Categories
AGENDA NASIONAL

Akhbar The Edge Financial Daily henti operasi cetak hari ini

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Akhbar The Edge Financial Daily menuruti jejak langkah akhbar Malay Mail dengan memberhentikan edisi cetakannya selepas beroperasi selama 13 tahun hari ini, dan menumpukan sepenuhnya kepada edisi digital.

Akhbar yang dilancarkan pada 22 Mei 2007 itu terkenal dalam kalangan “orang ekonomi” dan dikatakan menerima tempias berikutan pandemik Covid-19, namun langkah pendigitalan dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk terus bertahan dalam industri media negara.

Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ho Kay Tat serta Ketua Pengarang Azam Aris dalam satu nota kepada pembaca bertajuk ‘FD says goodbye after 13 years’ berkata, akhbar itu pada mulanya terus bertahan biarpun pernah terkesan dengan krisis ekonomi global dan kes penggantungan operasi pada 2015.

“Sedihnya, FD (Financial Daily) tidak dapat terus bertahan lagi dalam mengharungi cabaran peralihan kepada berita digital dan sekatan pergerakan semasa yang dilaksanakan dalam membendung penularan wabak Covid-19, yang turut memberi kesan kepada ekonomi.

“Sehubungan itu, ini akan menjadi cetakan terakhir FD, namun ia tidak akan menjadi berita terakhir yang akan dihasilkan oleh para pemberita kita untuk anda,” menurutnya.

Selain akhbar mingguan The Edge yang akan beroperasi seperti biasa, laman web www.theedgemarkets.com juga akan kekal memberikan maklumat terkini mengenai keadaan ekonomi semasa.

“Jadi lihatlah setiap pagi dan sepanjang hari, saluran ini bagi mendapatkan berita mutakhir dari wartawan kami,’ kata mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya berkata keputusan penghentian cetakan ini merupakan satu lagi episod duka dalam sejarah kewartawanan Malaysia.

“… saya rasa sekatan perjalanan (Covid-19) memberikan tekanan hebat kepada mereka (The Edge Media Group). Susulan sekatan perjalanan, orang ramai tidak lagi membeli surat khabar, kerana mereka perlu duduk di rumah.

“Bagaimanapun media ini bukannya berhenti terus, mereka hanya menghentikan cetakan surat khabar, dan beralih kepada laporan berita dalam talian. Saya berpandangan masa depan media berita akan bertumpu kepada dalam talian, yang merupakan perkembangan yang baik dari satu segi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada masa sama, beliau turut menitipkan penghargaan kepada akhbar itu yang sekian lama berjasa kepada komuniti ekonomi biarpun edaran hariannya tertumpu di Lembah Klang sahaja.

“Saya berdoa yang terbaik buat mereka dalam mengharungi perjalanan di masa depan, dan diharapkan komuniti perniagaan akan terus memberikan sokongan kepada The Edge,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial turut mendapati berita itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan komen sedih berbaur kecewa.

Seorang pembaca dikenali sebagai Beeja menulis: “Terima kasih The Edge terhadap sumbangan dan perkhidmatan hebat anda kepada komuniti industri kewangan. Anda menjadi akhbar pertama yang disemak terlebih dahulu sebelum memulakan kerja setiap hari.

“Anda sepatutnya mendapat penghargaan tinggi terhadap kualiti laporan yang baik, tidak berat sebelah dan berpendirian yang tegas lagi berani.

TK Low pula menulis : “Tiada yang lebih teruja daripada membaca dengan penuh penghayatan … akhbar dalam kewujudan secara fizikalnya memberikan interaksi untuk dibaca..”.

Seorang pengguna Facebook Jasper Tan pula menulis: “Amat sedih melihat perkara ini berlaku terhadap The Edge. Diharapkan mereka akan bertambah cemerlang di masa hadapan di media digital,” katanya.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kejayaan Selangor dapat liputan media antarabangsa

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG, 27 OGOS: Kejayaan Selangor menarik pelaburan luar ke negeri itu seperti bersama Pasar Raya Pukal ternama dunia, IKEA, mendapat pengiktirafan dan liputan meluas media antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia berbeza dengan media di Malaysia terutama media arus perdana yang tidak menghebahkan perkara itu.

“Banyak pihak cemburu dengan kejayaan demi kejayaan dicatatkan Selangor.

BANGUNAN SUK“Saya ke Zurich, Switzerland dan kejayaan ini (persetujuan IKEA membangunkan pusat pengedaran di Selangor) mendapat laporan meluas Bangkok Post, The Edge dan media lain tetapi tidak di Utusan Malaysia,” katanya kepada media.

Mohamed Azmin berkata demikian sekembalinya beliau dan rombongan dari lawatan kerja ke Zurich, Switzerland di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dalam lawatan itu, Kerajaan Negeri mencapai persetujuan bersama IKEA dengan syarikat itu bakal membangunkan pusat pengedaran dengan nilai pelaburan RM1 bilion di Pulau Indah, Klang, Selangor.

