Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid: Kelewatan Bukan Isu Projek Bukit Botak

bukit botak rumah asri 01

PELABUHAN KLANG : Kejayaan menyelesaikan projek perumahan Bukit Botak dapat dilihat apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya membina lebih 1,400 unit rumah bagi peneroka asal kawasan itu setelah projek itu terbengkalai selama lebih 15 tahun.

Maka dengan itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah kelewatan menduduki rumah itu tidak harus dijadikan isu besar.

“Persoalannya tempoh masa sahaja, tak jadi masalah besar.

bukit botak rumah asri 02“Projek Bukit Botak ini sudah terbengkalai lebih 15 tahun maka kalau tunggu masa lebih sebulan pun (untuk menduduki) bukan masalah,” katanya kepada TVSelangor selepas mengadakan lawatan di tapak pasar malam Pulau Indah di sini hari ini.

Seramai 20 orang yang mendakwa mereka peneroka asal Bukit Botak telah membuat tunjuk perasaan di tapak perumahan tersebut hari ini.

Mereka mendakwa belum dapat menduduki rumah itu dan manakala sebahagian daripada rumah di situ belum disiapkan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Kerajaan PR Selangor telah berjaya menyelesaikan projek terbengkalai itu dengan pembinaan 1,422 unit rumah berharga RM 99,000 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dianggarkan bahawa PKNS telah membelanjakan subsidi sebanyak
RM 79.6 juta untuk membangunkan Bukit Botak.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Kampung Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.

Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.