Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin pengerusikan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor ke-153

SHAH ALAM, 12 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mempengerusikan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor kali ke-153.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berangkat ke mesyuarat sama yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang semalam.

“Hadir sama, adinda-adinda DYMM Tuanku Sultan, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj, YAM Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad Shah Alhaj dan YAM Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj,” maklum Royal Selangor Office menerusi Facebook hari ini.

Ahli Dewan Diraja Selangor lain yang hadir termasuk Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari; Mufti Selangor Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi.

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Lebih 1,000 rakyat Selangor terima manfaat pembiayaan pendidikan Kerajaan Negeri

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 MAC: Dianggarkan kira-kira 1,150 rakyat di Selangor akan menerima manfaat daripada program pembiayaan pendidikan Kerajaan Negeri, pada tahun ini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, program di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor itu dilaksanakan dengan dana berjumlah RM16.6 juta.

Titah baginda, ia adalah tabung pendidikan bertujuan membantu pelajar kelahiran Selangor, khususnya yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Antara program pinjaman pendidikan yang dilaksanakan adalah Pinjaman Boleh Ubah Dalam dan Luar Negara, Program Khas Selangor Brain Bank (Pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga Phd); Biasiswa Sagong Tasi untuk Anak Orang Asal dan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) Selangor ke-14, di Bangunan Annexe, hari ini.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berkenan menghadiri Istiadat Pembukaan DNS itu.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Sharafuddin murka pada pihak perlekeh institusi diraja

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 9 JUN: Duli Yanag Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, murka terhadap pihak yang cuba menggugat dan mempertikai peranan institusi diraja.

Baginda bertitah, penularan budaya itu perlu dihentikan segera supaya rakyat tidak terus dihasut membenci raja-raja Melayu.

“Beta berasa amat dukacita kerana sejak kebelakangan ini ada pihak secara terbuka menghina dan memperlekehkan institusi raja bagi menghasut serta mempengaruhi rakyat untuk membenci raja-raja Melayu.

“Apa yang lebih mendukacitakan adalah hasutan bagi membenci raja-raja Melayu ini dilakukan segelintir orang Melayu.

“Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu serta agama Islam juga kaum lain, di negara ini.

“Beta menegaskan bahawa institusi raja mempunyai peranan di dalam sistem Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini serta sentiasa mendokong prinsip yang termaktub, di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya serta Perasmian Masjid Jalan Kebun, Klang, semalam.

Dilaporkan, wujud sentimen negatif daripada pihak tertentu yang lantang mencabar peranan institusi diraja yang dibuat menerusi laman media sosial.

Bagaimanapun, beberapa laporan polis sudah dibuat badan bukan kerajaan bagi menuntut tindakan itu dihentikan.

Pada masa sama, baginda bertitah supaya masyarakat di negeri itu khususnya kaum Melayu lebih bersatu dan kekal mengutamakan nilai positif.

Titah baginda, tuntutan itu selari dengan seruan agama yang menuntut umat Islam kekal bertolak ansur dan sentiasa bersedia untuk memaafkan antara satu sama lain.

“Beta juga menyeru kepada seluruh rakyat melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan taraf ekonomi termasuk berjimat cermat ketika berbelanja,” titah baginda.

Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin hadiri majlis doa selamat Hari Pahlawan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berangkat mencemar duli menghadiri majlis bacaan yasin, tahlil dan doa, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini, hari ini.

sultan-selangor-1Majlis terbabit diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Selangor tahun ini.

Turut serta, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim dan Imam Besar Masjid SSAAS, Muhammad Farhan Wijaya.

Selepas majlis itu, baginda turut serta bersama jemaah lain menunaikan solat Jumaat, di masjid berkenaan.

Solat berkenaan diimamkan Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid SSAAS, Abdul Karim Al-Makki.

Categories
SELANGOR

Ketua Hakim Syarie ikrar jalan tanggungjawab penuh amanah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib Hussain berikrar akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan penuh telus dan adil demi manfaat rakyat, agama juga negeri.

Mohammad Adi, 49, merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berkenan memyerahkan watikah pelantikan itu dalam majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

WATIKAH HAKIM SYARIE (4)“Sebagai pelaksana undang-undang dan hamba Allah SWT, kita tidak bebas dan tidak boleh lari daripada sebarang peraturan ditetapkan.

“Kita di dalam Jawatankuasa Shariah Selangor ada pelan strategi bagi 2016 hingga 2020 dan apa akan saya corakkan berpandu kepadanya,” katanya kepada media.

Beliau berkata, fokus adalah kepada penyelesaian kes sudah ditetapkan seperti perceraian dan yang berkaitan.

Selain Mohammad Adib, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, tujuh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan empat Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Sharafuddin bangga atlet Selangor bantu negara juarai KL2017

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 11 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengucapkan tahniah kepada atlet Selangor yang menyumbang pingat dan membantu negara muncul juara dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Baginda melahirkan rasa bangga atas pencapaian itu dan berharap ia bukan pengakhiran selain mahu semua atlet terus berlatih dengan lebih gigih serta meletakkan sasaran kejayaan lebih tinggi selepas ini.

“Beta difahamkan atlet dari Selangor berjaya menyumbang 41 pingat emas, 28 (pingat perak) dan 28 (pingat gangsa). Jumlah ini adalah satu sumbangan signifikan kepada kejayaan Malaysia meraih tempat pertama dalam Sukan Sea lalu.

