Categories
SELANGOR

Lebih 20,000 terima manfaat TUNAS sejak 2012

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 FEB: Lebih 20,000 anak negeri ini menerima manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sejak diperkenalkan pada 2012.

Pegawai Operasi TUNAS, Abdul Mutalib Islan, berkata kesedaran ibu bapa terutama dalam kalangan golongan muda menyumbang kepada peningkatan pendaftaran dari tahun ke tahun.

Katanya, peningkatan itu juga meliputi ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar.

TUNAS“TUNAS kini menjadi keperluan dan bukan lagi pilihan buat mereka terutama dalam menghadapi kos sara hidup.

“Skim ini pastinya membantu ibu bapa menyediakan pendidikan awal buat anak-anak secara percuma,” katanya kepada SelangorKini.

Setakat 15 Februari 2016, sebanyak 9,000 permohonan baru berserta 5,000 permohonan semula TUNAS diterima.

Mutalib berkata, proses semakan, penilaian dan kelulusan sedang dilaksanakan sehingga penghujung Mac 2016.

Pada 2015, seramai 8,968 orang menerima bantuan TUNAS di seluruh Selangor.

TUNAS menyediakan bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak.

Ia diberikan dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

TUNAS komited buka ruang anak Selangor dapat tadika ‘percuma’

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA KUBU BHARU, 22 MEI: Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan terus komited mengagihkan bantuan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas), sejak 2012.

Katanya, komitmen itu diambil sebagai inisiatif Kerajaan Negeri memulakan pendidikan percuma selain melunaskan tanggungjawab meringankan beban rakyat.

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 06“Seramai 7,113 anak Selangor menerima akses pendidikan pra sekolah (tadika) percuma hasil manfaat Tunas, sejak 2012.

“Kita tidak mampu laksana di semua peringkat. Sekurang-kurangnya, kita berikan pendidikan percuma kepada mereka yang layak di peringkat paling asas.

“Agihan ini dilakukan bagi memastikan bantuan sampai terus kepada golongan sasaran untuk menikmati sumbangan kebajikan daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Agihan Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Hulu Selangor, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, semalam.

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 01Pada majlis itu, Kerajaan Negeri menyalurkan Skim Tunas berjumlah RM62,250 kepada 415 keluarga yang layak di daerah itu.

Skim Tunas adalah bantuan per kapita RM50 setiap sebulan kepada anak dalam kalangan keluarga berpendapatan RR2,500 ke bawah yang dihantar ke tadika dan pra sekolah yang berdaftar di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Untuk rekod, RM3.4 juta telah disalurkan sepanjang 2014 dan jumlah itu ditingkatkan kepada RM4 juta pada belanjawan 2015 bagi memastikan lebih ramai anak-anak Selangor yang layak menerima manfaat program.

-NFN-

Categories
SELANGOR

7,113 anak Selangor nikmati Tadika ‘Percuma’

SHAH ALAM, 26 MAC: Sejak 2012 sebanyak 7,113 anak Selangor menikmati akses yuran Tadika secara percuma menerusi manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Eksekutif Operasi TUNAS, Abdul Mutalib Islan berkata, peruntukan sebanyak RM3,329,555.00 telah disalurkan pada 2014 dan dianggarkan sebanyak RM4 juta akan disalurkan bermula Januari sehingga November 2015.

halimah tunas selat klang 01“Sehingga Mac 2015, ia mencatatkan peningkatan jumlah sebanyak 8,950 orang kanak-kanak daripada 802 buah Tadika dan Pra Sekolah seluruh Selangor berbanding hanya 6,823 kanak-kanak daripada 705 buah Tadika dan Pra Sekolah pada 2014,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Skim Tunas merupakan bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak.

Bantuan ini disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Kelayakan bantuan juga berdasarkan pendapatan ibu bapa di bawah RM2,500.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi TUNAS di http://www.e-tunas.org

EZY

Categories
SELANGOR

Jangan politikkan skim TUNAS – Halimah

Oleh : Hafizan Taib

KLANG 4 DIS : Kerajaan negeri berharap semua pihak bekerjasama dalam menjayakan program Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang semakin mendapat perhatian masyarakat seluruh Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu adalah satu lagi usaha kerajaan negeri ke arah pembangunan masyarakat berilmu di negeri itu.

halimah speech green 21 jul 01“Kita harapkan kerjasama semua pihak demi menjayakan program ini. Mungkin ada campur tangan daripada segi politik tetapi kerajaan negeri tidak kisah kerana skim TUNAS ini hak ibu bapa.

