Categories
AGENDA NASIONAL

Raja Muda Selangor sambut Ulang Tahun Keputeraan ke-31

SHAH ALAM, 12 DIS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah
menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-31, hari ini.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Baginda.

“Merafak sembah tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-31 Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan. Dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, di dunia dan akhirat,” ucapnya.