Categories
AGENDA NASIONAL

Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan penyelidikan mengenai vaksin tetapi terbantut oleh kekangan teknologi dan kos yang tinggi.

Beliau berkata vaksin Covid-19 sebagai contoh, kini boleh dibangunkan dalam masa tidak sampai setahun dengan menggunakan teknologi terkini berbanding teknologi lama yang memakan masa lapan hingga 15 tahun.

“Kos membangunkan vaksin dengan menggunakan teknologi terkini adalah tinggi dan sekiranya mahu berkecimpung (dalam penghasilan vaksin) kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Inovasi Vaksin Pandemik’ terbitan Bernama TV malam tadi.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL PENDIDIKAN

10 universiti tempatan dalam kelompok 110 terbaik Asia

PUTRAJAYA, 25 NOV: Sepuluh universiti tempatan terdiri daripada tujuh universiti awam dan tiga universiti swasta – berada dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia berdasarkan laporan Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) : Asia 2021.

Menurut laporan QS yang dikeluarkan hari ini, Universiti Malaya (UM) mendahului universiti lain dengan berada di tempat kesembilan, diikuti Universiti Putra Malaysia ke-28, Universiti Sains Malaysia (ke-34) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35).

Universiti Teknologi Malaysia di tempat ke-39, Universiti Teknologi Petronas (ke-70), Taylor’s University (ke-89), Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke-107) dan Universiti Teknologi Mara (ke-108).

“Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan bahawa hala tuju Pendidikan Tinggi Negara berada di atas landasan yang betul,” kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam satu kenyataan hari ini mengenai pencapaian berkenaan.

Noraini berkata kejayaan itu juga secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau Asia dan dapat membantu institusi dalam menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia.

Noraini berkata UM buat kali pertamanya telah berjaya disenaraikan sebagai 10 universiti terbaik di Asia dalam penarafan kali ini dengan mendapat tempat kesembilan berbanding tempat ke-13 pada penarafan tahun lepas.

UM juga, menurutnya berjaya mengatasi Shanghai Jiao Tong University yang menduduki tempat-10 dalam penarafan tahun ini.

Shang Jiao Tong University merupakan universiti terkemuka yang memperkenalkan Ranking Akademik Universiti-universiti Dunia atau lebih dikenali sebagai “Shanghai Jiao Tong University Rankings” yang menilai kekuatan penyelidikan universiti di seluruh dunia.

Pada siri penarafan kali ini, 35 universiti tempatan tersenarai iaitu pertambahan enam universiti berbanding dengan 29 universiti yang tersenarai pada tahun lepas, katanya.

“Sebanyak 24 universiti berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, tiga buah universiti mengekalkan kedudukan dan dua buah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas,” katanya.

Dalam laporan QS itu juga menyatakan Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini, katanya.

“Sistem pendidikan negara diterima sebagai bereputasi tinggi di kalangan akademik dan majikan di peringkat Asia,” katanya.

Noraini berkata 2020 merupakan separuh penggal pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT) dan telah menunjukkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi tempatan dalam tempoh yang singkat.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

UM tangguh daftar pelajar baharu, lama secara bersemuka

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Universiti Malaya (UM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman.

Menerusi kenyataan hari ini, Abdul Aziz memaklumkan proses pendaftaran bagi pelajar berkenaan akan dilakukan secara dalam talian.

“Dengan mengambil kira situasi terkini kes positif Covid-19 yang meningkat, UM memutuskan supaya pendaftaran secara bersemuka atau fizikal bagi pelajar (baharu dan lama) ditangguhkan,” katanya.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad turut mencadangkan penangguhan sama melibatkan pelajar dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan Covid-19.

Mengenai pelajar yang dalam perjalanan ke kampus, Abdul Aziz berkata pelajar berkenaan dibenarkan mendaftar di kolej kediaman atau menangguhkan perjalanan dan kembali semula ke kampus pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pelajar-pelajar lama perlu menangguhkan kepulangan ke kampus dan mendaftar kursus secara dalam talian. Bagi pelajar yang berada di kampus dan sedang mengikuti pengajian akademik, mereka boleh kekal berada di kampus,” katanya.

