Categories
AGENDA NASIONAL

Kedai alat ganti kereta terpakai musnah, terbakar

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Sebuah kedai menjual alat ganti kereta terpakai di Taman Segambut di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.50 petang sebelum lapan jentera bomba dari balai Sentul, Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh, tiba di lokasi kejadian.

“Setakat ini tiada mangsa dilaporkan dan kebakaran tersebut melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai berkeluasan 4,000 kaki persegi yang terbakar hampir 90 peratus.

“Operasi pemadaman melakukan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’, dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan api merebak ke kawasan lebih besar,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan JBPM itu menyatakan setakat 8.30 malam tadi, kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan.

Kebakaran berhampiran susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Selayang itu turut mengakibatkan trafik sesak dari Jalan Loke Yew sehingga lokasi di Jalan Kuching.

Kejadian tersebut turut tular di laman sosial, dengan pengguna memuat naik gambar dan video kejadian berkenaan yang memaparkan api sedang marak dan kepulan asap tebal.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pemadaman lokasi sisa tayar kitar semula terbakar dijangka selesai esok

KUALA LANGAT, 29 JUN: Operasi pemadaman kebakaran kawasan menempatkan sisa tayar kitar semula di atas jeti persendirian di Jalan Bandar Lama, Telok Panglima Garang di sini dijangka tamat esok.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata setakat ini pihaknya menggunakan kaedah menggali dan menyiram kawasan terbakar di timbunan sisa setinggi 12 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor

“Setakat ini kebakaran masih terkawal dan disyaki berpunca disebabkan terdapat bahan mudah terbakar selain faktor cuaca panas.

“Siasatan hanya dijalankan apabila operasi pemadaman selesai di kawasan terbakar seluas 0.37 hektar itu,” kata Hafisham Mohd Noor ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau seramai 38 anggota dan pegawai melibatkan enam balai bomba ditugaskan dalam operasi pemadaman berkenaan.

Katanya, balai terlibat ialah Telok Panglima Garang, KLIA, Shah Alam, Puchong, Serdang, Kota Anggerik dan Sungai Pinang.

Categories
AGENDA NASIONAL

Bomba: Hanya lima peratus kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat belum padam

SHAH ALAM, 7 MAC: Tinggal lima peratus daripada lapan kompartmen kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar belum dipadamkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata kawasan terbabit ialah kompartmen 17, manakala kompartmen 7, 12, 13, 14, 15, 16 dan 20 sudah padam sepenuhnya, lapor Harian Metro.

“Selain pemadaman secara terus melalui darat dan bantuan pengeboman air dari udara, hujan malam tadi dan pagi ini juga membantu mempercepatkan pemadaman kebakaran di kawasan itu,” kata Norazam Khamis.

Beliau menambah pasukannya turut berdepan cabaran memadamkan kebakaran dari udara hari ini disebabkan cuaca tidak menentu dan angin kencang.

Khamis lalu, Norazam menjangkakan kebakaran di kawasan tanah gambut di pinggir hutan itu dapat dipadamkan sepenuhnya dalam lima hari jika tiada perebakan di kawasan baharu.

Pada 28 Februari, dilaporkan kira-kira 34 hektar kawasan Hutan Simpan kekal Kuala Langat Selatan terbakar berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata kebakaran itu meliputi 0.45 peratus daripada 7,416 hektar keseluruhan kawasan hutan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Dua gerabak terbakar, khidmat monorel tergendala

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Dua gerabak monorel terbakar di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral hari ini menyebabkan perkhidmatan tren itu tergendala.

Tiada kecederaan dilapor dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Mohamad Iqbal Zakaria berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 7.27 pagi dan menggerakkan lima jentera bersama 21 anggota ke lokasi.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 8.56 pagi. Kesemua penumpang dikeluarkan dari gerabak oleh petugas Stesen Monorel Jalan Maharajalela sebelum bomba sampai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu gerabak berkenaan dikatakan mendengar bunyi letupan ketika pengangkutan awam itu sedang bergerak menuju ke Stesen Monorel Jalan Maharajalela.

“Kerana tidak mahu mengambil risiko, pemandu itu menghentikan gerabak di stesen itu bagi menurunkan sembilan penumpang walaupun pada masa itu monorel berkenaan belum terbakar. Ketika pasukan bomba tiba, api sudah marak,” katanya dan menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad menerusi kenyataan menjelaskan satu daripada 64 tayar yang digunakan oleh tren empat gerabak itu meletup dan terbakar, dipercayai kerana tekanan angin tayar yang rendah.

Menurut kenyataan itu, kesemua penumpang selamat diturunkan di Stesen Maharajalela sebelum tren itu terbakar.

Berikutan kebakaran itu, perkhidmatan tren ulang-alik diaktifkan pada 7.38 pagi untuk perkhidmatan antara Stesen Titiwangsa dengan Stesen Hang Tuah.

“Pada masa sama, perkhidmatan van perantara percuma turut disediakan untuk membawa penumpang antara Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan dan Maharajalela.