Pusat pengedaran dibina itu bakal menjadi yang ketiga terbesar didunia selepas Chicago, Amerika Syarikat dan Dusseldorf, Jerman.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Mahkamah benar permohonan The Edge mula semakan kehakiman

SHAH ALAM 5 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan The Edge untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri menggantung dua penerbitan akhbarnya selama tiga bulan.

Bernama melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dihadapan Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke dan peguam The Edge Communication Sdn Bhd, Daryl Goon.

The EdgeMahkamah menetapkan pada 12 Ogos ini untuk pendengaran kes.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri menggantung akhbar mingguan The Edge dan The Edge Financial Daily untuk masa 3 bulan bermula 27 Julai lalu.

Ekoran itu, Gabungan Demi Kebebasan Media menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bagi menyatakan solidariti bersama The Edge Media Group serta dua penerbitan yang digantung.

Himpunan dikenali sebagai “808” itu bermula pada jam 11 pagi di Pasar Seni dan peserta kemudian bergerak ke arah Ibu Pejabat Majlis Peguam.

EZY

Categories
NASIONAL

8 Ogos KL solidariti media bersama The Edge

SHAH ALAM 31 JUL: Gabungan Demi Kebebasan Media mengumumkan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bagi menyatakan solidariti bersama The Edge Media Group serta dua penerbitan yang digantung.

Himpunan dikenali sebagai “808” itu bermula pada jam 11 pagi di Pasar Seni dan peserta kemudian bergerak ke arah Ibu Pejabat Majlis Peguam, lapor Malaysiakini.

The MediaPerkara itu diumumkan gabungan tersebut di ibu pejabat The Edge di Petaling Jaya.

Himpunan bekenaan ini disertai 70 pengamal media yang melaungkan ‘Bebaskan media’ dan ‘Hidup media”.

Gabungan ini disertai Gerakan Media Marah (GERAMM), institute Of Journalist ( IOJ), Foreign Correspondents Club Of Malaysia (FCCM), Reporter Sans Frontieres (RSF) dan Center for Indipendent Journalism (CIJ).

EZY

Categories
NASIONAL

AMK: Jawab tuduhan bukan gantung The Edge

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JUL: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung mingguan The Edge dan The Edge Financial Daily melanggar prinsip kebebasan media.

Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan juga perlu menjelaskan jika laporan akhbar terbabit membawa gangguan dan memberi ancaman kepada keselamatan negara.

The Edge“Kerajaan BN perlu menjawab mengapa laporan The Edge berkenaan 1MDB dikatakan memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

“Kerajaan BN sepatutnya menjawab segala persoalan yang telah diajukan dengan lengkap dan jelas, dan bukannya mencari jalan keluar yang mudah dengan menggantung penerbitan akhbar tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata umum mengetahui dan disebut berulang kali, kegagalan kerajaan itu untuk menjawab persoalan-persoalan isu 1MDB mengakibatkan rasa tidak puas hati rakyat dengan keadaan ketika.

“Ia bukanlah laporan media,” katanya.

Nik Nazmi berkata Kerajaan harus menarik balik penggantungan itu seterusnya memberikan penjelasan yang diinginkan oleh rakyat berkenaan pelbagai isu kritikal yang dibangkitkan.

Akhbar terbabit digantung selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Gantung The Edge dan The Edge Financial Daily rempuh kebebasan media

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahamd

Keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung akhbar mingguan The Edge dan The Edge Financial Daily untuk masa 3 bulan bermula 27 Julai amatlah menggusarkan, dan telah melanggar prinsip kebebasan media.

Kerajaan BN haruslah menjelaskan mengapa laporan The Edge berkenaan 1MDB adalah “memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara”.

The EdgeKerajaan BN sepatutnya menjawab segala persoalan yang telah diajukan dengan lengkap dan jelas, dan bukannya mencari jalan keluar yang mudah dengan menggantung penerbitan akhbar tersebut.

Seperti yang telah disebut berulang kali, kegagalan kerajaan ini untuk menjawab persoalan-persoalan isu 1MDB sebenarnya yang mengakibatkan rasa tidak puas hati rakyat dengan keadaan sekarang ini, bukannya laporan media.

Kerajaan haruslah menarik balik penggantungan ini dan memberikan penjelasan yang diinginkan oleh rakyat berkenaan pelbagai isu kritikal yang telah dibangkitkan kebelakangan ini.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua AMK Pusat

GERAMM kecam penggantungan The Edge

Geramm melihat penggantungan The Edge usaha pemerintah untuk menekan media yang membawa isu-isu berkepentingan awam yang tidak akan diketahui umum sekiranya tidak dibongkarkan.