Categories
AGENDA BERITA UTAMA JENAYAH NASIONAL

Jangan jual, beli topeng muka logo tentera, polis – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agak tidak terlibat menjual, membeli dan menggunakan topeng muka atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata ini kerana pihaknya telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata hanya anggota PDRM dan ATM dibenarkan menggunakan topeng muka yang mempunyai logo tersebut.

“Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan di bawah Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 yang boleh dikenakan denda RM500 atau hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-duanya,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Huzir berkata amaran itu dikeluarkan berikutan terdapat individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan ATM Op Penawar 2020 seperti yang tular di laman sosial.

“PDRM tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan mempromosikan barangan berlogo PDRM dan ATM untuk dijual secara terang-terangan.

“Ia merupakan suatu kesalahan yang menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Hampir 50,000 anggota pantau Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Lebih kurang 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, Rela dan pihak berkuasa tempatan memantau pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain majlis keselamatan negeri, pusat pengurusan bencana daerah juga akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu.

Beliau berkata walaupun sehingga ini polis mendapati kadar pematuhan terhadap perintah itu adalah 90 peratus, beliau memandang serius baki 10 peratus itu memandangkan bilangan mereka juga besar jika diambil kira bilangan penduduk lebih 31 juta orang di negara ini.

Kerajaan juga setuju tempatkan polis dan tentera di kawasan pasar, pasar raya pantau pematuhan penjarakan sosial, kata Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Langkah itu perlu kerana tempat-tempat seperti pasar pagi dan pasar raya masih sesak walaupun perintah itu berkuat kuasa.

Mengenai penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ismail Sabri berkata ia dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan bukannya mengambil sebarang tindakan atau melaksanakan perintah darurat.

“Banyak khabar angin dan cerita tidak betul apabila kerajaan umumkan penglibatan ATM membantu polis. Kononnya setiap sekatan jalanraya ada kereta kebal. Nampak lucu. Tetapi inilah yang dihebohkan untuk takutkan orang ramai.

“Anggota ATM hanya membantu polis untuk menasihatkan orang ramai untuk patuh kepada arahan. Apa yang dilaksanakan adalah berkaitan akta pencegahan KKM, bukannya di bawah undang-undang darurat atau Majlis Keselamatan Negara.

“Memang benar ada hukuman penjara dua tahun, tetapi setakat hari ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu masih di peringkat nasihat. Namun mungkin berubah kepada tindakan yang lebih tegas jika tahap pematuhan masih rendah,” katanya.

Ismail Sabri sekali lagi menegaskan, penglibatan anggota ATM hanyalah untuk membantu polis dan bukan mengambli alih tugas mereka termasuk berkaitan tangkapan.

“Penugasan ini termasuk kawalan di pintu masuk dan sempadan selain kawasan berisiko tinggi. Selain tentera, kita juga dapatkan bantuan RELA seramai 1,462 anggota dan kira-kira 3,000 APM. Satu jawatankuasa dikendalikan polis, akan berbincang dari masa ke masa untuk penambahan anggota RELA,” katanya.

Beliau berkata selain itu, anggota polis dibantu ATM dan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau majlis daerah akan berada di lokasi orang ramai dilihat masih gagal mematuhi PKP seperti di pasar pagi dan pasar raya seluruh negara.

“Kita dimaklumkan, masih ada pelanggan yang bersesak-sesak untuk membeli barang keperluan. Social distancing (jarakan sosial) satu meter tidak dipatuhi. Saya faham pengguna perlu mendapatkan keperluan harian, tapi tolong renggangkan (jarak antara pelanggan lain),” katanya.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Liga Arab sokong majlis peralihan tentera Sudan

KAHERAH, 15 APRIL: Liga Arab pada Ahad menyuarakan sokongannya terhadap langkah-langkah yang diambil oleh majlis peralihan tentera Sudan susulan penyingkiran Presiden Omar al-Bashir, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan liga itu.

Kenyataan itu menyebut Liga Arab menyambut baik usaha yang dilakukan Leftenan Jeneral Abdel Fattah Burhan, ketua majlis peralihan tentera, setakat ini.

Kumpulan itu, yang berpangkalan di Kaherah, menggesa komuniti antarabangsa agar menyokong semua usaha yang akan membawa kestabilan dan konsensus kepada Sudan.

Pada 11 April lalu, tentera Sudan menggulingkan a-Bashir yang memerintah negara itu sejak 1989, susulan tunjuk perasaan popular selama berbulan-bulan terhadap pemerintahan pemimpin tersebut.

Pihak tentera turut mewujudkan sebuah majlis tentera bagi mentadbir negara itu dalam tempoh peralihan, selama dua tahun.

Pada 13 April lalu, Burhan berikrar akan melaksanakan pembaharuan politik dan ekonomi secara besar-besaran.

