Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Tonton sambutan Tahun Baharu Cina, peluang menang angpau

SHAH ALAM, 1 FEB: Dato’ Menteri Besar mengajak orang ramai menonton sambutan Tahun Baharu Cina secara dalam talian malam ini dan berpeluang memenangi angpau RM10,000.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sambutan itu boleh ditonton menerusi siaran secara langsung di Facebook Mandarin beliau @ami.mbselangor/ atau Media Selangor.

Nyanyian lagu Tahun Baharu Cina versi acapella bakal dipersembahkan oleh kumpulan Colour of Voices pada siaran langsung sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

“Jangan lupa peluang untuk anda menangi wang angpau sebanyak RM10,000 dengan menyertai sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Negeri Selangor secara dalam talian 9 malam ini.

“Ikuti program istimewa menerusi laman Facebook FB.com/ami.mbselangor, FB.com/amirudinbinshari dan FB.com/MediaSelangor,” katanya di Facebook.

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini diteruskan secara dalam talian selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Persembahan tarian oleh kumpulan Dua Space Dance Theatre bakal memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri yang akan disiarkan secara langsung pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

Siaran secara langsung itu turut menampilkan 55 artis tempatan membuat persembahan antaranya nyanyian, persembahan gendang Cina, tarian singa serta ucapan ringkas daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Cara menyertai peraduan ucapan kreatif:

– Layari siaran langsung dalam talian sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri di Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar dan Facebook Teng Chang Khim
– Kongsikan siaran langsung itu
– Tag kepada rakan-rakan dan tulis ucapan kreatif Tahun Baharu Cina

Sara Heng (tengah), pemain alat muzik tradisi guzheng yang terkenal, bakal mengadakan persembahan dalam
talian sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim
Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lagu khas Tahun Baharu Cina peringkat negeri dilancar malam ini

SHAH ALAM, 1 FEB: Lagu khas Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Salam Tahun Baharu’ bakal dilancar semasa sambutan perayaan peringkat negeri malam ini.

Buah tangan Chow Kam Leong akan diperdengarkan dalam persembahan yang akan disiarkan secara langsung selama sejam bermula 9 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Dato’ Teng Chang Khim berkata program itu menampilkan 55 artis tempatan tiga generasi dari zaman 70-an hingga kini dengan persembahan seperti gendang Cina, nyanyian, tarian singa selain ucapan ringkas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Antara yang membuat persembahan Kumpulan Dua Sekawan dianggotai Kam Leong dan Chang Sang Teck selain Lee Elaine, Sara Heng dan Lim Wen Suen turut tampil menyanyi.

“Tarian singa yang sinonim dengan perayaan ini dari Persatuan Tarian Singa Hong Jing manakala persembahan gendang Cina oleh Hands Percussion yang aktif sejak 1997,” katanya.

Sara Heng (tengah) pemain alat muzik tradisi guzheng yang terkenal, bakal mengadakan persembahan dalam talian sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

Kerajaan Negeri meneruskan sambutan secara dalam talian buat kali kedua selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Program itu juga memberi peluang kepada orang ramai tanpa mengira kaum untuk memenangi angpau berjumlah RM10,000 dengan menulis ucapan kreatif Tahun Baharu Cina dalam pelbagai bentuk bahasa.

Cara menyertai peraduan tersebut seperti berikut:
– Layari siaran langsung dalam talian sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri di Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari FB.com/ami.mbselangor/ dan Facebook Teng Chang Khim  facebook.com/tengchangkhimpage/
– Kongsikan siaran langsung itu
– Tag kepada rakan-rakan dan tulis ucapan kreatif Tahun Baharu Cina

Persembahan tarian oleh kumpulan Dua Space Dance Theatre bakal memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri yang akan disiarkan secara langsung pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim
Categories
AGENDA NASIONAL

Tahun Baharu Cina seluruh negara disambut sederhana, patuh SOP

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh negara diraikan secara sederhana dengan pematuhan kepada tatacara operasi piawai (SOP) dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Setelah sambutan tahun lepas tidak begitu dirasai kerana situasi Covid-19 ketika itu sangat membimbangkan, ternyata rata-rata masyarakat Cina menggunakan kesempatan pada tahun ini untuk memeriahkan suasana perayaan kali ini.