Di Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memperkenalkan proses pendaftaran secara pandu lalu bagi pelajar baharu yang hanya mengambil masa tiga minit.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM Profesor Dr Aldrin Abdullah berkata, kaedah yang julung kali diperkenalkan itu merangkumi semua proses termasuk saringan kesihatan, pendaftaran dalam talian melalui MyDaftar, taklimat ringkas pembelajaran secara atas talian, sehinggalah ke urusan akhir menurunkan barang-barang di desasiswa (asrama).

“USM turut memperkenalkan MyDaftar iaitu satu sistem pendaftaran dalam talian yang hanya mengambil masa kurang dari lima saat. Ia satu sistem yang sangat inovatif dan pertama kali diperkenalkan di USM.

“USM cuba mengambil jalan terbaik dalam keadaan negara kembali berdepan dengan gelombang Covid-19 yang agak membimbangkan, dan cuba menyesuaikannya dengan langkah-langkah proaktif yang dapat memudahkan semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, USM mengambil langkah drastik dengan mengubah pelan asal untuk menjalankan pendaftaran secara bersemuka kepada pendaftaran dalam talian berkuatkuasa semalam untuk sidang akademik 2020-2021.

Aldrin Abdullah berkata pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar dengan diberikan tiga pilihan utama iaitu mendaftar dan terus mengikut waris pulang ke rumah, mendaftar kemudian meletakkan barangan di asrama dan pulang atau mendaftar dan terus tinggal di asrama.

Hari pertama sesi pendaftaran pada pagi ini menyaksikan lebih 200 orang pelajar baharu mendaftarkan diri di kampus induk USM.

-BERNAMA

Categories
BUDAYA RENCANA

Bas lama UM diubah jadi bilik sewa Airbnb

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Bagi mereka yang pernah menaiki bas Greyhound, tentunya masih boleh mengimbau pengalaman melalui tempoh perjalanan yang agak lama, tidak selesa dan melibatkan keadaan bersesak-sesak, ditambah pula apabila tempat duduk poliuretananya sudah pecah-pecah.

Jauh sekalilah kalau ada yang terfikir untuk bermalam atau tidur dalam bas lama yang keadaannya sebegitu.

Namun lain ceritanya bagi sekumpulan pelajar dan pensyarah yang bersemangat kental dari Universiti Malaya kerana sanggup bertungkus-lumus mengubahsuai bas lama kampus itu yang berusia 66 tahun menjadi sebuah rumah kecil yang sangat canggih dan luas atau ‘tiny gorgeous’.

Dengan terhasilnya ruang baharu ini, anda boleh menikmati pengalaman menginap dalam bas kampus yang diubahsuai menjadi rumah kecil.

Inisiatif oleh Sekretariat Makmal Kelestarian dan Kehidupan universiti – Air Warriors dan Projek Rimba, yang menguar-uarkan mengenai rumah bas lama ini di internet sejak dua bulan lepas, menyebabkan ramai yang terpaut hati oleh keunikannya.

Pengurus Projek Water Warriors Universiti Malaya, Siti Norasiah Abd Kadir berkata, idea untuk mengubahsuai bas itu menjadi tempat penginapan lahirnya daripada mantan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) universiti itu, Prof Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

“Universiti pada mulanya ingin saja buang bas lama itu pada tahun 2016 yang terdampar di kampus sejak 2013, tetapi Prof Faisal tampil dengan idea untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang berguna, jadi dia mengusulkan idea itu dan bekerjasama dengan sekretariat (Air Warriors dan Projek Rimba) sejak tahun lepas,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jangan perlekeh

Diletakkan betul-betul di luar kawasan Rumah No.2 universiti itu, yang terletak di Lorong 16 /10b Seksyen 16 Petaling Jaya, bas itu sendiri tidak kelihatan sepertinya dari luar.

