Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

100 HARI: Aksi terjah MB tarik minat rakyat

Yang diidami ialah pemimpin yang peduli rakyat, sanggup merasai kesusahan masyarakat yang dipimpinnya.

Tidak hanya memberi arahan dari atas, sebaliknya turut bersama-sama saat susah senang rakyat.

Ini terkesan pada sosok Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

IMG-20141116-WA0001Tempat bermasalah biar-pun kotor dan busuk bukan halangan untuk diterjah, meski
di sebalik kesegakannya ber-baju kemas, lazimnya berkemeja putih.

Ia menjadi bualan kedai kopi, bahkan menarik perhatian media tempatan, juga akhbar Indonesia hingga mendapat jolokan Jokomin, akronim Jokowi-Azmin.

Dari lambakan sisa sampah tapak pembuangan haram di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Mohamed Azmin juga turun ke perut Sungai Udang berhampiran Kampung Nakhoda.

Ia berikutan masalah sampah sarap menjadi antara punca banjir kilat di kawasan itu.

Beliau juga tidak teragak-agak memeriksa lori tanpa permit yang beroperasi di kawasan itu.

Apabila berlaku bencana alam, Mohamed Azmin tidak berfikir dua kali untuk bersama-sama kepayahan rakyat.

MB di Sawah Padi Sekinchan (3)Dalam tempoh 24 jam, dua kali beliau menziarahi penghuni Pangsapuri Teratai, Hulu Selangor yang berdepan masalah tanah runtuh pada 22 Oktober lalu.

Dua hari kemudian, Mohamed Azmin merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin penyembur baja ketika mengunjungi Bendang Padi Side B di Sekinchan.

Beliau juga meninjau Jeti Nelayan Bagan Sekinchan untuk mendengar sendiri masalah mereka sekaligus menyelesaikannya.

Di Pulau Ketam, Mohamed Azmin pada 17 Oktober lalu tidak kekok berbasikal untuk memesrai rakyat, sekali gus menyelami masalah mereka.

Terjahan itu, hasilnya mengatasi pencemaran sampah, selain menyelesaikan isu Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Pada 31 Oktober pula, penumpang bas dikejutkan dengan kehadirannya yang menaiki pengangkutan awam itu untuk melihat keberkesanan sistem itu.

Pada 16 November, Mohamed Azmin berbekalkan but ‘Phua Chu Kang’ dan berbatik jawa ala Jokowi ‘terjun’ longkang bagi program Gerak Gempur Aedes.

Hingga kini, beliau meneruskan aksi terjah ke pelusuk negeri, bahkan di luar Selangor pun, Mohamed Azmin tidak teragak-agak melakukannya selagi ia membantu rakyat terbanyak.

Categories
SELANGOR

MB terjah lokasi kempen perangi denggi 9 November

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menerjah ke salah satu lokasi Program Terjah dan Musnah Aedes Selangor 2014 dalam usaha memerangi wabak di negeri itu, pada 9 November ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lokasi yang menjadi pilihan Dato’ Menteri Besar sengaja dirahsiakan supaya program itu dinantikan semua pihak dan masyarakat Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri amat serius memerangi wabak denggi kerana begitu meruncing dengan catatan tinggi sejak awal Januari hingga akhir Oktober lalu.

Azmin denggi“Untuk memperlihatkan betapa seriusnya usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras wabak denggi, Dato’ Menteri Besar sendiri akan turun dalam Program Terjah dan Musnah Aedes di salah satu lokasi hotspot denggi di Selangor, pada 9 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014”, di sini, semalam.

Turut hadir, Mohamed Azmin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohammad Roslan Sakimin.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Orang-ramai mahu MB terjah PBT secara berterusan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ramai pihak menyokong tindakan Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terjah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bagi meninjau masalah dihadapi rakyat.

Menteri Besar juga diharap menjalankan tindakan itu secara berterusan supaya umum tidak akan melabelnya hanya sekadar gimik pada masa depan.

Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, program turun padang pertama Azmin menunjukkan fokus dan cara kerja beliau yang mahu melihat dan memahami masalah dan keperluan rakyat.

IMG_7049a“Kita faham isu mengenai sampah dan sampah haram memang menjadi isu utama di peringkat PBT dan Menteri Besar sudah memberi arahan untuk tindakan segera dalam tempoh tiga bulan ini.

“Saya harap gerak kerja ini berterusan dan budaya turun padang iaitu bertemu pegawai, bertemu rakyat diteruskan,” katanya.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pula berkata, terlalu awal untuk menilai tindakan dibuat Azmin kerana ia ibarat ‘penyapu baru’ yang tentunya mahu setiap masalah dihadapi diatasi segera.

Namun, katanya, fokus yang lebih utama adalah menangani isu besar seperti perumahan untuk rakyat miskin Selangor.

IMG_7062a“Kita tidak tahu ini gimik atau tidak tetapi isu yang lebih besar adalah keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) harus dikembalikan. Cara bagi mengangani isu ini ialah betul-betul menangani masalah bersangkut paut dengan rakyat,” katanya.

Mohd Najib Abdul Rahim dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) pula berpandangan Azmin menunjukkan contoh yang bagus selaku Menteri Besar dengan tindakan dilakukan.

IMG_6626a“Gimik atau tidak, itu bergantung kepada persepsi umum. Saya nampak Menteri Besar turun padang untuk melihat masalah rakyat adalah satu usaha yang baik. Satu komitmen yang baik,” katanya sambil berharap Azmin mengambil berat isu berkaitan Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

IMG_7064a“Ia permulaan yang bagus. Saya rasa Azmin ada potensi sebagai Menteri Besar. Kita tengok keputusannya dalam tempoh beberapa bulan. Beri dia peluang,” itu pula pendapat disuarakan Serena Tay, 41.

HM

Categories
SELANGOR

Orang ramai harap Azmin terus terjah masalah rakyat, bukan gimik

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 OKT: Langkah pertama Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerjah kawasan pembuangan sampah dan penempatan haram semalam dihamburi pujian masyarakat.

Tinjauan di laman rasmi Facebook Azmin, rata-rata rakyat meninggalkan komen mengucap tahniah dan berharap agar Ahli Parlimen Gombak itu meneruskan komitmen berkenaan.

1604460_10204764065812711_2006421474052461441_n (1) (1)Shahbudin Ismail menyifatkan tindakan Azmin sebagai di luar amalan pemimpin di peringkat persekutuan.

“Menteri UMNO tak buat macam ini. Kalau ada pun mesti ada karpet merah.

“Terjah YAB, kami sokong 100 peratus,” ucapnya.

Sementara itu, ada juga suara yang mengucapkan tahniah atas pembentukan pasukan pentadbiran negeri ‘muda’ yang diketuai Azmin.

“Kita memang perlukan pemimpin-pemimpin muda.

“Dalam kabinet melambak pemimpin yang dah senja dan berkarat. Ubah,” tegas Bravia Braga.

MBterjah2

Rosnba Jamil pula menekankan agar orang ramai turut memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri agar permasalahan sama tidak berulang.

“Rakyat pun kenalah jadi mata, telinga, tangan dan kaki yang menyokong penuh padu dan jujur. Bekerja bersama-sama pasti lebih mantap,” katanya.

“Kalau Azmin Ali kekalkan momentum macam ini, Insya Allah Umno-BN susah nak dapat balik Selangor,” luah Nasa Ozil pula.

MBterjah3

Semalam, Azmin mengisi aktiviti program mesra rakyat pertamanya dengan menerjah pusat pembuangan sampah haram di Sungai Kertas Batu Caves.

Beliau antara lain sempat memeriksa lori tanpa permit yang beroperasi di kawasan itu dan turun ke longkang untuk meneliti masalah banjir kilat di sekitar Kampung Nakhoda.