Categories
AGENDA NASIONAL

Rentas negeri: Aliran trafik lancar, terkawal – polis

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama di negara ini hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan susulan aktiviti merentas negeri telah dibenarkan sejak, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata setakat 1 tengah hari tadi tiada pertambahan jumlah kenderaan yang luar biasa dilaporkan berlaku sama ada di Plaza Tol Sungai Besi atau Plaza Tol Jalan Duta.

“Polis tidak melihat tanda pengguna jalan raya berpusu-pusu untuk keluar masuk merentas negeri melalui lebuh raya utama memandangkan perjalanan rentas negeri telah dibenarkan buat kali pertama membabitkan hunjung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada Selasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik lancar di kebanyakan lebuh raya pagi ini

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik menuju ke utara dan selatan lancar ekoran ramai sudah sampai di kampung sempena Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah semalam.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah pagi Isnin,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

“Trafik di kebanyakan tol seluruh negara masih lancar namun trafik sebelum masuk Plaza Tol Gombak didapati mula perlahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 3 Jun : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik sedikit perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik pagi ini lancar

SHAH ALAM 2 OGOS: Aliran trafik di seluruh negara dilaporkan lancar setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan lancar dan terkawal.

trafik perlahan1Aliran trafik termasuk di Sungai Perak dan Juru masih lancar namun trafik dijangka mula sesak pada waktu tengahari kerana mungkin sebahagian mereka yang pulang beraya di kampung akan mula kembali ke ibu kota, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di seluruh negara masih berada dalam keadaan lancar.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.

BERNAMA