Categories
AGAMA AGENDA NASIONAL

Sitaton pengurus jenazah MH17 dipilih tokoh pendakwah Maal Hijrah WP

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Bukan calang-calang pekerjaan dan tidak semua orang berupaya melaksanakan fardhu kifayah untuk menguruskan jenazah.

Hari ini, jasa dan sumbangan Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Tokoh Pendakwah sempena majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1441H.

Bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam JAWI, Sitaton bukan sahaja terlibat dalam memandi dan menguruskan jenazah tragedi yang menggemparkan negara pada lima tahun lepas tetapi juga pernah menguruskan mayat pesakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan HIV.

“Satu tugas paling mencabar apabila saya terlibat dalam menguruskan jenazah-jenazah tragedi MH17 iaitu 38 orang selama 45 hari. Sebenarnya hampir kesemua mayat itu sempurna anggota badan,” katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Ditugaskan dalam pasukan enam orang untuk menguruskan jenazah mangsa MH17, Sitaton bersama seorang lagi petugas wanita bertanggungjawab menguruskan jenazah wanita yang terkorban dalam tragedi ngeri berkenaan di Amsterdam.

“Pengalaman tidak mungkin saya lupakan juga adalah ketika menguruskan jenazah yang berpenyakit SARS. Oleh kerana ia adalah penyakit yang berjangkit dan tular ketika itu, kami tidak boleh mengangkat jenazah sewenang-wenangnya dan harus berada di tempat terkawal dengan peralatan yang terhad,” kata Sitaton, yang merupakan seorang ibu tunggal.

Berpengalaman selama 21 tahun menguruskan jenazah, Sitaton berkata beliau bersedia dan akur menerima arahan menguruskan jenazah tanpa mengira status dan keadaan.

“Apabila melaporkan diri di Unit Pengurusan Jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya sentiasa bersedia menerima arahan. Walaupun tidak ramai yang boleh lakukan tetapi saya ambil itu sebagai satu cabaran.

“Saya juga berpengalaman memandikan jenazah bukan islam yang berminat untuk dimandikan dengan cara Islam atas permintaan keluarga,” katanya yang menerima RM4,000, kepingan emas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan dan sijil.

Sitaton berharap masyarakat terutamanya golongan belia tidak memilih dan mengelak daripada tugasan yang diberi supaya mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menerima anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

“Saya amat berbesar hati dan terharu dengan penganugerahan ini. Ia menjadi motivasi kepada saya untuk bekerja dengan lebih baik dan cermat sebagai seorang yang terus menyebarkan agama Islam,” kata Syaikh Ismail yang menerima wang tunai RM5,000, kepingan emas tajaan YaPIEM, piala iringan dan sijil.

Beliau turut menyeru umat Islam agar mengekalkan keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa dan agama untuk mengingkatkan perpaduan rakyat.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tokoh Maal Hijrah 1440H pengiktirafan untuk Dr Siddiq

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 SEPT: Pemilihan Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018 peringkat kebangsaan adalah pengiktirafan tinggi kerajaan atas sumbangannya dalam akademik dan dakwah, sejak 40 tahun lalu.

Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pihak universiti merakamkan setinggi tahniah kepada Profesor Adjung UNISEL itu atas penganugerahan berkenaan.

“Dr Siddiq adalah seorang tokoh ilmuwan negara dan ahli akademik disegani menjadi rujukan peringkat nasional serta antarabangsa.

“Idea dan gagasan diilhamkannya dalam mengenengahkan Fiqh Maliziy sejak 1980an hingga kini banyak menyumbang kepada kajian dan rujukan sarjana,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Dr Siddiq yang juga Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) pernah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak 1427H/2006, banyak menyumbang kepada dunia akademik melalui Universiti Kebangsaan Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

“Semoga dengan penganugerahan ini akan menyuburkan semangat beliau untuk terus menyumbang, membangun dan memajukan umat Islam khususnya di Malaysia,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi IDE.

Sementara itu, Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim turut merakam penghargaan sama kepada Dr Siddiq yang pernah mengetuai ABIM dari 1983 hingga 1991.

Beliau berkata, kupasannya berkenaan Maqasid As-Syar’iah, Al-Islam Rahmatan Lil Alamin, Manhaj Maliziy serta Pembinaan Bangsa Malaysia berasaskan konsep kepelbagaian dalam bingkai kesatuan, dijadikan rujukan kontemporari umat Islam untuk mencorakkan gagasan Malaysia Baharu.

“Anugerah ini satu pengiktirafan untuk segala sumbangan beliau dalam pemikiran Islam dan kelangsungan agenda Islamisasi di tanah air.

“Semoga ia menginspirasikan seluruh warga ABIM dan umat Islam untuk terus ke hadapan menyumbang dalam lapangan dakwah di tanah air sehingga ke peringkat global,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Tokoh Maal Hijrah optimis tingkat pembangunan ummah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 OKT: Pengiktirafan Tokoh Maal Hijrah 1438 peringkat negeri menjadi sumbang saran kepada Dato’ Muhammad Hasri, 69, untuk terus membangun kesatuan ummah di negeri ini.