Reka bentuk dalamannya tidak ubah seperti di rumah studio, yang memberi gambaran seolah-olah berada dalam sebuah kediaman.

Tetapi apabila anda melangkah kaki masuk ke dalam, semua perasaan gerun yang dirasai mengenai keadaan dalam bas itu terus lenyap begitu saja, kerana reka bentuk dalamannya tidak ubah seperti di rumah studio, yang memberi gambaran seolah-olah berada dalam sebuah kediaman.

Rumah kecil ini mempunyai ruang tamu yang lengkap dengan perabot dan dapur kecil, lantai vinil yang menyerupai kayu keras, dan sebuah bilik tidur untuk dua orang yang sebenarnya telah dipisahkan untuk privasi dan ruang tamu.

Bagaimanapun, bas vintaj ini bukanlah satu-satunya tarikan di Rumah No.2, kerana ia juga rumah yang siap dilengkapi dengan taman yang menghijau yang mengeluarkan hasil dan sepasang arnab dan ayam peliharaan, yang akan memberi pengalaman hidup bertani kepada tetamunya.

Oleh kerana ruang yang terhad, tidak ada tandas di dalam bas tetapi para tetamu dibenar menggunakan tandas dan bilik mandi di dalam rumah Rumah No.2.

Menurut Siti Norasiah, taman dan ruang hijau di rumah itu juga digunakan untuk menanam pokok buah dan sayur, dan projek kitar semula.

Bas kampus yang diperbaharui itu bukan sahaja membolehkan alumni mengimbau semula alam persekolahan mereka dengan tinggal di sana, tetapi juga sebagai sebahagian daripada kesedaran untuk melindungi alam sekitar.

Contohnya, kami menyokong inisiatif Komuniti Plastik Berharga di seluruh dunia untuk mengurangkan sisa plastik daripada berakhir di tempat pembuangan sampah, dengan mula mengoperasikan mesin pencincang, suntikan, pemampatan dan penyemperitan kami untuk menjadikannya produk baru yang berharga.

Pada dasarnya kami mengumpulkan plastik HDPE, yang berasal dari botol pencuci dan syampu kosong dari kolej kediaman dan kawasan sekitar untuk inisiatif itu,” katanya.

Beliau berkata, selain projek kitar semula, mereka juga mengumpulkan sisa makanan dari kolej komuniti dan kediaman untuk menghasilkan baja untuk tanaman mereka.

Kami juga mengadakan sudut bagi Pengeluaran Baja menggunakan Sisa Makanan Sayuran dan Buah, yang mana sisa makanan akan diletakkan di dalam tong kompos dan kemudian tunggu untuk proses kompos.

“Apabila bahan kompos sudah boleh digunakan, ia akan menjadi tanah yang gelap dan kaya dengan bau yang bersih. Ia mengambil masa antara dua minggu hingga enam bulan, bergantung kepada jenis tong kompos,” katanya.

Pengurus Projek Rimba, Siti Syuhada Sapno berkata, sekretariat juga bekerjasama dengan pelajar dalam mata pelajaran kokurikulum – Kesukarelawanan untuk membantu menguruskan Rumah No.2.

Selain itu, kami menjalankan gotong-royong, berkebun dan mengumpulkan sisa makanan dan mengitar semula barang bersama dengan pelajar sukarelawan itu.

“Kami juga bekerja bersama-sama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) – Trash4cash untuk mempromosikan kepada komuniti mengenai projek kitar semula ini. Kami juga mengutip sisa nasi setiap hari untuk dijadikan makanan ayam di sana,” katanya.

Enam bulan untuk siap

Sekretariat mula bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Estet (JPPHB) universiti untuk kerja pengubahsuaian dan membaik pulih bas sejak tahun lepas yang memerlukan masa enam bulan untuk disiapkan.