“Jika ibu bapa yang menghantar anaknya di tadika seperti tadika perpaduan dan layak mendapat bantuan TUNAS maka mereka berhak menerimanya. Maksudnya, saya harap pihak berkenaan bersikap rasional dan terbuka,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam. ini.

Dr Halimah berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM3 juta untuk program itu pada tahun depan dan Rantaiam Mesra Sdn Bhd (RMSB) akan menjalankan sesi promosi dan penerangan berterusan di seluruh Selangor demi mencapai sasaran ditetapkan.

Beliau berkata, RMSB juga akan bekerjasama dengan semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) termasuk pendaftaran tadika dan taska di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Katanya, kerajaan negeri menggalakkan ibu bapa yang layak mendaftar anak mereka berusia lima dan enam tahun supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

“Ia adalah usaha kerajaan negeri bagi meringankan bebanan ibu bapa berpendapatan rendah dalam memberikan pendidikan sempurna kepada anak,” katanya.

TUNAS adalah program bantuan yuran RM50 sebulan kepada anak daripada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah yang dihantar ke tadika dan pra sekolah yang berdaftar dengan MPTS.

Pada 1 Mei lalu, kerajaan negeri menaikkan had kelayakan daripada pendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM2,500 supaya lebih ramai rakyat dapat menyertainya dan menikmati manfaat daripada program berkenaan.

-NFN-

Pentadbiran telus rahsia belanjawan berimbang

1-Pentadbiran telus rahsia belanjawan berimbang

2-Kenaikan gaji selari dengan polisi nilai untuk wang

3-Graduan Kolej INSPENS perlu sumbang idea untuk kejayaan institusi

4-Kadar cukai pintu Selangor kekal sejak 20 tahun

5- Pakatan sambut baik usaha ADUN potong 20% gaji bulanan

6-Kelayakan diploma syarat baru guru KAFA Selangor

7-Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka

8-TUNAS hadiah istimewa untuk rakyat Selango

9-Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia

Categories
SELANGOR

Skim Tunas diterus dengan peruntukan RM3 juta

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 15 NOV : Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang menawarkan bantuan yuran sebanyak RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang layak akan diteruskan pelaksanaannya tahun depan dengan peruntukan sejumlah RM3 juta.

DSC_0560aExco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata orang ramai yang berminat untuk menyertai skim itu tahun depan digalakkan untuk mendaftar segera di mana-mana cawangan tadika di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Katanya, ia bagi memastikan bantuan itu dapat disalurkan dengan cepat bermula Januari 2014.

“Kita galakkan ibu bapa untuk segera mendaftarkan anak-anak mereka supaya bantuan itu boleh disalurkan dengan cepat ke mana-mana tadika yang berdaftar di bawah MPTS.

“Bantuan ini akan dapat meringankan bebanan ibu bapa berpendapatan rendah dalam memberikan pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak mereka,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Cek Tunas di Foyer Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pagi tadi.

Antara tadika yang menerima skim itu adalah Taski Abim Al-Firdaus (Meru, Klang), Pasti An-Najwa (Sijangkang), Taska Perpaduan, Tadika Generasi Baru, Pra-sekolah Taman Medan dan Pra-sekolah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kampung Jawa, Klang.

Halimah berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.52 juta bagi keseluruhan pelaksanaan skim itu untuk tahun 2013, dengan 3071 penerima dicatatkan.

“Kita harap akan lebih ramai yang berdaftar di bawah skim ini kerana kerajaan negeri ingin membantu setiap rakyatnya menerima pendidikan yang sempurna,” katanya lagi.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan sejak tahun 2012 adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan bagi anak daripada keluarga berpendapatan bawah RM 1,500 sebulan.

Bagi mereka yang layak dan memasukkan anak ke dalam tadika, bantuan itu dibayar terus kepada tadika yang berdaftar.

Pada 1 Mei lalu, kerajaan negeri bersetuju untuk melonggarkan syaratnya kepada keluarga berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.

-EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

‘Nilai Bantuan Tunas Sangat Bermakna Terhadap Keluarga Kami’

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 01

SHAH ALAM 3 APRIL : Nilai bantuan yang diberi Kerajaan Negeri menerusi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) terlalu berharga bagi suri rumah, Affarizan Mohammad,36.

Beliau yang ditemui melahirkan kegusaran bantuan itu ditarik balik jika Umno-BN mentadbir negeri terbabit. Ini kerana pihak Umno-BN memilih bulu sebelum memberi bantuan.

“Orang lain mungkin menggangap RM50 sebulan ini sebagai tidak seberapa. Namun bagi saya, ini merupakan hadiah berharga daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 07Katanya, mereka sekeluarga hanya mengharapkan gaji suaminya, Zulnizam Abd Karim, 36, yang bekerja sebagai pemandu lori.

“Suami saya bekerja bukan tetap, jika ada kerja ikut trip, baru ada gaji. Kami sangat susah hati apabila mengenangkan pelajaran anak, nasib baik suami saya mencuba mengisi borang skim bantuan ini tahun lalu.

“Melalui duit ini, ia dapat membantu persekolahan anak saya. Walaupun saya hanya mempunyai seorang anak, tetapi saya tetap tidak mampu membayar yuran sekolah kerana keluarga saya bukan orang senang, dengan sewa rumah yang mahal memang susah untuk kami teruskan hidup,” kata ibu kepada Muhammad Afiqzunnur,6, dengan nada sebak.

Tambah beliau, setakat ini program yang dianjurkan Kerajaan Negeri memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 04Dalam pada itu, perasaan terharu dan kegembiraan menerima bantuan itu turut dikongsi oleh penerima lain, Noranisah Sabari, 39.

Menurutnya, tindakan menghantar anak ke Tadika Pasti Az-Zahrah 1, itu adalah tindakan bijak yang dilakukan olehnya.

Jelasnya, walaupun pada mulanya, gusar kerana tidak mampu membayar yuran bulanan tetapi dengan adanya bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri anaknya, Mohd Danish Unaidi, 7, dapat belajar dengan baik.

“Saya menerima bantuan ini tahun lalu, tahun ini anak saya sudah memasuki darjah satu, tetapi saya tidak akan lupakan jasa Kerajaan Negeri kerana dengan adanya bantuan itu, saya dapat menghantar anak saya ke sekolah itu dan anak saya dapat belajar dengan baik dari segi akademik dan keagamaan,” katanya.

Noranisah menambah bantuan yang diterima itu mengurangkan beban keluarganya yang mana sebelum ini beliau sering mengangguh bayaran yuran disebabkan keadaan ekonomi keluarga yang kurang baik..

Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu menyaman Kerajaan Negeri kerana dikatakan gagal mengotakan janji bagi pemberima bantuan itu.

“Saya tidak setuju, cuba semak semula atau tanya orang sama ada benar atau tidak Kerajaan Negeri tidak memberi bantuan sedangkan kami di sini menerimanya dan lihat semula adakah mereka tidak menerima itu mempunyai gaji yang banyak? Jika gaji banyak sudah tentu tidak dapat,” katanya.

Categories
SELANGOR

Ibubapa Mohon Syarat RM 1,500 Skim Tunas Dipertimbangkan

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 04
SHAH ALAM 24 FEB : Rata-rata ibu-bapa berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan supaya paras gaji yang ditetapkan untuk menerima Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) dapat ditingkatkan daripada RM 1,500 sebulan.

Ini kerana skim tersebut semakin popular dengan peningkatan permohonan sejak ia dilancarkan Julai tahun lalu, namun ramai yang memohon tidak diterima masuk kerana pendapatan isi rumah lebih dari RM 1,500.

Menurut seorang guru Tadika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kampung Nakhoda, Gombak, ramai ibu-bapa di sekolahnya meminta agar syarat RM 1,500 disemaksemula.

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 03“Ramai ibu-bapa menyatakan pernah memohon tapi tak dapat dan sekolah kami berada di pinggiran bandar,? kata guru Rosmah Hussin, 50.

Mungkin perlu kelonggaran bagi penduduk yang tinggal di kawasan seperti ini memandangkan kos sara hidup pun tinggi,” katanya ketika ditemui.

Beliau ditemui selepas memenangi Anugerah Tunas Pendidik sempena Hari Tadika Selangor 2013 di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) merupakan bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan bagi anak daripada keluarga yang pendapatan isi rumahnya bawah RM 1,500 sebulan.

