Categories
SELANGOR

Unit Amal Pandan tangguh kawalan keselamatan

SHAH ALAM 4 SEPT:  PAS Kawasan Pandan menangguhkan kawalan keselamatan di Stesyen LRT Pandan Indah malam tadi setelah Polis berjanji mempertingkatkan keselamatan di sekitar stesyen itu.

Adun Chempaka, Iskandar Samad berkata beliau mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan Tuan ACP Khairuddin bersama-sama dengan lebih 20 orang pegawai dan anggota yang turun padang malam tadi untuk melihat sendiri masalah di Stesyen LRT Pandan itu.

Unit AMAL PASLebih 25 orang anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan petugas Pusat Khidmat Ahli Dewan Chempaka berkumpul di stesyen itu mulai jam 8.00 malam tadi untuk meninjau tahap keselamatan di situ sebelum mengadakan rondaan.

“Kami mengucapkan syukur pertembungan Polis dan anggota Unit Amal Pandan diketuai Zahriezan Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pandan di stesyen LRT Pandan Indah malam tadi berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Iskandar berkata Anggota Unit Amal itu dijadualkan membuat rondaan di stesyen itu bersama-sama petugas dari PAS Kawasan Pandan dan wakil penduduk Pangsapuri Inai berhampiran.

“Pihak kami mengarahkan Unit Amal melakukan rondaan mulai malam tadi kerana terdapat kes-kes jenayah seperti ragut dan tetak melibatkan pengguna LRT.

10612606_860961217256210_7742091721180148116_n“Walau bagaimanapun pihak kami menerima nasihat Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Tuan ACP Khairuddin Saad, agar rondaan itu dihentikan dan satu perbincangan diadakan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah keselamatan di stesyen LRT,” katanya.

Iskandar berkata beliau akan mengatur satu pertemuan dengan Polis untuk membincangkan masalah keselamatan.

“Walau bagaimanapun, pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan Indah pada waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang secukupnya oleh pihak Polis.

“Kami yakin kerjasama di antara pihak kami, penduduk tempatan dan Polis penting di dalam usaha membanteras jenayah,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kenapa Skuad Gempur BN tidak dikenakan tindakan?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: Skuad gempur BN yang menonjolkan aksi kurang sopan semasa penamaan calon pilihan raya perlu diambil tindakan pihak berkuasa sebelum mahu mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal PAS.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata beliau hairan Jabatan Amal PAS kembali menjadi sasaran pihak tertentu sehingga ada yang mahu mengambil tindakan menahan anggota mereka.

Bwa2rwFCUAAv_ff“Selepas 20 tahun baru sekarang bangkit berkaitan Amal. Begitu juga dengan PPS yang ditubuhkan oleh kerajaan yang dipilih rakyat.

“Yang nyata ada lagi banyak skuad-skuad yang mungkin juga disifatkan seperti dibawah politik mahupun kerajaan negeri namun tidak berbangkit.

“Saya tidak faham apa yang berlaku malah macam ‘double standard’ (berat sebelah) pula,” katanya yang merupakan bekas calon Parlimen Simpang Renggam.

Bercakap kepada Selangor Kini Suhaizan menjelaskan, Jabatan Amal ditubuhkan sejak 20 tahun lalu merupakan salah satu cabang keanggotaan di bawah PAS dan Pemuda PAS Malaysia.

Pasukan ini ditubuhkan dengan konsep ‘Beramal kerana Allah’ bertujuan untuk berkhidmat di dalam program yang dianjurkan parti termasuk menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan serta pihak polis.

banjir_srimendan_3“Kita membuat kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk polis umpanya mengawal lalu lintas dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan parti.

“Double Standard adalah kena pada BN boleh tetapi pada Pakatan tidak boleh,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau ‘yakin’ Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan sama seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang.

Anggota PPS ditahan polis selepas menyertai perarakan Hari Kemerdekaan anjuran Kerajaan Pulau Pinang, 31 Ogos lalu.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Aku, Unit Amal dan kepanduan jamaah

Oleh: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

AKU menoleh kiri dan kanan pada anak-anak muda yang berdesakan mengiringi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang.

Senario ini pada tahun 1992, saat aku masih menyandang gelaran mahasiswa UM, masa terluang mengikuti Unit Amal Lembah Pantai yang dipimpin oleh Haji Uzir Ahmad. Tak ramai anak-anak kampus UM yang terlibat dengan Unit Amal kerana gerakan pelajar Islam lebih mempunyai tarikan pesona berbanding gerakan kepemudaan di kawasan Lembah Pantai.

100000501001972_822642797762413Pada masa itu Unit Amal masih lagi begitu baru di medan masyarakat, walaupun Pemuda PAS mempunyai gerakan kepanduan mereka sendiri semenjak era dekad 1960-an dan 1970-an.

Aku teringat almarhum Ustaz Hasan Shukri yang menceritakan bagaimana gerakan pemuda Syuhada di zamannya yang mengadakan mukhaiyam, aktiviti berkawad, juga aktiviti seni silat. Apatah lagi pemuda Umno yang terkenal dengan pemuda tahan lasak,mengganggu aktiviti yang diadakan oleh PAS.

Kewujudan gerakan kepanduan Pemuda PAS ini dibuktikan dengan gambar-gambar kawad dan perbarisan setiap kali majlis besar yang diadakan oleh PAS.

Kewujudan gerakan kepanduan berteraskan khidmat kebajikan dan sukarela bagi gerakan Islam, bukanlah sesuatu yang baru atau hanya muncul di negara ini.