Di SABAH, sambutan Tahun Baharu Cina berlangsung secara sederhana mengikut pematuhan SOP yang digariskan oleh kerajaan dengan persembahan tarian Singa dan Naga memeriahkan suasana setelah mendapat kebenaran untuk kembali beraksi.

Upacara sembahyang untuk penganut Buddha turut diadakan dengan kapasiti 50 peratus di tokong-tokong di negeri itu seperti Tokong Kuan Loon Tien, manakala aktiviti kunjung-mengunjung antara sanak saudara dilihat kembali memeriahkan sambutan kali ini.

Di SELANGOR, kedatangan Tahun Baharu Cina disambut dalam keadaan sederhana ekoran cuaca yang tidak menentu, terutamanya bencana banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Tinjauan di Tokong Kwan Imm, Jalan Bandar Raya, Klang mendapati orang ramai mula mengunjungi rumah ibadat itu sekitar 7 pagi dan kehadiran anggota Rela yang bertugas memastikan upacara keagamaan berjalan lancar dan terkawal.

Di NEGERI SEMBILAN, tinjauan Bernama di Tokong San Kau Tong, Seremban mendapati sambutan diraikan secara sederhana dengan kehadiran penganut Budhha sejak awal pagi yang mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Pengerusi Pertubuhan Penganut Dewa San Kau Tong, Mah Kin Hock berkata hanya seramai 250 pengunjung dihadkan berada di kuil pada satu-satu masa, bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari ini dan kuil turut dipantau anggota Rela dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan.

Sementara itu, pekerja kilang besi warga China, Chen Ling Bin, 54, yang sudah tiga tahun tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman di Xinjiang, China susulan COVID-19 menyifatkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna buat dirinya meskipun berjauhan dengan keluarga.

Di MELAKA, sambutan Tahun Baharu Cina disambut secara sederhana tetapi meriah, dengan masih terdapat beberapa kekangan melibatkan SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata walaupun sambutan perayaan itu hanya diraikan dalam kalangan ahli keluarga terdekat tetapi mereka sentiasa diingatkan agar tidak leka dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Di PULAU PINANG, masyarakat Cina mengambil peluang untuk menyambut Tahun Baharu Cina dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Lam Chong Sun, 54, berkata selepas dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna kerana beliau sekeluarga dapat berkumpul untuk menikmati makan besar dan meraikan perayaan ini dengan meriah.

“Tahun ini ramai ahli keluarga saya termasuk dari jauh pulang untuk beraya di di Pulau Pinang, anak menantu dan cucu yang tinggal di Selangor pun balik sejak dua hari lepas untuk bersama meraikannya,” katanya.

Di KEDAH, tinjauan Bernama di beberapa tokong di Alor Setar mendapati upacara sembahyang berjalan lancar dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi perayaan Tahun Baharu Cina.

Ahmad Ibrahim, 52, yang ditemui di luar kawasan Tokong Kong Hock Keong di Simpang Empat di sini berkata beliau datang ke tokong tersebut untuk menghantar saudaranya Hong Lim, 60, yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi menunaikan upacara sembahyang di tokong.

“Arwah ibu mualaf, jadi saya memang ada ramai saudara Cina. Kebetulan hari ini, tiada urusan jadi saya tolong hantarkan dia dan selepas ini mungkin kami akan berkunjung ke rumah saudara lain sekitar Alor Setar untuk turut sama meraikan perayaan ini,” katanya.

Di JOHOR, tinjauan Bernama di Kuil Kuno yang terletak di tengah bandar raya Johor Bahru mendapati masyarakat Tionghua hadir seawal 8 pagi untuk melakukan upacara sembahyang sempena perayaan Tahun Baharu Cina mengikut SOP yang ditetapkan.

Pengerusi Kuil Kuno Johor Lee Poo Sin berkata kapasiti yang dibenarkan hanya 50 peratus daripada keseluruhan keluasan kuil itu yang ditubuhkan sejak 1870.

“Kita ikut SOP yang dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara dengan keluasan 50 peratus sahaja dibenarkan. Bagaimanapun pagi ini sahaja kita tengok tidak sampai 30 peratus orang datang untuk upacara sembahyang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kuil berkenaan.

Di PERLIS, rata-rata masyarakat Cina berdoa agar Malaysia bebas daripada Covid-19 dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Chan Michael, 60 berkata beliau berharap rakyat negara ini terus bersemangat dan tidak putus asa untuk melawan virus Covid-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi kebaikan semua.