“Beta berharap di masa akan datang, atlet dari Selangor dapat menyumbangkan pingat lebih banyak lagi pada acara sukan berprestij, di peringkat antarabangsa,” titahnya.

INSENTIF SUKAN SEA (2)Sultan Selangor bertitah demikian ketika berangkat mencemar duli hadir bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Majlis Penyerahan Insentif kepada atlet dan jurulatih Selangor yang mewakili negara di Kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur ke-29 bertempat di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan insentif RM540,000 yang disediakan Kerajaan Negeri kepada atlet dan jurulatih dengan pemenang pingat emas memperoleh RM5,000, pingat perak (RM3,000) serta pingat gangsa (RM2,000).

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Haji Mohd Zubir Idrus.

Dalam titah ucapannya, baginda turut menyatakan berkesempatan menyaksikan beberapa acara sukan ketika Sukan Sea berlangsung dan melihat sendiri kesungguhan setiap atlet negara berusaha untuk memperoleh kejayaan demi mengharumkan nama negara.

INSENTIF SUKAN SEA (4)Sultan Sharafuddin yang bangga dengan pencapaian anak Selangor pada Suksan Sea berharap potensi yang berjaya dikenal pasti dikekalkan untuk kejayaan, pada masa depan.

Baginda percaya itu semua adalah hasil usaha gigih daripada guru dan jurulatih di peringkat sekolah dalam mengesan bakat serta melatih sehingga ke tahap dibanggakan.

“Beta kagum dengan komitmen dan kegigihan jurulatih yang tidak jemu menawarkan kepakaran serta berkongsi pengalaman ketika melatih saudara juga saudari semua. Beta yakin semua ini tidak mampu kita capai tanpa kemudahan disediakan pihak kerajaan dan swasta.

“Kerajaan Negeri juga banyak melabur untuk menyediakan kemudahan sukan berkualiti tinggi termasuk kompleks latihan, pusat komuniti sukan, padang bola dan balapan demi memastikan atlet juga rakyat dapat merasai sendiri aktiviti pembangunan sukan di setiap peringkat.

“Beta menyeru MSN Selangor supaya memberi tumpuan dan fokus dalam melahirkan atlet yang mampu meraih emas dalam acara utama di peringkat antarabangsa khususnya di Sukan Olimpik serta Sukan Komanwel seperti olahraga, berbasikal, gimnastik juga ekuestrian,” titahnya.

Titah baginda, ternyata sukan bukan sahaja mampu melahirkan individu sihat dan cergas, malahan boleh dijadikan sebagai kerjaya yang boleh membanggakan keluarga, masyarakat serta negara.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid An-Nur

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid An-Nur di Glenmarie, di sini sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya.

Masjid yang mula dibina pada 9 Disember 2014 itu siap digunakan pada penghujung Mac lalu dengan kos RM12.3 juta.

Bercirikan reka bentuk moden Islamik kontemporari, masjid itu boleh memuatkan sehingga 4,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid An-Nur adalah antara hasil komitmen berterusan syarikat I&P Group ke arah pembangunan komuniti dan keperluan rakyat yang memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Hadir sama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Urusan Kumpulan I&P Group, Yuslina Mohd Yunus.

IMG_20170602_193958Sementara itu, Pengerusi I&P Group, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, masjid itu diharapkan mampu berperanan sebagai pusat komuniti komprehensif bagi menampung pelbagai aktiviti masyarakat.

“Membawa maksud ‘cahaya’ atau ‘sinar’ dalam bahasa Arab, Masjid An-Nur dapat dimanfaatkan dan digunakan secara aktif sepenuhnya penduduk sekitar Temasya Glenmarie bagi majlis keagamaan atau sebarang aktiviti yang memberi kebaikan serta faedah,” katanya.

Lengkap dengan kemudahan dua unit kuaters imam dan dua kuaters bilal, ia turut dilengkapi rumah tamu, asrama tahfiz dua tingkat, pondok wakaf serta gelanggang badminton.

DYMM Sultan Selangor puji Kerajaan Negeri jaga kebajikan imam,guru KAFA

DYMM Sultan Selangor puji usaha Kerajaan Negeri jaga kebajikan imam masjid dan guru KAFA.

Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin sampaikan sumbangan kepada 510 penduduk Kuala Langat

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 10 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli ke Masjid At Taqwa, di sini, bagi menyempurnakan majlis pemberian sumbangan Aidilfitri.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 510 penerima bagi daerah Kuala Langat.

MB dan Sultan berbuka di Banting (1)Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dan Exco Kerajaan Negeri.

Sumbangan diserahkan baginda berjumlah RM235,000 iaitu hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 262 asnaf fakir dan miskin, manakala selebihnya dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk 148 asnaf muallaf dan 100 anak yatim.

Ia diadakan sempena majlis berbuka puasa Sultan Selangor bersama rakyat di masjid berkenaan.

Baginda turut berkesempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama jemaah di kampung berkenaan.

-NFN-

JURNAL BERITA: Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

1. Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

2. Alasan tidak tepat, nota 91 halaman terbukti hilang kredibiliti

3. Tawaran kepada semua syarikat konsesi air adil

4. PASMEB: “Ini bukan demokrasi tapi diktator”

5. Eco World diberi tender Rumah Selangorku kerana kepakaran tinggi

6. Abdul Khalid tak terbabit pemilihan tender projek Canal City

7. Sultan: Bakal haji perlu jaga akhlak, belanja secara berhemah