Categories
AGENSI SELANGOR

Unisel perluas Biasiswa Bestari, bantu pelajar kurang mampu

SHAH ALAM, 12 NOV: Universiti Selangor (Unisel) bakal memperluaskan Biasiswa Bestari di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mulai tahun depan, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Hasril Abu Hassan berkata dana yang menawarkan yuran pengajian percuma berkenaan terbuka kepada pelajar semester pertama untuk semua program diploma dan ijazah sarjana muda di kampus Bestari Jaya.

“Sebelum ini kita menawarkan dana itu kepada pelajar kurang berkemampuan bagi kemasukan sesi Julai dan Ogos di 10 DUN terpilih.

“Susulan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sempena sambutan 20 tahun Unisel, kita mengambil keputusan untuk perluas lagi di seluruh DUN di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Hasril berkata pihaknya berharap dana berkenaan dapat meringankan beban keluarga pelajar terutama ketika berdepan situasi pandemik Covid-19.

Categories
SELANGOR

Usaha UNISEL pupuk budaya cinta alam dipuji JAS

SHAH ALAM, 22 MEI : Usaha Universiti Selangor (UNISEL) sebagai rakan strategik dalam menjayakan penganjuran kali pertama Pertandingan Bicara Berirama Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2016 mendapat pujian daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Dalam ucapan aluan, ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato’ Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim memuji komitmen UNISEL dalam bersama-sama membantu melancarkan pertandingan tersebut.

UNISEL JASUntuk pertandingan kali ini, seramai 14 sukarelawan UNISEL terdiri daripada staf dan juga pelajar menyumbang tenaga serta tajaan untuk peringkat akhir kepada para peserta dalam pertandingan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Pertandingan sarat dengan mesej dalam usaha memupuk budaya cintakan alam sekitar itu membabitkan 16 sekolah rendah serta sekolah menengah bertanding merebut hadiah wang tunai RM5,000.

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka serta Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur menjuarai kategori masing-masing.

-nR-