Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0490/0540 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 29 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen risiko yang lebih baik susulan pemeteraian perjanjian rangsangan AS oleh Presiden Donald Trump, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0490/0540 berbanding dolar AS daripada 4.0475/0530 sewaktu ditutup Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata dana bantuan kecemasan berjumlah AS$900 bilion itu adalah pengubah kepada suasana positif berikutan ia merangkumi bantuan kepada perniagaan kecil, penyedia perkhidmatan kesihatan dan sekolah serta individu yang menganggur dan diusir.

“Bagaimanapun, harga minyak memberi jalan terhadap kebimbangan bekalan memandangkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mungkin menyegerakan langkah untuk membawa lebih banyak tong ke pasaran.

“Pasaran menunggu untuk menyaksikan sekiranya Senat AS meluluskan semakan kenaikan bantuan Covid-19 daripada AS$600 kepada AS$2,000, yang akan memberikan sokongan kepada sentimen risiko dan membantu ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0460/0500 daripada 3.0483/0529 pada Isnin dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.4548/4624 daripada 5.4856/4938 sebelum ini.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9019/9071 daripada 3.9114/9178 dan naik berbanding euro kepada 4.9503/9580 daripada 4.9570/9649 semalam.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga rendah 4.0930/0980 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Ringgit susut daripada peningkatannya sebelum ini apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun unit negara maju itu mengalami penurunan akibat pemulihan minat terhadap risiko.

Indeks dolar AS yang mengukur nilai unit negara maju itu berbanding mata wang utama, meneruskan penyusutannya untuk sesi kelima berturut-turut.

Pada 9.15 pagi, ringgit berada pada paras 4.0930/0980 berbanding dolar AS daripada 4.0850/0890 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes menjangkakan berlakunya penurunan ringgit hari ini, didorong oleh sentimen global yang suram.

“Ini bukanlah berita yang baik untuk ringgit kerana terus ditekan oleh kebimbangan mengenai perkembangan negatif harga minyak selain peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0465/0505 daripada 3.0471/0513 pada Rabu, mengukuh berbanding euro kepada 4.8449/8516 daripada 4.8562/8614 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4163/4233 daripada 5.4298/4355 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding yen kepada 3.9413/9465 daripada 3.9328/9378 semalam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit meningkat 4.1000/1050 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Ringgit meneruskan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen peningkatan dalam pasaran tempatan dan serantau.

Pada 9.10 pagi, unit tempatan berada pada 4.1000/1050 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1070 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata penurunan dolar AS semakin menarik berbanding mata wang asing pasaran sedang pesat membangun.

Beliau berkata mata wang negara yang mencatatkan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ketara pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19 dan kehilangan pendapatan pelancongan semakin pulih susulan berita mengenai vaksin.

“Sehubungan itu, ringgit sesuai untuk situasi tersebut,” katanya kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0522/0570 daripada 3.0537/0576 semalam, naik berbanding yen kepada 3.9289/9441 daripada 3.9329/9381 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8597/8673 daripada 4.8674/8750.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.4313/4383 daripada 5.4245/4319 semalam.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.3350/3410 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan pengukuhan unit negara maju tersebut.

Pada 9.02 pagi ini, unit tempatan itu disebut harga pada 4.3350/3410 berbanding dolar AS daripada paras 4.3220/3330 yang dicatatkan pada 6 petang semalam.

Ringgit ditutup tinggi pada Rabu selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi tumbuh pada kadar sederhana 0.7 peratus pada suku pertama 2020 daripada 4.5 peratus pada suku sama tahun lepas.

Menurut BNM, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijejaskan oleh pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas mencatat pengembangan pada dua bulan pertama suku tersebut, aktiviti ekonomi negara susut mendadak berikutan pelaksanaan PKP pada 18 Mac lepas, kata bank pusat itu.

Sementara itu Ketua Strategis Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit diniagakan pada kadar lebih seimbang berikutan peningkatan minyak yang lebih baik daripada jangkaan awal berbanding suku pertama 2020.

Namun, ringgit dijangka terus bergelut untuk mengukuh walaupun asasnya lebih baik berbanding seminggu lepas.

“Cabaran untuk ringgit seterusnya adalah impak data jualan runcit dan perindustrian China diumumkan esok yang mampu memberi petunjuk kepada ekonomi Malaysia dan seluruh dunia mengenai keadaan ekonomi negara besar itu selepas terpaksa ditutup akibat Covid-19,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam pada itu, dolar AS meningkat semalam, dipacu oleh kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powel bahawa kadar negatif tidak dijangkakan setakat ini.

Selain itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali berbanding pound Britain yang menyaksikannya meningkat kepada 5.3031/3112 daripada 5.3148/3300 pada Rabu.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0543/0590 daripada 3.0501/0583 semalam, rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0552/0619 daripada 4.0355/0469 dan turun berbanding euro kepada 4.6900/6983 daripada 4.6855/6991 sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.3750 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 2 APRIL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong pelabur beralih kepada dolar AS sebagai mata wang selamat untuk melindungi mereka.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.3750 berbanding dolar AS daripada 4.3500/3650 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes, berkata pasaran pesat membangun sedang mengalami aliran keluar yang ketara berikutan kemungkinan lanjutan PKP.