Dalam satu ucapan yang disiarkan melalui televisyen, Burhan berkata, tempoh peralihan negara itu selama dua tahun akan berakhir dengan pilihan raya yang adil dan bebas serta berjanji akan mengheret pihak yang terlibat dalam pembunuhan penunjuk perasaan dan rasuah di bawah rejim lama ke muka pengadilan.

Sementara itu, beribu-ribu penunjuk perasaan Sudan terus berhimpun di depan ibu pejabat tentera pada 14 April lalu di ibu kota Khartoum bagi menuntut agar kuasa dipindahkan kepada sebuah kerajaan awam.

– BERNAMA

Categories
GLOBAL

AS hantar tentera di sempadan Mexico ketat kawalan

WASHINGTON, 1 NOV: Ribuan tentera Amerika Syarikat (AS) dikerahkan segera ke sempadan AS-Mexico sebagai tambahan kepada pengawal sempadan sedia ada untuk mengetatkan lagi kawalan keselamatan.

Memetik BERNAMA, pihak berkuasa AS memaklumkan tentera diperlukan bagi mengekang kemasukan kumpulan besar pendatang dari negara Amerika Tengah yang dijangka tiba di sempadan.

Jumlah penempatan anggota tentera akan berubah setiap hari, tetapi setakat ini Pentagon menghantar 5,239 anggota dan akan ditempatkan selama 45 hari, manakala seramai 2,000 anggota lain diarahkan bersiap sedia.

Ketua Angkatan Tentera Darat AS, Jeneral Terrence O’Shaughnessy berkata, tentera akan menumpukan kepada “memperkuatkan” laluan sempadan dan kawasan sekitarnya.

Tentera juga akan menyediakan sokongan perubatan dan perumahan sementara untuk pengawal sempadan.

Sementara itu, menurut kumpulan bantuan dikenali Pueblos sin Fronteras, kumpulan pertama seramai kira-kira 4,000 orang tiba di bandar Juchitan, di Oaxaca pada Khamis.

Satu lagi kumpulan kira-kira 2,000 orang berjaya menyeberangi Sungai Suchiate yang memisahkan Mexico dari Guatemala sehari sebelumnya.

Kebanyakan migran berjalan kaki dan masih berada ratusan kilometer dari sempadan AS dan mengambil masa lebih 45 hari untuk tiba ke sempadan negara itu.

Categories
NASIONAL

MACVA galak lebih ramai kaum Cina sertai tentera

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA) menggalakkan lebih ramai belia berbangsa Cina membabitkan diri dalam pengambilan perajurit muda.

Presiden MACVA, Tan Pau Son berkata, MACVA kini bekerjasama dengan Cawangan Sumber Manusia (CSM) Tentera bagi mempromosikan menarik lebih ramai belia Cina menyertai tentera, sekali gus menyumbang kepada keselamatan serta pembangunan negara.

“Sehingga kini, ahli veteran MACVA berjumlah lebih kurang 1,000 orang yang sudah memerah keringat muda mereka berkhidmat kepada raja dan negara dengan penuh kesungguhan serta kebanggaan.

“Bagaimanapun, kita sedih dengan penurunan besar dalam kalangan orang Cina yang membabitkan diri dengan kerjaya tentera, malahan jika dibandingkan penyertaan sukarela pada era 50an hingga 80an lalu amat berbeza,” katanya pada sidang media, di Pejabat MACVA, Mid Valley, di sini.

Sementara itu, Pau Son berkata, beliau percaya penurunan drastik itu mungkin disebabkan pelbagai faktor antaranya persekitaran damai yang dilakukan oleh pengisytiharan akhir pemberontakan, pada tahun 1989.

Selain itu, katanya, faktor lain pula adalah perindustrian pesat di negara ini mewujudkan peluang pekerjaan yang besar, sekali gus kurangnya minat belia Cina untuk menyertai tentera.

“Pembangunan baru ini menarik ramai belia Cina untuk meneroka industri berasaskan teknologi, malahan pendidikan menjadi satu aspek penting untuk masa depan yang lebih baik kepada kebanyakan keluarga.

“Namun, kita sangat gembira kerana pihak tentera sedang mengambil langkah yang sesuai untuk meningkatkan penyertaan belia Cina melalui program promosi dan pengambilan, di seluruh negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pertahanan dan keselamataan negara adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia yang berwibawa dan setia tanpa mengira agama atau budaya.

Beliau berharap, meritokrasi dipromosi secara agresif di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya yakin bahawa meritokrasi akan diamalkan di angkatan tentera dan ini akan membantu mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap angkatan itu.

