Categories
AGENSI SELANGOR

233 kakitangan Utusan mohon zakat

SHAH ALAM, 13 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima permohonan daripada 233 kakitangan Utusan Melayu (Malaysia Berhad) sehingga 17 Oktober lalu, selepas operasi syarikat itu dihentikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M Yusop berkata, nama kakitangan itu diterima secara berperingkat daripada pelbagai sumber.

“LZS akan menjalankan siasatan dan bancian ke rumah berdasarkan haddul kifayah sebelum mereka yang layak didaftar sebagai asnaf sementara.

“Bantuan zakat disalur bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga sehingga kehidupan mereka stabil,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Saipolyazan mengalu-alukan kakitangan Utusan lain yang terkesan akibat penutupan operasi itu memohon bantuan zakat melalui penolong amil kariah (PAK) yang dilantik.

“Ia boleh dilakukan di kariah masing-masing atau mengunjungi mana-mana cawangan berhampiran.

“Pemohon boleh mendapatkan maklumat berkaitan jenis bantuan dan borang permohonan bantuan zakat sama ada melalui PAK atau cawangan LZS.

“Proses permohonan sama seperti pemohon lain dan tertakluk kepada syarat umum kelayakan zakat serta haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan),” katanya.

Antara syarat umum yang ditetapkan ialah pemohon terdiri daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang dari tiga tahun.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Utusan Melayu akhiri operasi hari ini

SHAH ALAM, 9 OKT: Selepas hampir 80 tahun, syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad mengakhiri operasi hari ini, susulan kemerosotan yang dihadapinya sejak Mei tahun lalu.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Abd Aziz Sheikh Fadzir dalam satu memorandum pekeliling selepas Lembaga Pengarah Utusan meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator) pada 7 Oktober.

Katanya, langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin.

“Antara langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka. Ini adalah pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan syarikat.

“Syarikat juga telah berusaha menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi. Namun edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan gagal dicapai menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak. Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang – pemiutang,” katanya.

Memorandum sama turut memaklumkan hari ini adalah hari terakhir semua kakitangan bekerja manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019.

Abd Aziz memaklumkan kelayakan untuk faedah penamatan kerja adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan ini akan dikendalikan oleh pihak pelikuidasi.

Selain itu, satu taklimat kepada semua kakitangan daripada pihak pelikuidasi akan diadakan pada jam 3.00 petang 30 Oktober di Dewan Besar Utusan.

Categories
EKONOMI

Anak syarikat Utusan jual bangunan kedai pejabat

KUALA LUMPUR 5 DIS: Anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Mediamony Sdn Bhd, menjual bangunan kedai pejabat lima tingkat di Petaling Jaya pada harga RM7 juta kepada Eden Resources Sdn Bhd.

Kumpulan berkenaan berkata, hasil daripada cadangan jualan itu akan digunakan sebahagiannya untuk keperluan dana modal kerja bagi membiayai operasi harian, termasuk bayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain.

Tambahnya, penggunaan sebenar belum ditentukan pada masa ini dan ia mungkin berbeza pada masa penggunaan.

“Lembaga pengarah berpendapat bahawa cadangan jualan itu adalah demi kepentingan terbaik Kumpulan Utusan memandangkan cadangan ini akan membolehkan kumpulan meraih dana bagi keperluan modal kerja,” kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Cadangan penjualan itu dijangka dimuktamadkan menjelang hujung 2019.

SUMBER: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bekas Editor NSTP: Kenapa ahli Umno sendiri tak sokong akhbar mereka?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 12 NOV: Bekas Editor Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mustapha Kamil Mohd Janor menulis beliau mahu Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bertanya kepada ahli Umno dahulu mengapa mereka tidak menyokong akhbar mereka sendiri.

Persoalan itu dilontarkan Mustapha Kamil di laman Facebooknya ekoran isu Annuar Musa mengkritik Kerajaan Selangor menghentikan langganan akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan New Straits Time Press (NSTP).

“Dah adat lah tu. Selangor itu di bawah kerajaan parti pembangkang. Utusan dan NSTP itu UMNO yang empunya. Buat apa Kerajaan Selangor nak langgan akhbar yang polisi sidang pengarangnya semata-mata untuk seteru politik mereka?