“Ya, ekonomi terjejas, pelabur global pula amat bimbang dan dolar AS akan menjadi mata wang selamat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan itu, ringgit akan diniagakan secara bersifat defensif dalam persekitaran berisiko ini.

Seorang lagi penganalisis pula berkata peningkatan kebimbangan mengenai kemelesetan global disebabkan pandemik Covid-19 terus mengakibatkan pelabur kekal menghindari aset berisiko.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0477/0557 daripada 3.0341 / 0454 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.7880/8007 daripada 4.7554 / 7731.

Ringgit juga lemah berbanding pound Britain kepada 5.4198/4343 daripada 5.3762/3964 semalam serta turun berbanding yen Jepun kepada 4.0728/0832 daripada 4.0416/0567.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit diniagakan 4.4270/4370 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 24 MAC: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pemulihan minat belian terhadapnya.

Pada 9.01 pagi ini, ringgit berada pada 4.4270/4370 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4480 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata pelabur kecewa dengan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang tidak memberi sebarang pemulihan pasaran yang ketara apabila pasaran ekuiti terus bergelut untuk meningkat semula manakala prestasi dolar AS terus negatif.

“Kita mungkin melihat kenaikan jangka pendek susulan rangsangan Fed yang membantu sentimen global. Selain itu, harga minyak turut meningkat sedikit berikutan kemungkinan sokongan OPEC dan AS terhadap harga minyak.

“Saya berpendapat bahawa dagangan minyak itu dijalankan secara bertahan dan masih diasak tekanan hebat kerana keadaan ekonomi domestik,” katanya kepada Bernama.

Pada Isnin, Fed berkata ia berkemungkinan membeli sejumlah besar kertas Perbendaharaan dan sekuriti yang disokong oleh gadai janji.

Sementara itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0397/0482 daripada 3.0474/0543 pada Isnin, naik berbanding yen kepada 4.0078/0179 daripada 4.0290/0374 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.1340/1474 daripada 5.1619/1730.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.7816/7942 daripada 4.7539/7634.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.4180/4250 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah penularan pantas Covid-19 dan penurunan harga minyak dunia, kata para peniaga.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan turun kepada 4.4180/4250 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3947/4012 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata para pelabur merasa bimbang pada pagi ini berikutan peningkatan kes kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia.

“Penularan pantas wabak itu telah menyaksikan langkah pembendungan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan aktiviti dunia seolah-oleh terhenti.

“Peniaga kini menjangkakan kemelesetan global yang teruk apabila Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengambil pendekatan drastik untuk membendung pandemik itu,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Innes berkata meskipun situasi di China, Korea Selatan dan Singapura nampaknya telah terkawal, data terbaharu menunjukkan virus itu telah merebak ke negara-negara ASEAN lain dan India.

Seorang peniaga lain berkata penurunan harga minyak dunia di bawah US$20 setong juga menjejaskan ringgit.

Ketika ini, penanda aras minyak mentah Brent turun 1.66 peratus kepada US$28.52 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0293/0350 daripda 3.0303/0369 pada paras penutup Jumaat minggu lepas, naik berbanding euro kepada 4.7131/7224 daripada 4.7204/7303 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.1253/1352 daripada 5.1926/2042.

Bagaimanapun ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.9895/9973 daripada paras penutup 3.9811/9898 pada Jumaat minggu lepas.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit terus ditutup rendah 4.3737/3844 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Ringgit kekal berada di bawah tekanan apabila harga minyak mentah jatuh menjunam di bawah paras US$30 setong manakala pandemik Covid-19 terus menjejaskan permintaan minyak global.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.3737/3844 berbanding 4.3480/3530 pada Selasa manakala petunjuk pasaran minyak mentah Brent Crude merekodkan harga pada US$29.76 setong.

Seorang penganalisis berkata penurunan harga minyak akan mengekang keupayaan kewangan kerajaan kerana minyak merupakan salah satu daripada sumber pendapatan utama negara.

“Kerajaan merangka belanjawan 2020 berdasarkan kepada harga minyak pada US$62 setong. Bagaimanapun, harga minyak merosot sebanyak 52 peratus, paras yang kali terakhir dilihat pada 2014-2016,” katanya.

Beliau berkata langkah drastik perlu diambil bagi memastikan ringgit disokong dalam tempoh terdekat ini untuk membendung penurunan seterusnya unit tempatan serta bursa tempatan.

Penurunan harga minyak bukan hanya menjejaskan mata wang Malaysia tetapi juga mata wang negara sedang pesat membangun lain seperti Mexico, Rusia dan Iran.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0446/0664 daripada 3.0482/0528 pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2514/2570 daripada 5.2911/1985 dan menokok berbanding euro kepada 4.7938/8081 daripada 4.8228/8297 sebelumnya.

Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 4.0792/0850 daripada 4.0792/0850 pada Selasa.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit terus ditutup rendah 4.3480/3530 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Ringgit meneruskan penurunan berbanding dolar AS, mencecah paras terendahnya sejak Mei 2017 apabila harga minyak terus jatuh dan penularan Covid-19 terus menjejaskan pasaran global.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut ke paras 4.3480/3530 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3030/3080 pada Isnin.

Seorang penganalisis berkata ringgit dijangka meneruskan penurunannya kerana Malaysia menerima kesan langsung daripada pandemik Covid-19 yang semakin memburuk.

“Pasaran minyak turut menerima kesan apabila penanda aras minyak mentah Brent mencecah paras di bawah US$35 setong, menyebabkan impak ekonomi yang besar ke atas negara-negara yang bergantung kepada hasil minyak seperti Malaysia,” katanya.

Setakat 6 petang, minyak mentah Brent turun 11.37 peratus semalaman kepada US$31.41 setong.

Beliau berkata negara-negara di seluruh dunia telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan ekonomi akibat daripada Covid-19, yang dijangkakan lebih buruk daripada Krisis Kewangan 1997, termasuk mengumumkan rangsangan ekonomi dan pakej bantuan untuk rakyat serta perniagaan.

Rizab Persekutuan AS pada Ahad dilaporkan mengumumkan pengurangan kadar faedah kecemasan 100 mata asas kepada antara sifar dan 0.25 peratus bagi mengurangkan impak ke atas ekonomi Amerika Syarikat.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan lebih rendah.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0482/0528 daripada paras penutup 3.0260/0312 pada Isnin dan merosot berbanding yen Jepun kepada 4.0792/0850 daripada 4.0613/0672.

Ringgit berkurangan berbanding pound British kepada 5.2911/1985 daripada 5.2711/2876 dan jatuh berbanding euro kepada 4.8228/8297 daripada 4.8155/8228.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit niaga sederhana berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Ringgit dijangka diniagakan sederhana minggu depan dan didorong faktor luaran dalam persekitaran kebimbangan semakin meningkat terhadap penularan Covid-19 mengekang minat risiko pelabur, kata peniaga.

Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata data ekonomi tier-1 yang hilang dari kalendar domestik untuk minggu hadapan, faktor ditetapkan adalah untuk memegang kepada prestasi yang utama dalam pencapaian ringgit.

“Dengan dolar melebihi ringgit kelihatan sedikit kedudukan terlebih beli, beberapa kesederhanaan boleh dilihat pada minggu akan datang, walaupun pasangan mata wang dijangka kekal disokong melebihi RM4.20 per dolar pada tahap psikologi, menghalang sebarang sentimen kejutan.

Bagaimanapun, satu lagi gelombang penghindaran risiko, ditambah pula dengan penurunan harga minyak, boleh menyebabkan dolar dan ringgit melepasi tahap psikologi iaitu RM4.30 setiap dolar untuk kali pertama sejak Julai 2017,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Dolar yang kukuh dijangka akan menghadkan kenaikan untuk mata wang Asia sehingga sentimen risiko boleh hilang melalui kembimbangan sekitar COVID-19,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, unit tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.2750/2800 berbanding 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lepas.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0360/0406 daripada 3.0222/0267 pada minggu sebelumnya dan rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0228/0279 daripada 3.9643/9701.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7730/7790 berbanding 4.7088/7161, tetapi melonjak berbanding pound Britain kepada 5.3822/3902 daripada 5.4156/4237 sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi 4.0780/0830 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan minat sebahagian pelabur beralih kepada mata wang sedang pesat membangun berikutan kebimbangan baharu keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS yang akan datang dan laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.0780/0830 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0870 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata pelabur memantau data yang dijadualkan dikeluarkan esok.

Katanya prospek asas dolar AS mungkin rendah jika Rizab Persekutuan AS menekankan kecenderungan akomodatif dengan tujuan mengekalkan kadar faedah pada tahun ini.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik kepada 3.0049/0091 daripada 3.0052/0076 berbanding dolar Singapura dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7358/7414 daripada 3.7526/7557 pada Selasa.

Mata wang tempatan menokok berbanding euro kepada 4.4940/4999 daripada 4.4985/5035 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3104/3137 daripada 5.3210/3258 sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka 4.0800/0840 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Ringgit dibuka rendah hari ini berikutan kebimbangan mengenai penularan wabak koronavirus menyebabkan pelabur mengelak daripada aset yang mempunyai risiko termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.0800/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0590/0650 pada Jumaat.

Katanya pelabur cenderung kepada mata wang selamat tradisional seperti yen Jepun dan franc Switzerland.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan susut kepada 3.0049/0189 berbanding dolar Singapura daripada 3.0024/0080 pada Jumaat dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7448/7495 daripada 3.7038/7103 minggu lepas.

Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.4966/5026 daripada 4.4787/4869 pada Jumaat dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3301/3357 daripada 5.3140/3235 sebelum ini.

-BERNAMA