Di PERAK, tinjauan Bernama di tokong Nam Thean Tong, Ipoh mendapati penganut Buddha mula hadir ke rumah ibadat itu seawal 8 pagi bagi melakukan upacara sembahyang sempena Tahun Baharu Cina.

Bendahari tokong, Loh Kam Mui, 60, berkata orang ramai boleh menunjungi tokong itu sehingga 5 petang dengan pematuhan SOP yang ketat seperti diwajibkan memakai pelitup muka, imbas kod Mysejahtera dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Di SARAWAK, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina secara maya yang disiarkan siaran langsung menerusi aplikasi Facebook parti itu dengan dihadiri barisan menteri Kabinet yang diketuai Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan tertinggi parti itu.

Semua hadirin yang menyertai sesi siaran langsung itu turut berkesempatan menyertai upacara menggaul ‘Yee Sang’ bersama-sama yang merupakan tradisi masyarakat Cina menyambut tahun baharu.

– BERNAMA

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Ikuti siaran langsung sambutan Tahun Baharu Cina malam ini, menang angpau RM10,000

SHAH ALAM, 1 FEB: Orang ramai dipelawa memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri yang disiarkan secara langsung malam ini.

Selain berhibur dengan persembahan artis tempatan popular, penonton turut berpeluang memenangi angpau berjumlah RM10,000 dengan menyertai peraduan ucapan kreatif.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor Dato’ Teng Chang Khim berkata ucapan Tahun Baharu Cina itu boleh ditulis dalam pelbagai bahasa bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menyertainya.

“Pengacara program akan memaklumkan waktu penonton boleh menghantar ucapan, sebanyak tiga slot disediakan untuk memenangi angpau berjumlah RM10,000 keseluruhan,” katanya.

Antara kumpulan yang bakal mengadakan persembahan dalam talian sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

Cara menyertai peraduan ucapan kreatif:
– Layari siaran langsung dalam talian sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri di Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar FB.com/ami.mbselangor/ dan Facebook Teng Chang Khim facebook.com/tengchangkhimpage/ bermula jam 9 malam
– Kongsikan siaran langsung itu
– Tag kepada rakan-rakan dan tulis ucapan kreatif Tahun Baharu Cina.

Sambutan tersebut diteruskan secara dalam talian buat kali kedua selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Seramai 55 artis tempatan akan tampil membuat persembahan sepanjang siaran langsung sambutan perayaan tersebut.

Kumpulan Hands Percussion dengan persembahan gendang Cina adalah antara artis tempatan yang terlibat dalam sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

Antara persembahan dalam program malam ini seperti berikut:
– Persembahan lagu-lagu klasik Tahun Baharu Cina oleh Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck (Kumpulan Dua Sekawan) dan Artist Lee Elaine
– Persembahan Lion Dance oleh Persatuan Tarian Singa Hong Jing, Selangor
– Persembahan Tarian oleh Dua Space Dance Theatre
– Nyanyian lagu Tahun Baharu Cina versi A Capella oleh Colour of Voices
– Persembahan GuZheng oleh Sara Heng
– Persembahan gendang Cina oleh Hands Percussion
– Persembahan GuZheng elektronik dan diabolo LED oleh Sara Heng dan Kumpulan DiAbolution
– Persembahan Artist Lim Wen Suen
– Persembahan Artist Gaston Pong & JE Pong
– Ucapan Tahun Baharu Cina daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB ajak rakyat sambut Tahun Baharu Cina secara maya malam ini

SHAH ALAM, 1 FEB: Rakyat berbilang bangsa di Selangor dijemput menyertai sambutan Tahun Baharu Cina peingkat negeri secara maya malam ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sambutan pada hari pertama perayaan akan bermula pada jam 9 malam.

“Saya menjemput anda semua untuk sama-sama menyertai sambutan ini selepas menikmati juadah bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam perutusan semalam.

Beliau turut memberi suntikan semangat kepada rakyat untuk terus cekal mengharungi kehidupan pasca Covid-19.

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua agar dalam keadaan wabak yang masih menghasilkan varian baharu, kita terus cekal, tidak putus asa dan terus bekerja bagi meneruskan kehidupan.

“Dengan doa dan harapan tersebut, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua,” katanya.

