Categories
GLOBAL

Amerika mahu sertai kembali TPPA

WASHINGTON 14 APR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa AS hanya akan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) jika ia ditawarkan syarat yang jauh lebih baik berbanding rundingan sebelum ini.

Kenyataan Trump di laman Twitter lewat kelmarin itu dibuat beberapa jam selepas beliau membayangkan bahawa AS mahu menyertai semula perjanjian perdagangan bebas TPPA.

Terdahulu, Trump memberitahu senator-senator parti pemerintah, Parti Republikan bahawa beliau telah meminta wakil perdagangan AS, Robert Lighthizer dan penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow untuk membuka semula rundingan TPPA.

Dalam komen di Twitter tersebut, Trump berkata, AS hanya akan menyertai TPPA jika perjanjian itu jauh lebih baik daripada yang ditawarkan kepada Pre­siden Barack Obama.

“Kami telah membuat perjanjian bilateral dengan enam daripada 11 negara anggota TPPA dan sedang berusaha membuat perjanjian dengan anggota terbesar­nya, Jepun,” kata Trump.

Sementara itu, pembuat dasar di rantau Asia Pasifik semalam ragu-ragu mengenai pengumuman awal Trump berhubung kemungkinan AS menyertai semula perjanjian perdagangan itu.

“Jika ia benar, saya mengalu-alukannya,” kata Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso kepada pemberita selepas mesyuarat kabinet semalam.

“Trump ialah orang yang boleh berubah bergantung kepada anginnya, jadi beliau boleh me­ngatakan sesuatu yang berbeza keesokan harinya,” kata Aso.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut ragu tentang AS menyertai semula pakatan tersebut.

“Jika AS terbukti benar-benar mahu menyertai semula TPPA, ia mencetuskan proses baharu,” katanya kepada wartawan di Auckland.

TPPA yang terdiri daripada 11 negara, dibentuk untuk memansuhkan sekatan perdagangan melibatkan kalangan negara yang ekonominya paling pesat berkembang di Asia Pasifik dan mena­ngani pengaruh ekonomi serta diplomatik China yang semakin meningkat.

Trump menarik diri daripada TPPA awal tahun 2017 kerana bimbang rakyat AS akan hilang pekerjaan.

SUMBER: REUTERS

Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan digesa dedah butiran TPPA

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Persekutuan digesa mendedahkan butiran baru Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada umum dan membuka ruang perbahasan terbuka berhubung perkara itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perkembangan itu meliputi proses rundingan isi kandungan perjanjian itu yang cuba dijenamakan semula sebagai Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Katanya, ia susulan daripada penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian itu.

“Dalam semakan kehakiman difailkan, pada 4 November 2015 lalu, ABIM dengan tegasnya berpandangan perlaksanaan TPPA menggugat secara langsung asas kedaulatan negara.

“Perlaksanaan mekanisme Investor-State Dispute Settlement (ISDS) langsung menggugat kedaulatan undang-undang negara mencemarkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Raimi berkata, usaha merealisasikan CPTPP menggantikan TPPA, turut dibantah pakar ekonomi terkemuka antarabangsa seperti KS Jomo, yang menyuarakan kebimbangan kesan CPTPP terhadap rakyat.

Katanya kesan itu adalah kenaikan harga keperluan penting seperti bahan perubatan, dan aliran perdagangan antarabangsa tidak memihak kepada rakyat.

“Merujuk implikasi berkenaan, ABIM mendesak Kerajaan mendedahkan setiap butiran rundingan CPTPP kepada masyarakat umum.

“ABIM menggesa dialog dan perbincangan terbuka serta inklusif diadakan membabitkan setiap stakeholder mewakili setiap segmen rakyat serta lapangan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Raimi berkata, ABIM menggesa hasil proses dialog serta perbincangan dikemukakan stakeholder diangkat  rujukan utama sebelum keputusan perlaksanaan CPTPP dibuat.

“Keputusan tergesa-gesa melaksanakan ketetapan CPTPP tanpa analisis kritis dan terbuka meninggalkan kesan buruk kehidupan rakyat pada ketika terpaksa mendepani kesenjangan ekonomi semakin melebar,” katanya.