“Jadi, elok lah tanya ahli UMNO dahulu kenapa mereka tidak menyokong akhbar mereka sendiri,” tulisnya.

Mustapha menulis bagaimanakah akhbar NST itu jualan hariannya sekitar 50,000 naskah sahaja sehari dan Berita Harian sekitar 100,000 (mungkin kurang) sedangkan Umno ada tiga juta ahli.

“Tapi elok TS Annuar Musa ini tahu bahawa semasa saya disana selama 28 tahun, nak mintak ketua-ketua UMNO beli akhbar kumpulan itu pun amat susah.

“Jika satu per-sepuluh sahaja pun dari jumlah ahli UMNO beli kedua akhbar ini, keduanya akan sihat kewangan mereka,” tulisnya.

Dalam laporan tahunan Kumpulan Utusan, syarikat itu rugi lebih RM16 juta pada tahun 2012, diikuti rugi lebih RM20 juta tahun 2013, terus rugi RM83.65 juta pada 2014, rugi lagi lebih RM16 juta pada 2015 dan meneruskan trend kerugian tahun lalu dengan RM66.7 juta.

Bagi tempoh 2012 hingga 2016, Harian Metro menunjukkan penurunan edaran sebanyak 62.5 peratus, daripada 379,169 kepada 142,262 naskhah.

New Straits Times pula mengalami kemerosotan sebanyak 41.6 peratus, daripada 93,321 kepada 54,490 naskhah tahun lalu.

Berita Harian dan sebuah lagi akhbar arus perdana bahasa Melayu, Utusan Malaysia mengalami kemerosotan edaran sehingga 30 peratus bagi tempoh sama.

Sebelum ini media melaporkan pada 1 Oktober lalu menandakan berakhirnya penjualan akhbar terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) secara cetakan di Sabah dan Sarawak.

Pembaca di negeri itu hanya boleh mengikuti tiga akhbar syarikat itu, Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times menerusi versi atas talian.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Serah peguam, saman Utusan tetap diteruskan- MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 OKT : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada peguamnya bagi lanjutan prosiding saman terhadap akhbar, Utusan Malaysia.

Beliau berkata, tindakan susulan diambil bagi membersihkan namanya daripada kenyataan fitnah yang dibuat akhbar itu membabitkan isu penganjuran pesta arak di Klang.

“Saya sudah merujuk isu ini kepada peguam dan saya telah dimaklumkan bahawa pihak Utusan telah menerima maklumbalas terhadap saman itu.

“Namun, saya telah mengarahkan peguam untuk memastikan apa juga tindakan yang wajar ke atas akhbar itu untuk membersihkan nama saya dan tidak mengulangi fitnah itu.

“Untuk itu, bentuk dan kaedah saman itu diserahkan kepada peguam untuk proses perbincangan saya dan saya akan dapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Apresiasi dan Inovatif Peringkat Negeri Selangor 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada 25 September lalu, muka depan Utusan Malaysia memaparkan laporan dengan tajuk “Azmin benar pesta arak” berserta laporan empat muka surat yang mengaitkan Mohamed Azmin.

Susulan laporan itu, Mohamed Azmin memberi tempoh 48 jam terhadap Utusan Malaysia memohon maaf dan menarik semula laporan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan Utusan Malaysia.

Terdahulu, ini bukan pertama kalinya akhbar itu disaman berhubung laporan bersifat fitnah terhadap pimpinan Pakatan.

Lebih memalukan, kebanyakan prosiding dan lanjutan kes keputusan fitnah tidak berpihak kepada lidah rasmi Umno itu.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Utusan mohon maaf kepada Guan Eng

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng susulan kesilapan fakta dalam penyiaran artikel bertajuk “Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein”.

Permohonan maaf itu dibacakan Pegawai undang-undang Utusan, Siti Norzulaikah Ibrahim dalam penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, hari ini selepas Guan Eng menang saman terhadap akhbar itu.

Akhbar itu juga akan memberikan pampasan kepada Setiausaha Agung DAP itu dengan jumlah yang tidak didedahkan ekoran penyiaran artikel yang didakwa diputar belit, pada 20 Ogos tahun lalu.

Peguam Guan Eng, Simon Murali berkata, permohonan maaf itu akan disiarkan di halaman kedua Utusan Malaysia dalam tempoh tujuh hari.