Sambutan tersebut diteruskan secara dalam talian selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Program selama sejam boleh ditonton melalui Facebook Amirudin iaitu @ami.mbselangor dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor Dato’ Teng Chang Khim.

Siaran itu menampilkan 55 artis tempatan yang membuat persembahan antaranya nyanyian, gendang Cina, tarian singa serta ucapan ringkas daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Orang ramai juga berpeluang memenangi angpau bernilai RM10,000 dengan menyediakan ucapan kreatif dalam siaran berkenaan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Sultan, Tengku Permaisuri titah bersederhana rai Tahun Baharu Cina, patuh SOP

SHAH ALAM, 31 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menitahkan rakyat supaya bersederhana ketika meraikan Tahun Baharu Cina esok.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin juga mengingatkan rakyat supaya mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi mengelak perebakan Covid-19.

Baginda berdua juga berharap perpaduan, toleransi dan keharmonian antara kaum terus erat melalui perayaan berkenaan.

“Di samping melestarikan budaya turun-temurun demi kelangsungan sahsiah diri generasi akan datang,” titah baginda di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

DYMM tuanku dan Tengku Permaisuri turut menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Selangor yang meraikan perayaan tersebut.

Categories
AGENDA NASIONAL

Agong, permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga rakyat dan keluarga tersayang dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan, serta semoga sambutan Tahun Baharu Cina mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa,” seperti hantaran dimuat naik di laman Facebook dan Instagram Istana Negara.

Seri Paduka berdua menasihati rakyat dalam meraikan perayaan berkenaan untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri, dengan berdisiplin mengamal kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Masyarakat Tionghua akan meraikan Tahun Baharu Cina pada esok yang mewakili permulaan Tahun Baharu dalam kalendar Lunar.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Tahun Baharu Cina disambut penuh tradisi, beri kegembiraan kepada keluarga

SHAH ALAM, 31 JAN: Peluang mengunjungi ibu bapa dan keluarga di rumah memberi kegembiraan kepada masyarakat Tionghoa sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin sambutan kali ini meriah selepas tidak berpeluang meraikan secara tradisional tahun lalu susulan pandemik Covid-19.

“Saya pasti sambutan kali ini akan penuh meriah selepas situasi tahun lalu yang tidak memberi ruang untuk Tahun Baru Cina disambut dengan penuh tradisional memandangkan situasi pandemik Covid-19 pada ketika itu.

“Walaupun terdapat beberapa tatacara operasi piawai (SOP) yang masih perlu kita tepati pada ketika ini, namun ruang mengunjung ke rumah ibu bapa serta keluarga sudah pasti membawa kegembiraan kepada komuniti Cina sempena sambutan tahun baharu ini,” katanya.

Berikut perutusan Amirudin sempena Tahun Baharu Cina 2022:

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2021 kepada seluruh komuniti Tionghoa khususnya di Selangor serta seluruh negara.

Saya pasti sambutan kali ini akan penuh meriah selepas situasi tahun lalu yang tidak memberi ruang untuk Tahun Baru Cina disambut dengan penuh tradisional memandangkan situasi pandemik COVID-19 pada ketika itu.

Walaupun terdapat beberapa Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang masih perlu kita tepati pada ketika ini, namun ruang mengunjung ke rumah ibu bapa serta keluarga sudah pasti membawa kegembiraan kepada komuniti Cina sempena sambutan tahun baharu ini.

Ini kerana aspek yang sentiasa diketengahkan pada setiap sambutan Tahun Baharu adalah keluarga dan kepentingan mentaati ibu bapa, salah satu elemen terpenting dalam ajaran Confucius.

Menurut astrologi Cina, terdapat 12 haiwan yang menggambarkan tanda-tanda Zodiak Cina. Tahun 2022 melihat Harimau Air kembali setelah 60 tahun berlalu. Ini disebabkan setiap haiwan dikatakan mempunyai 5 unsur menurut fahaman astrologi Cina, iaitu kayu, api, tanah, logam, dan air.

Harimau Air tahun ini menggambarkan sifat kecekalan dan kekuatan yang berlandaskan tindakan khususnya keberanian melakukan perubahan serta menjauhi perkara-perkara buruk.

Sifat-sifat ini penting untuk kita hayati dan contohi lebih-lebih lagi selepas menghadapi dwi-krisis pandemik Covid-19 serta musibah banjir yang melanda negeri Selangor pada akhir tahun lalu.

