Categories
NASIONAL

Janji dicapati, TV3 sengaja malukan Najib?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 10 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak mengulangi perbuatan gemar menaburkan janji politik palsu kononnya akan menyelesaikan isu air di Kelantan jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Saranan berkenaan dibuat bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, berikutan Najib sendiri gagal menyelesaikan isu air di Pahang seperti dilaporkan stesyen televisyen milik Umno, TV3 tidak berapa lama dahulu.

“Saya tengok di video, Najib berucap di Kelantan sebelum pilihan raya, dia kata beri kami kuasa dan akan selesaikan masalah air di Kelantan. Tiba-tiba dengan kuasa Allah, TV3 siarkan masalah air di Pahang yang masih boleh tengok di You Tube dan kini Najib dimalukan TV3.

Tamrin Ghaffar Baba“Ketika dia berucap di Kelantan, satu kawasan felda di Pahang terpaksa gunakan air daripada perigi, sungai dan korek tanah. Selama 25 tahun rakyat di sana protes sampai sekarang tak selesai dan inilah juga lagu yang dimainkan di Selangor,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir dalam Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di sini, baru-baru ini.

Barisan Nasional (BN) juga memiliki rekod pengurusan air yang buruk apabila menyebabkan Johor mengalami kerugian berbilion ringgit dengan membuat perjanjian menjual air mentah pada kadar tiga sen bagi 1,000 gelen dan membeli semula air bersih pada harga 50 sen pada kuantiti sama.

NEWSMenyentuh isu kenaikan harga petrol, Tamrin berkata, keputusan BN itu jelas mempermainkan rakyat negara ini kerana sebelum pilihan raya pernah berjanji tidak menaikan harga bahan api itu tetapi menaikkannya dalam tempoh beberapa bulan selepas memenangi PRU-13.

“Pengundi di Kajang diingatkan tidak terpedaya dengan janji palsu bakal ditaburkan BN khususnya membabitkan isu air dalam kempen PRK DUN Kajang yang bermula, pada 11 Mac ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar : Pasca PRU 13, Umno-BN Angkuh Menggunakan Kuasa

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02

SHAH ALAM 8 JUN : Penggunaan kuasa Kerajaan Persekutuan oleh Umno untuk mengekang kritikan terhadapnya mencerminkan keangkuhan parti itu serta betapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak jujur dalam agenda transformasi yang sering diuar-uarkannya.

Sebagai contoh, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan menahan semula aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini juga menunjukkan betapa UMNO tegar menghina keputusan mahkamah.

“Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Pas Tamrin Ghafar dan aktivis NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan mereka di dalam sebuah forum 13 Mei.

Contoh lain juga dapat dilihat melalui halangan yang dikenakan terhadap Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah minggu lepas.

“Tindakan tersebut seolah-olah menyatakan Izzah seorang penjahat, malah meletakkan (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang, (Pengerusi Bersih 2.0) S. Ambiga dan saya dalam senarai halangan masuk ke Sabah juga adalah satu penindasan dan salah guna kuasa,” ujarnya lagi.

Menurut Anwar, dengan siri tangkapan, penahanan serta sekatan yang tidak perlu terhadap aktivis dan pemimpin PR, Perdana Menteri membuktikan sekali lagi bahawa dia bukanlah seorang pemimpin yang wajar dihormati.

Malaysia juga di bawah pemerintahan UMNO, kata Anwar, seolah-olah mempunyai dua jenis undang-undang; satu adalah istimewa untuk UMNO dan kroni-kroninya sementara satu lagi dikenakan terhadap orang lain yang tidak sebulu dengannya.

“Ini jelas apabila mereka gagal mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang sebenarnya mencetuskan pergolakan dan isu-isu perkauman.

“Keangkuhan mereka ini pasti akan terima balasan, mereka (UMNO) boleh lakukan apa sahaja; penjarakan, malukan dan menghina sesiapa sahaja yang mereka mahukan.

?Tetapi mereka perlu sedar bahawa kuasa sebenar adalah di tangan rakyat,” tegas Anwar yang juga MP Permatang Pauh.

Categories
SELANGOR

Mahasiswa Tunjuk Perasaan Depan KDN, Mahu Zahid Letak Jawatan

mahasiswa demo KDN 01

PUTRAJAYA 31 MEI : Sekumpulan mahasiswa berhimpun di depan pejabat Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan aktivis yang bermotifkan politik.

