Categories
KENYATAAN MEDIA

Tian Chua yang saya kenali

Saya mengenali Tian Chua sejak beliau bergerak dalam NGO. Apabila saya dipilih oleh parti Pas mengetuai Jawatankuasa Mobilisasi dan Demokrasi, banyak himpunan yang diadakan dan Tian Chua antara yang tidak pernah gagal menyertainya.

Apabila setiap kali himpunan nak diadakan, Tian Chua muncul untuk memberikan pandangan-pandangan dalam mesyuarat, bahkan turut terlibat secara aktif di setiap himpunan.

Dari himpunan BERSIH 1 sampailah ke BERSIH 5, Tian Chua tidak pernah ketinggalan, dan jika saya dipilih sebagai komander himpunan, Tian Chua adalah timbalannya.

Kami saling berganding bahu turun ke jalan raya mengadakan himpunan menuntut pilihan raya yang bersih, kehakiman yang luhur, iaitu kami usahakan melalui himpunan rakyat secara aman.

Kini beliau memilih untuk berada dalam penjara selama satu bulan. Saya ucapkan syabas kepada beliau semoga perjuangan kamu dan perjuangan kita bersama akan terserlah tidak lama lagi.

Semoga regim kleptokrasi akan ditumbangkan melalui kebangkitan rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.

*#AmanahDemiNegara*
*MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
30 September 2017

Categories
NASIONAL

Tian Chua tarik balik rayuan, sedia ke penjara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 SEPT: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, menarik balik rayuan terakhirnya terhadap pertuduhan enggan mematuhi perintah polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol), pada 2012.

Keputusan itu menyaksikan beliau yang juga Ahli Parlimen Batu bakal menjalani hukuman penjara sebulan seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan Tian Chua untuk menarik balik rayuannya.

Mohtarudin yang mempengerusikan panel berkenaan mengeluarkan waran komital terhadap Tian Chua dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula, hari ini.

BERSIH2Pada 23 Januari 2014, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan enggan mematuhi arahan untuk meninggalkan Pulapol di Jalan Semarak, jam 2.30 petang, pada 29 April 2012 sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Pada November 2017, Mahkamah Tinggi menolak rayuan awalnya terhadap sabitan dan hukuman setahun penjara serta denda RM1,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen, pada Januari 2014.

Pada prosiding hari ini, peguam, N Surendran memaklumkan yang beliau diminta untuk tidak mewakili Tian Chua.

Tian Chua kemudian berdiri dan membaca kenyataannya sebelum memberitahu yang dia menarik balik rayuannya.

“Saya mahu tekankan bahawa penerimaan hukuman penjara ini bukan pengakuan bersalah,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata, sabitan Mahkamah Sesyen adalah tidak masuk akal kerana dia dibawa ke tempat yang didakwa dicerobohnya secara paksa selepas menyertai perhimpunan BERSIH 3.vcd vbnm,..,mnbnm,./.

Categories
NASIONAL

Pilih BN sama seperti korbankan negara

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 SEPT: Penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) disaran mengutamakan kepentingan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti dengan tidak memberi undi kepada parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua, berkata, keputusan memilih Umno-BN pada pilihan raya itu nanti sama seperti mengorbankan negara demi kelangsungan politik Najib dan Umno-BN.

TIAN CHUA“Bukan sahaja Najib, Umno dan BN yang merupakan tiga elemen penting merosakkan masa depan negara tetapi Umno dan BN sendiri turut berpontensi besar membuatkan ekonomi negara dan rakyat jatuh ke tahap lebih buruk pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, ini terbukti apabila berlaku pelbagai penyelewengan bernilai berbilion ringgit termasuk dalam skandal 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) yang menggugat kestabilan ekonomi dan matawang negara selepas Umno-BN sekali lagi menang pada PRU-13 lalu.

Katanya, ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan matawang yang semakin buruk akibat diuruskan secara tidak bertanggungjawab itu memberi kesan besar terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat terbanyak.

Bagaimanapun, katanya lagi, pemimpin Umno-BN gagal menyelami kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat kesan kemelesetan ekonomi itu.

Ujarnya, rakyat perlu mengambil iktibar kesilapan memilih Umno-BN pada PRU-13 lalu sekali gus negara terus ditadbir oleh golongan yang tidak amanah dan bertanggungjawab.

