Categories
SELANGOR

ISIS: Gagal capai gred minimum peperiksaan, Syamimi diberhentikan KUIS sejak 2013

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 OKT: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memandang serius pembabitan mahasiswanya dengan aktiviti yang tidak diiktiraf ajaran Islam dan Kerajaan Malaysia.

Pejabat Rektor Pembangunan Mahasiswa Dan Alumninya menyatatakan, KUIS akan memberhentikan pengajian mahasiswanya serta merta jikadidapati terbabit dengan perkara terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada media berhubung pembabitan bekas pelajanya, Syamimi Faiqah Sulaiman dengan kegiatan kumpulan militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

KUIS2“KUIS mengesahkan bahawa Syamimi mendaftar Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/13 melalui surat tawaran bertarikh 27 November 2012.

“Bagaimanapun beliau gagal mencapai gred minimum dalam peperiksaan akhir Sesi II 2012/13 dan secara rasmi diberhentikan dari KUIS melalui surat Bahagian Pengurusan Akademik,pada 10 Jun 2013 kerana mencapai CGPA kurang dari 2.00 selaras dengan Peraturan Akademik KUIS (Pindaan 2011),” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan bekas pelajar KUIS itu berlepas ke Syria pada 4 Oktober lalu dipercayai untuk menyertai kegiatan Isis.

Setakat ini, seramai 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan, manakala 23 individu lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan berkenaan.

-NFN-