Alhamdulillah sehingga akhir bulan Januari, Bantuan Selangor Bangkit RM1,000 berjaya diberikan kepada 53,908 keluarga yang terkesan dengan peruntukan RM54.038 juta termasuk bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli tersayang akibat banjir.

Usaha-usaha pembersihan terutamanya di kawasan yang paling terkesan banjir telah siap sepenuhnya dan kini kita memasuki fasa pemulihan infrastruktur termasuk jalan-jalan negeri, infrastruktur komunikasi serta saliran dan rumah-rumah yang hanyut akibat banjir.

Harimau (虎) melambangkan keberanian, daya saing dan keyakinan diri serta dianggap Raja Rimba. Kerajaan Negeri turut mempunyai aspirasi yang serupa untuk Belanjawan Tahun ini. Ini diterjemahkan dalam penerokaan lebih berani dalam agenda digitalisasi dengan penubuhan Selangor Digital School serta peruntukan yang signifikan untuk E-Sukan (RM1.2 juta) selain penerusan Geran Padanan Digital SIDEC yang telah memberi lonjakan yang banyak kepada komuniti usahawan digital.

Golongan perniagaan dan industri dijangka turut mendapat limpahan manfaat Belanjawan 2022 kelak hasil daripada peruntukan awalan RM5 juta untuk Pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor di atas 145 ekar tanah yang telah dikenalpasti di seluruh negeri bagi menepati Akta 446 yang mampu menjanjikan keselesaan yang lebih baik untuk para pekerja.

Iltizam yang sama dapat dirasai dengan sejumlah RM65 juta diperuntukkan untuk Kesihatan Awam dan RM27.5 juta untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah ditambahbaik, serta RM1 juta untuk Kehidupan Berdikari (Independent Living Centre) yang mampu melegakan banyak pihak.

Dalam segala ketidaktentuan termasuk hala tuju politik negara yang kian hari seolah-olah tidak memajukan negara, pentadbiran di Selangor yang kukuh, stabil dan mempunyai idea serta visi yang realistik diharapkan dapat memberi contoh kepada rakyat bahawa kaedah pentadbiran di Selangor oleh gabungan Pakatan Harapan mampu membawa kebaikan untuk semua.

Kita harus sedar dan tidak terikut-ikut situasi di tempat dan kawasan lain. Selangor adalah sebuah negeri yang pelbagai, penuh dengan keunikan dan kerencamannya, sebuah ‘melting pot’ negara Malaysia.

Yang dijaga dan dipelihara bukan satu komuniti atau segelintir pihak sahaja. Kepentingan semua terutamanya rakyat dan komuniti yang amat memerlukan merupakan dorongan kepada pentadbiran ini untuk meneruskan tekad supaya Selangor Bangkit dan kita Maju Bersama.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina iaitu 1 Februari, Kerajaan Negeri akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina secara maya melalui platform digital bermula jam 9 malam. Saya menjemput anda semua untuk sama-sama menyertai sambutan ini selepas juadah bersama keluarga masing-masing.

Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua, agar dalam keadaan wabak yang masih menghasilkan varian baharu agar kita terus cekal, tidak putus asa dan terus bekerja bagi meneruskan kehidupan kita. Dengan doa dan harapan tersebut, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.

_Xin Nian Kuai Le,_
_Yi Ben Wan Li,_
_Zhu Bao Ping An._

_Gong Xi Fa Cai_ kepada anda semua.

Categories
AGENDA NASIONAL

JPJ pantau aktiviti konvoi ganggu lalu lintas, langgar peraturan

IPOH, 31 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menempatkan anggotanya di beberapa kawasan percutian terkenal seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands serta Port Dickson bagi memantau kenderaan berkonvoi supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata tindakan pemandu seperti berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain, serta mengganggu kelancaran trafik.

“Apabila cuti perayaan atau persekolahan, banyak kenderaan berkonvoi ke tempat percutian seperti di kawasan tanah tinggi, kawasan pantai atau di negeri utara.

