Categories
SELANGOR

TAWAS diteruskan, kumpulan pertama terima insentif 2026

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 MAC: Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) akan diteruskan sehingga formula baharu diputuskan termasuk cadangan penyelarasan pemberian insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Samrt Selangor (IKTISASS).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, setakat ini terdapat lebih 362,000 ahli berdaftar di bawah TAWAS dan kumpulan pertama yang bakal menerima manfaat pada 2026.

“10 kumpulan yang mendaftar ini akan kita tunaikan janji untuk pemberian RM1,500 pada usia mereka 18 tahun.

“TAWAS tetap akan ditunaikan sehingga kita mendapat formula baharu yang dirangka YAWAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dibangkitkan Ahli Dewan Negeri(ADN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail pada sesi penggulungan perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

34,050 ahli TAWAS terima bantuan persekolahan

OLEH SHEEDA FATHIL

SELAYANG, 2 DIS : Seramai 34,050 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menerima set barangan sekolah daripada Kerajaan Negeri sebagai bantuan, bagi memulakan sesi persekolahan tahun depan.

Majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri komited dalam menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat Selangor bertujuan meringankan beban mereka.

“Bantuan ini sebagai inisiatif membantu ahli TAWAS terutama kanak-kanak yang baru ingin memulakan alam persekolahan tahun 1 pada 2019 nanti.

“Nilai mungkin tidak besar, namun ia sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri kepada rakyat di Selangor terutamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Bantuan Sekolah Ahli TAWAS, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Gan Pei Nei; Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan ADN Sungai Ramal, Mazwan Johar.

Program TAWAS terbuka kepada anak-anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan permohonan serta perlu berdaftar sebelum anak berusia 3 tahun.

Tabung berkenaan diuruskan Kerajaan Negeri dan Ahli TAWAS menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Difahamkan, sejak ditubuhkan pada 2008, ahli TAWAS kini sudah seramai 334,063 di seluruh Selangor.

 

Categories
SELANGOR

Gan Pei Nei Pengurus Besar baharu YAWAS

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 OKT: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mengumumkan pelantikan Gan Pei Nei sebagai Pengurus Besar baharunya berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Perkara itu diumumkan Pengurusan YAWAS dalam satu kenyataan hari ini.

YAWAS merupakan agensi Kerajaan Negeri yang mengendalikan dua program dibawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) iaitu Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Insentif Perkahwinan Belia.

Program TAWAS terbuka kepada anak-anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Tabung Amanah berkenaan diuruskan Kerajaan Negeri dan Ahli TAWAS menerima RM1, 500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

YAWAS juga diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia mulai Januari 2017.

Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat ditetapkan.

Penyaluran Insentif disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium dan pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut.

Categories
SELANGOR

TAWAS semakin popular, catat keahlian lebih 250,000

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 JAN: Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 258,253 masih hidup sementara 277 sudah meninggal dunia.

Pendaftaran ahli tertinggi dicatatkan bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan.

Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja.

Bagi 2016, lebih 24,148 permohonan diterima, namun 19,370 yang lulus.

tawasDaripada pecahan kaum, Melayu mendahului dengan 173,785 ahli (67%) diikuti Cina 48,051 ahli (19%) sementara India 29,376 ahli (11%) dan lain-lain 7,041 ahli (3%).

Dalam perkembangan lain, seramai 120,224 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 138,029 belum.

Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Bermula Mac 2014, Skim Khairat Kematian TAWAS pula diperkenal sekali gus membolehkan waris menerima RM1,500 sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh ke laman sesawang TAWAS di http://www.tawas.org.my.

-nR-

Categories
SELANGOR

Ahli TAWAS kini 251,354

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 251,354 anak kelahiran Selangor berjaya mendaftar sebagai ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 251,094 ahli masih hidup sementara 260 sudah meninggal dunia.

Pendaftaran tertinggi dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan.

tawasSementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja.

Bagi 2016, lebih 18,000 permohonan diterima, namun 15,262 yang lulus, sehingga hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 113,410 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 135,684 belum.

Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Bermula Mac 2014, Skim Khairat Kematian TAWAS pula diperkenal iaitu waris bakal menerima RM1,500 sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh ke laman sesawang TAWAS di http://www.tawas.org.my.

-nR-

Categories
SELANGOR

TAWAS: Tukar SST AmBank kepada Penyata Simpanan untuk manfaat khairat kematian

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 APR: Pengurusan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menukar Simpanan Tetap-AmBank (SST AmBank) peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bernilai RM100 kepada Penyata Simpanan bernilai RM1,500.

Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara, Atikah Akma Ramly, berkata penutupan akaun terbabit bagi membolehkan ibu bapa peserta menerima manfaat tambahan, khairat kematian.

TAWAS (1)“Kita menyarankan ibu bapa prihatin dengan hebahan kami ini. TAWAS ketika ini giat memberi hebahan kepada ibu bapa yang belum menukar sijil simpanan kepada penyata simpanan ini.

“Ia bertujuan memudahkan urusan ibu bapa peserta mendapat faedah yang diberikan,” katanya kepada SelangorKini.

Atikah berkata, bagi ibu bapa yang sudah membuat penutupan akaun, RM100 akan dipulangkan semula kepada YAWAS untuk tujuan pelaburan.

Katanya, hasil daripada pelaburan itu akan digunakan untuk pembayaran wang khairat kematian ahli-ahli TAWAS.

Ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, waris (ibu bapa atau penjaga) boleh membuat tuntuan khairat kematian TAWAS daripada YAWAS.

Bagaimanapun, tuntutan khairat kematian bernilai RM1,500 hanya boleh dibuat untuk kematian selepas tarikh 1 Mac 2014.

-nR-

Categories
SELANGOR

Bapa terharu terima sumbangan khairat kematian anak RM1,500

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 APR: Bapa kepada tiga orang anak melahirkan rasa gembira atas keprihatinan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menghulurkan bantuan khairat kematian kepada keluarganya.

Taslim Mohd Kassim, 29 dan isterinya, Noraishah Mohd Shukri, 29 baru sahaja kehilangan anak bongsu mereka berusia lima bulan ekoran penyakit jantung dan hati menerima sumbangan RM1,500.

Taslim, peniaga daging, berkata sumbangan terbabit dihulurkan tepat pada masa kerana ia sedikit sebanyak membantu keluarganya dalam kehidupan seharian.

photo“Terima kasih kepada pihak Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Kerajaan Negeri atas bantuan ini. Kami sekeluarga sangat terharu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui.

Beliau menyifatkan pemberian bermakna itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Hadir menyampaikan sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Skim yang dinamakan Manfaat Khairat Kematian YAWAS itu membolehkan ibu bapa peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan RM1,500 daripada Nerajaan Negeri.

Sehingga 21 April 2016, dilaporkan seramai 211 orang ahli TAWAS meninggal dunia.

-nR-

Categories
SELANGOR

TAWAS: Lebih 200,000 kanak-kanak terima manfaat

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 APR: Seramai 224,794 kanak-kanak seluruh Selangor sudah menikmati manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setakat 8 April (hari ini).

Mengikut statistik dikeluarkan TAWAS, hanya 22,348 pemohon gagal dari jumlah keseluruhan 257,538 permohonan diterima.

TAWAS (1) Jumlah itu terus meningkat berbanding 204,500 peserta Disember tahun lalu.

Daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 3,004 terdiri daripada permohonan yang tidak lengkap dan 37 permohonan belum disemak.

Manakala, bagi status pendaftaran TAWAS mengikut pecahan bangsa pula seramai 148,912 (66 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, 43,007 (19 peratus) kaum Cina dan India seramai 26,630 (12 peratus) serta lain-lain seramai 6,245 (3 peratus).

TAWAS (2)Selain itu, mengikut tahunan bagi peserta lulus adalah sebanyak 21,324 (2008); 21,457 (2009); 22,809 (2010); 28,170 (2011); 33,512 (2012); 36,236 (2013); 34,239 (2014); 24,618 (2015) dan 2,429 (setakat April 2016).

TAWAS mula diperkenalkan Jun 2008 di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Peserta lulus layak mereka menerima RM1,500 pada usia 18 tahun.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Nor Mohd Zin sebelum ini, berkata pada permulaan ia diperkenalkan, sambutan agak kurang kerana tidak dapat mewar-warkan ke semua tempat.

“Bagaimanapun, tahun 2008, jumlah yang mendaftar agak sedikit sekitar 3,000 hingga 4,000 peserta. Alhamdulillah, selepas tiga tahun jumlah pendaftaran bertambah,” katanya.

Beliau berkata bagi 2016, TAWAS akan menganjurkan program ‘Jom Shopping’ bagi kelahiran tahun 2009 membabitkan 21,456 orang dengan peruntukan hampir RM1.07 juta.