“Saya amat gembira untuk memaklumkan bahawa ahli kami sangat optimis dengan inisiatif CSM ini. Ramai anggota termasuk jeneral veteran menjadi sukarelawan untuk pengambilan.

Terdahulu, MACVA atas inisiatif sendiri memulakan “Tentera Sebagai Kerjaya” pada tahun 2016 membabitkan pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), di Setapak.

Selain TAR UC, MACVA turut mendekati Lembaga Sekolah Confucius dengan tujuan untuk mempromosikan kerjaya tentera kepada pelajar sekolah berkenaan.

Categories
NASIONAL

Ketenteraan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara

SHAH ALAM, 9 OGOS: Malaysia memiliki kekuatan tentera paling lemah di Asia Tenggara, jauh ketinggalan berbanding Vietnam serta Indonesia.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, keadaan itu sama sekali berbeza, pada era 70-an ketika kuasa ketenteraan Malaysia terkuat di rantau ini.

“Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah.

“Malu kita, kalau pergi ke peringkat antarabangsa, justeru saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali kepada kedudukan nombor satu,” katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah berhubung kekangan pasukan keselamatan dari aspek campur tangan kementerian dan peruntukan.

Pada masa sama, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara mengakui pasukan keselamatan tidak mempunyai peruntukan mencukupi.

Katanya, kerajaan hanya memperuntukkan RM1.2 bilion atau 62 peratus daripada jumlah yang dipohon.

Categories
SELANGOR

30 tahun ‘terabai’, MB salur RM7,000 pesara tentera DUN Paya Jaras

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI BULOH, 24 MAC: Prihatin terhadap jasa bakti perajurit tanah air yang berjuang mempertahankan kemerdekaan negara, Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan kepada pesara tentera, Khairuddin Abu Omar, 64.

Bantuan RM7,000 disalurkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di bawah peruntukan RM1 juta, sebagaimana pernah diumumkan pentadbiran negeri pada Oktober, tahun lalu.

“Bantuan seperti ini sudah dilaksanakan sejak dua tahun lalu, dengan peruntukan khas untuk menjaga kebajikan veteran tentera dengan jumlah peruntukan RM1 juta.

“Daripada jumlah itu, RM500,000 disumbangkan kepada Tabung Pahlawan Negeri sementara lainnya digunakan untuk tujuan pemberian bantuan turun padang.

“Sudah tentu Kerajaan Negeri merasakan menjadi tanggungjawab kami melihat kebajikan golongan ini terpelihara kerana ramai penjawat awam dan bekas tentera menetap di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin ditemui media selepas hadir turun padang menyerahkan bantuan kepada bekas perajurit itu di kediaman Khairuddin Abu Omar di Paya Jaras.

Sementara itu, bagi Khairuddin Abu Omar, beliau yang menamatkan perkhidmatannya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat menyambut baik inisiatif Selangor dalam mengangkat kebajikan golongan itu.

Beliau berkata, inisiatif sama perlu dilaksanakan di peringkat Persekutuan bagi menjamin kesejahteraan golongan itu, lebih-lebih lagi kepada anggota yang mengalami kecederaan kekal akibat peperangan.

“Sudah 30 tahun saya bersara, akhirnya pengorbanan kami dihargai. Walaupun tidak pernah menerima manfaat serupa di peringkat Persekutuan, namun saya cukup berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar.

“Walaupun sibuk, beliau sanggup turun padang dan menyerahkan bantuan itu sendiri kepada saya.

“Sedikit sebanyak bantuan ini akan digunakan untuk meneruskan kehidupan saya sebagi pesara tentera,” katanya.

=EZY=

 

Categories
NASIONAL

Ada masa kena berani jadi ‘Hang Jebat’

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 JAN: Anggota tentera dan keselamatan negara lain diseru untuk berani melakukan perubahan kepimpinan negara dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti (PRU14).

Pesara tentera, Kapten (B) Zainal Abidin Naus berkata, rakyat dan negara kini semakin kritikal dan tenat dengan urus tadbir Putrajaya yang caca merba.

Katanya, ia menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi selain kedaulatan negara kini terdedah kepada pendatang luar.

“Pesara juga tertekan kerana duit pencen tidak mencukupi dan mendesak kami untuk terus bekerja bagi menampung kehidupan walaupun selepas bersara.

“Dahulu, tentera dan polis taat masuk hutan menjaga negara tetapi sekarang orang luar disambut dan diberi peluang melabur projek mega.

“Kita mahu jika Pakatan Harapan ambil Putrajaya, batalkan semua perjanjian sebegitu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018, di IDCC di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, perubahan juga amat dilakukan di peringkat tentera bagi menjamin masa depan lebih baik dan adil buat mereka.

“Rasanya kita tidak perlu lagi setia membuta tuli seperti Hang Tuah.