Guan Eng sebelum ini tidak berpuas hati dengan kesilapan fakta dari Utusan yang menyatakan beliau menarik balik saman terhadap Shaik Hussein tanpa syarat.

“Sebenarnya saya lakukan tindakan itu selepas dia tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya.

“Apabila Shaik Hussein tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya, ia tidak dilaporkan Utusan, walaubagaimanapun saya gembira dapat bersihkan nama daripada dakwaan rasuah oleh pemimpin Umno,” katanya.

Sebelum ini, Shaik Hussein mendakwa Guan Eng terlibat dengan amalan rasuah dalam satu rundingan tanah, namun dinafikan sekeras-kerasnya pemimpin DAP itu.

-AA-

Fitnah Anwar : Utusan diarah bayar RM200,000

Mahkamah Tinggi perintah akhbar milik UMNO,Utusan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah.

Categories
NASIONAL

Mahkamah Tinggi arah Utusan bayar Anwar RM200,000

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini memutuskan Utusan Melayu (M) Bhd memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memerintahkan syarikat penerbitan akhbar kawalan Umno itu membayar ganti rugi kepadanya RM208,000.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng dalam keputusan mengarahkan Utusan Malaysia sebagai defendan membayar kepada Anwar selaku plaintif sebanyak RM200,000 serta faedah untuk ganti rugi berhubung laporan diterbit akhbar itu.

mahkamah 3Laporan itu menurut Hue jelas menimbulkan fitnah dan berniat jahat terhadap Anwar dengan peguambela defendan gagal dalam pembelaannya.

Peguam Anwar, N Surendran ketika ditemui media selepas itu berkata, keputusan itu membuktikan Utusan Malaysia tidak mengamalkan etika kewartawanan yang adil dan bertanggungjawab.

“Ini adalah satu vindikasi menunjukkan bahawa Anwar difitnah Utusan Malaysia yang diketahui dimiliki sepenuhnya Umno.

“Walaupun dibuktikan atau banyak kes saman malu yang mereka kalah tetapi tetap mengulangi kes seperti ini. Kita harap ia menjadi pengajaran jelas supaya mengeluarkan laporan yang adil,” katanya kepada media.

mahkamah 6Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan kesyukuran dengan keputusan dibuat mahkamah itu.

“Alhamdulillah kita bersyukur menang kes,” katanya.

Anwar mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung penerbitan laporan temubualnya bersama Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyentuh soal undang-undang homoseksual.

Saman itu difailkan pada Januari 2012 dan menuntut ganti rugi RM50 juta dengan dakwaan defendan menerbitkan laporan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Pada 2013, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham membenarkan tuntutan saman itu dan memutuskan wujud unsur fitnah dalam laporan Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012.

Utusan Malaysia diwakili peguambela, Firuz Hussein Ahmad.

EZY

Categories
NASIONAL

Kes Anwar: Mahkamah Tinggi tolak pemohonan Utusan

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad untuk memasukkan sabitan Fitnah II dalam prosiding pembelaan kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Peguam Utusan Melayu, Firoz Hussein Ahmad, pada 6 dan 7 September lalu.

azizahKatanya, pertuduhan sabitan itu tidak boleh digunapakai dan diterima sebagai bukti yang sah dalam kes terbabit.

Peguam Anwar, N Surendran pula menegaskan cubaan mengaitkan sabitan kes fitnah Anwar itu tidak relevan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes ini.

Dalam sesi penghujahannya, Surendran turut merujuk keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan sabitan terhadap pertuduhan jenayah tidak boleh digunapakai dalam kes sivil membabitkan Anwar, pada Mei lalu.

“Mahkamah Tinggi tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan kerana ia adalah kuasa tertinggi yang ada di Malaysia,” katanya.

azizah2Pada 2013, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham memutuskan Utusan Malaysia bertangungjawab memfitnah Anwar berhubung wawancara beliau bersama Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Bagaimanapun, tuntutan ganti rugi terhadap kes berkenaan belum diputuskan selepas peguam Utusan membangkitkan persoalan membabitkan sabitan kes liwat dalam penghujahannya.