“Berkonvoi itu tidak salah tetapi apabila mereka berhenti beramai-ramai di tempat yang tidak dibenarkan seperti mahu mengambil gambar sebab ia bukan sahaja satu kesalahan malah mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 Peringkat Negeri Perak yang turut dihadiri Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Baru-baru ini, sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta menerusi akaun mereka di Facebook memuat naik beberapa gambar menunjukkan deretan kenderaan dipercayai milik ahli kelab berhenti di lorong kecemasan kedua-dua arah di Lebuhraya Temiang-Pantai di Seremban untuk mengambil gambar yang didakwa merupakan sebahagian daripada aktiviti lepak santai mereka.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata sebanyak 1,329 notis dan saman dikeluarkan JPJ Perak atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang operasi bersepadu TBC bermula 25 Jan lepas sehingga hari ini.

Menurutnya ia adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 3,680 kenderaan sepanjang tempoh berkenaan di seluruh negeri ini.

“Menerusi operasi tersebut, seramai enam individu didapati memandu di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan yang turut menyertai operasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 162 anggota penguat kuasa JPJ Perak ditugaskan sepanjang operasi TBC tahun ini dengan tumpuan penguatkuasaan termasuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

— BERNAMA

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Jangan lepas peluang menang angpau RM10,000 sambutan Tahun Baharu Cina malam esok

SHAH ALAM, 31 JAN: Orang ramai tanpa mengira kaum berpeluang memenangi angpau berjumlah RM10,000 dengan menyediakan ucapan kreatif dalam siaran langsung sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri malam esok.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor Dato’ Teng Chang Khim berkata ucapan Tahun Baharu Cina itu boleh ditulis dalam pelbagai bahasa bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menyertainya.

“Pengacara program akan memaklumkan waktu penonton boleh menghantar ucapan, sebanyak tiga slot disediakan untuk memenangi angpau berjumlah RM10,000 keseluruhan.

“Siaran langsung disiarkan di Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari @ami.mbselangor/ dan Facebook saya Teng Chang Khim @tengchangkhimpage/ pada jam 9 malam,” katanya.

Chang Khim berkata program kebudayaan istimewa sepanjang siaran langsung berkenaan akan menampilkan seniman dari tiga generasi dari zaman 70-an hingga kini.

Nyanyian lagu Tahun Baharu Cina versi acapella bakal dipersembahkan oleh kumpulan Colour of Voices pada siaran langsung sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim

Jelasnya, antaranya nyanyian lagu klasik oleh kumpulan Dua Sekawan dianggotai Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck dan tarian singa dipersembahkan Persatuan Tarian Singa Hong Jing.

Beliau berkata, pelancaran lagu sempena perayaan Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Salam Tahun Baharu’ hasil ciptaan Kam Leong juga akan dibuat pada program itu.

Cara menyertai peraduan ucapan kreatif:

– Layari siaran langsung dalam talian sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri di Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar dan Facebook Teng Chang Khim bermula jam 9 malam 1 Februari
– Kongsikan siaran langsung itu
– Tag kepada rakan-rakan dan tulis ucapan kreatif Tahun Baharu Cina

Dato’ Teng Chang Khim mengambil bahagian dalam babak jamuan makan malam dalam rakaman klip video sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Kampung Baru Jenjarom. Foto Facebook Teng Chang Khim

Berikut 10 acara yang bakal menghibur para penonton:

– Persembahan lagu-lagu klasik Tahun Baharu Cina oleh Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck (Kumpulan Dua Sekawan) dan artis Lee Elaine
– Persembahan tarian singa oleh Persatuan Tarian Singa Hong Jing, Selangor
– Persembahan tarian kumpulan Dua Space Dance Theatre
– Nyanyian lagu Tahun Baharu Cina versi acapella oleh kumpulan Colour of Voices
– Persembahan muzik tradisi, guzheng oleh Sara Heng
– Persembahan gendang Cina oleh kumpulan Hands Percussion
– Persembahan guzheng elektronik dan diabolo LED oleh Sara Heng bersama Kumpulan X DiAbolution
– Persembahan artis Lim Wen Suen
– Persembahan artis Gaston Pong & JE Pong
– Ucapan Tahun Baharu Cina daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Categories
BUDAYA RENCANA

Tarian naga meriahkan Tahun Baharu Cina setelah dua tahun ‘rehat’ akibat wabak

Oleh Soon Li Wei

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Selepas dua tahun “berehat” akibat pandemik Covid-19, “singa” dan “naga” kembali beraksi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini yang akan dirai bermula esok.