“Ada masanya kita perlu juga berani bertindak seperti Hang Jebat,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

SPRM siasat dakwaan peralatan tentera hilang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menjalankan siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena yang dipercayai mengandungi peralatan radar tentera, baru-baru ini.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya memaklumkan, pasukan penyiasat khas akan digerakkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes terbabit untuk tindakan lanjut.

“Pasukan penyiasat akan menilai maklumat yang diperolehi untuk mengenalpasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian itu.

SPRM“SPRM juga akan mengambil keterangan daripada beberapa orang pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

“Selain itu, SPRM akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar itu,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan sistem peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi berjilai jutaan ringgit hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, baru-baru ini.

Difahamkan, sistem peralatan radar terbabit dikatakan dalam perjalanan transit dari Australia ke Belanda dan ditahan JKDM sementara menunggu dokumen diperlukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam menafikan kontena berisi radar itu hilang sebaliknya mengesahkan ia sudah sampai ke Belanda melalui Pelabuhan Rotterdam, lapor Berita Harian.

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Turki tamatkan kempen tentera di Syria

ISTANBUL, 30 MAC: Kerajaan Turki menamatkan kempen tentera di utara Syria, namun tidak menolak kemungkinan mewujudkan kempen ketenteraan baharu di negara bergolak itu dengan nama berbeza, kata Perdana Menterinya, Binali Yildirim, semalam.

Penamatan kempen tentera di utara Syria itu diumumkan tanpa menyatakan sama ada Turki akan membawa keluar askarnya dari negara jiran berkenaan.

“Euphrates Shield sudah berakhir. Jika perlu, operasi yang mungkin dilaksanakan selepas ini akan diberi nama lain.

PM Turki“Bermula dari sekarang, jika ada ancaman terhadap keselamatan kita sama ada Daesh atau kumpulan lain dan mahu tindakan diambil, maka ia adalah operasi baharu,” kata Yildirim kepada televisyen swasta NTV lapor AFP.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MGK) dipengerusikan Presiden Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan berkata, operasi setengah tahun di negara jiran itu dianggap berjaya.

“Operasi Euphrates Shield bertujuan memastikan keselamatan di sempadan negara dan membanteras ancaman Daesh serta serangannya yang menyasarkan Turki. Ia sudah tamat dengan jayanya,” kata MGK selepas mesyuarat di istana Erdogan di Ankara.

Namun, masih kurang jelas sama ada ia petanda membabitkan rancangan menarik keluar tentera Turki di Syria atau kempen itu bakal disambung di lokasi lain dengan nama berbeza.

Turki melancarkan kempen ketenteraan di Syria iaitu Euphrates Shield yang menyasarkan kumpulan militan Daesh dan Kurdis kerana Ankara menganggap mereka pengganas, pada Ogos 2016.

-NFN-

Upah polis, tentera pangkat rendah diambil bayar biaya projek?

Putrajaya perlu menjelaskan mengapa upah polis dan tentera berpangkat rendah mahu diambil untuk membayar pembiayaan sektor perumahan awam.

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor kurnia pingat pekerti terpilih kepada anggota keselamatan

SHAH ALAM 30 SEPT: Dua anggota keselamatan, Sub Inspektor Hazizah binti Omar dan Sarjan Mejar Mohd Salleh bin Hussain, dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DSC_0073

Hazizah dan Mohd Salleh menerima pingat mengiktiraf perbuatan yang terbilang dan pekerti terpilih dalam satu istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, semalam.

Mewakili Baginda Tuanku, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang diiringi oleh Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

DSC_0014

Mendahului senarai 25 penerima P.P.T ini ialah Yang Mulia Raja Harun bin Raja Abdul Malek dan Yang Mulia Raja Azman bin Raja Tahir.

Di majlis yang sama, Penolong Kanan Penguasa Bomba Radzuan bin Mohd Nor dikurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) diatas khidmat yang cemerlang dan kelakuan terpuji sepanjang 7 tahun atau lebih berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.

DSC_0078

Sementara itu, jasa dan ketaatan Pegawai Waran I, Mohamad Yaacob bin Wahab, Pegawai Waran JJM Zulkefli bin Mohamed, Pegawai Waran II Mohd Razali bin Mansor, Sarjan Sudiskumar A/L Chinnamuthu, Sarjan Mohd Fazil bin Ahmad, Sarjan Rostamizi bin Haji Raus, Sub Inspektor (sukarelawan) Zarina binti Osman, Inspektor (sukarelawan) M. Aziz bin Hamid, Lans Koperal (sukarelawan) Abdul Malek bin Abdul Hamid ketika menjalankan tugas demi negeri Selangor diiktiraf dengan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

Seramai 180 orang menerima kurnia daripada Tuanku di sambutan kali ini.

HM