Categories
SELANGOR

TRIpIc Berhad bantu anak asnaf sambut raya

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JUN: TRIpIc Berhad sekali lagi berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama 44 anak asnaf kariah Majis Taman Subang Perdana dengan membeli kelengkapan dan persiapan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menerusi program Persiapan Aidilfitri, anak-anak itu dibawa ke Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya bagi membolehkan mereka membeli pakaian raya yang diperuntukkan sebanyak RM200 seorang.

Pengarah Urusannya, Dato’ Yusof Badawi berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu meringinkan beban penjaga mereka.

Katanya, ia bertujuan membantu anak-anak asnaf dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri serta memberi peluang mereka merasai kegemberiraan.

“Kita memperuntukkan sebanyak RM11,000 keoada anak-anak ini. Antara barangan yang dibeli adalah baju melayu, baju kurung, songkok dan kasut.

“Ini merupakan program ketiga yang dilaksanakan pihak syarikat dan akan menjadi program tahunan bagi membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Khalid Mohammed Yusof dan Pengurus Besar, Taufik Afendy Othman.

Program itu juga dijayakan bersama 40 kakitangannya, yang berperanan membantu kanak-kanak berkenaan membeli belah.

=EZY=