Malah, sesetengahnya sudah sibuk menunjukkan kemahiran masing-masing sejak awal bulan ini, memenuhi undangan pelbagai pihak selepas kerajaan memberikan kebenaran untuk mereka membuat persembahan bersempena perayaan tersebut tahun ini.

Tarian singa atau “wu shi” dalam bahasa Mandarin boleh dianggap sebagai antara pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina kerana kaum Tionghoa percaya tarian itu membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di kediaman atau premis perniagaan masing-masing.

Diiringi paluan gendang dan gong serta lagaan simbal, penari-penari di sebalik kostum singa atau naga menunjukkan ketangkasan melakukan pelbagai aksi akrobatik yang sering memukau perhatian penonton.

Peredaran masa juga menyaksikan kumpulan tarian singa dan naga kini tidak lagi hanya terdiri daripada kaum Cina, sebaliknya dianggotai pelbagai bangsa dan antara kumpulan tersebut ialah Persatuan Tarian Naga dan Singa Kun Seng Keng Kuala Lumpur.

AHLI BUKAN CINA

Jurulatihnya Yess Cheong memberitahu Bernama kumpulan yang dianggotai 40 penari berusia 13 hingga 30 tahun itu mempunyai 18 ahli daripada kaum Melayu, India dan etnik Sabah serta Sarawak.

“Kami menerima penyertaan daripada pelbagai kaum setiap tahun, sama ada permohonan daripada sekolah ataupun mereka yang datang sendiri,” katanya, menambah mereka kini giat menjalani latihan selama empat hingga enam jam setiap hari sejak November lepas.​​​​​​

Bagi M. Seliva Kumar, 21, dia tertarik untuk menyertai kumpulan tarian singa selepas menyaksikan persembahan tersebut kira-kira lima tahun lepas.

“Saya kagum dengan kebolehan mereka yang mampu melakukan aksi akrobatik seperti berdiri dan melompat di atas tiang. Selain itu, kostum yang berwarna-warni juga menceriakan suasana,” jelasnya yang mengakui berasa bangga setiap kali tampil beraksi di hadapan penontton.

Menurut anak muda itu, walaupun perlu menjalani latihan intensif secara berterusan selain berulang-alik dari rumahnya di Sepang ke Kampung Baru Subang, Shah Alam setiap hari, dia tidak pudar semangat.

“Kami perlu mempelajari teknik bermain alat muzik seperti gendang, gong dan simbal dahulu sebagai permulaan, selepas sudah mahir barulah belajar aksi-aksi persembahan. Ini bagi membolehkan penari menguasai keseluruhan aspek tarian singa.

“Selain itu, kami juga perlu mewujudkan hubungan yang baik antara rakan-rakan sepasukan dengan semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi. Tanpa kriteria ini kami tidak akan mampu mempamerkan persembahan yang baik mahupun menarik,” ceritanya.

Ribuan tanglung merah menghiasai kawasan Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur ketika tinjauan pada 30 Januari 2022 bagi menaikkan semangat masyarakat Cina untuk menyambut Tahun Baharu Cina kali ini.

 Foto BERNAMA

BELAJAR BUDAYA KAUM LAIN

N Vinay Raj, 17, pula berkata minatnya terhadap kesenian dan kebudayaan kaum Cina menjadi pendorong untuk dia mempelajari tarian singa sejak dua tahun lepas.

“Ketika saya di sekolah, saya melihat rakan-rakan saya terlibat dalam persembahan tarian singa sebagai aktiviti kokurikulum, jadi saya tergerak hati untuk menyertai mereka kerana berasa seronok menonton persembahan mereka.

“Selepas menyertai pasukan tarian singa, saya bukan sahaja dapat mempelajari tarian dan alat muzik, tetapi juga mengetahui lebih lanjut budaya dan kesenian kaum Cina daripada rakan-rakan sepasukan,” kata pelajar Tingkatan Lima itu.

Bercerita lanjut, remaja itu berkata antara cabaran yang terpaksa diharungi ialah beraksi di atas tiang setinggi 2.5 meter.

“Penari perlu cekap mengimbangi badan dan mengukur jarak sebelum melakukan aksi melompat dari tiang ke tiang. Hanya kesilapan kecil boleh menyebabkan kami jatuh dan berisiko mengalami kecederaan,” katanya yang pernah beberapa kali terjatuh ketika melakukan aksi itu pada peringkat awal.

