Categories
SELANGOR

Sultan berangkat ke majlis pemakaman Almarhumah Tengku Thuraya

SHAH ALAM, 21 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis pemakaman Almarhumah Tengku Thuraya Almarhum Sultan Ibrahim hari ini.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ke Makam Diraja Klang pada jam 9 pagi tadi.

“Tuanku Sultan berkenan menzahirkan perutusan takziah buat waris keluarga khususnya anakanda Almarhumah, Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj,” menurut Selangor Royal Office di Facebook.

Balu kepada Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah Alhaj Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang berusia 93 tahun itu dilaporkan mangkat semalam kerana sakit tua.