Bagi mereka yang layak dan telah memasukkan anak ke dalam tadika, bantuan itu dibayar terus kepada tadika mereka.

Guru Takis Al-Islam Sekolah Rendah Agama (SRA) Meru, Haslin Taslim, 43, pula menyatakan skim tersebut sangat memudahkan dan banyak membantu anak-anak golongan yang berpendapatan rendah di kawasannya.

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 02“Tidak ramai yang mampu untuk menghantar anak ke sekolah tadika kerana ramai yang terdiri daripada orang-orang susah.

?Tapi Alhamdullilah seramai 24 orang di sekolah saya mendapat bantuan Tunas dan tahun ini lagi ramai yang memohon untuk mendapatkan bantuan itu,” katanya ketika ditemui.

Bagi seorang bapa, Ahmad Azhar Abdullah, 45, masih ramai lagi rakyat yang berpendapatan rendah dan masih kurang maklumat mengenai dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Banyak yang saya lihat program yang dianjurkan Kerajaan Negeri ini sangat bermanfaat.

?Tapi pada saya masih kurang publisiti untuk lebih ramai tampil untuk menyertainya,” katanya yang mempunyai anak yang bersekolah pra di Pasti Al-Hidayah Sabak Bernam.

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 01Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali diiringi isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut.

Dr Halimah di dalam ucapannya menyatakan Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 3 juta di bawah bajet negeri 2013 dan mensasarkan 5,000 penerima Tunas pada tahun ini.

“Sasaran kita adalah 5,000 orang penerima dan penyertaan 500 buah tadika yang akan berdaftar dengan skim ini.?

Categories
SELANGOR

Semua Tadika, Pra Sekolah Di Selangor Layak mohon Skim Tunas

tunas sg pelek halimah 03

SHAH ALAM, 9 FEB: Semua tadika Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor dialu-alukan memohon Skim bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali menjelaskan, skim ini terbuka buat semua sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu ibu bapa dan pihak tadika dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Tegasnya, dengan peruntukkan berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan RM3 juta bagi tahun 2013, pihak tadika hanya perlu mendaftar di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) bagi mendapatkan bantuan berkapita sebanyak RM50 sebulan.

“Skim ini untuk anak berumur lima dan enam tahun yang ibu bapanya dari golongan berpendapatan rendah di bawah RM1,500 dan dihantar ke tadika yang berdaftar dengan MPTS.

“Skim Tunas ini bertujuan membantu mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa membayar kos yuran. Anak-anak mereka dihantar ke tadika dan pra sekolah yang dibayar secara bulanan dan terus ke akaun tadika yang berdaftar dengan MPTS,” katanya ringkas.

Penjelasan ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada anak-anak kecil yang memasuki alam pra persekolahan dan tadika.

Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan tadika dan pra sekolah telah diterima sehingga akhir tahun 2012 manakala 339 permohonan untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari 2013.

Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Skim Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.

Menurut Halimah, untuk tahun 2013 MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.

Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013.

Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini.

Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja.

Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus.

Beliau menambah, Kerajaan Selangor juga bakal menganjurkan sambutan Hari Tadika Selangor 2013 pada 24 Februari ini bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari.

Sambutan ini bakal menghimpunkan ibu bapa serta guru dan pengusaha tadikan disamping seramai 2,013 pelajar tadika yang akan menjayakan program berkenaan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tirai 2012 Dilabuh : Kerajaan Selangor Makin Kukuh, Dicemburui Umno-BN

MB Khalid Ibrahim Rakyat 01

KOMENTAR: Tatkala tirai 2012 hampir dilabuhkan, Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan kemampuan mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya dengan pelbagai kejayaan membanggakan di sepanjang memerintah.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 CoverpageAntara pencapaian yang dianggap sebagai mercu tanda kejayaan negeri PR pada 2012 termasuklah pengkiktirafan Ketua Audit Negara yang dikepalai Tan Sri Ambrin Buang terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lalu, jelas membuktikan pengurusan kewangan di negeri PR jauh lebih baik meninggalkan negeri ditadbir Umno-BN.

Antara yang mendapat pujian dalam laporan LKAN, kutipan yang diperoleh Kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Negeri Selangor turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat kali pertama, rizab Kerajaan Negeri itu mencecah lebih RM2.5 bilion.

