Categories
AGENDA NASIONAL

32,800 angka jangkitan harian tertinggi Covid-19, kes serius kekal rendah

SHAH ALAM, 12 MAC: Jumlah jangkitan harian Covid-19 melonjak 2,013 kepada 32,800 kes semalam, tertinggi sejak wabak itu melanda negara dua tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 32,259 adalah kes tempatan, manakala 541 adalah kes import.

Angka jangkitan harian tertinggi dicatatkan sebelum ini adalah 32,070 kes iaitu pada 24 Februari lalu.

Kes jangkitan bagi kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah iaitu 183 kes atau 0.56 peratus manakala kategori satu (tanpa gejala) 12,726 kes atau 38.8 peratus dan kategori dua (gejala ringan) merekodkan 19,891 kes atau 60.64 peratus

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 12, 726 kes (38.80 peratus)
Kategori 2: 19,891 kes (60.64 peratus)
Kategori 3: 70 kes (0.21 peratus)
Kategori 4:78 kes (0.24 peratus)
Kategori 5: 35 kes (0.11 peratus)

Ketua Pengarah Kesihatan berkata seramai 8,858 atau 2.7 peratus pesakit sedang dirawat di hospital dan daripada jumlah itu 149 kes tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 231 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Setakat semalam, 310,351 atau 96.2 peratus pesakit Covid-19 sedang menjalani kuarantin di rumah dan 3,111 atau satu peratus pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Jumlah kes aktif terbaharu adalah 8,280 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 322,700 kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 97 kes kematian direkodkan semalam termasuk 21 kes kematian di luar hospital menjadikan jumlah kematian sehingga semalam adalah 33,643 kes.

Jumlah kes terkumpul keseluruhan setakat semalam adalah 3,774,786 kes.

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 0.51 peratus kes baharu babit kategori 3 hingga 5

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Sebanyak 156 kes atau 0.51 peratus daripada 30,644 kes baharu dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 30,488 kes atau 99.49 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua, pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,367,871 kes.

“Daripada 156 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan; 33 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi; 77 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata pada 25 Februari (semalam), kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,677 kes dan daripada jumlah itu, 589 kes (35.1 peratus) adalah kategori tiga, empat, dan lima; manakala baki 1,088 kes (64.9 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

Mengenai jumlah kes sembuh, sebanyak 22,678 kes dilaporkan menjadikan kumulatif kes sembuh 3,040,850.

Mengenai penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 di hospital, Dr Noor Hisham berkata tujuh negeri menunjukkan peratusan pengisian 50 peratus atau lebih iaitu Kelantan (92 peratus), Johor (61), Perlis (55), Perak (53) dan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Melaka masing-masing mencatatkan 50 peratus.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), hospital dan ICU.

Mengenai perbezaan data harian kemasukan kes Covid-19 ke hospital berbanding kes Covid-19 kategori satu hingga lima yang baru didiagnosis setiap hari, beliau memaklumkan perkara itu disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik iaitu mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti Covid-19.

“Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.

“Pada masa sama, terdapat juga kes-kes Covid-19 berisiko tinggi daripada kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

3,198 kes baharu Covid-19, lebih 98 peratus kategori satu dan dua

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Kes harian Covid-19 yang dilaporkan dalam negara meningkat kepada 3,198 hari ini berbanding 3,175 semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menjadikan kumulatif kes positif kini 2,795,233 manakala pertambahan kes sembuh sebanyak 3,200 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 2,723,599.

Noor Hisham berkata daripada 3,198 kes baharu itu, sebanyak 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 3,159 kes (98.8 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 215 kes dengan 105 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan kluster aktif kini berjumlah 179.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia semalam adalah 1.00 dengan negeri tertinggi mencatatkan nilai Rt ialah Labuan (1.12) diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 1.08, Sabah (1.07), Melaka (1.05) dan Negeri Sembilan (1.04).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 13 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini dan daripada jumlah itu, 12 kes merupakan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu Acute Gastroenteritis (AGE).

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ivermectin tidak kurangkan risiko penyakit Covid-19

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Hasil dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Untuk Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (I-TECH) oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan Covid-19 sedia ada.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata ini kerana Ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit Covid-19 tahap teruk.

“KKM (Kementerian Kesihatan) menyarankan agar Ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, keputusan I-TECH selari dengan kajian berskala besar seperti Ivercor-Covid-19 dari Argentina dan Together dari Brasil yang tidak menyokong penggunaan rutin Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan Covid-19.

Pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian tersebut untuk diterbitkan di dalam jurnal kajian semula setara bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian-kajian Ivermectin termasuk metaanalisis, katanya.

Beliau berkata kajian I-TECH dijalankan ke atas 500 pesakit Covid-19 kategori dua atau tiga yang dimasukkan ke hospital dengan menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard berbanding dengan hanya penjagaan standard.

Kumpulan yang menjalani rawatan standard of care (SOC) adalah berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan untuk pesakit Covid-19 di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) 2.0, katanya.

Dr Noor Hisham berkata kajian percubaan klinikal tersebut dijalankan oleh pakar perubatan penyakit berjangkit dan pakar perubatan yang terlibat secara aktif dalam pengurusan Covid-19 dengan kerjasama ICR di bawah Institut Kesihatan Negara.

Menurutnya hasil utama kajian I-TECH adalah untuk melihat sama ada pemberian ubat Ivermectin pada minggu pertama pesakit mengalami gejala penyakit Covid-19 berupaya untuk mencegah kemerosotan penyakit Covid-19 kepada tahap yang teruk (kategori empat atau lima) iaitu dalam kalangan pesakit berusia 50 tahun dan ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi.

Beliau berkata penyelidik utama kajian I-TECH yang juga Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Dr Steven Lim Chee Loon mendapati tiada perbezaan ketara dari segi kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), penggunaan alat bantuan pernafasan mekanikal, pemulihan simptom, parameter ujian darah dan resolusi imbasan sinar-X dada antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Menurut Dr Noor Hisham, kebarangkalian untuk pulih daripada gejala sepenuhnya pada hari kelima penyertaan antara kumpulan Ivermectin dan kumpulan SOC adalah hampir sama di mana tiada perbezaan yang signifikan dari segi statistik.

Selain itu analisis keselamatan melaporkan bahawa kejadian kesan sampingan adalah tiga kali lebih kerap berlaku dalam kumpulan Ivermectin berbanding kumpulan SOC dengan kebanyakannya adalah kes cirit-birit, katanya.

Dr Noor Hisham berharap dapatan kajian tempatan berkenaan dapat memberi pencerahan kepada pengamal perubatan di Malaysia dan juga kepada orang ramai yang sering bertanya mengenai keberkesanan Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan Covid-19.

Beliau turut mengingatkan pengamal perubatan untuk tidak mengesyorkan penggunaan Ivermectin termasuklah berkongsi pengiklanan mahupun penjualan secara haram Ivermectin dengan tujuan merawat Covid-19 sehingga bukti saintifik yang lebih kukuh tersedia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tujuh lagi kluster baharu di Selangor, enam babit tempat kerja

SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor merekodkan tujuh lagi kluster baharu Covid-19 hari ini dengan enam daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah menerusi kenyataan memaklumkan baki kluster, kumpulan berisiko tinggi iaitu kluster Lorong Haji Mughni dikesan di Klang.

Empat daripada enam kluster tempat kerja itu ialah kluster Tapak Bina Bukit Mahkota dan Industri Jalan P/2A di Hulu Langat, kluster Tapak Bina Jalan Tampin di Klang serta kluster Tapak Bina Jalan Lapan Olak Lempit di Kuala Langat dan Klang.

Manakala dua lagi, kluster Industri Jalan Puchong Kajang di Sepang dan Petaling serta kluster Industri Meranti Permai Satu di Petaling, Sepang dan Hulu Langat.

Terdapat 303 kes positif dikesan daripada tujuh kluster berkenaan melalui hasil saringan terhadap 580 individu.

Hari ini, Selangor mencatatkan 4,645 kes baharu Covid-19 dengan 36 kematian iaitu 34 kes di hospital manakala dua lagi maut sebelum tiba di hospital (BID).

Categories
AGENDA NASIONAL

2,913 kluster dikesan pada fasa kedua gelombang ketiga Covid-19

SHAH ALAM, 18 OGOS: Sebanyak 2,913 kluster telah dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga Covid-19 pada 28 Mac lalu dengan 53.2 peratus atau 1,549 kluster adalah kluster tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tempat kerja berkenaan telah merekodkan 133,247 kes positif, 32 kes masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 370 kematian.