Categories
NASIONAL

Kaji dasar, elak monopoli

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 27 JULAI : Kajian pelaksanaan dasar sedia ada perlu dijalankan semula bagi menghalang sebarang taktik monopoli pengusaha Uber dan Grab yang menekan kebajikan pemandu teksi.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira ketetapan perundangan dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

“Kementerian perlu mengkaji semula perundangan sedia ada yang membolehkan syarikat gergasi dikuasai investor luar negara dengan kedudukan kewangan kuat supaya tidak dibenarkan berlakunya aktiviti monopoli.

TIAN CHUA“Ia bagi memastikan syarikat pengusaha luar ini tidak mengaut keuntungan yang akhirnya menimbulkan lebih banyak masalah kepada pemandu teksi dalam negara.

“Isunya kini, kita tidak mengetahui sama ada wujudnya klausa perundangan negara untuk pastikan syarikat ini tidak mengeluarkan subsidi untuk perolehan untung pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Awam Darat Pindaan (2017) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukry di Dewan Rakyat, pagi ini.

Cadangan Naib Presiden KEADILAN itu turut disokong Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ahmad Nawawi.

Nawawi berkata, pihak kementerian sewajarnya meneliti sistem perundangan sedia ada bagi memastikan hak pengusaha teksi tidak dinafikan.

UBER GRAB“Saya rasa itu hal yang perlu diberi perhatian kerajaan, (jika gagal) keadaan ini akan merugikan pengusaha teksi yang lebih terkesan dengan pelaksanaan sedia ada,” katanya.

Untuk tempoh kini, perkhidmatan Uber dan Grab diperluas ke Lembah Klang dengan penambahbaikan di beberapa bandar seluruh negara.

Categories
NASIONAL

Segerakan perbincangan KL-Pyongyang demi keselamatan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Malaysia sepatutnya mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara dengan mengadakan perbincangan segera antara Kuala Lumpur-Pyongyang bagi membolehkan mereka pulang.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, soal keselamatan itu adalah perkara keutamaan ketika ini sementara langkah menjernihkan hubungan dua hala kedua-dua negara boleh difikirkan kemudian.

“Kerajaan dilihat tidak sepakat dalam menangani kirisi ini dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman), Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak senada.

Tian-Chua“Sementara Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) lebih mengutamakan penyiasatan terhadap identiti terbunuh dan mengambil sikap agresif terhadap kerajaan Korea Utara. Ini tidak membantu dalam menyelesaikan ketegangan,” katanya.

Beliau berpendapat Malaysia memerlukan bantuan negara ketiga seperti China atau negara neutral untuk memainkan peranan selaku orang tengah bagi mencari penyelesaian supaya keadaan tidak berlarutan lebih lama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam dilaporkan berkata, rundingan rasmi antara Malaysia dan Korea Utara hanya akan dilakukan dalam masa terdekat.

Kerajaan Korea Utara pada 7 Mac lalu dilaporkan mengeluarkan larangan sementara ke atas 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Namun, dua rakyat Malaysia Stella Lim serta Nyanaprakash Muniandy dibenarkan meninggalkan Korea Utara selang dua hari kemudian dan kini dilaporkan berada di Beijing.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tian Chua terus perjuang reformasi jika tidak layak bertanding pilihan raya

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Naib Presiden PKR, Tian Chua bakal menghadapi kemungkinan tidak layak bertanding pada pilihan raya akan datang apabila beliau dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan menghina seorang anggota polis.

Tian Chua berkata, keputusan itu tidak menghalangnya terus memperjuangkan keadilan dan reformasi dalam negara ini.

“Buat masa ini, saya akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen walaupun dikenakan denda RM3,000 dan tidak layak bertanding pada pilihan raya akan datang. Peguam saya sudah memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami akan membuat rayuan secepat mungkin,” katanya.

tian-chuaSementara itu, peguam Tian, Latheefa Koya berkata, mereka bercadang untuk membuat rayuan supaya kerusi Batu kekal diwakili Tian Chua.

Latheefa berkata, Tian Chua tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang kecuali pihaknya berjaya memohon mahkamah membatalkan sabitan itu atau mengurangkan hukuman.