Selain itu, sambutan rakyat Selangor terhadap pelbagai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri juga semakin dicemburui Umno-BN.

Sehingga 30 September 2012, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM766,913,379 bagi menjayakan 16 program bantuan atau skim bantuan untuk rakyat Selangor sejak program tersebut dilancarkan.

Dalam tempoh sama, seramai 166,441 rakyat Selangor dan 1,303,601 isi rumah menerima pelbagai manfaat dari program-program tersebut.

Antara program yang diperkenalkan, Pemberian Air Percuma, Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Tuisyen Rakyat, Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan lain-lain.

Umno-BN Melawan Dengan Fitnah

pilihan-shooting-haram-isu-AIR-5 thumbnailMaka, tidaklah menghairankan apabila Umno-BN semakin menggila menyerang dengan memfitnah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tampuk pentadbiran negeri terkaya itu kembali ke pangkuan mereka.

Antara tindakan luar kewarasan yang diambil Umno-BN termasuklah projek pembikinan iklan fiksyen ‘krisis air Selangor’ yang diadakan di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada 24 September lalu.

Bagaimanapun tembelang politik tidak bermoral ini terburai juga setelah beberapa media termasuk TV Selangor sendiri berjaya menghidu kegiatan tersebut.

Ketika di lokasi penggambaran, TV Selangor sempat diberitahu oleh beberapa pelakon bahawa mereka dibayar RM50 untuk menjayakan beberapa adengan yang menggambarkan ‘krisis air Selangor’.

shoting AirPenggambaran tersebut juga tampak lucu apabila lori tangki yang kononnya membekalkan air kepada ‘mangsa krisis air’ itu bukan sahaja tidak membawa hatta setitik air, malah ‘mangsa-mangsa’ itu sendiri mengambil air paip sebelum diisi ke dalam baldi-baldi yang dibawa sebagai prop penggambaran.

Penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut juga memberitahu kediaman mereka tidak pernah mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang mahu digambarkan dalam filem fiksyen itu.

Manakala pada Oktober lalu, penduduk Taman Medan Cahaya turut menjadi mangsa politik kotor Umno-BN apabila mereka diperalat untuk menyertai demontrasi menuntut 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri.

shoting Air 2Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam dan penduduk Blok H, pangsapuri terbababit, A Ramlee Yahaya, memberitahu pangsapuri terlibat sudah menerima bekalan air percuma sejak 2011 lagi.

Selain itu, Mohamad Fuad turut memberitahu sebelum demontrasi diadakan, persatuannya dimaklumkan penganjur demontrasi, tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk.

Politik Ganas Berleluasa

Oleh kerana tekanan memuncak untuk kembali berkuasa di negeri PR dan mengekalkan kuasa di Putrajaya, Umno-BN berterusan menggila dengan bertindak ganas bagi menghalang kemaraan PR.

samseng umno-beruk umno-penangBeberapa insiden ganas melibatkan serangan penyokong Umno-BN terhadap penyokong PR di tapak ceramah samada di Selangor mahupun di negeri-negeri lain turut menjadi antara topik hangat diperkatakan di sepanjang 2012.

Terbaru, dalam kejadian di Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dan pengsan selepas dipukul dengan sebatang kayu tajam oleh penyokong Umno-BN dalam Konvoi Kembara Oren pada 23 Disember baru-baru ini.

Manakala, dua penyokong PR turut mengalami kecederaan akibat diserang dengan satu senjata tajam oleh penyokong Umno-BN dalam ceramah PR di Gombak pada 4 Disember lalu.

bas 1Insiden keganasan Umno-BN lain yang paling diperkatakan di sepanjang 2012, siri serangan terhadap konvoi ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ termasuk bas ‘Merdeka Rakyat’ yang dinaiki Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih malang lagi, polis sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentangani isu keganasan politik ini sekaligus menjadikan ia berlarutan.

 

Gadai Tanah Rizab Melayu

Selangor-UmnoSelain bertindak ganas terhadap penyokong parti lawan, Umno-BN juga tidak segan silu memainkan isu perkauman bagi menakutan pengundi Melayu yang kononnya bakal kehilangan kuasa politik mereka

Bagaimanapun malang bagi Umno-BN, usaha-usaha mereka tidaklah mendatangkan kesan maksimum seperti yang mereka harapkan apabila tindakan ganas itu turut dicemuh masyarakat umum.