“Tren itu ditunda keluar dari Stesen Maharajalela pada 10.59 pagi ke depoh untuk siasatan lanjut. Penumpang yang terjejas ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter Monorel. Rapid KL kesal dan memohon maaf atas insiden berkenaan dan kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Bilik stor Hospital Kuala Lumpur terbakar

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Stor menyimpan fail di tingkat empat Hospital Kuala Lumpur terbakar malam tadi, sehingga menyebabkan beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang.

Komander Operasi Kanan PBK II Hamzah Mohd Isa berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.07 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, serta pasukan forensik dengan kekuatan lapan anggota.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail berkeluasan 8×12 kaki persegi.

“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa pesakit dipindahkan ke kawasan lapang bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Sehingga jam 1.10 pagi ini, pesakit sudah kembali ke wad masing-masing, selepas pasukan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Asrama tahfiz perempuan Banting terbakar, 131 pelajar selamat

SHAH ALAM, 4 OGOS: Seramai 131 pelajar perempuan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Kuala Langat di Banting terselamat selepas bangunan asrama didiami mereka terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kejadian berlaku jam 5.45 pagi ketika pelajar terbabit bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

“Kebakaran berlaku di tingkat empat, tingkat atas sekali. Tindakan pantas bomba dapat memadamkan api dan hanya 40 peratus struktur tingkat hangus terbakar.

“Punca kebakaran belum diketahui dan masih disiasat. Bagaimanapun semua pelajar selamat dan tiada kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafisham berkata seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Telok Panglima Garang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Seksyen 7 Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba jam 6.05 pagi selepas mendapat panggilan pada 5.49 pagi. Api padam sepenuhnya 20 minit kemudian,” katanya.

Categories
GLOBAL

Tidak kurang 10 kedai di pasar minggu Chatuchak terbakar

BANGKOK, 2 Jun : Sekurang-kurangnya 10 buah kedai di Pasar Minggu Chatuchak yang terkenal di Bangkok terbakar malam ini tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok dalam satu kenyataan berkata kebakaran berlaku di salah sebuah kedai di Gate No.1 kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan).

Kebakaran tersebut dapat dikawal pada jam 10.08 malam (waktu tempatan).

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat. ” kata kenyataan itu.

Pasar Minggu Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand dengan mempunhyai lebih 15,000 gerai.

Pasar minggu itu yang juga dikenali sebagai JJ Market merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Bangkok yang menjual pakaian, buku, aksesori rumah, makanan dan minuman, kosmetik, barang antik, dan tumbuh-tumbuhan. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

30 peniaga Masjid India berputih mata bazar terbakar

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Berbaki dua minggu sahaja lagi untuk menyambut kedatangan Syawal, nasib tidak menyebelahi 30 peniaga apabila gerai perniagaan mereka musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Masjid India, di sini, awal hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur L. Logeswaran berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.45 pagi.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari balai Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa serta bantuan dari Pudu.

“Tiga puluh unit gerai yang antaranya menjual pakaian, beg dan kasut terbakar sepenuhnya dan kami dapat padamkan api sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gerai-gerai di hadapan Wisma Yakin itu adalah antara yang menjadi tumpuan pengunjung menjelang Aidilfitri bagi membeli barang keperluan untuk sambutan Hari Raya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. -BERNAMA

Categories
SELANGOR

Empat bilik Sekolah Menengah Kebangsaan Meru terbakar

KLANG 12 JAN: Empat bilik di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Jalan Bukit Kapar, Klang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kelas yang terletak di tingkat dua itu dipercayai terbakar pada jam 5.30 pagi.

Sek Men terbakarTiada mangsa terlibat dalam kejadian.

Bomba menerima panggilan kebakaran pada jam 5.37 pagi dan jentera sampai pada jam 5.56 pagi.

Laporan awal Bomba menyatakan kebakaran itu melibatkan bangunan sekolah kelas di tingkat dua dengan empat kelas terlibat.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor berkata sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa berikutan kebakaran itu hanya membabitkan bilik darjah yang menempatkan bilik disiplin serta makmal.

“Kejadian itu juga tidak membabitkan pelajar dan kakitangan sekolah disebabkan kebakaran tersebut berlaku awal pagi iaitu sebelum sesi pembelajaran bermula,” kata Zainuren

GAMBAR : Sumber FACEBOOK

EZY

Categories
NASIONAL

Blok Menara Parlimen terbakar

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Blok Menara, Bangunan Parlimen dikejutkan dengan kejadian kebakaran kecil pagi ini.

ParlimenInsiden itu berlaku di tingkat 15 yang menempatkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada mesin pemotong kertas.

Seramai 19 anggota bomba pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul juga Hang Tuah bergegas ke tempat kejadian yang berlaku pada jam 9.41 pagi.