=EZY=

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

ABIM tarik balik saman, anggap pembatalan TPPA kemenangan moral

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

PUTRAJAYA, 16 MAC: Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan dua pertubuhan bukan kerajaan lain (NGO) secara rasmi menarik balik saman mereka untuk menghentikan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat yang terbatal, baru-baru ini.

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abd Rahim berkata, kerajaan perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam menandatangani sebarang perjanjian perdagangan yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

“Era ‘governmemt knows best’ telah berakhir selari dengan perkembangan demokrasi serta teknologi semasa.

ABIM TPPA (4)“Semakan kehakiman ini adalah sebahagian daripada manifestasi utama keprihatinan rakyat dan masyarakat global terhadap TPPA,” katanyaketika ditemui di Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

Beliau juga turut mengkritik kenyataan dikeluarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) yang tidak lagi berminat menyertai perjanjian itu tanpa Amerika.

“Kenyataan ini seakan-akan menggambarkan persepsi sempit pihak tertentu yang mahu negara menyertai TPPA hanya untuk mendapatkan akses atau ‘spill over’ ekonomi dari AS.

“Kenyataan MITI juga amat disesali kerana kita terpaksa membayar harga yang sangat mahal(RM15 juta) dalam bentuk kos sepanjang proses perundingan dan pengurusan teknikal TPPA,” katanya.

Raimi turut menggambarkan pembatalan TPPA sebagai ‘kemenangan moral’ kepada NGO dan pihak yang menentang perjanjian itu.

ABIM TPPA (7)Panel Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menolak permohonan itu dan tidak membuat sebarang perintah berkenaan kos.

Peguam kanan Kerajaan Persekutuan, Shamsul Bolhassan bersetuju tidak menuntut apa-apa.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

Sementara itu Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa anak guamnya mengarahkan penarikan balik saman itu kerana perkara terbabit kini akademik.

“Pertama dengan pengeluaran AS dari TPPA pada 23 Januari 2016 dan kedua apabila menteri perdagangan kita sendiri mengesahkan di Parlimen bahawa kerajaan tidak lagi berminat meneruskan perjanjian itu, “katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenapa Malaysia tandatangani TPPA?

OLEH : Mohamad Raimi Ab Rahim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melahirkan rasa kesal terhadap keputusan untuk meratifikasikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) secara tergesa-gesa pada tahun lalu.

ABIM ingin merujuk kepada tindakan Amerika Syarikat (A.S) menerusi Presiden barunya, Donald J. Trump, yang mengistiyharkan penarikan diri (menerusi Perintah Eksekutif) dari perjanjian tersebut mulai 23 Januari 2017 (waktu A.S).

ABIM ingin merujuk kepada analisis-analisis serta kenyataan media yang merujuk tindakan tersebut secara langsung akan menggagalkan perlaksanaan TPPA.

ABIM juga berpandangan keputusan itu tidak mengejutkan kerana TPPA gagal mendapat sokongan dan kelulusan yang diperlukan di peringkat perundangan Kongres Amerika Syarikat sebelum tamatnya pentadbiran Presiden Barrack H. Obama.

Ratifikasi TPPA oleh kerajaan Malaysia adalah suatu tindakan yang sangat merugikan kerana dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mencermati prospek serta hala tuju politik A.S.

Tambahan ratifikasi terhadap TPPA turut membabitkan pindaan serta pengubahsuaian beberapa akta serta peruntukan perundangan yang berkaitan.

Bahkan TPPA turut diratifikasikan tanpa menberi ruang yang sewajarnya untuk dicermati butiran serta implikasinya oleh rakyat Malaysia.

ABIM serta barisan NGO, pertubuhan masyarakat madani yang mewakili kepentingan seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi menegaskan bahawa kami menolak perlaksanaan TPPA serta mana-mana perjanjian perdagangan yang tidak memenuhi kepentingan rakyat serta negara secara mampan untuk jangka masa panjang.

Kami juga ingin menggesa kerajaan Malaysia memuktamadkan dengan jelas dan segera pendirian mengenai pembabitan negara dengan TPPA selepas ini.

