Categories
AGENDA NASIONAL

300 penduduk Taman Sri Muda diselamatkan, dibawa ke pusat pemindahan

SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 300 penduduk sekitar Taman Sri Muda di Seksyen 25 di sini yang terkandas akibat banjir luar biasa sejak semalam diselamatkan setakat pagi ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari menerusi Twitter sebentar tadi menjelaskan mereka telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Setakat pagi ini seramai 300 penduduk di kawasan Sri Muda telah berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke PPS,” katanya.

Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan bantuan bot persendirian dari individu dan orang awam bagi meningkatkan aset yang ada dengan menghubungi 03-55105811.

Terdahulu, pejabat Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 6,242 mangsa banjir ditempatkan di 80 PPS setakat jam 8 pagi tadi.

Hujan lebat luar biasa sejak kelmarin, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Usaha berkenaan diselaras Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam, berpusat di ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Hampir 2,000 orang sertai Saringan Komuniti Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 8 JAN: Hampir 2,000 individu menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri dalam tempoh dua hari penganjurannya di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Pengurus Klinik Selcare Mohd Noor Md Nasir berkata seramai 947 penduduk dari kawasan sekitar disaring semalam dan hampir 1,000 orang lagi pada hari kedua.

“Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dikendali oleh 35 petugas kesihatan Klinik Selcare dibantu Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia,” katanya kepada SelangorKini.

Kit ujian tersebut digunakan dalam program Saringan Komuniti Taman Bayu Perdana dan Meru, Klang hujung tahun lalu bagi mengesan jangkitan Covid-19 kurang 30 minit.

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar secara percuma di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lalu bagi membendung penularan wabak.

Langkah itu juga bagi memastikan kadar jangkitan bawah paras lima peratus yang ketika ini pada tahap tujuh hingga 25 peratus.

Hari ini, Selangor mencatatkan 1,086 kes baharu dan sembilan lagi kematian disebabkan wabak itu.

Categories
PBT SELANGOR

MBSA pantau pematuhan SOP di kawasan PKPB

SHAH ALAM, 10 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan rondaan di sekitar Taman Sri Muda yang ketika ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata pemantauan bersama polis tertumpu di premis perniagaan dan tapak pasar malam di Jalan Cermat 25/36.

“Semalam kita menempatkan penguat kuasa di tapak pasar malam bagi mengelakkan aktiviti perniagaan berlangsung ketika PKPB.

“Pemantauan turut melibatkan beberapa kawasan lain di bawah pentadbiran MBSA seperti di Sungai Kandis dan operasi gerai makanan pada sebelah malam,” kata Shahrin Ahmad ketika dihubungi.

Beliau turut mengingatkan orang awam dan peniaga untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan, terutama membabitkan urusan pembelian makanan.

Selain Taman Sri Muda dan Kampung Sungai Kandis, Taman Seri Lembayung juga berada di kawasan pentadbiran MBSA yang dikenakan PKPB.

Perintah tersebut dilaksanakan di 36 kawasan perumahan di mukim Klang bermula semalam hingga 23 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 di situ.

JURNAL BERITA- MB: Kerajaan Negeri Sembilan patut beri air percuma kepada rakyat

1. MB: Kerajaan Negeri Sembilan patut beri air percuma kepada rakyat

2. Industri Selangor dijangka berkembang 6.5%

3. MB ucap takziah kepada keluarga DJ Mansor

4. Selangor laksanakan kajian kenal pasti keperluan pihak industri

5. Selangor lulus RM23juta bina pasar moden Taman Sri Muda

6. DUN Seri Setia sumbang RM20,000 pergiat Projek Mentari

7. Selangor anjur Sambutan Sukan Antarabangsa 4 Mei ini

8. Paras air empangan di Selangor catat peningkatan

9. Catuan air, Kerajaan Pusat patut bertanggungjawab, sedia perancangan

10. TROY 2014 Unisel anjur jualan amal bantu masyarakat Islam Kemboja

11. Penduduk bantah lori sampah guna laluan kampung, bau busuk

12. Parlimen jangan takut debat isu panas

Categories
SELANGOR

Pasar pagi Taman Sri Muda akan berpindah ke lokasi baru

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 24 NOV : Kira-kira 164 penjaja pasar pagi di Taman Sri Muda akan di pindahkan ke pasar baru yang akan dibina Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dalam masa terdekat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata setakat ini MBSA sudah siap merangka pelan bangunan dan sedang berunding dengan pihak pemaju swasta bagi kerja pembinaan.

teng-chang-khimKatanya, pembinaan pasar baru di atas tanah berkeluasan 0,44 hektar itu akan dilaksanakan mengikut standard Build Operate Transfer (BOT) dan MBSA akan membina pasar itu sendiri jika tidak berjaya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan melihat kos pembinaan secara ‘value for money’ atau nilai untuk wang supaya tidak membebankan penyewa pasar berkenaan.

“Saya memahami dengan mendalam keadaan penjaja ini yang sudah lama beroperasi iaitu kira-kira 25 tahun lalu. Mereka ini dipindahkan kerana pemilik tanah pasar sementara ini sudah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan penjaja, sebelum 31 Mei 2014.

“Jadi, kerajaan negeri mengambil berat akan keadaan mereka dan bersedia membantu. Kita berharap masalah ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Chang Khim berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak sementara penjaja pasar pagi itu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, di sini, hari ini..

shuhaimi isu lompat partiSementara itu, Shuhaimi berharap nanti masalah peniaga asing dapat diatasi dengan adanya pasar baru itu dan selepas kerja pembinaan itu siap, MBSA perlu mensyaratkan permohonan perniagaan dengan tidak memberikan warga asing menyewa tapak daripada peniaga tempatan.

“Ini dapat mengelakkan berlakunya masalah sosial di kawasan ini kerana jika dibiarkan orang asing berniaga akan menimbulkan keresahan warga tempatan di sini,” katanya.

-NFN-