Categories
NASIONAL SELANGOR

Polis Digesa Fokus Jenayah, Henti Campuri Politik – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 10072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Polis seharusnya fokus menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku daripada mengganggu ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, kata Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin selepas memberi keterangan di Balai Polis Sentul, semalam.

2. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahu terlibat di dalam jawatankuasa bagi memantau perkembangan projek KLIA2 yang lewat siap dan kosnya yang telah bertambah sebanyak RM2 bilion.

3. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan, Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan ‘Che Long’ sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

4. Sempena Ramadhan ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan keselamatan rakyat Palestin, Syria dan Mesir.

Categories
NASIONAL

Kerajaan Perlu Proaktif Bantu Umat Islam Di Myanmar

KUALA LUMPUR, 16 OKT : Kerajaan Pusat digesa mengambil pendekatan proaktif dalam menangani masalah kemanusian yang berlaku kepada umat Islam di Myanmar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) mengalu-alukan perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina.

Sebelum ini, Kerajaan Filipina dan MILF menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di Manila bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

“Semoga segala perjanjian yang ditandatangani itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi PR di Parlimen.

Beliau berkata, jika kerajaan boleh berperanan dalam membantu masalah di Filipina maka ia bukan masalah untuk mengambil pendekatan sama terhadap penyelesaian umat Islam di Myanmar yang terlibat dalam persengketaan konflik untuk diselesaikan secara aman.

“Kita mahu juga diberi perhatian masalah di Selatan Thailand untuk diadakan perdamaian,” katanya.

Abdul Hadi juga mendesak agar kerajaan memainkan peranan dan fungsinya dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) bagi membela nasib umat Islam di sana.

Categories
NASIONAL

Lim Kit Siang: Sumbangan Hadi Amat Di Perlukan

SHAH ALAM 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.

“Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,”katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

“Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,”jelasnya.

Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.

Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

“Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,”katanya.