Mohamad Raimi Ab Rahim adalah Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

#bantahTPPA

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kaji semula perjanjian perdagangan antarabangsa Malaysia-Amerika

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 JAN: Kajian semula perjanjian perdagangan antarabangsa perlu dijalankan bagi memastikan kepentingan rakyat terus terjamin.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beberapa langkah efektif perlu disemak semula supaya berupaya menjaga kepentingan rakyat yang semakin terhimpit dengan arus globalisasi.

Katanya, ia termasukl pemeteraian rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dilihat ramai pihak sebagai menguntungkan syarikat korporat.

Charles-Santiago-L“Ia (perjanjian perdagangan) tidak harus hanya menjaga kepentingan korporat. Kepentingan rakyat juga penting.

“Adalah lebih baik kerajaan menyemak semula kedudukan perjanjian yang ditawarkan itu, dari Malaysia sebagai negara membangun kemudian melompat daripada satu perjanjian perdagangan ke satu perjanjian lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tumpuan tersebut terarah kepada jaminan kedaulatan Malaysia supaya tidak wujudnya pelanggaran yang akhirnya menafikan hak rakyat.

Terdahulu, perjanjian TPPA dimuktamadkan selepas rundingan berkenaannya dijalankan selama tujuh tahun antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Bagaimanapun, Amerika mengumumkan penarikan daripada perjanjian itu selepas presiden barunya, Donald Trump menerajui kepimpinan negara berkenaan.

-NFN-

Categories
GLOBAL

Amerika secara rasmi tarik diri daripada TPP

WASHINGTON 24 JAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara rasmi menarik diri daripada Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik (TPP) hari ini, sekali gus menjauhkan AS daripada sekutunya di Asia, ketika peningkatan pengaruh China di rantau ini.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Trump menandatangani perintah eksekutif di Pejabat Oval bagi penarikan keluar AS daripada pakatan 12 negara TPP.

“Kami menamatkan tawaran perdagangan tidak masuk akal, yang membawa keluar rakyat dan syarikat AS ke luar negara,” kata Presiden Republikan itu dalam pertemuan dengan pemimpin kesatuan kerja di Rumah Putih.

TPP disokong banyak perniagaan AS dirundingkan pentadbiran bekas Presiden Demokrat Barack Obama tetapi tidak pernah mendapat kelulusan Kongres.

Perjanjian itu menjadi tonggak ekonomi utama pentadbiran Obama ke rantau Asia Pasifik dalam usaha menghadapi saingan China.

Trump mencetuskan kebimbangan di Jepun dan tempat lain di rantau Asia Pasifik berikutan penentangannya terhadap TPP dan kempennya yang meminta sekutu AS supaya memberi lebih tumpuan terhadap keselamatan mereka.

Namun, pendirian perdagangan beliau mencerminkan perasaan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat AS bahawa perjanjian perdagangan antarabangsa telah menjejaskan pasaran kerja negara itu.

Parti Republikan lama berpandangan bahawa perdagangan bebas adalah satu kemestian, tetapi kini berubah.

“Ia akan menjadi sangat sukar untuk menentang perjuangan itu,” kata Lanhee Chen, felo Institut Hoover yang juga penasihat dasar domestik calon Presiden Republikan, Mitt Romney pada 2012.

Pengarah Pengajian Pertahanan di Pusat Pemikir Kepentingan Negara di Washington, Harry Kazianis berkata Trump kini perlu mencari alternatif untuk meyakinkan sekutu AS di Asia.

“Ini termasuk membentuk perjanjian perdagangan dua hala yang pelbagai. Jepun, Taiwan dan Vietnam perlu didekati terlebih dahulu kerana mereka adalah penting untuk mana-mana penggubalan undang-undang berhubung strategi baharu Asia untuk Presiden Trump,” katanya.

Trump juga sedang merundingkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) untuk menyediakan syarat yang lebih baik untuk Amerika Syarikat.

=EZY=

Categories
NASIONAL

IlMUAN: Tanpa TPPA Malaysia mampu terus berkembang

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Malaysia masih mempunyai peluang dan pertumbuhan yang positif dalam banyak bidang walau tanpa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Timbalan Presiden Ikatan Ilmuan Nasional (IlMUAN), Mazli Noor berkata, walau tanpa TPPA, Malaysia masih mempunyai perjanjian perdagangan serantau lebih mesra seperti ASEAN Economic Community (AEC) dan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).