Bercakap kepada SelangorKini, beliau optimis dapat menyumbang kepada perkara itu demi perpaduan dan penyatuan ummah yang lebih utuh dalam kalangan umat Islam sejagat.

“Saya bersyukur menerima pengiktirafan ini dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas anugerah yang cukup besar bagi diri saya.

“Tentunya penganugerahan ini akan menjadi pemangkin buat diri saya untuk lebih gigih bekerja menyatukan perpaduan ummah khususnya di peringkat negeri dan negara,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penganugerahan dan Sambutan Maal Hijrah 1438 peringkat negeri di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Pemilihan itu dibuat selaras komitmen dan pembabitannya dalam pelbagai aktiviti seperti sosial, ekonomi dan pendidikan yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam.

Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri berserta RM10,000 lagi daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Sijil Penghargaan, Cenderahati Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.

img_9525Anugerah disampaikan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mewakili DYMM Sultan Selangor.

Muhammad Hasri yang juga anak jati Sungai Besar dilahirkan pada 17 Mei 1947 mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menjadi Hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan bermula dari 1994 hingga kini dan pernah menjadi Qari jemputan di Indonesia, Thailand, Libya, Arab Saudi, China, Taiwan, Morocco dan Pakistan.

Tokoh ini turut menyumbang dalam bidang penulisan bagi Modul Tarannum JAKIM dan Bacaan Rawi peringkat Kebangsaan serta pernah mewakili Malaysia ke Persidangan Al-Quran di Brunei dan Libya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Anak Sungai Besar dinobat Tokoh Maal Hijrah 1438

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 OKT: Tokoh Maal Hijrah 1438 peringkat Selangor dinobatkan kepada Dato’ Muhammad Hasri, 69, atas sumbangan dan jasa bakti beliau membangunkan ummah juga pembinaan Tarannum Al-Quran di negeri ini.

Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri berserta RM10,000 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, cenderahati Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.

Anugerah disampaikan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mewakili DYMM Sultan Selangor.

Majlis penganugerahan diadakan sempena Majlis Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah 1438 peringkat negeri di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Tengku Laksamana turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Saudara kita kepada Muhammad Adnan Pitchan, Tokoh Keluarga Mithali kepada Mat Ellah Md Nor, Tokoh Aktivis Masyarakat kepada Mohd Zainuddin Abu Bakar dan Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela kepada Persatuan Cina Muslim Cawangan Selangor.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ayha; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Dr Daroyah Alwi dan Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahab.

img_9571Muhammad Hasri yang juga anak jati Sungai Besar dilahirkan pada 17 Mei 1947 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Besar seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Beliau mula terlibat secara aktif mempelajari Tarannum Al-Quran dan pernah menjadi johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri sebanyak dua kali dan johan bagi peringkat Wilayah Persekutuan sebanyak lima kali.

Beliau juga pernah menjadi Hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan bermula dari 1994 hingga kini dan pernah menjadi Qari jemputan di Indonesia, Thailand, Libya, Arab Saudi, China, Taiwan, Morocco juga Pakistan.

Tokoh ini juga turut menyumbang dalam bidang penulisan bagi Modul Tarannum JAKIM dan Bacaan Rawi peringkat Kebangsaan serta pernah mewakili Malaysia ke Persidangan Al-Quran di Brunei dan Libya.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah adalah anugerah tahunan kepada individu yang banyak menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara dalam pembabitan pelbagai aktiviti seperti sosial, ekonomi juga pendidikan yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam.

-AA-

Categories
SELANGOR

Tokoh Maal Hijrah 1437 Selangor berazam terus berbakti

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 OKT: Prof Dr Zainul Rashid Mohamad Razi berharap anugerah Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat Selangor diterimanya menguatkan azam untuk terus memajukan kerjaya dan menabur bakti.

Anak kelahiran Sabak Bernam berusia 57 tahun itu memang tidak menduga terpilih menerima anugerah itu serta berterima kasih atas sokongan keluarga selain universiti yang mencalonkannya.

Sambutan Maal Hijrah Tengku Sulaiman Masjid Negeri (1)“Sebagai anak Selangor, saya berbesar hati dengan anugerah diterima.

“Diharapkan mudah-mudahan ia akan membuatkan saya lebih maju dalam kerjaya saya selepas ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau menerima anugerah terbabit daripada Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah, yang mewakili kekandanya, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1437 peringkat Selangor berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Zainul Rashid adalah Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa serta pakar dalam bidang Obstetik dan Ginekologi, Kesuburan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh Saudara Kita, Dr Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah, 40, berkata beliau melakukan sujud syukur sebaik dimaklumkan menerima anugerah itu kerana kategori terbabit mencalonkan ramai individu dengan ketokohan hebat.