Kerja pengubahsuaian dilakukan pada Mac tetapi kerana PKP, ia tertangguh sehingga Julai 2020.

Kerja pengubahsuaian dilakukan pada Mac dan pada mulanya kami ingin melancarkannya pada April, tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami terpaksa menangguhkannya hingga bulan Julai.

Sejak dilancarkan pada bulan Julai, kami mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai, terutamanya alumni yang ingin mengalami sendiri dan mengimbau kembali kehidupan kampus mereka di Rumah No.2, kata Siti Norasiah.

Beliau menjelaskan sekretariat kini diberi kepercayaan menjaga aset untuk menjana pendapatan dan menyokong usaha kelestariannya di universiti dan untuk masyarakat luar.

“Kami mengiklankannya di Airbnb dan hasil bayaran penginapan kami gunakan untuk membiayai projek kesedaran persekitaran kami.

Saya rasa universiti masih mempunyai nilai sentimental bagi bas berkenaan dan merasakan idea seperti ini dapat memperlihatkan usaha kelestarian universiti dan kreativiti kakitangan dalaman Universiti Malaya,” katanya.

Bas yang bertukar menjadi rumah vintaj ini kini boleh disewa melalui Airbnb dengan harga RM105 semalaman.

Siti Syuhada berkata, di samping bas, dua bilik tamu di Rumah No.2 juga boleh disewa melalui Airbnb.

Pada asalnya, Rumah No.2 adalah tempat tinggal pensyarah UM tetapi kerana terabai, universiti memutuskan untuk mengubahnya menjadi tempat penginapan orang luar, katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah penginapan, boleh layari https://www.airbnb.com/rooms

-BERNAMA

Categories
KENYATAAN MEDIA

Persatuan Tionghua UM wajar diberi peluang jelaskan tuduhan

Kami memandang serius tentang penggantungan Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Malaya. Keputusan sangat tergesa-gesa.

Jika dibaca perkembangan ini bersama dengan langkah penyekatan kebebasan staf dan mahasiswa untuk bersuara tentang isu-isu semasa, jelas pihak berkuasa sedang bertekad menindas hak bersuara serta kebebasan berpersatuan mahasiswa kita.

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam isu ruang dan kebebasan akademik. Tawaran Anak Muda juga berkali-kali menjamin kebebasan akademik di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Saya mendesak pihak berkuasa agar hentikan campurtangan politik dalam isu ini. Jawatankuasa Persatuan Bahasa Tionghua wajar diberikan ruang untuk menjelaskan tuduhan yang dilontarkan kepada mereka sebelum sebarang tindakan diambil. UM bukan Universiti UMNO. Jangan gadaikan maruah dan reputasi UM sebagai universiti terulung di Malaysia.

 

OLEH: NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA PAKATAN HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Aktivis imbas prosiding tanpa asas undang-undang

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 23 DIS: Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) yang menjalankan prosiding pertuduhan ke atas aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah Md Yusof atas tuduhan terlibat dengan himpunan #TangkapMO1, baru-baru ini didakwa dianggotai pegawai yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Anis berkata, anggota tatatertib juga gagal membuktikan penglibatannya dalam perhimpunan itu merosakkan nama baik UM dan memudaratkan keselamatan awam.

“Mereka yang menjalankan prosiding itu tidak mempunyai asas undang-undang, malahan lebih pelik pihak yang menuduh juga duduk sebaris bersama ahli panel ketika menjalankan prosiding.

“Mereka mendakwa saya berdasarkan apa yang mereka jumpa di media sosial,” katanya sebagai panelis forum berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini, di sini, malam tadi.

Forum itu turut menampilkan mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Anis berkata, selain digantung pengajian selama satu semester, beliau turut diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, pada Ogos lalu.