Gerakan feomenal dunia seperti Ikhwanul Muslimin, jauh lebih awal mempunyai sayap kepanduan Syabab Ikhwan (Abdul Muiz: 2001). Begitu juga Jamiat Islami di belahan sub continent, mempunyai gerakan kepanduan yang berkhidmat untuk membantu masyarakat dan juga sebagai sayap gerakan yang penting.

Di Indonesia pula, Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia), mempunyai gerakan kepanduan tersendiri yang menghimpunkan ramai anak muda, sehinggalah wadah politik Islam ini diharamkan oleh Soekarno.

banjir_srimendan_3Unit Amal terus mengorak langkah menjuarai bidang kebajikan, membantu program-program PAS disemua peringkat, menghimpunkan anak muda yang cenderung dalam bidang kepanduan (pengakap), menarik anak muda kepada fikrah perjugan Islam bahkan terlibat dengan misi-misi bantuan di seluruh dunia.

Tak sedikit ujian yang melanda badan sukarela ini, termasuk cuba mengaitkan mereka dengan tujuan ketenteraan, namun Unit Amal membuktikan mereka hadir di tengah masyarakat untuk berbakti dan berbudi.

Apabila negara di landa musibah banjir, mereka “beruniform merah” ini berada di barisan hadapan, jauh lebih awal daripada agensi kerajaan sendiri.

Kelompok relawan berbaju merah ini berjaya memecahkan tembok kaca PAS dengan masyarakat, mengikis imej parti eklusif pak lebai dan agamawan.

Unit Amal dengan pelbagai kepakaran dan latar belakang keanggotaan, daripada buruh sehinggalah ahli akademik, usahawan, profesional muda.

Mereka bekerja tanpa upah, mampu diarah, berdisiplin tinggi, menjaga reputasi sebagai barisan hadapan jamaah Islam, berembun dan berpanasan untuk program PAS dan masyarakat.

Negara ini tak mampu berbohong tentang jasa dan kepakaran Unit Amal, mereka mengawal peserta-peserta bantahan awam daripada bertindak liar, menjaga keselamatan peserta dan juga mendisiplinkan para demonstran.

Unit Amal membantu pihak keselamatan, bomba dan penyelamat jika berlaku kes kemalangan, hilang di hutan atau sungai, bencana kebakaran besar, malah turut menjadi aktiviti ko kurikulum di sekolah-sekolah Islam.

Unit Amal tak mudah digertak, aku teringatkan pada tahun 2002 apabila berlangsung Jambori Amal Peringkat Kebangsaan di Taman Templer, sekitar tapak jambori dikepung oleh FRU.

Aku menjadi Pengarah Jambori tersebut, program berlangsung dengan berjaya walaupun digertak untuk ditahan semua peserta Jambori Amal.

Kepada Zahid Hamidi, abaikan mimpi kamu untuk melenyapkan Unit Amal, kerana hadirnya Unit Amal bersama denyut nafas kami, seluruh ahli-ahli Parti Islam.

Mereka tidak menagih upah dan tanda jasa diatas khidmat bakti mereka, motto gerakan kepanduan PAS ini, “di mana ada kesusahan, di situlah adanya kami”.

Tugas kamu Zahid dan pihak keselamatan negara ialah membanteras jenayah dan mewujudkan suasana kondusif untuk rakyat, mewujudkan Malaysia yang aman. Biarkan Unit Amal terus berbakti kepada watan dan tanah leluhur ini!.

* Penulis ialah AJK PAS Pusat dan juga mantan Penaung Unit Amal Wilayah Persekutuan 1999-2006.

Dipetik: Harakah Daily

Categories
NASIONAL

Zahid Hamidi dituntut mohon maaf berhubung isu Unit Amal PAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dituntut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyatannya yang disifatkan sebagai satu kesilapan terhadap Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS (Unit Amal).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, berkata, Jabatan Amal yang ditubuhkan adalah badan kebajikan yang dituubhkan untuk menguruskan kebajikan serta bantuan kemanusiaan Pemuda PAS dan rakyat Malaysia.

banjir_srimendan_3Katanya beliau sendiri tidak mengerti mengapa pihak kerajaan secara drastik mahu mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu sususlan selepas menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela di Pulau Pinang, kelmarin.

“Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan kerana selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan.

“Saya tidak faham dengan Zahid ini,” katanya menerusi laman Facebook.

Beliau turut mencabar Ahmad Zahid supaya menangkapnya terlebih dahulu sekira ingin mengambil tindakan terhadap Unit Amal PAS.

Ini kerana katanya Jabatan Amal adalah di bawah tanggungjawab beliau selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Unit Amal“Saya cabar Ahmad Zahid, jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu,” katanya lagi,

Sementara itu, Suhaizan berkata para peguam di bawah Pemuda PAS juga sudah bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan sekiranya tindakan undang-undang diambil terhadap Jabatan Amal.

“Kes-kes mahkamah sebelum ini jelas mahkamah membebaskan para petugas Unit Amal dari tuduhan kerana ia adalah di bawah urusan parti yang sah di sisi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata bahawa tindakan yang sama terhadap anggota PPS juga akan diambil oleh pihak polis terhadap Unit Amal PAS.

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal.

Unit Amal telah beroperasi selama beberapa dekad dan membantu mengawal orang ramai semasa protes parti pembangkang dan juga dalam acara-acara kemasyarakatan PAS.

Ditubuhkan pada tahun 1991, ia mempunyai kira-kira 3,000 anggota yang berusia lebih 18 tahun yang menerima latihan daripada pemimpin dalam kalangan sendiri, termasuk guru dan bekas tentera.

EZY