Sambutan Maal Hijrah Tengku Sulaiman Masjid Negeri (3)Ini kerana beliau beranggapan usaha dakwah dilakukan kecil sahaja dan apa dipentingkan adalah keberkatan serta keredhaan Allah.

“Saya terus menyumbangkan ke arah pembangunan dan pemerkasaan saudara baharu sama ada di Selangor atau seluruh Malaysia serta membantu pembangunan Akademik Muallaf Selangor dikendalikan Majlis Agama Islam Selangor,” katanya.

Beliau malafazkan syahadah ketika berusia 20 tahun kini Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Dalam majlis sama, Tengku Sulaiman turut menyampaikan anugerah Tokoh Keluarga Mithali kepada pasangan Haron Ahmad dan Nuraini Ismail serta anugerah Pertubuhan atau Badan Dakwah Sukarelawan Selangor kepada Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS).

EZY

Categories
SELANGOR

Prof Dr Zainul Rashid dinobat Tokoh Maal Hijrah 1437

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 OKT: Timbalan Dekan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zainul Rashid Mohamad Razi, 57, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat Selangor di sini, semalam.

Majlis sambutan tahun baharu Hijrah dan penganugerahan berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran muslimin dan muslimat dari seluruh Selangor.

Sambutan Maal Hijrah Tengku Sulaiman Masjid Negeri (1)Anugerah itu disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah, yang mewakili kekandanya, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut menyampaikan anugerah Tokoh Keluarga Mithali kepada pasangan Haron Ahmad dan Nuraini Ismail, Tokoh Saudara Kita, Dr Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah dan Anugerah Pertubuhan atau Badan Dakwah Sukarelawan Selangor, Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS).

Majlis dimulakan selepas solat Maghrib dengan Tengku Sulaiman melafazkan titah perasmian sambil diikuti bacaan ayat suci Al-Quran dan tazkirah agama.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah adalah anugerah tahunan kepada individu yang banyak menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara dalam pembabitan pelbagai aktiviti seperti sosial, ekonomi dan pendidikan yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam.

Sambutan Maal Hijrah Tengku Sulaiman Masjid Negeri (5) (1)Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang mewakili Dato’ Menteri Besar serta Exco Kerajaan Negeri.

Tidak ketinggalan, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim.

EZY

Categories
SELANGOR

Allahyarham Ahmad Mustafa dipilih Tokoh Khas Maal Hijrah Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 OKT: Bekas Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin dipilih menerima anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Allahyarham yang diwakili isterinya, Nurazira Ahmad Bashir membawa pulang wang tunai RM10,000 serta sijil penghargaan, trofi dan sepersalinan pakaian yang disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

ANUGERAH KHAS MAAL HIJRAH 1436H ALLAHYARHAM TUAN HAJI BIN MOHD SIDIN -PENERIMA WAKIL OLEH ISTERINYA PUAN NURAZIRA BINTI AHMAD BASHIRAllahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor sebelum menyambung pengajian di Markas Tahfiz Al-Quran Wal-Qariaat Masjid Negeri (MARTAH).

Beliau kemudian menyambung pengajian dalam Diploma Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir seterusnya mendapat pendidikan terakhir di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Sarjana Syariah dan Pengurusan.

Sepanjang hayatnya, beliau pernah menerima pingat Jasa Kebaktian (PJK) 2001, Ahli Mahkota Selangor (AMS) 2009 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001 dan 2009.

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Ahli Jawatankuasa Halal, Ahli Jawatankuasa Khutbah, Ahli Jawatankuasa Dakwah dan Ahli Jawatankuasa Tauliah untuk Selangor.

_MG_3153Sementara itu, isteri Allahyarham yang ditemui pemberita selepas majlis berkenaan melahirkan kesyukuran serta rasa terharunya terhadap penganugerahan yang diberikan kepada suaminya.

“Saya memang rasa terharu sangat dan berbesar hati terhadap anugerah ini kerana ia adalah satu penghormatan buat arwah suami yang pernah berkhidmat lebih 15 tahun sebagai Imam Besar Masjid Negeri,” katanya.

Pada majlis itu, Persatuan Perlindungan Pembawa HIV Positif Selangor dan Kuala Lumpur (POSHE) menerima anugerah Pertubuhan/Badan Dakwah Sukarela, manakala Eksekutif Unit Pembangunan dan Pengurusan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Saloni Abdullah menerima anugerah Tokoh Saudara Kita.

_MG_3309 copySementara itu, bekas Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Zainuddin Karima, diiktiraf sebagai Tokoh Aktivis Masyarakat dan anugerah Tokoh Keluarga Mithali diberikan kepada pasangan Mohd Sutrisno Mohd Yusof dan Badariah Ahmad.

Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara itu turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

-NFN-