“Tindakan itu adalah satu lagi bukti jelas bahawa pentadbiran institusi pengajian tinggi di Malaysia dijadikan alat oleh pihak mempunyai kepentingan politik untuk menakut-nakutkan gerakan mahasiswa yang berani menyatakan kebenaran,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Muhyiddin & Naib Canselor UM perlu letak jawatan, gagal kekang campur tangan politik

SHAH ALAM, 24 JAN: Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Amin Jalaluddin harus melepaskan jawatan kerana gagal mempertahankan kakitangan kampus itu kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lim berkata, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu melepaskan jawatan kerana kementeriannya campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti.

Lim Kit Siang white 01Lim mengulas isu dua timbalan naib canselor UM yang dilaporkan tidak disambung tugas selepas didakwa tidak menyokong parti pemerintah dan terlalu berlembut dengan mahasiswa.

Mereka adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Rohana Yusof.

“Jika ada individu yang perlu melepaskan jawatan, mereka adalah Muhyiddin Yassin kerana campur tangan politik diteruskan terhadap kebebasan akademik dan kecemerlangan di UM.

“Mohd Amin gagal mempertahankan kakitangan akademik dan pelajar UM terhadap campur tangan politik itu oleh ahli politik dari Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini.

Categories
BERITA UTAMA

UM 8 dan UIA 1: Jalan Terus!

Tahun 2014 adalah permulaan baru perjuangan mahasiswa. 2014 bukanlah pengakhiran kepada sosok tubuh pejuang bergelar mahasiswa. Pejuang yang tidak dibayar mahupun dibelai, pejuang yang sentiasa ke hadapan untuk menyuarakan suara benak rakan mahasiswa yang lain.

Mereka tidak angkuh untuk membawa suara masyarakat setempat kerana mereka sedar peranan mereka sebagai penggerak keilmuan dalam kalangan masyarakat.

Hukuman dan Makna Universiti

Rentetan dari apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM 8) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA 1), kami sangat bersimpati dengan rakan seperjuangan kami yang membayar nilai pengorbanan ini dengan korban penggantungan semester, denda beratus-ratus ringgit dan amaran keras dari pihak universiti.

Mahasiswa UMApa yang berlaku kepada Fahmi Zainol (UM, digantung dua semester dan didenda RM 600), Safwan Shamsuddin (UM, digantung satu semester dan didenda RM 300), Muhammad Mujahid (UIA, digantung satu semester dan amaran keras) dan 6 mahasiswa UM yang lain merupakan satu lagi tragedi kepada pendidikan, demokrasi dan kebebasan akademik di Malaysia.

Kami cukup terkilan dengan tindakan pihak universiti yang cuba mengongkong suara keramat mahasiswa dengan menutup ruang-ruang kebebasan yang sepatutnya diberikan kepada mahasiswa.

Memetik kata-kata Prof Stefen Collini yang merupakan tokoh di Universiti Cambridge didalam bukunya “What Are Universities For”, beliau menyatakan bahawa universiti seharusnya menjadi satu ruang inkuiri bebas yang sentiasa dilindungi daripada campur tangan kuasa luar.

Bahkan, Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, dalam kes Sweezy vs New Hampshire 354 US 234 (1957), mengatakan:

“Scholarship cannot flourish in an atmosphere of suspicion and distrust. Teachers and students must always remain free to inquire, to study, and to evaluate, to gain new maturity and understanding; otherwise our civilization will stagnate and die.”

Universiti seharusnya menjadi wadah percambahan generasi reformis dan pemikir, bukannya institusi melatih robot. Inilah seharusnya menjadi makna sebenar institusi keilmuan yang digelar universiti.

Jalan Terus!

Kami yakin dan percaya, hukuman ini langsung tidak akan mematahkan semangat 9 orang rakan mahasiswa ini untuk terus melangkah ke hadapan. Kualiti kepimpinan dan semangat pejuang itu tidak wujud di dalam diri seseorang dalam sekelip mata.

