Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

Akhirnya atas desakan rakyat, Najib sedar TPPA bahaya

Badrul Hisham-SAMM

KENYATAAN MEDIA

Najib Razak akhirnya disedarkan oleh desakan rakyat bahawa Perjanjian TPPA itu ?menceroboh? hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, atau dengan bahasa lebih tepat ? Menggadai kedaulatan tanahair.

Syukurlah, walaupun media arus perdana tidak menjalankan peranan yang wajar dalam memberi penerangan khusus tentang bahaya TPPA, namun gerak usaha dari pelbagai pihak telah berjaya membawa rakyat memberikan tekanan supaya Perjanjian TPPA tidak dilaksanakan.

SAMM melalui gerak kerja bersama Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) ketika ini telah menjelajah ke 12 daripada 13 lokasi di seluruh negara sebagai tanggungjawab memberi kesedaran umum mengenai Perjanjian TPPA. Ia secara tidak langsung memberi kesan tersendiri apabila semakin ramai rakyat yang faham komplikasi yang bakal dihadapi negara ini sekiranya Perjanjian TPPA dimetrai.

Lokasi terakhir Jelajah Anti-TPPA akan diadakan pada malam ini di Sekinchan, Selangor sebelum satu pentas perdana yang bakal mempertemukan dua tokoh ternama tanahair akan berlangsung pada 10 Oktober di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

Isu TPPA ini tidak berakhir. MITI dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba memutar belit fakta dan menutup kelemahan mereka. Ketika ini juga pihak MITI sedang ?counter? roadshow BANTAH-SAMM, malah mereka turut membuat program propaganda di satu maktab polis, agar mendapat sokongan anggota polis dalam isu TPPA.

Dalam perkembangan sama SAMM mengingatkan, walaupun Najib Razak kononnya ?tersedar? bahaya TPPA namun kenyataan Najib tetap menunjukkan minatnya terhadap perlaksanaan TPPA apabila menyebut ?perjanjian TPP dijangka mengambil masa yang lebih lama untuk dimuktamadkan?. Ini bermakna ia satu penangguhan, rakyat jangan terperangkap.

Dari satu sudut yang lain, apakah Najib sebenarnya cuba bertindak menjadi hero apabila akhirnya menolak TPPA? Sikap ?flip-flop? bermuka-muka ini amat bahaya dan sukar dipercayai. Najib juga dilihat tidak mempunyai ketegasan dalam soal TPPA.

Justeru itu, ayuh kita muktamadkan suara rakyat untuk bersatu dan bersama menolak Perjanjian TPPA dalam dua aksi perhimpunan iaitu;

1. Pentas Perdana Anti-TPPA: Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA | 10 Oktober | 8.30Malam | Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, KL

2. Himpunan #BantahTPPA dan ?Sambut? wakil US dengan simbol penolakkan | 11 Oktober | 2.00 petang | Masjid KLCC

Maka SAMM menjemput semua rakyat Malaysia agar tidak melepaskan peluang menunjuk kekuatan rakyat kepada pemerintah yang tergamak berani memperjudikan nasib rakyat dan kedaulatan tanahair.

Che?GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

PAS Desak Kerajaan Pusat Adakan Sidang Khas Parlimen Bincang TPPA

tppa

SHAH ALAM 5 OGOS : PAS mendesak Kerajaan Pusat supaya mengadakan sidang khas parlimen bagi membahaskan isu Perundingan perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bakal dimeterai Oktober ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbahasan isu itu perlu menjurus kepada sudut perlunya Malaysia harus mengundur diri dan menolak TPPA.

Katanya, perbahasan itu juga perlu disertai oleh bekas negarawan dan Gabenor Bank Negara serta institusi-institusi yang mempunyai kepakaran ekonomi.

“Ia perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat ,jika tidak menjumpai sebarang alasan kukuh untuk menolaknya, barulah ia harus dibincang mengapa Malaysia harus menerima TPPA.

“Kerajaan Pusat harus menangguhkan perjanjian TPPA ini selagi TPPA tidak didebat secara menyeluruh dan difahami rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau menambah penarafan kredit dunia, Fitch Ratings meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif dan penurunan nilai mata wang Ringgit secara mendadak sejak Umno-BN mendapat mandat selepas Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

Katanya, ia membuktikan jelas tanda bahawa ekonomi negara belum bersedia dan kukuh untuk memasuki perjanjian TPPA.

Jelasnya, kedudukan ekonomi negara yang semakin lemah menyebabkan kerajaan tiada sebab yang cukup untuk berunding dan memastikan TPPA menguntungkan negara secara keseluruhannya.

“Tanpa kawalan modal dan penambatan mata wang sebagai senjata pertahanan ekonomi ketika diserang kapitalis-kapitalis dunia seperti di 1997.

“Negara akan mudah ditekan untuk menerima bantuan daripada institusi kewangan dunia seperti IMF, yang mana syaratnya bagaikan satu penjajahan moden terhadap negara kecil,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS bimbang kerana di dalam TPPA tertera sistem Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) di mana pelabur atau syarikat asing diberi kuasa untuk mengemukakan saman kepada kerajaan di mahkamah antarabangsa.

“Sekiranya krisis berlaku, dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak, ketidakmampunan negara dan syarikat tempatan menanggung kos perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa akan meningkat secara mendadak.

” Ini sangat tidak adil untuk negara-negara kecil yang memasuki TPPA ini.

“Setelah 18 kali berunding, kandungan TPPA masih tidak diketahui umum, dan lebih teruk lagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus membisukan diri,” katanya.