Categories
AGENDA NASIONAL

Polis nafi wujud sindiket godam telefon bimbit, pindah wang mangsa ke akaun lain

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Polis Diraja Malaysia menafikan wujudnya modus operandi penipuan bentuk baharu yang dinamakan sebagai “Sim Swap”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata mesej berkenaan kewujudan modus operandi baharu itu dikenal pasti pihaknya menerusi sebaran informasi melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Menurutnya, mesej itu adalah palsu dan setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan modus operandi berkenaan.

“Menerusi mesej itu, mangsa akan menerima panggilan dan diminta menekan butang satu sebelum telefon digodam serta diambil alih penjenayah bagi memindahkan semua wang mangsa ke akaun lain.

“Apa yang kerap berlaku adalah penghantaran fail APK (Paket Pakej Android) kepada pengguna telefon pintar yang mengandungi aplikasi berbahaya. Apabila pengguna memuat turun aplikasi itu, ianya akan memberi akses kepada penjenayah untuk mendapatkan data mengenai perbankan internet milik mangsa dan kemudian digunakan untuk memindahkan wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan maklumat itu dan berita tidak benar bagi mengelak kegusaran awam serta boleh menghubungi CCID Scam Response Centre (Pusat Respon Penipuan JSJK) di talian 03-26101559/1599 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat.

— BERNAMA

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lokasi, talian dan waktu operasi beberapa pusat nilai Covid-19 berubah

SHAH ALAM, 9 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berlaku perubahan lokasi, nombor telefon dan waktu operasi di beberapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi perubahan lokasi dan nombor telefon membabitkan CAC Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang manakala perubahan waktu operasi pula di CAC Hulu Kelang dan Bestari Jaya.

Lokasi, nombor telefon dan waktu operasi terkini CAC terbabit seperti berikut:

1. CAC Pelabuhan Klang (03-31658459, 011-13262341), CAC Pulau Indah (03-31012035), CAC Sungai Bertik (03-33811165), CAC Anika (0172970056), CAC Bukit Kuda (03-33488174, 010-9797732), CAC Meru (03-32920876)
– Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

2. CAC Bandar Botanik (03-33239304, 018-2875395)
– Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)
– Sabtu dan cuti umum (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

3. CAC Hulu Kelang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (2.45 petang hingga 4 petang)
– Sabtu dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

4. CAC Bestari Jaya
– Isnin hingga Jumaat (2 petang hingga 5 petang)
– Sabtu, Ahad dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon berserta hari dan waktu operasi CAC seluruh negeri menerusi Facebook JKNS melalui carian https://www.facebook.com/jknselangor

CAC dibentuk pada akhir Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENDA NASIONAL

Bulan Sabit Merah kembang talian bantu masalah emosi ke KL, Selangor

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bakal memperkenalkan talian bantuan sokongan psikososial, bagi individu yang menghadapi masalah emosi berikutan Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengerusi BSMM Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, talian RedCrescent4u pada mulanya diperkenalkan di Sabah ketika pandemik Covid-19 meningkat di sana.

“Melihat kepada kejayaan program berkenaan, BSMM akan menjalankan program ini di ibu pejabat di Kuala Lumpur dan di Selangor,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara BSMM dan Pfizer Malaysia di sini hari ini.

Puteri Intan Safinaz berkata melalui talian berkenaan, sukarelawan BSMM akan memberikan bantuan kaunseling dan sokongan psikososial kepada pemanggil, dan sekiranya ia merupakan masalah yang serius mereka akan dirujuk kepada pakar.

Majlis berkenaan disaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Puteri Intan Safinaz berkata, MoU antara BSMM dan Pfizer itu akan meyediakan rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 dengan perkhidmatan kesihatan.

“Akan ada sokongan psikososial dalam situasi pandemik Covid-19, saringan kesihatan dan program kesedaran, yang menyasarkan komuniti B40 di Malaysia yang melibatkan tiga medium iaitu, talian RedCrescent4u, gerakan sukarelawan ke kawasan pedalaman Malaysia menerusi program ‘Care -A-Van & MyVac’ dan Webinar Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu juga melihatkan komitmen Pfizer dalam memastikan kejayaan berterusan program itu, dengan menggerakkan sukarelawan bersama sukarelawan BSMM untuk program kesihatan dan kesedaran, penerangan mengenai Covid-19 dan program vaksinasi kebangsaan.

Sementara itu Dr Adham dalam ucapannya berkata, sehingga Disember, KKM telah menerima sejumlah 44,061 panggilan menerusi talian sokongan psikososial mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan.

Beliau berkata, 71.6 peratus daripada panggilan-panggilan itu memerlukan sokongan emosi dan psikososial.

“Antara isu yang dihadapi termasuklah kehilangan pekerjaaan dan pendapatan, masalah kewangan, keluarga, konflik interpersonal, stigma jangkitan dan mengadaptasi normal baharu dan juga pasca PKP,” katanya.

– BERNAMA