“Ketika ini, AEC, yang berkuat kuasa 1 Januari lalu, berkembang pada 4 peratus setahun.

“AEC menawarkan pasaran serta pangkalan pengeluaran tunggal kepada negara anggota Asean, yang antara lain melibatkan aliran bebas barangan, pelaburan, modal serta buruh mahir,” katanya.

Tambahan pula, dengan negara China antara menjadi ahli penting dalam RCEP, Malaysia mempunyai saluran ditubuhkan untuk bersaing dengan berkesan dalam RCEP.

“Walaupun sebelum ini kita risau mengenai masa depan TPPA kerana presiden AS yang dipilih, Donald Trump tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut.

“Namun, kini kita lihat jika Malaysia meningkatkan penglibatannya dalam AEC dan RCEP, dan bukannya bimbang tentang TPPA, ekonomi Malaysia dapat berkembang lebih pesat dan mampan,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

TPPA : ADN BN ponteng DNS, gagal fahami pendirian Selangor

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Kerajaan Negeri mengulangi kenyataan tidak menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Exco Pelaburan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata Ahli Dewan Negeri (ADN) Barisan Nasional membuat tafsiran mudah beranggapan bahawa Kerajaan Negeri menyokong perjanjian kontroversi tersebut yang dimeterai 4 Februari lalu.

TPPA“Saya menjawab dengan teliti dalam soalan ADN Sabak sebelum ini, tetapi disebabkan Sungai Pajang ponteng, jadi dia tidak tahu (pendirian) Kerajaan Negeri.

“Mungkin dia boleh baca balik daripada handsard,” katanya ketika membahas usul perjanjian TPPA di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau turut membidas kenyataan ADN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berhubung pendiriannya bahawa tiada sebarang kaedah dan penyelesaian boleh dilakukan Kerajaan Negeri kerana perjanjian itu dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak bersetuju dengan pendirian itu. Sikap nasi sudah menjadi bubur ini adalah sikap tidak bertangunggjawab dalam soal ini.

“Keutamaannya Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian tidak menyokong perjanjian ini,” katanya.

Isu TPPA mendapat perhatian serius Ahli Dewan Negeri kerana perjanjian itu dilihat memberi hak lebih kepada pelabur asing dan memudaratkan kepentingan rakyat.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rakyat terus bantah TPPA

OLEH : MOHD AZMI ABDUL HAMID

Keputusan Parlimen semalam seperti dijangka telah meluluskan TPPA ditandatangani. Lebih tepat lagi, pihak kerajaan sudah membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian tersebut walau apapun keputusan Parlimen.

Tarikh 27hb Januari 2016 adalah hari gelap untuk kedaulatan negara. Undian yang memihak kepada TPPA jelas adalah permulaan negara akan terdedah kepada hegemoni Amerika Syarikat sebagai negara de facto kepada perjanjian TPPA.

TPPARakyat tidak akan berhenti berusaha untuk menuntut supaya TPPA tidak ditandatangani dengan mudah. Perdana Menteri dan Menteri MITI akan berangkat ke New Zealand pada awal Februari 2016 ini untuk menurunkan tandatangan menyertai TPPA bagi pihak Malaysia.

Kami tetap tidak merestui TPPA ditandatangani dan tidak redha PM dan Menteri MITI mewakili rakyat Malaysia untuk menerima TPPA.

Sebarang natijah yang akan membebankan negara akibat TPPA akan dipertanggungjawab sepenuhnya kepada mereka.

Tempoh dua tahun untuk kerajaan membuat ratifikasi bagi meminda undang-undang setelah ditandatangani juga adalah tempoh yang akan diguna oleh rakyat agar kerajaan tidak dengan mudah meminda sebarang dasar dan undang-undang.

Ratifikasi itu sendiri adalah petanda kedaulatan negara digadai kerana semuanya harus diselaraskan mengikut peruntukan TPPA.