Kira-kira 30 mahasiswa berkumpul berhampiran pintu masuk utama KDN, dengan membawa kain rentang bagi menunjuk perasaan secara aman selepas solat Jumaat.

Ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia Mohammad Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini turut turun padang dan dengan lantang mendesak Zahid letak jawatan kerana mencemar profesionalisma Kementerian Dalam Negeri.

safwan anang mug demo 01Beliau ditahan Rabu lepas dan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada program Malam Anak Bangsa Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu, yang didakwa berbaur hasutan.

?Kita rasa Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur, letak jawatan sekiranya beliau masih gagal untuk menangani isu ini.

?Yang kedua, yang cukup jelas dan terang beliau juga telah menyalahgunakuasa apabila mengarahkan polis untuk membuat tuduhan secara berpilih dan itu yang kita rasa beliau telah menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik,” kata Safwan.

Mahasiswa juga menuntut KDN dan polis dibebaskan dari campurtangan politik yang bagi mereka telah menyebabkan dua badan tersebut bersikap berat-sebelah.

Selain Safwan, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim juga ditahan dan disiasat dibawah akta yang sama kerana kenyataan beliau di forum yang sama.

Turut ditahan dan didakwa di bawah akta dan sebab yang sama adalah, Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Pas Tamrin Ghafar dan pemimpin NGO anti-Umno Haris Ibrahim.

 

Categories
NASIONAL

Himpunan Suara Rakyat 505 Akan Diteruskan Sekiranya Pemimpin Ditangkap

SAMM pc chegu bard badrul hisham 02

SHAH ALAM 23 MEI : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan Himpunan Suara Rakyat 505 akan tetap diteruskan sekiranya penggerak utamanya sendiri, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan polis.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan ketika dihubungi berkata perhimpunan rakyat tanpa mengira pangkat ini akan tetap berlangsung di padang timur di hadapan Amcorp Mall pada malam Sabtu ini.

“Perhimpunan yang dianjur oleh gabungan suara rakyat 505 akan tetap diteruskan walaupun ramai kepimpinan rakyat ditangkap.

?Himpunan ini adalah himpunan rakyat. Semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas oleh rejim legasi penjajah untuk kekal berkuasa.”

Hari ini polis telah menahan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar dalam operasi yang berlainan dipercayai berhubung perhimpunan Suara Rakyat 505 yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Eddy Noor berkata SAMM mengutuk keras perbuatan pihak berkuasa apabila sanggup menangkap mereka yang bersuara dan mengandaikan Malaysia seperti negara yang tidak merdeka.

“Saya berani mengatakan negara kita ini seolah-olah berada dalam keadaan belum merdeka. Ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan kepada lokap seterusnya didakwa di atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.

?Ini bukti kegagalan Transformasi (Perdana Menteri) Najib (Razak). Ketika kerajaan yang ada ketika ini masih belum sah, juga tanpa sokongan majoriti.”

Menurut Edy Noor, penangkapan-penangkapan tersebut telah mengejutkan ramai pihak sekaligus menaikkan semangat aktivis, unit amal serta anggota pemuda untuk memastikan perhimpunan ini mengapai matlamatnya.

 

 

Categories
NASIONAL

PKR Tidak Gentar Tindakan KDN Rampas Suara Keadilan

saifuddin nasution

SHAH ALAM 23 MEI : PKR menegaskan pihaknya tidak gentar dengan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas akhbar rasmi parti itu Suara Keadilan.

Sebaliknya dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan KDN dan menyifatkan ia sebagai bermotif politik.

Suara Keadilan dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

“Merampas akhbar Suara Keadilan di beberapa negeri adalah cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu.

“Ia satu lagi bukti kerajaan Umno-BN berterus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif  tentang politik negara yang boleh dinilai oleh rakyat,”katanya.

Tambahnya, belum pun baru menjawat jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali bertindak keras dan tidak demokratik.

“Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, pegawai-pegawai KDN  bertindak merampas dan mengancam menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat,” katanya.

