Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

166,000 usahawan mikro Selangor terima bantuan khas prihatin

SHAH ALAM, 23 SEPT: Lebih sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 dengan 166,000 daripadanya usahawan Selangor.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan RM500 fasa pertama disalur Isnin lalu manakala peringkat seterusnya pada November depan yang keseluruhan membabitkan peruntukan RM1 bilion.

Menurutnya, sejumlah RM6.08 bilion disediakan dalam empat siri pembayaran GKP sejak pandemik Covid-19 melanda awal tahun lalu.

“Kerajaan berharap bantuan langsung ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-Bersatu) mengenai jumlah penerima bantuan GKP.

Zafrul berkata usaha membantu peniaga kecil turut digerakkan menerusi bank pembangunan yang setakat ini menyalurkan pembiayaan RM1.8 bilion.

“Kita meminta bank terbabit memudah cara permohonan selain mengutamakan pelaburan dan pinjaman untuk peniaga sedang beralih ke perniagaan digital,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Selangor belanja RM25 juta bantu usahawan

SHAH ALAM, 19 FEB: Sejumlah RM25 juta diperuntuk menerusi tiga inisiatif termasuk Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) untuk membantu usahawan negeri ini melalui Pakej Kita Selangor.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 10 Februari lalu, NaDi pada masa ini giat membuat prapendaftaran usahawan.

Mengikut laporan kemajuan 20 inisiatif Unit Perancangan Ekonomi Negeri, permohonan skim dijayakan menerusi 20 cawangan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Skim yang menerima dana RM10 juta bertujuan membantu individu yang mahu memulakan perniagaan melalui pembiayaan mudah antara RM1,000 hingga RM5,000.

Hijrah sebagai agensi pelaksana menggunakan kaedah berkumpulan tiga orang dan wanita isi rumah sebagai wakil dalam program ini.

Bagi program pendigitalan e-Dapur, sebanyak RM10 juta disediakan manakala baki RM5 juta untuk pendigitalan e-Pembekal Peruncit dan Makro.

Kedua-duanya kemudian digabung sebagai Skim Pembiayaan Go Digital bertujuan memberi peluang kepada usahawan meningkatkan perniagaan melalui kaedah pendigitalan.

Syarikat peneraju turut dilantik bagi menyediakan pakej membabitkan sistem peranti, pemasaran, latihan dan pemantauan pada kadar RM1,000- RM5,000.

Mula dilaksanakan pada Januari tahun, kedua-dua program itu juga pada peringkat prapendaftaran.

 

Categories
EXCO SELANGOR

Ikan patin tempoyak usahawan Selangor jadi pilihan rakyat China

SHAH ALAM, 13 JULAI: Produk ikan patin masak tempoyak dihasilkan usahawan Selangor menjadi pilihan penduduk China ketika ia dipasarkan ke peringkat antarabangsa tahun lalu, kata EXCO pembangunan usahawan.

“Kita sememangnya tidak jangka apabila produk tersebut mendapat perhatian peserta dan penduduk di China, mereka berminat untuk memasarkannya di sana.

“Jadi saya yakin apabila Kerajaan Negeri membantu usahawan membuat pembungkusan produk lebih baik serta menyediakan bahan mentah yang tahan lama, saya yakin produk usahawan ini boleh dibawa lebih jauh,” kata Rodziah Ismail menjawab soalan tambahan Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri turut menganjurkan program Pembungkusan Produk Made In Selangor bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran produk keluaran negeri serta membimbing usahawan bagi menambah baik mutu pembungkusan dan penjenamaan produk.

“Produk ini akan menerima label Made In Selangor sebagai pengiktirafan kualiti pembungkusan produk tersebut. Sehingga kini hampir 70 usahawan menerima bantuan pembungkusan tahap asas dan 24 usahawan menerima bantuan bagi pembungkusan tahap pertengahan.

“Usahawan yang telah mengikuti program ini berpotensi untuk membawa produk mereka ke rangkaian pasar raya dan platform antarabangsa,” katanya.

Categories
SELANGOR

Usahawan Selangor – Salam Selangor

Episod 100

Sinopsis

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Salam Usahawan kali ini menemuramah pemimpin bagi mengetahui tentang program-program yang diadakan untuk usahawan di Selangor

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : YB Rodziah Ismail

PWB