Parlimen sebagai institusi tertinggi menggubal undang-undang terpaksa ditundukkan kepada TPPA. Maruah dan martabat Parlimen Malaysia kini telah direndahkan kepada kuasa luar.

Kami tetap menyatakan kekesalan terhadap keputusan undian blok di sidang khas Parlimen untuk menerima TPPA. Ternyata ahli Parlimen yang telah dimandatkan untuk memastikan kedaulatan negara dipertahankan telah gagal memahami implikasi buruk yang bakal diterima oleh negara dan rakyat.

Hujah yang dibentangkan oleh ahli Parlimen yang menolak TPPA ternyata tidak dipertimbang oleh wakil rakyat kerajaan BN. Sesungguhnya ini bukan soal politik tetapi isu yang menyentuh masa depan negara.

Kongres Rakyat tidak akan berhenti memperjuangkan kedaulatan negara dalam apa sahaja bentuk perjanjian yang mengikat negara.

* MOHD AZMI ABDUL HAMID adalah Pengerusi Kongres Rakyat dan Presiden MAPIM

Categories
NASIONAL

TPPA: Majlis Raja-Raja dipohon bersidang

SHAH ALAM 28 JAN: Majlis Raja-Raja Melayu diharapkan dapat bersidang untuk membincangkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) seterusnya menolaknya demi kesejahteraan masa depan negara.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata institusi itu adalah peluang terakhir untuk menyekat TPPA dilaksanakan.

TPPA“Tahniah dan terima kasih kepada ahli parlimen pembangkang yang secara lantang serta konsisten berhujah menentang perlaksanaan TPPA,” kata Fakhrulrazi dalam kenyataan media.

Katanya beliau kecewa dan sedih terhadap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong perjanjian TPPA tanpa memikirkan kegusaran yang melanda masyarakat.

“Sikap ‘pak anggup’ ditunjukkan ahli parlimen BN melahirkan malapetaka besar bagi negara yang ketika ini dilanda pelbagai skandal.

“Igauan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan masih lagi terasa yang mana sebelum perlaksanaannya, kerajaan menyatakan ia tidak membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata namun ketika ini adalah sebaliknya dengan hampir keseluruhan harga barangan dan perkhidmatan meningkat mendadak.

“Rakyat gusar episod tersebut berulang kembali selepas perjanjian TPPA ini,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Selepas TPPA dilulus Dewan Rakyat kini berdepan perundangan

SHAH ALAM 28 JAN: Perjuangan menghalang perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diteruskan sehingga ke saluran seterusnya iaitu melalui sistem perundangan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata mekanisme Investor State Dispute Settlement (ISDS) bakal
meletakkan negara di kandang penghakiman bagi penggiat korporat luar negara.

TPPAKatanya perlaksanaan mekanisme ISDS ini secara langsung mencemari kedaulatan serta keluhuran perlembagaan negara.

“Apalah makna negara berdaulat sekiranya perlembagaan yang merupakan asas pentingnya boleh dicorat-coret sesuka hati oleh tangan luar.

“Justeru bantahan rakyat terhadap TPPA bukanlah atas dasar untung rugi ekonomi semata-mata,” kata Raimi dalam kenyataan media.

Beliau berkata sebaliknya ia adalah manifestasi jelas mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajahan secara zahir mahupun secara halus dalam bentuk politik dan ekonomi.

Semalam TPPA diterima berdasarkan keputusan majoriti 127 Ahli Parlimen menyokong dengan 84 orang lagi memilih untuk menolak.

Katanya, ABIM mewakili rakan pelbagai pertubuhan masyarakat madani dan rakyat berduka cita dengan ketetapan itu.

“Keputusan itu bakal memberikan impak sangat mendalam terhadap masa depan negara,” katanya.

Raimi berkata TPPA menyaksikan pindaan perundangan akan dibuat sebagai sebahagian daripada proses ratifikasinya.

“Pindaan itu merupakan mukadimah awal kepada impak TPPA yang terpaksa dihadapi rakyat negara ini pada masa akan datang,” katanya.

EZY

TPPA diluluskan Dewan Rakyat


Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akhirnya diluluskan melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.