Jelasnya, perbezaan latar belakang kaum juga tidak menghalang hubungan baik dalam kalangan ahli kumpulan.

“Kami bagaikan adik-beradik walaupun berlainan bangsa dan agama. Sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan sepasukan dan jurulatih kami juga sangat penting untuk menaikkan semangat kami agar tidak berputus asa,” katanya yang tinggal di Subang Jaya.

LATIHAN BERTERUSAN

Sementara itu Cheong yang terbabit dalam tarian singa sejak berusia 12 tahun, berkata aksi menari dan melompat di atas tiang memerlukan latihan yang berterusan bagi meningkatkan kekuatan fizikal selain menajamkan daya tumpuan penari.

“Biasanya dua penari akan berganding membuat aksi tarian singa di atas tiang dengan seorang di depan untuk menggerakkan kepala, manakala seorang lagi di belakang.

“Aksi ini memerlukan mereka sentiasa berkomunikasi dan masing-masing perlu tahu langkah dan aksi yang mahu dilakukan,” katanya, menambah setiap ahli akan diberikan ujian kecergasan sebelum boleh dibenarkan beraksi di atas tiang.

“Ramai yang datang mempelajari tarian singa menyatakan hasrat untuk beraksi di atas tiang, namun saya sebagai jurulatih harus menilai kemampuan fizikal mereka terlebih dahulu,” jelasnya.

Menurutnya lagi, persatuan itu yang ditubuhkan pada 2012 pernah menyertai pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya di Macau, Hong Kong dan China.

“Melalui penyertaan di pelbagai pertandingan ini kami dapat mempelajari perkara baharu daripada guru-guru tarian singa persatuan lain kerana cara mereka mungkin berbeza dengan kita.

“Secara tidak langsung juga kami dapat meningkatkan lagi kemahiran dan membaiki kelemahan untuk terus beraksi dan mengadakan persembahan lebih baik daripada sebelumnya,” kata Cheong.

Masyarakat Cina dilihat masih sibuk membuat persiapan pada saat akhir dengan membeli perhiasan termasuk tanglung di kedai menjual cenderamata di Kuantan pada 30 Januari 2022. Foto BERNAMA

SOP KETIKA PERSEMBAHAN

Sementara itu, mengulas tentang tatacara operasi piawai (SOP), Cheong berkata memang agak mencabar untuk memastikan pematuhan SOP khususnya dari segi penjarakan fizikal.

“Ketika membuat persembahan, kami memerlukan sokongan badan kukuh yang melibatkan sentuhan fizikal, jadi agak sukar bagi kami sebenarnya untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Namun demikian, kami cuba sedaya upaya untuk memendekkan masa persembahan dari dua hingga tiga jam sebelum ini kepada sejam sahaja di setiap venue persembahan,” katanya.

Mengenai sambutan yang begitu memberangsangkan kali ini, katanya kelembapan ekonomi antara faktor ramai yang mengundang mereka mengadakan persembahan di premis masing-masing.

“Bagi masyarakat Cina, tarian singa atau naga ini bukan sekadar pertunjukan kebudayaan tapi mampu membawa tuah. Dalam keadaan ekonomi kurang stabil, mereka guna perkhidmatan kami dengan harapan perniagaan mereka bertambah baik pada masa akan datang,” jelas Cheong.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Selangor anjur sambutan Tahun Baharu Cina dalam talian, angpau RM10,000 pemenang peraduan

SHAH ALAM, 30 JAN: Dato’ Menteri Besar mempelawa orang ramai memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina secara dalam talian pada Selasa ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sambutan istimewa itu disiar secara langsung di Facebook Dato’ Menteri Besar  FB.com/ami.mbselangor/

Beliau turut memberitahu orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai dengan menyertai peraduan angpau melalui platform berkenaan.

“Tag dan kongsikan bersama rakan-rakan anda dan berpeluang memenangi angpau bernilai RM10,000!,” tulisnya di Twitter hari ini.

Sambutan tersebut diteruskan secara dalam talian selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Selain akaun rasmi Amirudin, program selama sejam turut disiarkan di Facebook Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor Dato’ Teng Chang Khim.

Siaran itu menampilkan 55 artis tempatan yang membuat persembahan antaranya nyanyian, gendang Cina, tarian singa serta ucapan ringkas daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.