Mahkamah menjatuhkan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kira-kira empat bulan kemudian atas kejadian yang berlaku, pada April 2014.

Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Yasmin Abdul Razak berkata, mengikut peruntukan Kanun Keseksaan, sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 509 membolehkan pesalah dihukum penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kedudukan Tian Chua yang mewakili Parlimen Batu sedikit goyah apabila kini menjadi perhatian.

“Mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan jika didenda lebih RM2,000. Kelayakan itu juga terbatal jika seseorang wakil rakyat dipenjara tidak kurang dari satu tahun, namun Tian Chua masih boleh membuat rayuan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemimpin perlu terus berjuang demi rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 FEB: Pemimpin politik di negara ini diingatkan supaya terus berjuang demi rakyat dan bukan hanya mahu mengekalkan ‘kerusi’ semata-mata.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, hal itu bagi memastikan negara terus maju dan keharmonian rakyat dipupuk, sekali gus membantu generasi muda di masa hadapan.

“Perjuangan kita bukan hanya mengekalkan jawatan Exco atau wakil rakyat semata-mata tetapi memastikan Malaysia sentiasa maju dan rakyat dapat hidup dengan harmoni.

“Ini penting untuk masa depan anak cucu di masa hadapan,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Sri Muda di Tasik Kota Kemuning, di sini.

Chua berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, rakyat diminta memberi kerjasama dan berganding bahu bersama pemimpin setempat.

Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri yang berjaya membawa perubahan kepada masyarakat tempatan.

“Saya berharap tahun ini kita dapat memantapkan lagi kerjasama sedia ada dan yakin usaha bersama ini akan tercapai,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Pendapatan petroleum merosot, BN dijangka perah duit rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Kerajaan Persekutuan dijangka membentangkan belanjawan yang akan menambah tekanan kos sara hidup rakyat sekiranya amalan berbelanja boros yang ditunjukkan trek rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diambil kira.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, hal ini berikutan negara ketika ini mengalami kemerosotan pendapatan yang amat ketara daripada sumber petroleum.

“Petronas yang merupakan penyumbang tertinggi pendapatan negara ketika ini merudum pendapatannya akibat harga minyak global jatuh teruk.

“Ini bermakna kerajaan perlu mencari sumber pendapatan baru untuk menampung perbelanjaan mereka termasuk perbelanjaan yang membazir.

tian-chua“Apa lagi sumber pendapatan yang boleh dikorek selain sumber minyak? Sudah tentu datangnya dari rakyat yang menanggung semua ini,” katanya demikian ketika ditemui SelangorKini di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Jelasnya, sebaliknya Kerajaan Persekutuan perlu menghentikan amalan gemar berbelanja boros bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Kerajaan juga digesa menumpukan perhatian kepada sektor penting negara seperti pendidikan dan kesihatan yang memberi kesan langsung terhadap kebajikan rakyat.

Katanya, sebaliknya Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2017 dibentangkan semalam, jelas mengariskan usaha mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

“Dengan usaha menghapuskan ketirisan, rasuah dan pembaziran ini sebenarnya kita menambah pendapatan negara dan tidak perlu memerah rakyat dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Rakyat diajak berhimpun sokong DSAI

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 7 OKT: KEADILAN menyeru orang ramai berkumpul di luar Istana Kehakiman, pada 12 Oktober ini untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, perhimpunan itu diadakan sempena permohonan semakan semula sabitan kes Fitnah II yang dikekalkan Mahkamah Persekutuan, pada Februari tahun lalu.

Katanya, selain menandakan sokongan kehadiran orang ramai, ia juga bertujuan menunjukkan kesungguhan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.

“Ia bukan sekadar Anwar, ia berkenaan mempertahankan suatu sistem, menuntut perubahan dalam sistem.

“Jika kita mahu melihat perubahan, kebangkitan rakyat boleh menunjukkan pendirian dan kemahuan kita kepada perubahan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Tian berkata, perhimpunan itu bakal dijalankan secara aman dengan pemimpin KEADILAN di peringkat negeri sudah diarahkan untuk menggerakkan ahli bagi menjayakannya.

Katanya, penyertaan utama dijangka datang dari Kuala Lumpur dan Selangor selain berharap anggota Pakatan Harapan akan hadir memberikan sokongan.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tidak terima faedah punca rakan Umno bantah persempadanan semula

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 OKT: Syor Cadangan Kajian Persempadan Semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang dipamerkan kepada umum turut mendapat bantahan rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua berkata, bantahan yang dibuat komponen BN itu ekoran parti mereka tidak mendapat sebarang faedah daripada persempadanan semula itu seperti dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

“Saya tidak rasa mereka membantah bagi memberi justifikasi kepada SPR untuk menolak semua bantahan nanti tetapi kerana tidak berpuas hati disebabkan persempadanan semula itu hanya membantu Najib mengekalkan kuasa.

tian-chua-pc-pkr-01“Pada masa sama bukan sahaja tidak dapat sebarang faedah, malahan boleh menjejaskan mereka.

“Ini juga membuktikan BN hanya menjaga kepentingan beberapa pemimpin mereka sahaja dan menyebabkan sesetengah pihak khususnya parti komponen mereka tidak berpuas hati,” katanya ketika dihubungi, SelangorKini di sini, hari ini.

Katanya, bantahan dibuat bukan berdasarkan menang atau kalah tetapi prinsip menuntut pilihan raya bersih dan adil tanpa dikotori dengan tindakan manipulasi untuk membantu Umno, berbanding KEADILAN.

“Persempadanan semula ini juga melebarkan lagi polarisasi kaum dan pembahagian kawasan pentadbiran yang tidak masuk akal,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kesal keputusan Lajim, yakin KEADILAN Sabah kekal stabil

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 OKT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah kekal stabil walaupun Ahli Dewan Negeri (ADN) Klias, Datuk Lajim Ukin bersama beberapa yang lain mengumumkan untuk memilih landasan parti yang berbeza bagi meneruskan perjuangan mereka.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, ia ekoran hampir semua cabang KEADILAN di Sabah masih setia bersama perjuangan parti itu.

“Kami kesal dengan keputusan Datuk Lajim. Bagaimanapun, KEADILAN Sabah kekal stabil dan kukuh apabila hampir semua cabang masih setia bersama perjuangan ini.

Tian-Chua“Pada masa sama, satu proses penambahbaikan organisasi parti akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memantapkan saf kepimpinan serta memastikan agenda reformasi terus menjadi teras perjuangan menegakkan keadilan di bumi di bawah bayu,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, KEADILAN Sabah akan terus menjadi komponen penting dalam kalangan pembangkang di Sabah dan akan memainkan peranan penting dalam perjuangan menjamin hak serta autonomi Sabah dalam Malaysia.

Tegasnya, KEADILAN akan meneruskan kesungguhan bagi menjalin kerjasama dengan semua pihak yang mahu bersama mengangkat agenda mereformasikan institusi dan bermatlamat menumbangkan rejim Umno-Barisan Nasional.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 5: Masa zahirkan kebimbangan rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM – Rakyat digesa turun pada Himpunan BERSIH 5 bagi menyatakan bantahan terhadap pemerintah supaya bertindak membersihkan imej negara yang kian tercalar akibat dakwaan beberapa skandal kewangan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata rakyat pastinya perlu bangkit menekan pemerintah supaya melakukan perubahan dalam memastikan kualiti hidup mereka dipelihara.

“Saya ingat pelbagai cadangan sudah dibuat dalam beberapa isu kebebebasan jawatan yang penting itu.

tian-chua-pc-pkr-01“Isu sekarang kembali ke tangan pemerintah. Kalau mereka tidak mahu laksanakan (perubahan), rakyat tidak ada pilihan lain selain meneruskan tekanan.

“Kita tidak ada pilihan. Rakyat sama ada memilih untuk menerima hakikat ini dengan hidup dalam keadaan malu dan membenarkan rasuah berterusan atau bertindak,” katanya ketika diminta mengulas hasrat BERSIH 2.0 yang mahu menganjurkan satu lagi himpunan dalam masa terdekat.

Tian Chua berkata, rakyat pastinya bimbangan ekonomi akan terus merosot dan hilang daya saing selain imej negara terus tercemar sekiranya lambat melakukan perubahan.

Minggu lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan BERSIH 5 akan dilangsungkan, namun pihaknya masih belum menetapkan tarikh dan lokasi penganjuran.

-NFN-