-nR-

Categories
SELANGOR

18 ahli TAWAS penghidap penyakit kronik dibantu

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 DIS: Seramai 18 kanak-kanak berdaftar dengan Tabung Warisan anak Selangor (TAWAS) yang menghidap penyakit kronik menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000.

Sumbangan melalui Tabung Generasi YAWAS (TERAS) itu disampaikan oleh Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Noor Mohd Zain di Ibu Pejabatnya, di sini.

Penerima menghidap penyakit kronik antaranya buah pinggang, jantung berlubang, injap bocor, kecacatan saraf, leukimia, paru-paru, saluran darah sempit dan ketiadaan limpa.

Bapa, Eddie Nasril Rubain, 43, berkata bantuan yang diterimanya itu sedikit sebanyak meringkan kos perubatan anaknya, Nur Arissa Damia, 1 tahun 8 bulan yang menghidap injap jantung sempit sejak dilahirkan.

Eddie Nasril“Saya tidak menyangka masih ada lagi pihak yang prihatin dengan keluarga kami. Saya tidak pernah meminta atau mendapat mana-mana bantuan sebelum ini.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu kami meringankan beban ke hospital menjalani rawatan dan kami sangat menghargainya,” katanya yang sedikit sebak.

Bapa kepada tiga orang anak itu hanya bekerja sebagai Posmen, manakala Isterinya, Norhaizan Shahid, 37, bekerja sebagai Kerani.

“Terima masih kepada pihak YAWAS kerana sudi menghulurkan sumbangan ini. Walaupun doktor mengesahkan anak saya tidak dapat dipulihkan lagi, namun dengan bantuan ini dapat memanjangkan tempoh usia anak saya melalui rawatan yang dijalankan,” katanya.

Ahmad BustaminSementara itu, Ahmad Bustamin, 32, berharap bantuan seperti itu dapat diteruskan masa akan datang sebagai usaha prihatin membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

“Terima kasih kepada semua pihak kerana prihatin. Walaupun ia tidak banyak, namun dapat membantu keluarga yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Anaknya, Aidil Nufail, 2, menerima sumbangan itu kerana mengalami kecacatan saraf dibahagian kepala sehingga lumpuh akibat kecuaian pengasuh.

-nR-

Tawas: RM1500 untuk anak kelahiran Selangor

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) beri RM1500 untuk anak kelahiran Selangor. Malah, waris yang kehilangan orang tersayang turut diberi RM1500 sebagai bantuan.

Banyak lagi manfaat sebagai ahli. Untungnya jadi rakyat Selangor.
Untuk keterangan lanjut layari www.tawas.org.my/

Pembangunan berkualiti, Rakyat dipeduli.

Peserta TAWAS DUN Sabak terima penyata simpanan

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengadakan program penyerahan penyata simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS )di balai raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak.

Majlis berkenaan disempurnakan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan, Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dengan penyerahan penyata simpanan TAWAS kepada 33 peserta yang mendaftar sebelum ini.

Categories
SELANGOR

Keluarga Pendapatan Bawah RM 3,000 Boleh Terima Skim MES

rodziah bubur lambuk dengkil 01

DENGKIL, 25 JULAI: Keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.

Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor, kata Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

Sebelum ini, kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.

“Sekarang kita sedang melihat untuk membantu golongan menengah rendah pula. Kita naikkan sedikit tumpuan kita kepada mereka yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah pula.

“Maknanya, kita tengok satu lapisan masyarakat lagi bagaimana kita nak bantu supaya akhirnya kita tengok pendapatan rakyat Selangor melebihi RM 1,500.

“Sekarang kita sedang kaji semula beberapa polisi, contohnya macam hadiah IPTA, kalau dahulu hadiah IPTA kita bagi kepada yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, sekarang kita meletakkan supaya RM 3,000 ke bawah juga layak dapat.

?Juga dengan skim Si KEMBAR, TUNAS juga kita akan berikan sasaran RM 2,500 ke bawah, ada yang RM 3,000 ke bawah lihat kepada keperluan keluarga.”

Demikian kata Rodziah ketika ditemui dalam Program Jejak Amal Ramadhan Bersama Exco Kebajikan Negeri Selangor di Kampung Bukit Changgang di sini petang semalam.

Selepas berjaya mentadbir Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Kerajaan PR Selangor mula memperkenalkan pelbagai skim di bawah agenda MES yang kini mempunyai sebanyak 16 skim.

Antara skim bantuan yang diperkenalkan  termasuklah Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Sementara itu, dalam program semalam, sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Bukit Changgang.