Keberanian merupakan akhlak mereka, yang tidak mampu dicari ganti, seperti mana yang dinukilkan oleh Pramoedya Ananta Toer: “Dalam hidup kita ini, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?”

Sejarah telah membuktikan bahawa ramai tokoh dan pemimpin negara pada hari ini sangat berani dan progresif dalam memperjuangkan isu mahasiswa dan masyarakat suatu ketika dahulu.

Sepanjang lipatan sejarah, kongkongan dan hukuman sebegini sama sekali tidak akan mematahkan semangat pejuang. Tokoh anti-aparteid dunia, Nelson Mandela sendiri pernah meringkuk di dalam penjara selama 27 tahun.

Tempoh ‘istirahat’ selama hampir 3 dekad ini langsung tidak merubah pendirian beliau. Bahkan perjuangan membebaskan Afrika Selatan dari belenggu aparteid digerakkan dari dalam Penjara Robben Island dan Penjara Pollsmoor.

Keberadaan beliau di dalam penjara telah merubah personaliti beliau menjadi lebih kuat dan matang, lalu diangkat rakyat sebagai Presiden Afrika Selatan yang pertama dipilih melalui sistem demokrasi yang telus.

Khatimah

Inilah juga hakikatnya bagi 9 rakan mahasiswa yang berani terjun dan berpencak dalam medan ini. Kami yakin, hukuman ini tidak akan sama sekali mematahkan semangat mereka, bahkan akan terus membakar api semangat perjuangan. Buat rakan-rakan mahasiwa pemberani, kita sama sekali tidak akan pernah berubah arah, dan akan sentiasa bersama-sama perjuangan ini.
Perjuangan ini mesti terus. Demi Malaysia yang lebih gemilang, mahasiswa terus melangkah!

Hanif Mahpa dan Azzan Aznan
Mahasiswa UIAM

 

Categories
NASIONAL

Fahmi: “Jika dibuang UM, Terima Kasih Selangor beri peluang”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 NOV: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengalu-alukan peluang untuk beliau dan rakan-rakan meneruskan pengajian di IPT Negeri Selangor sekiranya mereka dikenakan hukuman berat.

Beliau mewakili kumpulan mahasiswa berkenaan memuji tindakan murni yang dibuat oleh Kerajaan Selangor ini dan berharap akan menjadi ‘cermin’ kepada pihak lain termasuk Kerajaan Persekutuan.

Mahasiswa UM“Saya berbesar hati dan gembira apabila Kerajaan Selangor sudi tawarkan pengajian di Unisel atau KUIS.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana memberi ruang dan bantu sekiranya dibuang.

“Saya menwakili semua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exco Pendidikan, Nik Nazmi kerana cakna berkenaan mahasiswa dan berharap tindakan mereka ini memberikan cermin kepada pihak lain seperti Kerajaan Malaysia sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sementara itu beliau memaklumkan prosiding pendengaran oleh lembaga disiplin universiti ditangguhkan pada 18 November.

Katanya penangguhan ini diputuskan oleh ahli panel namun mereka hanya mengetahui penangguhan ini daripada kakitangan pejabat dan bukannya daripada ahli panel.

Jelasnya lagi tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak beradab.

“Kami pergi sendiri ke tempat yang dibicarakan baru dimaklumkan oleh staf, bukan daripada ahli tindakan tatatertib, staff (kakitangan) yang beritahu.

“Maaf prosiding akan ditangguhkan sehingga 18 November. Mereka beritahu ahli tindakan tatatertib dah balik. Ini tindakan yang tidak beradab,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Hukuman berat, mahasiswa UM boleh sambung pelajaran di IPT Selangor- Exco

SHAH ALAM 7 NOV: Kerajaan Selangor bersedia memberikan peluang kepada sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) menyambung pelajaran di negeri itu jika dikenakan hukuman berat.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata , beliau selaku Exco Kerajaan Negeri akan buat yang terbaik bagi memastikan mereka diberi peluang menyambung pelajaran mereka seperti Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Mahasiswa UMKatanya, sekumpulan pelajar UM, diketuai Fahmi Zainol, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan menghadapi tindakan tatatertib kerana mereka menganjurkan ceramah untuk  Datuk Seri Anwar Ibrahim, alumni UM di universiti itu.