“Negeri yang melaporkan kluster tempat kerja tertinggi adalah Selangor dengan 414, Johor (322) dan Kuala Lumpur (149).

“Tiga sub-kluster tempat kerja tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh ini melibatkan sektor pengilangan (780 kluster), perkhidmatan (260 kluster) dan pembinaan (181 kluster),” kata Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Bagi baki 880 kluster atau 30.2 peratus pula, beliau berkata ia adalah kluster komuniti di mana 58,776 kes positif dikesan melalui kluster berkenaan dengan 14 masih mendapatkan rawatan di ICU dan 417 kematian telah dilaporkan.

“Negeri yang melaporkan kluster komuniti tertinggi adalah Kelantan dengan 239, Sarawak (171) dan Sabah (94).

“Kluster komuniti dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster), komuniti di rumah panjang (44 kluster) dan majlis sambutan perayaan (55 kluster),” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 80 peratus kes baharu Covid-19 tiada vaksin

SHAH ALAM, 18 OGOS: Sebanyak 83.3 peratus daripada 22,242 kes baharu Covid-19 hari ini didapati tiada atau tidak lengkap divaksin, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah 18,631 kes itu kategori satu (tidak bergejala) dan kategori dua (gejala ringan) merekodkan jumlah pesakit yang tinggi tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Berdasarkan perkongsian jadual pada kenyataan media, sebanyak 8,955 kes didapati tiada/tidak lengkap vaksinasi bagi kategori satu, manakala 9,297 bagi kategori kedua.

Bagi kategori ketiga (radang paru-paru) pula merekodkan 122 kes, kategori empat (perlu bantuan oksigen) 69 kes dan kategori lima (kritikal, gunakan ventilator) 188 kes.

“Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan Covid-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori tiga hingga lima,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 225 kes kematian akibat Covid-19 dilapor hari ini dengan jumlah tertinggi dicatat di Selangor dengan 74 kes.

Ia diikuti Johor dengan 37 kes, Kuala Lumpur (24), Sabah (18), Pulau Pinang (15), Kedah (14), Perak (sembilan), Negeri Sembilan (lapan), Melaka (tujuh), masing-masing enam di Kelantan dan Pahang, Terengganu (lima) serta Sarawak (dua).

Categories
AGENDA NASIONAL

Dr Noor Hisham turun padang, jadi penyuntik vaksin

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Dalam usaha membantu memastikan proses pemberian vaksin Covid-19 terus diperluaskan kepada setiap rakyat, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga tidak ketinggalan untuk ‘turun padang’ menjadi ‘vaccinator’, bersama pasukan vaksinasi bergerak.

Dalam lawatan kerja bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke projek rintis program vaksinasi bergerak di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat di Johor, hari ini, beliau sempat menyuntik vaksin kepada beberapa individu termasuk pesakit yang terlantar di rumah.

“Sehari bersama pasukan bergerak kami memberikan khidmat vaksinasi ke pasakit yang sukar untuk keluar ataupun terlantar di rumah,” katanya dalam catatan dan perkongsian beberapa keping gambar lawatan itu, di Facebooknya.

Projek rintis itu adalah program kerjasama pelbagai pihak iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Johor.

Dr Noor Hisham berkata, projek yang bermula sejak 14 Jun itu, merupakan usaha institut pengajian tinggi tempatan untuk membantu kerajaan, dalam meningkatkan liputan vaksinasi Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Menerusi projek itu, proses vaksinasi dilaksanakan dengan tiga kaedah penyampaian, iaitu pusat pemberian vaksin satelit di dewan Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat, bagi individu yang stabil dan perkhidmatan ‘outreach’ vaksin berpusat.

“Selain itu, lawatan rumah ke rumah dibuat bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya.

Beliau berkata garis panduan bagi pelaksanaan pemberian vaksin rumah ke rumah, disediakan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, demi menjaga keselamatan penerima vaksin dan tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi.

Bagi warga emas terlantar, lemah, uzur dan sakit peringkat akhir, beliau berkata penilaian akan dilakukan pegawai perubatan sebelum pesakit divaksin.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kes baharu, pesakit sembuh Covid-19 kekal empat angka

SHAH ALAM, 22 NOV: Kes Covid-19 kekal empat angka apabila merekodkan peningkatan sebanyak 1,096 kes hari ini berbanding 1,041 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 54,775.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah pesakit sembuh seramai 1,104 berbanding 1,405 semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh dan dibenarkan keluar hospital 41,597.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 12,843 kes aktif direkodkan setakat ini.