Saifuddin menjelaskan di Ipoh malam tadi, tujuh orang pegawai KDN  menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar tersebut di mana semua pegawai tersebut enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

Sementara di Melaka, katanya, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara Keadilan dirampas dari seorang pengedar yang menyatakan pegawai KDN memberi alasan bahawa ia menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kejadian yang sama juga berlaku hari ini di Johor Bahru, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.

“PKR menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar serta 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada Adam Adli,” katanya.

Saifuddin berkata, PKR merasa kesal kerana kerajaan UMNO-BN masih dengan kesombongan mereka kerana gagal untuk mengubah sikap terhadap berita dan pandangan alternatif walaupun mereka telah menguasai sepenuhnya media di negara ini.

Categories
NASIONAL

Himpunan Kesyukuran PR Di Hadapan Amcorp Mall Esok

tony-pua

SHAH ALAM 22 MEI : Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan bantahan terhadap PRU13 yang tidak bersih dan adil, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Justeru, DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat seperti berikut:

Tarikh: 23hb Mei 2013 (Khamis)
Masa: 7 malam
Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (hadapan Amcorp Mall)

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, kami telah meningkatkan jumlah kerusi dan juga majoriti yang diperolehi oleh calon-calon kami,” kata Tony dalam satu kenyataan media.

Turut diundang sebagai penceramah ialah Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Tamrin Ghafar, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Tan Kok Wai dan lain-lain.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis kerana akan memberikan kerjasama untuk menjalankan ini.

“Polis akan membantu mengawal trafik. Bagi mengurangkan kesesakan jalanraya lagi, kami menggalakkan para hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya,” ujar Tony

Categories
NASIONAL

Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak

SHAH ALAM, 5 DIS : Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar polis berlaku adil dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang menyerang ceramah PR di Batu 8 ? Gombak semalam yang menyebabkan lima orang tercedera.

Pemimpin Pas dan PKR berkata kegagalan polis untuk bertindak dengan tegas dan segera terhadap individu yang disyaki akan mencemar reputasi polis.

Lebih buruk lagi, kegagalan untuk mengambil tindakan akan memberi gambaran bahawa polis bersekongkol dengan individu-individu tersebut.

Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata, polis hanya bertindak setelah serangan secara bertubi-tubi dilakukan hingga mencederakan orang ramai, sedangkan polis sedia maklum mengenai ceramah itu beberapa hari sebelumnya.

Beliau mendakwa serangan tersebut diketuai oleh pemimpin Pemuda Umno Gombak dan melibatkan ahli Umno Gombak, Wanita Umno Gombak dan anggota NGO.

Menurutnya, ekoran insiden itu, dianggarkan lebih lima individu mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan tangan akibat terkena objek keras, malah khemah juga musnah teruk.

“Kita telah maklumkan pada pihak polis dan sehari sebelum ceramah itu berlangsung, ada anggota polis daerah Gombak yang datang melawat menunjukkan bahawa mereka tahu ada program pada malam itu.

“Saya sendiri telah serahkan surat melalui email kepada Ketua Polis Daerah memberitahu maklumat berhubung ceramah itu,? kata Salehuddin apabila dihubungi TVSelangor.

Keadaan di ceramah di Dataran Sharuddin di Batu 8 ? Gombak semalam menjadi kecoh apabila pergaduhan berlaku di antara sekumpulan ahli Umno dan penyokong PR.

Salehuddin mendakwa seorang penyokong PR ditikam dengan Kerambit manakala batu bata dilemparkan ke arah peserta ceramah tersebut yang di dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat.

Ceramah itu menampilkan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, bekas Adun Ayer Molek, Melaka Datuk Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata sekiranya polis gagal mengambil tindakan ia boleh mengalakkan orang lain untuk mencetuskan serangan yang serupa.

“Tidak mustahil keberanian mereka ini berpunca daripada sikap pihak polis juga yang seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

“Kejadian provokasi dan keganasan yang dicetuskan juga seolah-olah memberi signal ?isyarat? bahawa mereka ini akan melakukan tindakan lebih ganas di luar keterbatasan yang dibenarkan,” kata Shuhaimi lagi.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama. Sebelum ini, sebuah ceramah Anwar di Lembah Pantai turut dibaling dengan batu sehingga seorang hadirin tercedera di kepala.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin PR berceramah ke seluruh negara juga telah diserang beberapa kali di Kota Baru dan Melaka dengan disimbah dengan cat dan dibaling batu.