“Pasukan bomba tiba pada jam 9.54 pagi dan kebakaran dipadam sepenuhnya sebaik tina di lokasi oleh sistem ‘sprinkler’ bangunan,” katanya dalam satu kenyataan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Keprihatian Kerajaan Negeri kurangkan beban peniaga Uptown Seksyen 24

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 OKT: Walaupun nilai RM500 tidak seberapa, tetapi keprihatinan Kerajaan Negeri sedaya upaya membantu memberi nilai besar di hati peniaga Uptown Seksyen 24, di sini.

Peniaga, Azizul Hakim Samuri, 30, yang menerima bantuan khas dari Kerajaan Negeri selepas perniagaan pakaian yang diusahakannya sejak 2005 musnah dalam satu kejadian kebakaran, pada 15 Oktober lalu.

AZIZUL HAKIM SAMURI 30 KEDAI PAKAIAN“Saya bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan ini, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian sementara menanti tapak yang dijanjikan untuk saya kembali berniaga,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran itu, Azizul menanggung kerugian hampir RM200,000 selepas lot kedai dan semua barangan perniagaannya gagal diselamatkan.

Beliau antara 153 peniaga Uptown Shah Alam yang menerima bantuan kewangan bencana RM500 dari Kerajaan Negeri melalui Majlis Penyerahan Bantuan Khas kepada mangsa kebakaran di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, semalam.

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan lebih RM1 juta membabitkan bantuan kewangan bencana RM76,500 dan pinjaman kewangan Skim Miktokredit Bandar (MiMBAR) RM930,000.

MOHD ZAMRI IDRIS 42 KEDAI PAKAIANBagi, Mohd Zamri Idris, 42, tawaran pinjaman kewangan maksimum tanpa faedah MIMBAR berjumlah RM5,000 seorang itu membantu memulihkan semangat peniaga untuk kembali memulakan perniagaan.

“Semangat kami kembali pulih selepas jatuh terduduk melihat kedai kami musnah dijilat api. Dengan bantuan ini, dapatlah kami memulakan perniagaan di tapak baru nanti,” katanya yang kerugian lebih RM300,000.

Sementara itu, Naib Pegerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Uptown Shah Alam (PPPUT) Mohd Yusuf Sairan, 52, berharap tapak sementara itu dibina dengan perancangan yang rapi merangkumi semua aspek.

MOHD YUSOF SAIREN 52 NAIB P.PERSATUAN PEMILIK UPTOWN SHAH ALAM“Ini perlu, kerana kami terpaksa berniaga di tapak itu dalam tempoh yang agak panjang sementara menanti projek baik pulih uptown siap sepenuhnya.

“Selain susun atur lot kedai dan kemudahan awam, soal pakir juga perlu difikirkan kerana ia akan dibina di atas kawasan berkenaan dan sudah tentu petak akan berkurangan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kehidupan penduduk terjejas akibat kebakaran hutan

Oleh: NAEEM RAFFI

BANTING, 16 OKT: Masalah jerebu ekoran kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat saban tahun menjejaskan kehidupan rakyat terutama penduduk Kampung Orang Asli Pulau Kapas, di sini.

Bukan sekadar habuk dan asap tebal, tahap kesihatan atau aspek keselamatan mereka turut terjejas setiap kali kebakaran terbuka.

Demikian keluhan penduduk ketika Selangor Kini meninjau perkampungan itu, penempatan paling hampir dengan lokasi kebakaran.

Nur Syaliza Abdullah, 27“Ahli keluarga sering batuk, selesema dan sesak nafas ekoran asap tebal dan habuk. Orang dewasa dan warga emas pun tidak tahan, sering sakit kepala dan batuk, inikan pula anak kecil saya. Dia selalu selesema, ada kalanya sesak nafas,” kata Nur Khalijah Abdullah, 42.

“Setiap kali jerebu, pekerjaan memetik kelapa sawit dan berkebun terpaksa dibataskan. Ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan, bahkan mata pencarian rezeki saya turut terkesan,” kata Mat Usman, 30.

“Saya bekerja di Putrajaya. Tiap kali jerebu, saya perlu lebih berhati-hati dan memasang lampu kenderaan walaupun siang. Pandangan terhad boleh menyebabkan kemalangan kerana jalan utama di kampung kecil dan berselekoh,” kata Siti Nuraida Abdullah, 44.

Siti Nuraida Abdullah, 44Pada 10 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, turut melawat lokasi kebakaran terbabit.

Mohamed Azmin berkata, tanah gambut berpotensi besar menjadi faktor berlaku kebakaran dan sukar dikesan kerana bermula di bawah tanah.

Katanya, pemantauan berterusan perlu dipertingkat bagi mengelakkan kebakaran tanah gambut di kawasan hutan berulang hingga menyebabkan pencemaran udara yang serius.

Sepanjang tahun ini, tiga kebakaran hutan dicatat di Hutan Simpan Kuala Langat iaitu sekitar Februari, Jun dan Ogos lalu.

Kebakaran Februari lalu direkod sebagai terbesar tahun ini dengan keluasan meliputi 294 ekar yang menelan kos RM210,547.53.

-NFN-