Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

LZS: Dana pendidikan boleh dimohon pelajar IPT mulai esok

SHAH ALAM, 19 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang dibuka mulai esok.

Agensi itu memaklumkan permohonan sumbangan RM700 bagi pelajar dalam negara dan RM2,500 untuk pelajar luar negara itu dibuka selama sebulan sehingga 20 Disember.

“Alhamdulillah, berita baik ini buat semua pelajar IPT dalam dan luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara ‘one-off’ bagi setiap peringkat pelajaran,” katanya di Facebook, hari ini.

LZS berkata permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas

Agensi itu juga mengingatkan pemohon membaca syarat terlebih dahulu sebelum mengisi butiran kerana hanya sekali sahaja permohonan dibenarkan.

Antara syarat permohonan individu itu perlu beragama Islam, warganegara Malaysia, ketua keluarga/penjaga lahir di Selangor atau bermastautin dan menetap di negeri ini tidak kurang tiga tahun.

Selain ia dibuka kepada pelajar semester dua dan keatas bagi IPT dalam negara dan bidang pengajian Islam serta perubatan peringkat Sarjana Muda bagi mereka yang belajar di Mesir, Jordan dan Maghribi.

Categories
SELANGOR

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor kini dibuka

SHAH ALAM, 17 JUL: Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) mula dibuka sejak 16 Julai hingga 31 Ogos depan.

Menerusi lama facebook rasminya, LZS mengingatkan pemohon yang ingin mendapatkan bantuan IPT itu untuk membaca dan memahami syarat permohonan terlebih dahulu selain menyertakan dokumen lampiran yang betul.

Katanya, ini kerana kebanyakkan permohonan disertakan dengan dokumen kurang lengkap antaranya tidak menyertakan Borang Pengesahan Belajar dan Borang Pengesahan Pemastautin sekali gus menjejaskan pemohonan.

Setiap maklumat berkaitan permohonan SPZAS boleh dirujuk di: http://www.zakatselangor.com.my/spzas/

Berkaitan borang sokongan boleh dimuat turun di sini:

Borang Pengesahan Pelajar https://drive.google.com/…/1ripnVvPuF8QHYG_YDC8-yy8qLJ…/view

Borang Pengesahan Pemastautin https://drive.google.com/…/1SgZ0q0Z6oAhhzEJbaesr5PAL57…/view

Borang Pengesahan Pendapatan  https://drive.google.com/…/0B-UHREbVh2DTTmtZWE1GNlpvUEk/edit