Selain itu, tindakan ‘patriotik’ Umno-BN itu juga disia-siakan dengan pembongkaran tindakan khianat parti tua itu menjual tanah milik Kerajaan Negeri dan tanah rizab Melayu sendiri.

Di Selangor sahaja, dari 1999 hingga 2008, dianggarkan tidak kurang 24 Lot tanah milik Kerajaan Negeri dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, yang diperolehi Umno-BN ketika era pentadbiran Umno-BN dijual pada harga rendah atau bertukar tangan kepada pihak ke-tiga.

Umno-BN juga bijak mengaut keuntungan mudah dengan menyelitkan kepentingan mereka dalam setiap urusniaga penjualan tanah tersebut kepada pihak ke-tiga.

UMNO HANCUROleh demikian, rakyat Selangor harus bijak membuat pilihan dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada 2013 nanti.

Jika dinilai dari segi prestasi, ia bukanlah suatu pilihan sukar buat rakyat Selangor kerana rekod lebih empat tahun prestasi pentadbiran PR Selangor dan rekod pentadbiran 55 tahun Umno-BN menceritakan segalanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tunas Sasar 5,000 Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan

tunas sg pelek halimah 02

SEPANG 24 DIS : Syarat permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) bakal dilonggarkan bagi meluaskan penyertaan ke dalam skim itu ke 5,000 penerima tahun hadapan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sebelum ini, bantuan itu terbuka kepada setiap keluarga yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan.

Namun, Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk menukar syarat tersebut kepada keluarga yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.

“Syarat itu kini sedang dibincangkan dalam mesyuarat Exco, saya harap ia dipertimbangkan,” katanya selepas merasmikan Program Mini Karnival Jelajah Jejak Tunas Daerah Sepang.

15 mins reading break halimah 01

Hadir sama Penyelaras Dun Sungai Pelek, P.Sivakumar dan Pegawai Operasi Tunas Negeri, Abdul Mutalib Islan.

Katanya, sasaran 5,000 penerima dan penyertaan 500 buah tadika yang akan berdaftar dengan skim terbabit selaras dengan peruntukkan baru bagi tahun hadapan iaitu sebanyak RM 3 juta.

“Jika tahun ini kita memperuntukkan sebanyak RM 1.016 juta, tetapi pada tahun depan Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 3 juta di bawah bajet 2013.

“Oleh itu, saya berharap kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Adun, Penyelaras Dun, Ketua Kampung dan semua pihak supaya dapat membantu menjayakan skim ini,” katanya.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak.

Ia dilaksanakan mulai dari 1 Julai tahun ini di mana yuran bagi kanak-kanak yang terpilih dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Setakat ini, sebanyak 1,903 penerima sudah mendapat faedah dengan penyertaan 232 tadika berdaftar di bawah MPTS termasuk Pasti, Kemas, Pra Sekolah JAIS, Pra Sekolah Kementerian, Tadika Perpaduan dan Swasta.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata daerah Sabak Bernam mencatatkan penyertaan paling ramai skim Tunas diikuti dengan daerah Klang.

“Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan menghebahkan kepada orang ramai, kita akan turun ke 56 Dun bagi mengadakan satu ‘Roadshow’ untuk memberi taklimat berkenaan bantuan ini selain mengadakan Hari Keluarga Tunas,” katanya.

tunas sg pelek halimah 03

Bagi peniaga Mohd Azhar Mahmud, 38, bantuan itu dapat meringankan bebannya.

“Saya gembira dengan bantuan ini, walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu peniaga seperti saya ini,” katanya.

Penerima lain, Nor Aznita Othman, 28, dari Bandar Baru Salak Tinggi berharap bantuan itu akan diteruskan bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah.

“Ia akan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri, contohnya saya yang mempunyai tiga orang anak, tidak bekerja hanya mengharapkan suami saya yang hanya bekerja di kilang sahaja,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hampir 20,000 Ibu Tunggal Sudah Terima Bantuan Kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 14 DIS : Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor telah mendapat manfaat dan kemudahan daripada berbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.

Mereka adala daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.gov.my sehingga November.

Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

“Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

“Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.

Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi,” katanya lagi.