Kes berkenaan difailkan Anwar pada tahun 2012 dengan menuntut ganti rugi dan perintah injuksi RM50 juta terhadap Utusan Malaysia.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Utusan Malaysia ‘enggan’ menghadap Sultan Johor jika dipanggil

SHAH ALAM 8 JUN: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang lantang mengkritik tindakan Kerajaan Johor melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam pentadbiran melalui kolumnisnya Awang Selamat enggan menghadap pemerintah negeri itu sekiranya dipanggil.

Dalam ruangan “Bisik-bisik Awang Selamat‎ ” kolumnis itu menyatakan sekiranya Sultan Johor ingin membuat teguran atau mendapatkan penjelasan, cukup dilakukan dengan menghantar wakil berjumpa dengan Utusan Malaysia.

utusan1“Adalah tidak sesuai bagi Sultan mencemar duli berurusan secara langsung dengan mana-mana editor jika timbul situasi yang tidak menyenangkan‎.

“Awang pun kalau menjadi bos media tidak mahu datang sekiranya dipanggil menghadap untuk tujuan seperti itu melainkan jika diundang untuk berbuka puasa atau hal-hal lain yang kita semua boleh merasa selesa,” katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini dipetik The Malaysian Insider.

Selain itu, Awang Selamat juga menafikan ‎terdapat arahan daripada pihak Istana agar Utusan Malaysia menghadap Sultan Johor berhubung isu tersebut.

Kolumnis itu berkata, media harus berhenti terlalu risaukan akan teguran sekiranya menyentuh mengenai perihal institusi Diraja.

“Itulah pertanyaan biasa dalam kalangan orang media setiap kali ada isu sensitif yang menyentuh istana Johor. Apa yang Awang boleh tolong jawabkan bagi pihak Utusan – tiada.

‎”Keresahan orang media terhadap perkara seperti itu patut dihentikan. Sebenarnya tiada sebab dalam era moden terutama landskap media yang baru, pembesar istana boleh sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi untuk dimarahi. Itu bukan cara wajar,” katanya sepertimana dipetik dalam akhbar itu hari ini.

Awang Selamat juga percaya Sultan Johor juga tidak akan sesekali merendahkan nilai darjatnya sebagai seorang Raja dengan bertindak memanggil pihak Utusan Malaysia untuk menghadapnya.

“Jika ada sebarang teguran atau mahukan penjelasan daripada Awang percaya Sultan Johor walaupun terkenal dengan sikap tegasnya, adalah seorang budiman dan tidak akan merendahkan nilai serta darjatnya sebagai seorang Raja. Lebih-lebih lagi, zaman sudah berubah,” katanya.

Beliau berkata, amalan mengutuskan wakil tanpa perlu dibawa mengadap juga merupakan amalan biasa bagi negara yang mempunyai institusi Diraja seluruh dunia.

“Itulah juga amalan pihak istana di Eropah, Jepun dan Thailand malah kesultanan negeri lain di negara ini kerana tidak mahu wujud salah tanggapan seolah-olah ada pihak seperti dibuli,” katanya.

‎Akhbar milik Umno awal minggu ini dalam ruangan muka depannya menyiarkan pelbagai reaksi daripada beberapa pemimpin Umno yang mahukan kerajaan Johor menangguhkan pembentangan RUU tersebut.

Antaranya reaksi daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan penglibatan institusi raja dalam pentadbiran kerajaan negeri akan dikhuatiri akan menjurus kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.

Utusan Malaysia juga membuat pendedahan mengenai pendirian kerajaan Johor memberikan kuasa mutlak kepada Sultannya dalam urusan membabitkan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).‎

 

Categories
NASIONAL

Saman fitnah Nurul Izzah terhadap Utusan ditetap untuk mediasi 2 Julai

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Kes saman fitnah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditetapkan untuk mediasi pada 2 Julai depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Aziz dan Utusan.

utusan fitnah grafikMemetik laporan Bernama, Azhana ketika ditemui pemberita berkata mediasi itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim pada tarikh berkenaan.

Beliau berkata sekiranya kedua-dua pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan dua hari bermula 21 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 23 Nov 2012, Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan saman tersebut dengan mendakwa Aziz dan Utusan, sebagai defendan pertama dan kedua, memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Nurul-IzzahMenerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 5 dan 7 Nov 2012.

Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah.