Categories
AGENDA NASIONAL

1MDB: Ahli parlimen HARAPAN kemuka usul rujuk Najib ke jawatankuasa khas Parlimen

SHAH ALAM, 3 MAC: Ahli Parlimen Damansara membuat usul supaya Datuk Seri Najib Razak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan dewan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menyatakan usul itu telah diserah kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tony Pua berkata kenyataan bekas perdana menteri yang menyebut tiada satu sen prinsipal hutang 1MDB dibayar kerajaan adalah palsu.

“Beliau (Najib) dalam ucapannya semalam mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan dan boleh disifat sebagai menghina majlis. Secara spesifiknya, beliau mengelirukan dewan,” katanya pada sesi dewan hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng turut menyokong kenyataan Pua dan meminta ahli parlimen Pekan itu dirujuk ke jawatankuasa berkenaan.

“Tidak ada alasan selain merujuk Pekan (Najib) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dalam dewan jangan tipu dan bohong. Jangan kelirukan dewan yang mulia,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kerajaan membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion.

Categories
NASIONAL

Pembayaran semula RM24.7 bilion bukti wujud tunggakan cukai

KUALA LUMPUR, 15 JUL: Pemulangan sebanyak RM24.7 bilion oleh kerajaan sebagai bayaran balik cukai kepada syarikat dan individu membuktikan wujudnya tunggakan yang perlu dibayar, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua.

Daripada angka tersebut, kerajaan telah membuat bayaran sebanyak RM12.6 bilion kepada lebih daripada 70,000 syarikat di bawah pemulangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) manakala bakinya, sejumlah RM8.1 bilion telah dibayar kepada lebih daripada 124,000 syarikat dan RM4 bilion lagi kepada 1.8 juta individu.

Pembayaran telah dibuat melalui dividen khas sebanyak RM30 bilion yang diterima kerajaan daripada Petronas pada tahun ini.

“Sudah tentu tidak wajar kita mengatakan bahawa kerajaan telah memulangkan wang yang bukan menjadi tunggakan mereka… kerajaan bukan kaya untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu sesi pada persidangan bon sehari yang dianjurkan secara bersama oleh RAM Holdings Bhd dengan Securities Industry Development Corporation di sini hari ini.

Dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai tunggakan bayaran balik GST yang berjumlah RM19.4 bilion yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, PAC telah melampirkan maklumat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang menunjukkan bahawa pada 31 Mei 2018, sejumlah RM1.5 bilion dalam bentuk pulangan balik GST telah diluluskan tetapi masih belum dibayar.

Kastam juga menjelaskan pulangan balik sebanyak RM9.6 bilion masih lagi disaring, RM3.9 bilion terkait dengan isu-isu bekalan tidak dikenakan cukai, RM900 juta berkait dengan hal-hal pengecualian dan RM3.5 bilion masih di bawah status siasatan.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kerajaan tidak perlu bayar untuk ambil alih konsesi tol

KUALA LUMPUR, 6 JUL: Kerajaan tidak perlu membayar untuk mengambil alih empat syarikat pemegang konsesi lebuh raya memandangkan pertimbangan pembelian sejumlah RM6.2 bilion akan dibiayai sepenuhnya menerusi pengumpulan fi kesesakan yang dicadangkan, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua.

Beliau berkata pengambilalihan itu, yang ditentang oleh beberapa pengkritik, juga tidak akan meningkatkan beban hutang kerajaan kerana jentera tujuan khas yang ditetapkan akan mengumpul kos RM6.2 bilion untuk membiayai pembelian syarikat konsesi itu – Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART).

“Perlu ada perbezaan antara hutang yang harus dibiayai oleh kerajaan, berbanding hutang yang akan dibiayai sendiri. Dalam kes ini, RM6.2 bilion akan dibiayai sepenuhnya melalui pengumpulan caj kesesakan yang dicadangkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) telah mengeluarkan dua kenyataan bagi menjelaskan manfaat dan rasional cadangan pengambilalihan itu.

“Tawaran itu dibuat pada 21 Jun 2019 dan sejak itu telah memperoleh persetujuan daripada Lembaga Pengarah Gamuda Bhd dan syarikat konsesi tol masing-masing. Proses ini sedang menunggu kelulusan pemegang saham konsesi, serta kelulusan akhir kabinet,” katanya, sambil menambah masih terdapat pengkritik dari beberapa pihak yang menentang proses itu berdasarkan logik dan hujah yang tidak betul.

Menjawab kritikan itu, Pua berkata cadangan pengambilalihan empat syarikat konsesi to itu, sebaliknya akan menyelamatkan berbilion ringgit wang pembayar cukai dan pengguna lebuh raya, dan pada masa yang sama memberi pemegang saham syarikat konsesi tol keuntungan yang terhad tetapi berpatutan ke atas pelaburan mereka untuk memastikan kestabilan pasaran kewangan yang rapuh.

Beliau berkata ada yang berpendapat bahawa membayar pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kenaikan kadar tol adalah lebih murah berbanding mengambil alihnya.

MoF menganggar tanpa pengambilalihan, kerajaan perlu membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi antara RM5.3 bilion dan RM6.5 bilion bagi membekukan kadar tol sehingga akhir tempoh konsesi masing-masing. Menerusi pengambilalihan yang dibiayai sendiri, kerajaan akan menjimatkan wang pampasan sebanyak RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion.

“Oleh itu, matematik mudah ini menunjukkan bahawa ia jauh lebih murah bagi kerajaan untuk mengambil alih lebuh raya daripada membayar pampasan, memandangkan kos pemerolehan sebanyak RM6.2 bilion dibiayai sendiri. Sebaliknya, jika kenaikan kadar tol hanya dibekukan, syarikat konsesi ini akan mengumpulkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion pampasan daripada kerajaan.

“Berbanding hujah pengkritik bahawa jika kerajaan membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi untuk membekukan kenaikan kadar tol, ia hanya akan menguntungkan pemegang konsesi dan mengurangkan beban pengguna jalan raya bandar sahaja.

“Namun dengan mengambil alih lebuh raya, RM5.3 bilion yang dijimatkan boleh dibelanjakan untuk kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia di seluruh negara, dan pengguna lebuh raya dapat menjimatkan lebih banyak daripada sebelumnya,” katanya,

Mengenai hujah bahawa kerajaan sepatutnya tidak mengambil alih lebuh raya tertentu yang akan tamat tempoh konsesi ‘tidak lama lagi’, Pua berkata pengkritik ini mungkin lupa bahawa walaupun untuk lebuh raya ‘yang tamat’ – khususnya merujuk kepada KESAS. yang akan tamat pada 2028, kerajaan masih perlu terus membayar konsesi setiap tahun untuk membekukan kenaikan kadar tol.

“Kerajaan membuat tawaran untuk memperoleh KESAS dengan bayaran RM1.377 bilion sedangkan bayaran ganti rugi kepada syarikat konsesi itu adalah antara RM1.08 bilion dan RM1.19 bilion, bergantung kepada jumlah trafik sehingga habis tempoh konsesi.

“Oleh itu, hujah yang sama berlaku – jika kerajaan boleh memperoleh KESAS dengan RM1.377 bilion melalui mekanisme pembiayaan sendiri yang tidak memerlukan peruntukan kewangan kerajaan, pembayar cukai Malaysia akan menjimatkan antara RM1.08 bilion dan RM1.19 bilion pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi selama sembilan tahun akan datang,” katanya.

Pua berkata ada pihak yang berpendapat bahawa tawaran itu merupakan penyelamat bagi lebuh raya yang ‘rugi’, seperti SPRINT dan SMART.

“Bagi SPRINT, lebuh raya itu kini ‘rugi’. Namun pengkritik perlu sedar bahawa pendapatan dan keuntungannya lebih tinggi pada akhir konsesi. Ini terutama kerana hutangnya akan dibayar secara berperingkat dan kadar tol bagi ketiga-tiga lebuh raya di bawah konsesi ini perlu dinaikan pada masa hadapan seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian konsesi sedia ada.

“Bagi tempoh berbaki konsesi itu, SPRINT dijangka menjana kira-kira RM1.5 bilion keuntungan selepas cukai bagi para pemegang saham selepas menyelesaikan semua hutang yang belum dijelaskan. Untuk perbandingan, kerajaan menawarkan RM1.984 bilion untuk memperoleh konsesi, dengan hanya kira-kira RM870 juta kepada pemegang saham. Baki RM1.114 bilion digunakan untuk membayar balik pegangan hutang lebuh raya.

“Di samping itu, jika kerajaan membekukan kenaikan kadar tol dan membayar pampasan, jumlah ganti rugi SPRINT kira-kira antara RM1.57 bilion dan RM2.04 bilion, bergantung kepada jumlah trafik,” katanya.

Bagi SMART, Pua mengakui bahawa konsesi lebuh raya itu berakhir pada 2042 dijangka mencatat kerugian untuk tempoh yang lama, dan menjelaskan mengapa kerajaan memperolehnya pada nilai buku bersih sebanyak RM369 juta.

Jika konsesi itu diteruskan, “kerajaan sebaliknya perlu membayar pampasan antara RM671 juta dan RM1.028 bilion bagi tempoh berbaki konsesi tersebut.

Kesimpulannya, beliau berkata ini jauh lebih murah.

“Akhirnya, pengkritik juga mendakwa tawaran kerajaan itu membolehkan Gamuda meraih semua keuntungannya, bukannya bagi tempoh konsesi. Hujah ini sekali lagi, mengelirukan.

“Pengambilalihan yang dicadangkan itu sememangnya akan membolehkan Gamuda dan pemegang saham membuat beberapa keuntungan masa depan pada hari ini. Jika tidak, apa insentif apa yang mereka dapat untuk ‘sanggup menjual’?

“Bagaimanapun, melalui pengambilalihan ini, ‘keuntungan masa depan’ akan dikongsi antara pemegang saham konsesi, kerajaan – melalui penghapusan pembayaran ganti rugi – dan pengguna lebuh raya, melalui pengurangan caj kesesakan,” kata Pua.

Kerajaan akan menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion, dan pengguna lebuh raya akan dapat menjimatkan sehingga RM180 juta setahun daripada caj kesesakan yang dikurangkan, atau kira-kira RM2 bilion bagi tempoh konsesi masing-masing.

“Sebab kedua-dua pihak kerajaan dan pengguna lebuh raya akan meraih manfaat adalah kerana ‘keuntungan masa depan’ lebuh raya ini dikongsi.

“Ringkasnya, tawaran pengambilalihan itu boleh dianggap adil dan munasabah memandangkan ia membolehkan kerajaan dan pengguna lebuh raya meraih lebih daripada RM7.3 bilion penjimatan pada masa hadapan dan pada masa yang sama memastikan kestabilan pasaran,” katanya. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kenapa Najib ‘tutup’ kisah ringgit jatuh 31% sejak 2013?

SHAH ALAM, 8 FEB: Nilai ringgit dilihat merosot 31 peratus sejak 2013, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mencanang kisah pengukuhan nilai ringgit bagi menutup kelemahan pentadbirannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Najib semakin rancak memanipulasi fakta demi kelangsungan kuasanya.

“Biar saya ingatkan Perdana Menteri, sejurus selepas PRU13, ringgit didagangkan pada kadar RM2.98 berbanding Dolar Amerika.

“Ini bermakna sepanjang tempoh lima tahun pentadbirannya, nilai ringgit telah menjunam sebanyak 31 peratus sehingga kini,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada tahap 3.9160 / 9210 berbanding dolar AS daripada penutup 3.9070 / 9100 pada Rabu.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, prestasi ringgit kian menurun sejak skandal 1MDB mendapat perhatian dunia.

“Jangan kita lupa dengan situasi hilangnya rasa percaya pelabur selepas skandal 1MDB meletus dan membuka wajah sebenar Najib sebagai kleptokrat terbesar dunia.

“Ringgit mencecah nilai RM4 pada 2015, ketika berita mengenai 1MDB menghiasi tajuk-tajuk utama media antarabangsa,” katanya.

Categories
NASIONAL

Pihak berkuasa Malaysia anggap 1MDB bahan lawak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 NOV: Pihak berkuasa negara ini tidak mempunyai kesungguhan secara konsisten untuk menyiasat kes penyelewengan kewangan negara membabitkan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian merujuk komitmen pihak berkuasa mengendalikan kes itu, di peringkat Putrajaya.

Katanya, isu berkenaan dianggap remeh hingga tiada sebarang pendakwaan rasuah membabitkan individu tertentu dilakukan sehingga kini.

“Pihak berkuasa Malaysia seolah-olah menjadikan isu 1MDB suatu bahan lawak jenaka, lihat sajalah cara mereka mengendalikan skandal berkenaan.

“Siasatan dimulakan dan ditutup dan kemudiannya dibuka oleh pihak berkuasa yang lain, namun sehingga kini tidak ada kesimpulan kukuh dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan.

Lebih mengecewakan, katanya, wujud halangan kepada Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan isu berkenaan secara menyeluruh, di Dewan Negara.

“Peguam negara juga hanya mengesahkan siasatan diteruskan kerana jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, di Parlimen, pada 30 Oktober lalu.

“Di Parlimen, soalan berkenaan 1MDB ditolak kerana perkara itu sama ada masih di mahkamah atau sedang disiasat. Di mana kes di mahkamah atau siasatan yang ditolak tidak pernah didedahkan,” katanya.

Terdahulu, isu 1MDB terus mendapat liputan umum termasuk pendedahan media antarabangsa membabitkan skandal kewangan yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, sehingga kini siasatan membabitkan kes berkenaan di negara ini tidak didedahkan atas alasan boleh menimbulkan prejudis dan menjejaskan siasatan polis.

Pada masa sama, Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Seri Mohd Fuzi Haron memaklumkan bahawa polis sudah melengkapkan siasatannya terhadap skandal 1MDB.

Namun, katanya, tidak ada keperluan untuk meneruskan siasatan melainkan mendapat arahan baru daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Kabinet.

Categories
NASIONAL

Surat sokongan pinjaman 1MDB lulus tanpa ‘restu’ kabinet?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal sekiranya wujud surat sokongan (letter of support) ketiga membabitkan liabiliti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikeluarkan Putrajaya tanpa mendapat persetujuan jemaah menteri kabinet.

Beliau berkata, bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan, hanya dua surat sokongan yang dipersetujui jemaah menteri, pada sidang medianya, di Parlimen, pada 12 November 2014.

Pua berkata, kenyataan itu sekali gus menimbulkan kecurigaan berhubung jumlah sebenar surat sokongan dikeluarkan kerajaan bagi tangunggan hutang syarikat milik kerajaan itu.

“Kerajaan menjawab ada dua surat sokongan dengan nilai US3 bilion dan US150 juta pada 2015 tetapi melalui saman difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat DOJ wujudnya surat sokongan ketiga kepada Deutsche Bank, pada September 2014.

“Surat sokongan ini dikeluarkan bagi membantu 1MDB mendapat pinjaman US975 juta. Ini adalah surat sokongan seperti dirahsiakan kepada pengetahuan rakyat,” katanya pada sidang media di Parlimen, pagi ini.

tony puaPua berkata, menteri sewajarnya perlu menjelaskan keraguan kewujudan surat sokongan berkenaan yang dibuat tanpa mendapat persetujuan bersama jemaah kabinet.

“Persoalannya mudah, menteri kewangan atau perdana menteri perlu menjelaskan sekiranya wujud surat sokongan ketiga itu. Namun, di Parlimen soalan ini ditolak atas alasan ‘sangkaan’ tetapi hakikatnya saya bertanya berdasarkan fakta.

“Seharusnya menteri jawab ya atau tidak sahaja, tetapi beliau enggan menjawab dan ini akan menimbulkan lebih banyak kecurigaan bahawa wujudnya satu surat sokongan rahsia itu,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan surat sokongan kepada agensi kewangan antarabangsa bagi pembayaran liabiliti 1MDB.

Difahamkan, roses pengeluaran surat berkenaan memerlukan persetujuan secara bersama jemaah kabinet untuk lanjutan proses pinjaman kewangan.

Mengulas lanjut, Pua berkata, beliau akan memanjangkan isu berkenaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung persoalan itu.

“Saya akan bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin yang sebelum ini pernah berada di kabinet jika benar perdana menteri mengeluarkan surat sokongan itu tanpa kelulusan jemaah menteri lain,” katanya.

Categories
NASIONAL

Rakyat bakal tanggung hutang 1MDB hampir RM42 bilion

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MEI: Kegagalan TRX City Sdn Bhd menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium bakal menjejaskan pelan rasionalisasi hutang 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tindakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia berisiko menanggung hutang 1MDB, sehingga RM41.7 bilion.

“Implikasi kemusnahan daripada kegagalan rasionalisasi itu sangat mengejutkan.

tony pua“Ini kerana, 1MDB tidak lagi mempunyai aset atau wang dalam akaunnya seterusnya menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung sejumlah besar hutang tertunggak 1MDB,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, TRX City mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) bernilai RM7.4 bilion terbatal akibat kegagalan pembeli melunaskan pembayaran.

Ia menyebabkan TRX City yang dulunya dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd bergelar pemegang saham tunggal bandar Malaysia.

1MDB-1024x731Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang seharusnya bertanggungjawab atas kegagalan pelan rasionalisasi itu.

“Seperti dinyatakan dalam Memorandum dan Artikel Persatuan dan akaun kewangan 1MDB, Najib adalah individu rasmi terpenting dalam membuat sebarang keputusan berhubung syarikat berkenaan.

“Ia turut diperkuatkan dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa AS$731 juta berpunca daripada 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Harga gula patut dikurangkan

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berpendapat harga runcit gula di negara ini sepatutnya dikurangkan dan tidak bertambah berdasarkan kepada pasaran global harga gula mentah.

Katanya, sebelum 2015, dua pengeluar gula tunggal Malaysia membeli gula mentah melalui kontrak kerajaan jangka panjang (LTC) untuk mengimport bekalan gula mentah.

“Bagi 2009-2011, harga gula mentah yang ditetapkan adalah US $17.50 100lbs, manakala bagi 2012-2014, harga bagi satu 100lbs adalah US $26.00.

tony pua“Sistem pembelian gula mentah LTC kemudiannya dimansuhkan dan pengeluar membeli bekalan gula mentah mereka secara langsung berdasarkan pasaran global harga gula mentah,” katanya.

Beliau dalam sidang media di Lobi Parlimen berkata, antara Januari 2012 hingga Disember 2014, harga bekalan gula mentah pengeluar adalah US $26 setiap 100lbs.

“Mereka boleh menjual gula pada RM2.84 per kilogram (kg) dan tidak mempunyai masalah untuk mendapat keuntungan.

“Persoalan yang perlu ditanya ialah pasaran global harga gula mentah adalah lebih kurang US $ 18.16 per 100lbs, mengapa kerajaan BN melihat ia sesuai untuk meningkatkan lagi harga gula runcit kepada RM2.95 setiap kg?

“Malah, selepas mengambil kira perbezaan dalam kadar pertukaran sepanjang tempoh masa, harga gula sepatutnya dikurangkan dan tidak bertambah,” katanya.

Pua turut mempersoalkan rasionalnya kerajaan menaikkan harga gula kerana harga gula mentah di pasaran dunia mengalami penurunan sejak dua tahun lalu sehingga menambah penderitaan rakyat.

“Kami menggesa kerajaan untuk bukan sahaja menarik balik kenaikan harga baru-baru ini iaitu 11 sen untuk harga runcit gula sebaliknya menurunkan lagi harga siling dari RM2.84 setiap kg untuk mencerminkan harga global yang jauh lebih rendah bagi gula mentah, lebih dua tahun lalu.

“Ini perlu dilakukan dengan segera tanpa sebarang pampasan atau subsidi yang dibayar kepada pengeluar,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tony Pua: Najib harap ‘minion’ sampaikan wahyu

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kesal soalannya di Dewan Rakyat berhubung pendirian Peguam Negara (AG) dalam isu derma RM2.6 bilion ditolak Parlimen.

Beliau berkata, alasan bahawa soalan itu dibuat berasaskan ‘sangkaan’ sama sekali tidak boleh diterima.

Katanya, soalan dikemukakan bukan berdasarkan sangkaannya tetapi berasaskan kepada kenyataan pernah dibuat AG sendiri, pada awal 2016.

tony pua“Bukankah AG dalam sidang media pada 26 Januari 2016 mengumumkan tiada kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri kerana RM2.6 bilion itu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“Atau adakah AG sudah memutuskan bahawa pendapat ‘derma’ dibuatnya dahulu kini sudah menjadi suatu ‘sangkaan’ yang tiada asasnya,” katanya di Facebook.

Tony turut meluahkan rasa pelik apabila sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih membisu berhubung derma berkenaan di Parlimen.

“Mengapa mesti dia bergantung kepada ‘minion’nya untuk menyampaikan wahyu kononnya wang itu derma Arab bukan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Satu dunia kini anggap dia pencuri terbesar tetapi Najib masih enggan ke Parlimen, sekurang-kurangnya bagi berkongsi versi ceritanya.

“Nampaknya, dalam isu ini, kebisuannya hanya membuktikan tanpa ragu bahawa benarlah dia mencuri berbilion duit rakyat,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tony Pua kini bebas ke luar negara

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 15 OKT: Larangan ke luar negara yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pataling Jaya Utara, Tony Pua tamat apabila pihak Imigresen menarik balik larangan perjalanan itu.

Perkembangan terbaru yang disifatkan sebagai berita baik itu dikongsi Pua menerusi laman facebooknya hari ini.

“Gobind Singh Deo (Penguam) memberitahu saya bahawa peguam kanan persekutuan di Jabatan Peguam Negara memaklumkan kepada beliau bahawa larangan perjalanan saya telah ditarik balik,” tulisnya.

Pada Julai 2015, Pua dikenakan larangan ke luar negara ekoran siasatan polis ke atas dirinya atas dakwaan menjalankan ‘aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen’.

tony-puaIa susulan kritikan Pua terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung scandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, usaha Pua melakukan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan itu ditolak Mahkamah pada Julai lalu.

Hasli pemeriksaan Pua dalam talian menunjukkan dirinya kini sudah bebas melakukan perjalanan ke luar negara.

“Saya baru sahaja periksa laman web Imigresen dan ya, status saya kini ‘tiada halangan’.

“Merenung ke depan untuk lawatan pertama saya di luar negara!” tulisnya.

-nR-

 

Categories
NASIONAL

1MDB: Tony Pua cabar Arul Kanda berdebat lagi

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua masih belum mengalah dan tetap mahu meneruskan debat bersama Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Cabaran debat kali kedua ini dibuat susulan halangan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada cabaran pertama pada 14 April lalu kerana ia masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

1MDB“Sekarang siasatan habis dan dibentangkan dalam Parlimen, beliau tidak ada lagi halangan dalam perbahasan tersebut,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Laporan PAC sebelum ini merumuskan struktur pembiayaan modal serta prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan dan meminta mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan syarikat.

Selain itu, Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rwzak perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A).

EZY

Categories
NASIONAL

Tony Pua: Tawaran letak jawatan Lembaga Pengarah 1MDB disambut baik

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 APR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengalu-alukan tawaran Lembaga Pengarah 1MDB meletakkan jawatan berikutan pengumuman laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), semalam.

Namun, beliau mempersoalkan tindakan Lembaga Penasihat diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga kini belum mengeluarkan kenyataan berundur seperti syor PAC.

PJ Utara MP Tony Pua

“Kita amat mengalu-alukan peletakan jawatan seluruh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Itu merupakan antara syor pertama saya sendiri dalam kenyataan media dikeluarkan semalam.

“Tapi tidak boleh terhenti di sana sahaja, Lembaga Penasihat 1MDB, mengapa tidak meletakkan jawatan lagi?

“Ia diminta seperti dalam syor PAC bahawa Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan.

“Mengapa Najib Razak belum mengumumkan pengakuan kepada syor PAC supaya Lembaga Penasihat dibubarkan serta merta dan Artikel 117 dikeluarkan daripada M&A syarikat,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran Lembaga Pengarah 1MDB untuk meletakkan jawatan dikeluarkan menerusi satu kenyataan, semalam.

PAC dalam laporannya semalam berpandangan Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan Najib perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A).

1MDBSecara ringkasnya, artikel 117 menetapkan bahawa semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan diambil 1MDB boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kebenaran bertulis Perdana Menteri.

Laporan itu turut menemui kegagalan Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab selain memgesyorkan 1MDB mengamalkan prinsip urus tadbir baik.

-nR-