Katanya, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sedang digunakan sebagai satu alat menghalang minda anak muda membincangkan dan menyuarakan pendapat situasi politik.

“Ini sebab Angkatan Muda KEADILAN memperjuangkan kemansuhan AUKU dan menghentikan kerajaan hari ini daripada mengawal kebebasan mahasiswa.

“AMK akan mempertahankan nasib mahasiswa dalam krisis ini,” katanya yang juga Ketua AMK Malaysia dalam kenyataan media.

PC Nik NazmiBeliau berkata, UM selaku salah satu institusi pengajian tinggi dihormati perlu melihat teliti  kesan jika universiti membuat keputusan menggantung atau membuang pelajar itu.

“Ini bukan sahaja memburukkan pentadbiran universiti tetapi imej universiti secara keseluruhan akan terjejas.

” Ia kerana mereka dilihat menguatkuasakan peraturan ketat yang menghindarkan perkembangan minda daripada menggalakkan pelajar berfikir dan bertindak kritis,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

UM patut gugur pertuduhan pada aktivis mahasiswa serta merta

SHAH ALAM 2 NOV: Pentadbiran Universiti Malaya (UM) perlu menggugurkan semua dakwaan ke atas Fahmi Zainol serta merta berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor pada 27 Oktober lalu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata pentadbiran UM tidak patut dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ mahasiswa.

Mahasiswa UMKatanya, sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan.

“Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis. Maka, sudah tiba masanya untuk kita menggalakkan aktivisme mahasiswa yang cakna hal ehwal negara,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.

Katanya beliau kesal dengan pihak universiti yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fahmi Zainol selaku Presiden Persatuan Mahasiswa UM dan lapan pelajar lain, kelmarin.

“Pentadbiran UM seolah-olah ‘berdendam’ dengan pelajar dan ahli akademik yang mempunyai pandangan tidak sealiran, melalui tindakan mengunci pagar dan menghalang pengucapan awam di dalam kampus,” katanya.

Kata Kit Siang, langkah itu bukan sahaja tidak meningkatkan kedudukan universiti, ia malah mencemarkan reputasi Malaysia di mata masyarakat akademik dan pemerhati antarabangsa.

“Mahasiswa adalah golongan idealistik, dan generasi muda seperti itu wajar didorong untuk sentiasa prihatin terhadap urusan negara tanpa perlu pengaruh politik kepartian,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar tetap hadir sampai pidato di UM

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 27 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk tetap menghadiri majlis pidato anjuran Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) meskipun berkemungkinan berdepan halangan dari pihak universiti itu.

Ini kerana katanya beliau menerima jemputan rasmi daripada mahasiswa untuk menyampaikan pidatonya bertajuk ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara, Signal Kebangkitan Mahasiswa’.

B07Gc9kCcAALwSh“Saya akan hadir malam ini pada pukul 9 malam di UM kerana saya dijemput badan mahasiswa untuk menyampaikan pidato, jadi saya akan beri penghormatan kepada mereka.

“Justeru sepatutnya tiada halangan untuk saya memasuki universiti,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Kawalan keselamatan di kampus UM dipertingkatkan menjelang ceramah Anwar di kampus itu malam ini.

Dalam kenyataannya, Pengarah Pejabat Keselamatan UM, Yusof Harun berkata hanya kenderaan yang mempunyai pelekat universiti dibenar memasuki kampus perdana itu.

Menurutnya lagi, langkah itu dilakukan atas arahan pengurusan universiti.

Ketegangan sedang memuncak di sekitar kampus universiti di Kuala Lumpur kerana pelajar cuba berkeras untuk meneruskan ceramah.

EZY