Categories
AGENDA NASIONAL

Mohon biasiswa pendidikan Selangor hingga 31 Ogos

SHAH ALAM, 5 OGOS: Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Kerajaan Selangor 2020 dibuka bermula 1 hingga 31 Ogos ini.

Dato’ Menteri Besar berkata permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).

“Sila layari laman sesawang tkwbns.selangor.gov.my/portal/ untuk menyemak syarat kelayakan dan membuat permohonan secara dalam talian,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Tabung biasiswa yang ditubuhkan sejak 1987 bertujuan memberi pembiayaan pendidikan kepada anak Selangor dan penjawat awam yang berkhidmat di sini.

Tujuh program pembiayaan pendidikan ditawarkan ialah:

1. Program Peduli Siswa- Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (pelajar IPTA/IPTS dalam negara)

2. Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor (penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Badan Berkanun dan PBT Negeri Selangor)

3. Program Khas Kakitangan Akademik Negeri Selangor (Tenaga Pengajar Inpens)

4. Program Khas Biasiswa DYMM Sultan Selangor (khas bagi pelajar Sekolah Alam Shah)

5. Program Khas Biasiswa Sagong Tasi (bagi mahasiswa Anak Orang Asli)

6. Program Khas Universiti Islam Madinah, Arab Saudi (program kerjasama Jais)

7. Program Khas Selangor Brain Bank (pengajian PhD luar negara)

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Tujuh tabung biasiswa bantu pendidikan anak Selangor

SHAH ALAM, 23 FEB: Pembiayaan pengajian melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dari peringkat sijil hingga ijazah membantu meningkatkan taraf pendidikan rakyat di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendidikan penting dalam membentuk keyakinan tinggi merangkumi pembangunan peribadi, keluarga dan masyarakat.

“Pendidikan yang betul dan baik sangat penting bagi kita semua. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyediakan peruntukan khas untuk pendidikan anak-anak Selangor,” katanya melalui hantaran di Facebook, semalam.

Tujuh pembiayaan pendidikan di Selangor ialah:

1. Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor
2. Peduli Siswa (Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara)
3. Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara
4. Program Khas Selangor Brain Bank
5. Program Khas Kakitangan Awam Selangor
6. Program Khas Biasiswa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
7. Biasiswa Sagong Tasi

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di tkwbns.selangor.gov.my atau hubungi 03-55212275.

Categories
SELANGOR

Selangor peruntuk RM8 juta biayai program sulung PHD

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM,1 APRIL: Sejumlah RM8 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) bagi membiayai program sulung biasiswa Pasca Ijazah (PHD).

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM5 juta akan digunakan mulai tahun ini.

nik nazmi“Pada masa ini, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sudah menyediakan TKWBNS.

“Kini, kita dalam peringkat akhir bagi menggubal polisi dan mekanisme pelaksanaan sebelum diangkat kepada Lembaga TKWBNS pada Mei ini,” katanya ketika sesi penggulungan menjunjung titah DYMM Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata, kelulusan peruntukan itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2 Disember 2015.

Katanya, ia bagi memberi peluang kepada individu cemerlang dari aspek akademik dan dan ko-kurikulum untuk melanjutkan pengajian di peringkat PHD dalam bidang strategik di universiti terkemuka luar negara.

“Tawaran panggilan pertama dijangka dapat dilakukan selewatnya akhir 2016,” katanya.

-AA-