusan nanti bukan atas dasar pilihan rakyat tempatan.

“Kita bongkar semua ini supaya rakyat tahu niat jahat BN dan Jamal memilih kawasan Sekinchan kerana saya adalah musuh ketat Jamal untuk dikalahkan,” katanya.

Tambahnya lagi, Suee Lim mengemukakan 1,191 bantahan dan gerak kerja ‘task force’ dilaksanakan bagi terus mengesan pengundi hantu di kawasan itu.

“Kita tidak mahu satu penipuan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Suee Lim: “Janji PRK Sungai Besar jangan tinggal janji manismu”

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 OGOS: Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya melunaskan janji dibuat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai besar baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata beliau menyemak semua janji dibuat Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan pemimpin lain Umno-BN.

“Masa PRK dia kata macam-macam tak lengkap dan nak bagi peruntukan. Cuma saya harap jangan hanya tinggal ‘janji manis mu’ sahaja seperti lagu Aishah,” kata Suee Lim (DAP-Sekinchan).

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) Darul Ehsan Ke-13 di sini, hari ini.

PRKJelasnya, BN pada PRK terbabit turut menawarkan peruntukan bernilai berjuta Ringgit untuk menaik taraf jalan, membaiki bumbung gerai dan pelbagai kemudahan tetapi sehingga kini masih belum dilaksanakan.

Katanya, selain itu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar turut mengambil kesempatan dengan cuba menjadi ‘hero’ apabila membangkitkan beberapa isu infrastruktur di situ.

EZY

Categories
SELANGOR

Pembangkang hilang arah tuju, lesu & bisu

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 8 DIS: Pembangkang hilang arah tuju setelah sekian lama diselubungi ‘sindrom ketakutan’ yang membawa mereka terus menjadi lesu, bisu dan tiada isu.

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC), Ng Suee Lim berkata tindakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Shamsudin Lias meletak jawatan tidak masuk akal dan beliau perlu menjawab kepada pengundi apabila tidak akur kepada sistem demokrasi.

shamsudin lias 3“Mereka jadi pembangkang selama dua penggal tetapi belum menerima hakikat mereka perlu memainkan peranan utama sebagai pembangkang berkesan.

“Umno hilang hala tuju seperti mana dibangkitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini kepada Umno Selangor,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

DUN Selangor memutuskan Adun Sungai Burong itu dilantik mengetuai anggota PAC, bersama seorang lagi wakil BN, dan lima lagi anggota yang terdiri daripada kalangan Adun Pakatan Rakyat (PR).

Turut bersama Shamsudin dalam jawatankuasa itu adalah Adun Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim, Adun Kajang (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Adun Batu Tiga (PKR) Rodziah Ismail, Adun Balakong (DAP) Ng Tien Chee, dan Adun Meru (PAS) Dr Abd Rani Othman, serta Adun Jeram (BN) Datuk Amiruddin Setro.

Bagaimanapun, Shamsudin hari ini mengambil keputusan melepaskan peranannya sebagai Ketua Pembangkang selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

Beliau juga memulangkan semula kereta Toyota Camry yang diberikan Kerajaan Negeri kepadanya.

Suee Lim berkata, Shamsudin bertindak demikian atas dorongan dan arahan pihak tertinggi partinya.

Katanya, Shamsudin menunjukkan kecenderungan tinggi untuk mengalas peranan Ketua Pembangang dan berjanji memberi kerjasama yang baik kepada Kerajaan Selangor dalam menyaksikan sistem demokrasi negeri berjalan baik.

“Saya yakin, Shamsudin berlapang dada untuk memberi khidmat sebagai ketua pembangkang, namun dia bertindak demikian setelah menerima arahan dari atasan untuk menolak,” katanya.

EZY