“Terdapat tiga kematian disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah korban adalah 335,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19.

Beliau berkata seramai 106 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala seramai 46 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal empat digit, lapan kematian

SHAH ALAM, 4 NOV: Kes positif Covid-19 hari ini merekodkan penurunan sedikit kepada 1,032 kes berbanding semalam 1,054 menjadikan jumlah keseluruhan 35,425.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 820 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 24,815.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah kekal tertinggi merekodkan Covid-19 apabila 646 kes baharu hari ini atau 49.45 peratus hasil saringan bersasar, sementara Selangor mencatatkan 231 kes, Negeri Sembilan (44), Kedah (25).

Beliau berkata sebanyak lapan kematian disebabkan Covid-19 iaitu tujuh di Sabah dan satu di Perak menjadikan jumlah keseluruhan korban pandemik itu 271.

“Terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 setakat ini adalah 10,339 kes.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Warga KKM masih bertahan perangi Covid-19 – KP kesihatan

PUTRAJAYA, 28 OKT: Tekanan tugas yang tinggi, kelesuan mental dan fizikal, sukar melelapkan mata di malam hari tidak mematahkan semangat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus berjuang memerangi penularan Covid-19 yang berlarutan di dalam negara.

Dr Noor Hisham berkata seluruh warga KKM termasuk beliau sendiri tidak terkecuali daripada terkesan akibat kelesuan mental dan fizikal dalam berhadapan dengan “musuh” yang tidak dapat dilihat itu.

“Setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sendiri (yang merasai) tekanan yang amat tinggi.

Kadang-kadang malam pun tak boleh tidur kerana pelbagai aktiviti yang kita fikirkan (mengenai) bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini. (Namun), setakat ini kita masih boleh bertahan,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata semasa menghadiri persidangan video bersama pakar-pakar perubatan di Sabah pagi ini, beliau berpendapat rata-rata daripada mereka masih bersemangat tinggi dalam membincangkan situasi pandemik Covid-19 negara.

Katanya lagi, petugas kesihatan perlu pandai menjalankan jadual bekerja secara penggiliran bagi memberi masa untuk mereka berehat.

“Tetapi, walaupun bagi masa (untuk) rehat kita kadang-kadang tak boleh rehat… bangun tengah malam memikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah. Ini semua cabaran untuk kita semua sama ada di lapangan, petugas barisan hadapan atau di sebalik tabir,” katanya.

Mengenai jumlah kumulatif petugas kesihatan yang dijangkiti wabak itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, seramai 949 petugas kesihatan mendapat Covid-19.

Beliau berkata kebanyakan daripada petugas kesihatan yang positif mendapat jangkitan dalam komuniti dan bukannya dari wad unit rawatan rapi (ICU) atau Covid-19.

“Apa yang penting apabila mereka terdedah dengan kes positf, kita kena kuarantinkan mereka dalam tempoh tertentu. Yang penting mereka kena patuh kepada tatacara operasi piawai (SOP).

Contohnya, kalau mereka berkhidmat di ICU dan wad Covid mereka kena patuh SOP sedia ada, namun banyak kes positif jangkitan bukan di dalam wad ICU atau Covid-19 tetapi daripada komuniti,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham dua kumpulan yang amat berisiko dijangkiti ialah ahli keluarga kepada pesakit positif dan petugas kesihatan.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 1,240 kes baharu, catat rekod tertinggi lagi

SHAH ALAM, 26 OKT: Penularan Covid-19 di Malaysia merekodkan angka tertinggi hari ini dengan 1,240 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 27,805 dengan 9,774 daripadanya kes aktif.

“Selain itu sebanyak 94 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 31 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

“Negara turut merekodkan tujuh kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 236 kes,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata negara merekodkan 691 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 17,825 kes (64.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengesan tiga kluster baharu iaitu Kluster Kapor di Kudat, Sabah merekodkan 30 kes serta Kluster Hampar di Rembau, Negeri Sembilan dan Kluster Penjara Tapah di Batang Padang, Perak masing-masing empat kes.

Malaysia pernah merekodkan 1,228 kes harian tertinggi pada 24 Oktober, 871 kes (18 Oktober) dan 865 kes (19 Oktober).